Muslimeen United |
- Mengapa perlu demonstrasi di Dataran Merdeka
- Lihatlah Shafie Apdal Selamba Langgar Undang-undang!
- Subhanallah..Gambar Yang Lu Orang Tak Sanggup Nak Tengokkk..
- Berjoging sambil menyindir DBKL
- Rumah Mazlan Aliman Pula Disimbah Cat Merah
- Terkini! TG Nik Aziz Posing Pakai Baju BERSIH 3.0
- 3 PERKARA TENTANG BERSIH 3
- Demontrasi Tanah Rakyat; Lima Memorandum DiSearahkan Kepada MB Ahmad Said
Mengapa perlu demonstrasi di Dataran Merdeka Posted: 25 Apr 2012 02:18 AM PDT Duduk dan bantah atau "sit in protest" yang dianjurkan oleh gabungan 84 NGO tersebut menuntut agar kerajaan Malaysia menerima lapan tuntutan yang dikemukakan oleh mereka. Setakat ini hanya satu sahaja tuntutan BERSIH yang diterima iaitu penggunaan dakwat kekal. Itu pun banyak helahnya. Masih ramai yang tidak percaya dakwat kekal akan digunakan berikutan penipuan kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya umum ke 12 apabila penggunaan dakwat kekal dibatalkan empat hari sebelum mengundi. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kali ini digunakan untuk menghalang perhimpunan rakyat pada 28 April ini. Penganjur didesak untuk memindahkan lokasi perhimpunan ke dalam stadium. Dalam ucapan pengerusi bersama BERSIH, Datuk A Samad Said di Selayang baru-baru ini, dengan tegas menyatakan bahawa organisasi tersebut akan tetap duduk dan bantah di Dataran Merdeka. Dataran Merdeka simbol kemerdekaan negara. Perhimpunan menuntut pilihan raya BERSIH, bebas dan adil di Dataran Merdeka umpama menuntut kembali kemerdekaan, kali ini bukan dari penjajah tetapi dari sebuah kerajaan yang berusia lebih 54 tahun. Dunia tahu Dataran 'dikuningkan' Setiap kali menjelang demonstrasi rakyat, seringkali kerajaan meminta agar penganjur memindahkan program ke stadium. Mengapa? Kerana apabila perhimpunan berpindah ke stadium, ia tidak lagi menjadi demonstrasi, ia sudah menjadi seperti ceramah umum. Kerajaan takut. Jika penganjur berjaya membawa 500,000 rakyat ke Dataran Merdeka, imej yang akan bermain dalam media asing akan kelihatan seperti apa yang berlaku di Dataran Tahrir, Mesir. Jika itu berlaku, seluruh dunia akan tahu bahawa Dataran Merdeka 'dikuningkan' oleh kerana rakyat Malaysia mahukan reformasi sistem pilihan raya. Pelabur asing akan mula berhati-hati. Ini kerana, sesebuah pilihan raya jika tidak dipercayai oleh majoriti besar rakyat, ertinya politik sesuatu negara tersebut tidak akan stabil. Jika dibiarkan, sesebuah kerajaan yang dipilih tidak mempunyai legitimasi politik. Ini boleh mengundang kebangkitan rakyat untuk menjatuhkan sesuatu kerajaan melalui pilihan jalan raya. Amerika akan persoal Duduk dan bantah ataupun "sit in protest" kaedah demonstrasi yang paling mudah akan tetapi memberikan impak yang besar. Jika 500,000 rakyat duduk dan bantah di Dataran Merdeka, ia memberikan isyarat jelas kepada kerajaan agar tunaikan kesemua tuntutan BERSIH. Kesanggupan 500,000 rakyat untuk bersama-sama ke Dataran Merdeka akan turut memberi tekanan kepada rakan-rakan Malaysia di peringkat antarabangsa. ASEAN walaupun mempunyai dasar "tidak campurtangan" urusan dalaman negara anggota sudah pasti akan mempersoalkan mengapa kerajaan Malaysia masih mahu berdegil sedangkan Burma sudah mula membuka ruang demokrasi? Amerika Syarikat yang menjadi "payung besar" kepada Malaysia sudah pasti akan mempersoalkan kepada Najib Razak mengapa tidak mahu pilihan raya bebas dan adil. Pilihan raya bebas dan adil ini antara kempen "sheriff" dunia tersebut. Dataran Merdeka simbol kebebasan Dataran Merdeka simbol kepada kebebasan dan demokrasi. Ia milik kepada seluruh rakyat Malaysia. Ia bukan milik DBKL. DBKL hanya bertugas untuk menguruskan tempat tersebut. Apatah lagi pimpinan DBKL tidak dipilih oleh penduduk Kuala Lumpur. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak dipilih melalui proses demokrasi tetapi dilantik oleh kerajaan. Sebab itu apabila beliau bersuara, rakyat tidak mahu dengar. Dataran Merdeka tetap menjadi destinasi utama perhimpunan tersebut. Melihat kepada pengalaman perhimpunan BERSIH 1 dan 2 lalu, jika Dataran Merdeka ditutup, Kuala Lumpur akan lumpuh. Jika di Dataran Merdeka sekurang-kurangnya masih mampu dikawal. Bayangkanlah jika 500,000 rakyat berselerak di merata Kuala Lumpur. Bukankah ia bakal menyebabkan perhimpunan di lebih banyak lokasi? Jika Kuala Lumpur lumpuh tidak boleh bergerak, ia memberikan isyarat yang tidak baik kepada negara. Serahkan kembali Dataran Merdeka kepada rakyat sebelum rakyat bangkit merampas. AMIN ISKANDAR menerima anugerah zamalah Intelektual Awam Asia (API) 2009-10 untuk menjalankan kajian tentang sejarah pemantauan pilihan raya di Filipina dan Indonesia |
Lihatlah Shafie Apdal Selamba Langgar Undang-undang! Posted: 25 Apr 2012 02:14 AM PDT Sekeping gambar adalah lebih baik dari seribu perkataan. Dan setiap sesuatu yang dijadikan oleh Allah itu tidak ada yang sia-sia. Gambar di atas tersiar di dalam sebuah akhbar online dengan kapsyen "SHAFIE menunggang motosikal bersama para belia di Kampung Bangau Tanjung, Temerloh semalam." Apa yang menarik di dalam gambar itu ialah menteri berkenaan yang terpalit dengan isu skandal dengan seorang artis didapati menunggal motosikal tanpa memakai topi keledar dengan membawa pembonceng pun tidak memakai topi keledar. Dengan selamba beliau menunggang motosikal terasa semacam tidak perlu mematuhi apa-apa undang-undang. GB tidak percaya jalanraya yang digunakan itu jalanraya yang tidak digazetkan kerana yang lain-lain di dalam gambar itu semuanya bertopi keledar belaka. Kejadian tersebut menjelaskan bahawa Shafie adalah seorang yang selamba dan bersahaja apabila melakukan kesalahan dan hukum kebenaran dan keadilan mendedahkan "Shafie sememangnya bersalah!" Sikap dan gelagatnya itu tidak boleh diteladani. Hukum kebenaran dan keadilan (yang kita umat Islam memanggilnya sebagai "sunnatullah") tidak boleh diubah, tidak boleh direka dan tidak boleh ditipu. Ia akan terpapar dengan sendirinya. سُنَّةَ اللَّهِ فِي الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلُ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّهِ تَبْدِيلاً Yang demikian adalah menurut sunnatullah yang berlaku kepada orang yang telah lalu; dan kamu tidak akan mendapati perubahan bagi sunnatullah itu. Surah Al-Ahzab : 62 Jika tidak percaya, kita boleh tunggu nanti kesalahan-kesalahannya yang bakal didedahkan oleh hukum universal tersebut. Hari ini dilaporkan kes skandal Shafie Apdal & Zahida akan dibawa ke SPRM. Betapa pantasnya Allah perkenankan doa kita untuk menunjukkan kebenaranNya melalui doa kita sebelum ini: Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan. |
Subhanallah..Gambar Yang Lu Orang Tak Sanggup Nak Tengokkk.. Posted: 24 Apr 2012 10:15 PM PDT |
Berjoging sambil menyindir DBKL Posted: 24 Apr 2012 10:13 PM PDT Penganjur Chong Kok Siong menguruskan acara itu melalui Facebook pada Isnin dan menerima akuan penyertaan daripada 49 orang dengan 36 lagi mempertimbangkan menyertainya. Walaupun hujan menyebabkan kehadiran kurang, peserta yagn hadir tetap meneruskan hasrat mereka. Anggota jawatankuasa pemandu BERSIH Liau Kok Fah, antara peserta perhimpunan itu berkata, ramai penyokong terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan tidak dapat menyertai program joging itu. Pelari berhimpun berdekatan Tugu Negara sebelum berlari ke Dataran Merdeka, melakukan empat pusingan di padang dan kembali, meliputi jarak kira-kira 5km. -M'kini |
Rumah Mazlan Aliman Pula Disimbah Cat Merah Posted: 24 Apr 2012 08:47 PM PDT Rumah AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman di Felda Ramun, Kulai, Johor disimbah cat merah oleh individu tidak dikenali, awal pagi tadi. Mazlan berkata, perbuatan khianat itu disedari oleh isterinya yang belum tidur kira-kira jam 3.00 pagi tadi. Isterinya mendengar derap tapak kaki di luar rumah dan mengejutkan beliau yang baru melelapkan mata. Apabila mereka keluar melihat apa yang berlaku kira-kira lima minit kemudian, didapati bahagian beranda dan kaki lima rumah telah disimbah cat merah. "Malam tadi saya ada ceramah dan pulang ke rumah agak lewat. "Dalam jam tiga pagi, saya baru terlelap, dan isteri saya belum tidur lagi. "Dia terbau cat yang kuat dan terus kejutkan saya. Apabila kami tengok di luar rumah, bahagian beranda dan kaki lima dikotori cat merah (gambar) tapi kejadian itu berlaku sangat pantas," kata beliau kepada Harakahdaily pagi ini. Sehubungan itu, beliau akan membuat laporan polis hari ini berhubung kejadian itu. Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat bagaimanapun yakin perbuatan khianat itu dilakukan oleh pihak yang tidak senang dengan perjuangannya dalam isu tanah dan Felda. "Saya yakin ini merupakan satu usaha untuk menakutkan-nakutkan saya tapi saya tak gentar. "Saya dah berada dalam PAS selama 30 tahun dan sudah hadapi macam-macam. InsyaAllah saya boleh hadapi semua ini dan memberi semangat kepada saya untuk terus perjuangkan hak rakyat," kata beliau yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak). Tambah beliau lagi, perbuatan itu juga dilakukan menjelang Himpunan Tanah Rakyat di Plaza Angsana, Johor Bharu 5 Mei depan. "Kita akan adakan himpunan tanah besar-besaran dan kita sudah buat roadshow ke seluruh tempat dan dedahkan perkara-perkara berkaitan isu tanah. "Kita dedahkan bagaimana pemimpin Umno ada tanah yang banyak sedangkan rakyat yang buat permohonan 40 tahun tak dapat-dapat. "Mungkin perbuatan ini untuk menggagalkan usaha kita memberi maklumat kepada rakyat," katanya. -Hrkh
Gabungan Tanah Rakyat (TANAH) cukup kesal dengan pihak-pihak tertentu yang cuba mengancam dengan menyimbah cat berwarna merah di rumah Pengerusi TANAH yang juga Presiden (Persatuan Anak-anak Peneroka Generasi Kedua) ANAK, Sdr Mazlan Aliman. Kejadian ini disedari oleh isteri Sdr Mazlan pada jam 3.30 pagi selepas beliau balik daripada suatu program ceramah di Parit Sulong. Isteri beliau terhidu bau cat minyak di bekalang rumahnya di Felda Bukit Ramon, Kulai Johor. Kejadian ini merupakan kejadian ketiga berlaku dalam tempoh masa 1 minggu di Negeri Johor. Pertama berlaku pada 19hb April di Markaz PAS Air Merah, Mersing dan keduanya pada 22hb April 2012 di kedai makan Setiausaha Persatuan Anak Pengerang(PAP), Saudara Azhar Mansor dan kejadian ketiga berlaku di rumah Sdr Mazlan Aliman pada awal pagi 24hb April 2012. Perbuatan tidak bermoral ini berkemungkinan ada kaitan dengan cadangan TANAH yang akan menganjurkan suatu Himpunan Tanah Rakyat pada 5-5-2012 jam 2.00 petang di Plaza Angsana, Johor Bahru. Antara tuntutan TANAH adalah menuntut kembali Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, menyiasat penyerahan tanah KTM Tg. Pagar, menghentikan pengurniaan Tanah kepada KPRJ/Kroni dan merampas tanah penyeleweng. Semalam Sdr Mazlan Aliman dalam kenyataannya kepada media akan menurunkan 10 ribu ahli dan penyokong-penyokong TANAH ke Dataran Merdeka pada sabtu 28hb April 2012 sebagai tanda sokongan TANAH kepada Himpunan Bersih 3.0. TANAH akan bekumpul di Menara Maybank jam 1.30 petang kemudian berarak secara beramai-ramai ke Dataran Merdeka. TANAH mendesak kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci terhadap motif kejadian dan mendakwa pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian ini. Ini bagi mengelakkan kejadian di ingini berlaku selepas ini. Yang Benar SUHAIZAN BIN KAIAT SETIAUSAHA GABUNGAN TANAH RAKYAT (TANAH) Simbahan cat dan dengki khianat ke atas rumah pemimpin PAS di Johor nampaknya semakin menjadi-jadi. Pada awal bulan ini, kediaman Ketua Pemuda Pas Johor Bahru, Mohd Ariff Mt Hassan di Jalan Padi 2, Bandar Baru Uda telah disimbah dengan cat oleh sekumpulan pemuda di hadapan rumahnya. Sebelumnya telah berlaku serangan ke atas kediaman Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Dzulkefly Ahmad yang terbakar dan sebuah keretanya hangus di dalam satu perbuatan khianat di Taman Universiti, Gelang Patah, Johor. Menurut nusajayakini, Mazlan Aliman dilihat lantang dalam isu tanah yang mungkin mengugat kerajaan negeri Johor. Beliau banyak mengetuai untuk menyelesaikan isu-isu tanah yang berlaku di dalam negeri Johor. Beliau juga akan mengetuai satu himpunan yang diberi nama Himpunan Tanah Rakyat (TANAH) yang akan diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru pada 5 Mei 2012 ini sebagai mendesak kerajaan negeri Johor menyelesaikan isu-isu berbangkit berkenaan urusan tanah rakyat. Apakah ini tanda ada pihak yang merasa kedudukan mereka tergugat di negeri tersebut? -GB |
Terkini! TG Nik Aziz Posing Pakai Baju BERSIH 3.0 Posted: 24 Apr 2012 08:40 PM PDT |
Posted: 24 Apr 2012 03:38 PM PDT 1. TG Nik Aziz: Hadir BERSIH wajib "Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang," ujar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.-MKINI 2. Menteri ulangi, BERSIH 3.0 tak gugat keselamatan Kementerian Dalam Negeri hari ini membenarkan sebarang perhimpunan aman pada masa akan datang termasuk Bersih 3.0 yang akan dianjurkan di ibu negara pada 28 April ini kerana ia dianggap sebagai tidak menggugat keselamatan negara.-MKINI 3. HSBC nafi halang k'tangan hadiri BERSIH HSBC Bank Malaysia Bhd telah menafikan mengeluarkan sebarang memorandum kepada kakitangannya melarang mereka daripada menghadiri perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu ini.-MKINI APA LAGI,PAKAT TURUN RAMAI2 SABTU INI 28/4/12 |
Demontrasi Tanah Rakyat; Lima Memorandum DiSearahkan Kepada MB Ahmad Said Posted: 24 Apr 2012 03:34 PM PDT KUALA TERENGGANU - Perasaan marah rakyat negeri Terengganu semakin 'meluap-luap' khususnya kepada Menteri Besar (MB), Dato' Seri Ahmad Said terutama dalam isu-isu tanah rakyat yang dinafikan dan dirampas oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN). Hampir 10,000 rakyat di seluruh negeri berkumpul serta berhimpun secara aman bermula di Padang Majlis Berbandaran Kuala Terengganu (MBKT) dan berarak ke bangunan pentadbiran kerajaan Wisma Darul Iman. Lima memorandum rakyat telah diserahkan sendiri oleh wakil-wakil Jawatankuasa terbabit dengan rampasan tanah kepada Dato' Seri Ahmad di Wisma Darul Iman, dekat sini, pada Selasa 24 April. Antaranya, Dr Azman Ibrahim mewakili Jawatakuasa Bertindak Tanah RTB Kubang Labi, Haji Muhyiddin Abdul Rashid mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Jelapang, Shalahuddin Jaafar mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Generasi Kedua Felda, Che Wan Musatafa Che Wan Kaman mewakili Sekolah Rendah Islam Darul Bayan dan Salleh Embong mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Banggol Donas. Mereka dibawa bertemu dengan Ahmad yang diiringi oleh Adun Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu berhenti rehat sekitar jam 11.00 pagi. Sebelum itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid bersama Adun PAS yang lain turun 'padang' bagi menyambut wakil-wakil jawatankuasa tanah berkenaan yang 'tersekat' di pintu masuk Wisma Darul Iman. Tinjauan mendapati ribuan rakyat Terengganu mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah rampasan tanah yang dilakukan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu. Manakala, di hadapan pintu masuk Wisma Darul Iman, rakyat yang menyertai perhimpunan tersebut menaikan slogan-slogan mengutuk tindakan Umno-BN yang 'merampas' tanah rakyat. Slogan 'Kami Bantah Rampas Tanah SRIDB', 'Kembalikan Tapak Anak Yatim Kami', 'Kami Bukan Perompak dan Penjenayah' dan 'Kenapa Rampas Hak Kami' serta banyak lagi dipamerkan oleh para peserta terbabit. Menurut Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, kerajaan Umno-BN Terengganu ini zalim dan khianat terhadap rakyat sendiri. "(Tanah) Sekolah rendah yang dirampas oleh kerajaan yang kita rasa amat terkilan, tanahnya dua ekar diluluskan oleh MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) tetapi dirampas (tinggal) seekar, "yang kedua melibatkan tanah (RTB) Kubang Labi, Kampung Banggol Permairsuri, melibatkan tanah yang diambil untuk I-SHARP tanah yang melibatkan hak orang kampung turut dirampas, "yang ketiga melibatkan petani (padi) di Kampung Jelapang (Setiu) melibatkan lebih seratus orang yang diusahakan oleh orang kampung,"ujarnya dalam sidang media selepas pennyerahan memorandum tersebut. Beliau berkata, turut diserahkan adalah memorandum yang melibatkan projek jalan dan jambatan Kampung Jeram yang termasuk tanah penduduk Kampung Banggol Donas yang diambil tanpa dibayar pampasan. Dalam kes Kampung Banggol Donas, beliau menyelar tindakan kerajaan yang mennafikan hak rakyat seolah-olah sewenang-wenangnya melakukan apa sahaja. "Projek lebuhraya yang masuk kampung Banggol Donas tanpa dibayar pampasan dan kelulusan, terus dia masuk (buat projek), ini ada penafian hak rakyat seolah-olah kerajaan sebagai pemerintah dia boleh lakukan apa sahaja, "(dan) rakyat tidak patut membiarkan begitu sahaja,"tegasnya. Memorandum yang kelima, menurut Ustaz Satiful adalah melibatkan tanah generasi kedua peneroka Felda yang diserahkan kepada FGVH (Felda Global Venture Holding) yang akan diapungkan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur. Katanya dengan tindakan tersebut menyebabkan bepuluh ribu ekar aset rakyat negeri Terengganu akan hilang begitu sahaja Hadir sama ketika penyerahan memorandum rakyat kepada Ahmad adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut dan Timbalan-timbalan Pesuruhjaya serta Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Yahaya Ali. -BO |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan