Isnin, 16 April 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


SAYA HANYA ADA RM36 DALAM AKAUN SIMPANAN - BOB KUMAN (EKSKLUSIF)

Posted: 16 Apr 2012 02:17 AM PDT


Mungkin ramai pembaca mengenali wajah di atas manakala sebilangan lagi barangkali terkeliru. Namun bagi penonton filem tempatan dan televisyen, personaliti di atas tentunya tidak asing kepada mereka.

Cuma wajahnya berbeza berbanding ketika dia menghiburkan ramai peminat sewaktu berkarya di pentas seni.
"Bang, tolong datang ke rumah saya sekejap, boleh? " soal Bob Kuman.

"Ada apa Bob?," soal saya.

"Abang tolong datang sahaja," pintanya.

Pada awalnya saya berasa agak hairan dan menjangkakan Bob hanya sekadar bergurau. Terfikir, jika dia berhadapan masalah, tentunya sebagai artis terkenal, dia mempunyai ramai kenalan bersedia untuk membantu.

Apapun, hati kecil mendesak saya memenuhi permintaannya lalu mengajak kru 666, Razali Harun untuk menemankan saya bertemu Bob.


"Itu gambar saya, sewaktu dirawat di Hospital Tawakal Kuala Lumpur. Malam tahun 2011 semasa sesi penggambaran 'Jangan Pandang Belakang Congkak', siri televisyen, saya terjatuh di Hulu Langat, Selangor. Wahid Senario dan Lan Pet Pet antara saksi kejadian itu. Dalam keadaan pening, semput dan sakit, saya terpaksa memandu kereta sendiri  ke hospital dan dibiarkan begitu sahaja. 
 
Masa keluar dari pusat rawatan itu, saya diberitahu, berhutang lebih kurang 7 ribu ringgit dengan hospital dan saya kena bayar sendiri. Itu saya tidak boleh terima. Penerbit tidak membantu sebab itu saya berasa kecil hati. Mujur selepas itu, dapat rezeki sikit dan saya menjelaskan sebahagian daripada caj hospital itu. Kini ada berbaki lebih tiga ribu enam ratus ringgit lagi," ujar Bob.

Tambah Bob, dia dirawat di hospital terbabit dalam tempoh lebih 2 minggu.

Sambil berbual, saya perhatikan mesin oksigen dan wayar dimasukkan ke dalam hidungnya bertujuan untuk membantu pernafasan.


"Orang tidak cukup oksigen bang, tidak ubah seperti sayur layu. Kulit saya pun telah berubah warna," celah Bob.


"Saya sudah tidak boleh bergerak sejak 8 April lalu dan kemudian memakai mesin oksigen ini. Sebenarnya saya bukan ingin menagih simpati masyarakat," katanya biarpun kelihatan dalam kesakitan dan sukar menarik nafas.

"Kongsikan fakta, itu tidak salah," celah saya.


"Setakat ini beberapa kawan membantu saya. Antara mereka, Adlin Aman Ramli. Dia bagi saya pinjam duit RM2,000 bang masa saya tengah susah, sewaktu dirawat di Putrajaya. Itu sahabat saya bang. Dalam keadaan begini, saya pun tidak boleh berkarya, tidak ada pendapatan. Mujurlah gerai Bawal Power saya kongsikan bersama rakan mendapat sambutan dan boleh membantu sedikit dari segi kewangan," jelas Bob.


Sesekali sewaktu berbual, dia berhenti, diam untuk menarik nafas.


"Timbalan Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, pernah menghubungi saya untuk menghulurkan bantuan. Saya memaklumkan wakil dia, bila simpati, dapat benda lain, dapat beras, dapat biskut. Siapakah hendak membantu menjelaskan bil hospital saya? Saya rasa macam malu," kata Bob lagi.

Bob memaklumkan saya, dia kini amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.

"Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan," bisiknya.

Saya kemudian menghubungi Zed menggunakan telefon bimbit. Mujur dalam kesibukan dengan kegiatan seharian, dia masih berpeluang untuk mengangkat panggilan dari nombor tidak dikenali.


"Melalui SENIMAN, saya telah mengeluarkan surat sokongan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di bawah Tabung Kebajikan Penggiat Seni tetapi setakat ini belum mendapat sebarang keputusan dan berapakah jumlah bakal diterima oleh Bob. Sebelum ini, beberapa artis seperti Nasir P. Ramlee dan Kamal Pendek telah menerima sumbangan dari tabung terbabit," jelas Zed.

Selepas berhubung dengan Zed, saya kemudian memaklumkan kejadian menimpa Bob kepada Penerbit program Melodi, TV3. 

Untuk pengetahuan semua rakan artis dan peminat, Bob sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


Kepada pembaca ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016 231 5812. Manakala berikut nombor akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI) Maybank 1123-7100-7047.

Jika akaun dilaporkan disekat, bersabar dan sila rujuk entri Akaun Maybank Bob Kuman disekat. Ketahuilah, sesungguhnya kekadang berbuat kebaikan itu mempunyai cabaran tersendiri.

'Bantulah, semoga Allah sentiasa membantu sewaktu kita ditimpa musibah'

HEBAHKAN
mazidulakmal.com

Ni Dia Tujuh Wajah Pengkhianat Negara, Bangsa & Agama

Posted: 16 Apr 2012 02:14 AM PDT


Baru-baru ini negara digemparkan dengan pendedahan berani Ahli Parlimen Pokok Sena YB Haji Mahfuz Omar mengenai task force yang diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak dalam misi mereka memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

Disini aku senaraikan nama-nama wanted yang turut sama dalam GERAKAN KHAS untuk menjahanamkan negara ni :

1. DATUK OSMAN RAZAK -Ketua, Penasihat Khas Perdana Menteri(Gambar dalam proses)
2. DATUK MOHAMED THAJUDEEN ABD WAHAB - Setiausaha MKN (gambar bawah)
3. DATUK WAN AHMAD WAN OMAR - Timbalan Pengerusi SPR (gambar bawah)
4. DATUK JARIAH - Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (gambar bawah) 
5. NIK NORASHIKIN NIK MANSUR - Kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara
6. RASHID BASIRON - Kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara
7. SHAHRUL ANWAR AHMAD ZAHIDI - Kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara


Sebenarnya mereka ini lah pengkhianat negara, agama dan bangsa. Sebagai salah seorang penduduk negara bertuah ini rasa terhina dan tercabar menyelebungi jiwa dengan perbuatan dan tindak tanduk yang telah dilakukan oleh mereka-mereka ini. Sekiranya pendedahan YB Pokok Sena ini salah, mereka ini patut tampil ke hadapan bagi menafikan pendedahan tersebut dan tindakan sewajarnya patut di ambil bagi membersih nama yang tercalar, tetapi sekiranya tiada sebarang penafian dan tindakan dibuat, seruan dan cadangan agar mereka-mereka ini diajar dengan secukupnya.

Mereka-mereka inilah kakitangan kerajaan yang tidak amanah dan tidak bermaruah, menjual dan menggadai maruah hanya dengan sedikit habuan dunia.

PASTIKAN PAKATAN RAKYAT DAPAT BERKUASA SELEPAS PRU13 NI NANTI. -siasahkini

RAYUAN MAKANAN & KHEMAH : MANSUH PTPTN DATARAN MERDEKA

Posted: 16 Apr 2012 02:12 AM PDT

Ayuh kita sama-sam memberi sumbangan kewangan khususnya makanan/ minuman dan khemah penginapan kepada kira-kira 20 pelajar yang bersilih ganti dari pelbagai IPTA/IPTS bagi menyatakan pendirian mereka untuk menuntut pendidikan percuma di negara ini demi masa depan mereka dan generasi akan datang.


Mereka yang menuntut pendidikan percuma di negara bertindak memasang khemah di Dataran Merdeka, sementara menunggu perhimpunan Bersih 3.0, 28 April ini. (korang turun tak?)

Mereka juga bertekad tidak akan berganjak dari Dataran sehingga pihak kerajaan turun padang menemui mereka bagi mendengar keluhan mahasiswa terhadap isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Sehingga kelmarin, lebih kurang 3 biji khemah telah dirampas oleh penguatkuasa DBKL dan mereka akan terus merampas khemah pelajar-pelajar itu selagi mereka tidak berganjak dari Dataran Merdeka.
 
AYUH SEMUA KITA BERSAMA MEREKA SAMA ADA MORAL... TENAGA... JUGA WANG RINGGIT... KATAKAN TIDAK UNTUK PTP=TIPU

Isu Hina Raja Helah Kuburkan Isu Task Force Beri IC Kepada Warga Asing - TG Hj. Hadi

Posted: 16 Apr 2012 01:57 AM PDT


Hadi: Isu hina raja helah 'kubur' isu penting

ALOR SETAR - Pas menyifatkan dakwaan kononnya pemimpin pembangkang menghina Raja-raja Melayu sebagai helah menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi menenggelamkan isu yang lebih penting yang dibangkitkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, isu terbabit sengaja ditimbulkan di saat PRU13 semakin hampir bagi menutup isu sebenar.

"Saya anggap itu berita PRU13. Isu ini sengaja dibangkitkan untuk menutup isu sebenar yang kita bangkitkan, antaranya pendedahan kewujudan 'task force' memberi kerakyatan kepada warga asing dan penipuan dalam proses mengundi," katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan Badan Perhubungan Pas Negeri Kedah, di Kompleks Pas Kedah di sini sempena lawatan kerja sehari ke Kedah, semalam.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, pendedahan beliau berhubung wujudnya pasukan khas yang bertanggungjawab memberi kerakyatan kepada warga asing di negara ini adalah isu yang lebih penting untuk diberi perhatian berbanding isu remeh yang dibangkitkan kononnya pemimpin pembangkang mempersenda Raja-Raja Melayu.

"Yang menjadi ancaman lebih besar kepada institusi diraja dan kedaulatan negara adalah kes babitkan warga asing, bukannya isu remeh seperti itu. Kes berkenaan yang sebenarnya akan menghakis institusi Raja-Raja Melayu dalam tempoh tertentu," katanya.

Menurutnya, sekiranya berlarutan, tidak mustahil ia turut mengancam keselamatan negara.

"Warga asing ini berada di luar budaya perlembagan diraja, negara mereka tidak amalkan sistem beraja. Apabila mereka diberi kerakyatan dan mengundi, kesannya amat besar termasuk boleh menjejaskan kedaulatan institusi diraja," katanya.

Baru-baru ini, seorang pengamal perubatan, Dr Rahman Kadir dalam blognya mendedahkan beberapa pemimpin pembangkang didakwa bersikap biadap dengan mempersenda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu pada Majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Rabu lalu.

Mahfuz berkata, gerakan Anti Pemalsuan IC (API) dibentuk untuk merangka tindakan bersesuaian bagi membolehkan dakwaan itu disiasat.

"Langkah pertama ialah menghantar memorandum tuntutan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja untuk tubuhkan Suruhanjaya Diraja menyiasat pendedahan itu," katanya.

Mahfuz yang juga Pengerusi API berkata, semua maklumat yang diperolehnya hanya akan diserahkan kepada suruhanjaya terbabit bagi menjamin keselamatan sumber maklumat.

"Buat masa ini saya tidak dapat dedahkan maklumat. Saya berani katakan, gerakan pasukan khas itu beroperasi dari Pejabat Perdana Menteri," katanya.

Menurutnya, berdasarkan laporan interim Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bersetuju dengan cadangan penubuhan suruhanjaya itu untuk menyiasat pemberian kerakyatan warga asing di Sabah.

"Secara tidak langsung, PSC mengakui perkara seperti itu berlaku di Sabah, tetapi saya cadangkan untuk semua negeri kerana difahamkan gerakan itu menyeluruh di setiap negeri," katanya.

Mahfuz sebelum ini mendedahkan wujudnya pasukan khas ini, diketuai Penasihat Khas Perdana Menteri, Datuk Osman Razak; Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Tajuddin Wahab dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar. -SH

Surat terbuka kepada pejuang Melayu

Posted: 16 Apr 2012 01:55 AM PDT

Ramai kalangan individu dan kumpulan yang mengisytiharkan menjadi pejuang Melayu, secara laungan lisan yang bersuara dan tulisan yang dicatit di dada akhabar, majalah dan sepanduk yang direntang, semuanya penuh bersemangat yang berkobar-kobar, sehingga sanggup melakukan apa sahaja.

Bagi penganut Islam, yang menjadi kebanggaan bangsa Melayu juga, wajiblah benar-benar ikhlas kerana Allah dan kepada Allah kembalinya, hendaklah menjadikan Islam itu satu-satunya petunjuk yang diyakini benarnya menyelamatkan manusia seluruhnya, termasuklah bangsa Melayu.

Saya ulangi kenyataan saya, bahawa tidak menjadi salah, kecintaan seseorang itu, atau kumpulannya atau bangsanya terhadap bangsanya, kerana inilah sifat semula jadi manusia yang disebut fitrah atau naluri, tetapi sifat fitrah  juga adanya dalam alam dunia ini berbagai bangsa, suku kaum, berkeluarga  yang hidup secara bermasyarakat, sehingga tidak mungkin bersendirian. Inilah ketetapan Allah pencipta alam yang dipuji setiap rakaat sembahyang.

Allah berfirman (maksudnya): Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku kaum, supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. (Al-Hujurat: 13)

Kita tidak dapat menghapuskan sifat fitrah kecintaan kepada bangsa, samalah juga tidak boleh menghapuskan wujudnya berbagai bangsa, serta tidak dapat menghapuskan wajibnya hidup bermasyarakat, sehingga Ibnu Khaldun, seorang tokoh ilmuan sedunia menegaskan ;"Manusia itu bersifat masyarakat madani secara tabiinya".

Nabi Muhammad s.a.w yang dilantik menjadi Rasul kepada seluruh manusia juga sayangkan bangsa dan tanah air, tetapi kesayangan dan kecintaan itu diatur dengan petunjuk Islam, tanpa merosakkan hubungan kemanusiaan di kalangan berbagai bangsa dan suku kaum serta berbagai agama yang wajib hidup bermasyarakat, walaupun menegaskan hanya Islam yang diakui benarnya.

Namun tidak boleh memaksa sesama manusia, kerana keperluan manusia seluruhnya dalam kehidupan dunia, sebelum berpijak ke alam akhirat, tidak boleh dihasilkan secara individu sahaja dan satu bangsa sahaja dan satu suku kaum sahaja.

Sempadannya ialah menegakkan Islam yang adil untuk semua. Sempadannya haram berlaku zalim terhadap sesiapa sahaja, sehingga zalim itu diharamkan terhadap kaum lain dan diharamkan juga membela kezaliman kaum dan bangsanya sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w:

لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ  
سنن أبي داود - (ج 13 / ص 325)

Maksudnya: (Bukan daripada kalangan kami orang yang menyeru kepada asabiyyah, bukan daripada kalangan kami orang yang berperang di atas tujuan asabiyyah dan bukan daripada kalangan kami orang yang mati di atas perjuangan asobiyyah).

Asabiyyah itu ialah fanatik terhadap kaum bangsa sendiri kerana kasih tanpa dasar yang benar dan adil sehingga menzalimi terhadap kaum dan bangsa lain dalam semua urusan cara hidup dan beragama.
Maka Islam telah berjaya menyelamatkan bangsa Arab dengan Islam, sehingga menghapuskan asabiyyah kabilah suku kaum sesama bangsa Arab yang berperang sejak ribuan tahun dan permusuhan bangsa Arab terhadap bangsa lain, sehingga bangsa Arab setelah menganut Islam berjaya menjadi kuasa besar dunia yang mengambil alih pengaruh dua kuasa besar dunia Parsi dan Rom di zamannya.

Bangsa Arab yang memimpin negara kuasa besar Islam akhirnya berjaya menerima masyarakat majmuk kalangan berbagai bangsa dan berbagai agama yang berlainan dengan Islam. Walaupun penganut Islam diwajibkan berdakwah mengajak manusia kepada Islam, tetapi diharamkan memaksa terhadap penganut agama lain, diharamkan zalim, serta diwajibkan berlaku adil terhadap semua manusia, binatang dan alam seluruhnya. Akhirnya Islam berjaya mengumpulkan daripada masyarakat majmuk itu, ilmu duniawi yang memberi manfaat dari segi kemanusiaan daripada berbagai bangsa dan penganut agama, sehingga berjaya melahirkan tamadun majmuk yang menyumbang kepada dunia seluruhnya sehingga hari ini.

Kejatuhan dua kuasa besar dunia berlaku di zaman khalifah kedua  Umar bin al- Khattab r.a. Apabila khalifah dijemput datang oleh paderi besar Bait al-Maqdis yang sangat gembira dengan kejatuhan kuasa besar Rom yang zalim terhadap mereka sejak beberapa abad. Khalifah disambut oleh para pemimpin kalangan para sahabat yang berbangsa Arab menyampaikan ucapannya yang masyhur, antara lain menegaskan:

"Kita adalah kaum bangsa yang diberi kemuliaan dengan Islam, sekiranya kita mencari yang lain daripada Islam untuk mencapai kemuliaan kononnya, nescaya kita ditimpa hukuman menjadi kaum bangsa yang hina".

Kenyataan ini berasaskan firman Allah: Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang bakhil, dan sesiapa yang bakhil sesungguhnya dia hanyalah bakhil terhadap dirinya sendiri, dan Allahlah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang sangat berhajat kepada pertolongan Allah; dan jika kamu berpaling daripada menegakkan agama Allah (Islam) nescaya dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini. (Surah Muhammad: 38)

Firman Allah dan ucapan ini menjadi kenyataan, apabila bangsa Arab yang memimpin umat Islam tidak lagi berpegang kepada Islam kerana leka dengan kuasa yang dijadikan peluang mengumpul harta kekayaan dan kemewahan. Maka Allah menukarkan kepimpinan kepada kalangan kaum bangsa bukan Arab, penganut Islam yang berpegang dengan Islam yang sempurna secara silih berganti di kalangan berbagai bangsa yang menganut Islam dan beramal dengannya dalam seluruh cara hidup. Apabila seluruh bangsa umat Islam bersemangat bangsa masing-masing dan berpuak, Islamnya menjadi sampingan amalan peribadi masing-masing, sehingga urusan politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain dipisahkan daripada Islam, maka umat Islam dan tanah air bumi Islam dijajah oleh kuasa asing yang menindas mereka dengan hina.

Walaupun penjajah terpaksa memberi kemerdekaan pada akhirnya, tetapi mereka berjaya mengekalkan kemerdekaan di atas semangat bangsa mengatasi petunjuk Islam. Maka kemerdekaannya tidak sampai kepada matlamat yang sebenar, kerana jasad dan tanah sahaja ditinggalkan oleh penjajah, sedangkan akal fikran dan kefahaman masih dijajah, termasuk bangsa Arab sendiri yang kaya-raya dengan hasil semula jadi yang luasnya laksana laut. Apabila semangat kebangsaan Arabnya mengatasi petunjuk Islam, menjadikan mereka terus lemah dan dipermainkan oleh kuasa-kuasa besar yang berebut dan berlumba-lumba mengambil kesempatan daripada bumi Arab, sehingga Arab boleh dilagakan sesama satu bangsa dan satu agama.
Inilah juga pendekatan semangat kebangsaan Melayu yang dibawa oleh UMNO sejak lebih lima puluh tahun mencapai kemerdekaan. Islam hanyalah satu religion atau agama, bukan al-Din yang dinyatakan oleh al-Quran.

UMNO tidak mampu menempatkan dan melahirkan pemimpin yang perkasa dengan ilmu dan sakhsiah Islam, UMNO hanya berjaya melahirkan ramai pemimpin yang dicantas kerana kesalahan rasuah sesama sendiri, atau salah laku sesama sendiri dalam perebutan pertandingan kepimpinan negara apabila berjaya memimpin parti. Maka kepimpinan dianggap peluang untuk diri, keluarga dan rakan keliling, bukannya menunaikan amanah memperkasakan bangsa bersama Islam yang sempurna, dengan iman, ilmu dan akhlak dan mampu menguasai berbagai kaum dengan menegakkan Islam adil untuk semua, yang terkandung dalam ajaran Islam yang sempurna. Islam mengikut pendekatan UMNO, dilaksanakan secara terpilih bagi kepentingan duniawinya, bukannya memperhambakan diri menunaikan amanah daripada Allah yang menjadikan Islam adalah rahmat kepada seluruh alam
.
Agama Islam yang diterima oleh penganut agama lain menjadi agama persekutuan, kerana penganutnya adalah bangsa Melayu yang diakui oleh semua kaum kerana majoritinya, tiba-tiba tidak berjaya memuliakan bangsa Melayu sendiri dengan iman, ilmu dan akhlak, selagi pemimpin UMNO diberi amanah memimpin negara di atas nama Melayunya sahaja  dengan pendekatan Islam terpilih mengikut para pemimpin UMNO. Walaupun orang Melayu diapikan semangat kebangsaannya yang bertopengkan Islam, sedangkan isi kandungan menipu umat, dengan media upahan dan media abdi kepadanya. Akhirnya bangsa Melayu bukan sahaja tidak boleh bertahan dengan UMNO,  bahkan jatuh terhumban bersamanya.

PAS berulang kali mengajak UMNO bermuzakarah, bukan berdebat menentukan menang dan kalah, tetapi UMNO sepanjang masa tidak bersedia. Debat bukannya kerana di musim pilihanraya dan ketika terdesak, bahkan diajak  sejak berpuluh tahun. Kalau UMNO ada Biro Agamanya, ilmuan agamanya, para mufti yang berada di bawah kerajaannya  yang mampu merojak sumber Islam dengan bahasa al-Quran, bukannya yang berwajah ulama dalam UMNO tetapi buta bahasa al-Quran atau terlalu lemah bahasa al-Qurannya yang ramai dipergunakan. PAS juga ada Majlis Syura Ulama dan ahli Dewan Ulama yang terlalu ramai.

Tibalah masanya, para pejuang Melayu menyedari dan memahami bahawa slogan yang benar bukannya, pertahankan Melayu dahulu, Islam di belakangnya. Percayalah bahawa Melayu tidak selamat dengan diri mereka sendiri tanpa petunjuk Islam, sebagaimana Arab bangsa Rasulullah s.a.w porak-peranda sekarang, kerana kebangsaan Arabnya mengatasi Islamnya, tetapi yang sebenarnya ialah tegakkan Islam dan selamatkan bangsa dengan Islam, tunjukkan Islam yang sempurna, maka Melayu selamat dan semua kaum, bangsa dan penganut berbagai agama diselamatkan.

Islam yang terkandung dalam al-Quran dan hadith itu tidak menolak kasih kepada bangsa masing-masing, tetapi melarang zalim terhadap bangsa selain bangsa kita. Islam tidak menghapuskan hak sesuatu bangsa secara tabii, seperti bahasa ibunda masing-masing dan budaya kaum masing-masing, tetapi melarang menjadi jahil dan keruntuhan akhlak dan Islam melarang paksaan dalam anutan agama dan Islam mewajibkan adil terhadap semua. Islam membetulkan cara hidup seluruhnya. Di sinilah perbezaan PAS dan UMNO.


Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

Bekas Menteri Umno Tampil Berceramah Di Pentas Pas

Posted: 15 Apr 2012 05:25 PM PDT




Umno terus menerima tamparan hebat apabila bekas menteri mereka tampil berceramah di pentas Pas malam tadi.

Tan Sri Kadir Fadzir bekas Menteri Penerangan dan Perlancongan tampil di pentas Pas buat pertama kalinya di satu majlis ceramah di Kupang Kedah.

Turut berceramah Presiden Pas Tuan Guru Haji Hadi Awang,MB Kedah Ust Azizan Razak,dua Naib Presiden Pas YB Dato Mahfuz Omar dan YB Salahuddin Ayub.

Tiada ulasan: