Muslimeen United |
- Benteng manusia pecah, khemah siswa roboh
- Video : Ribuan Mahasiswa Berarak Di Ibu Negara Tuntut PTPTN Dihapuskan
- [BONGKAR] Pelajar Universiti Didaftar Ke DUN Ali Rustam
Benteng manusia pecah, khemah siswa roboh Posted: 15 Apr 2012 07:24 AM PDT Kelihatan pegawai penguatkuasa menemui mahasiswa dan mengarahkan mereka mengosongkan kawasan itu bagi memberi laluan kepada konsert diraja malam ini. Mahasiswa diberitahu, menurut undang-undang, tiada sesiapa dibenarkan memasang sesuatu struktur di kawasan tumpuan pelancong itu tanpa kebenaran datuk bandar. Setelah berbincang, mahasiswa bagaimanapun memutuskan enggan berpindah selagi tuntutan mereka tidak didengar. Aktivis Adam Adli Abd Halim (atas) berkata, terpulang kepada DBKL jika mahu merampas barang mereka atau menghalau mahasiswa, tetapi mereka tetap akan kembali untuk berkhemah malam ini. Kumpulan itu merancang berkhemah di Dataran Merdeka sehingga perhimpunan BERSIH pada 28 April ini. Mereka antara ratusan yang berhimpun di ibu negara petang semalam bagi menyatakan penolakan kepada PTPTN dan menuntut perdidikan percuma hingga ke peringkat pengajian tinggi. Sementara itu, DBKL kira-kira jam 4 petang ini berkeras mahu mengalihkan khemah itu sehingga memaksa mahasiswa membuat benteng manusia dan berlaku adegan tolak menolak antara kedua-dua pihak. DBKL bagaimanapun berjaya merobohkan empat khemah dan merampis satu daripadanya. Mahasiwwa mendakwa DBKL melakukan kekasaran ketika bertindak. -M'kini |
Video : Ribuan Mahasiswa Berarak Di Ibu Negara Tuntut PTPTN Dihapuskan Posted: 14 Apr 2012 04:09 PM PDT (Mahasiswa berkhemah menuntut kerajaan memenuhi tuntutan mereka) KUALA LUMPUR, 14 April: Sekumpulan mahasiswa yang menuntut pendidikan percuma di negara bertindak memasang khemah di Dataran Merdeka, sementara menunggu perhimpunan Bersih 3.0, 28 April ini. Mereka juga bernekad tidak akan berganjak dari Dataran sehingga pihak kerajaan turun padang menemui mereka bagi mendengar keluhan mahasiswa terhadap isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Perhimpunan anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang diketuai Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) itu pada mulanya berkumpul di persekitaran Masjid Jamek Kuala Lumpur, sebelum berarak ke kompleks membeli-belah Sogo. Sepanjang Jalan Raja Laut menuju Sogo, kumpulan lebih 500 mahasiswa itu melaungkan pelbagai slogan bagi menarik perhatian pengguna jalan raya, antaranya 'Hidup Mahasiswa', 'Jahanam Kapitalis', 'Najib Altantuya', 'Mansuh PTPTN', 'Bangkit Mahasiswa' sambil memegang pelbagai kain rentang. Tiba di Sogo, kumpulan tersebut mula berucap bagi menyatakan pendirian mereka terhadap PTPTN yang disifatkan mereka hanya melahirkan 'graduan hutang'. Sebelum itu, mereka meletakkan kalungan bunga pada potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Tindakan tersebut dikatakan sebagai simbolik kepada 'kematian' peranan dua menteri tersebut dalam usaha menyelesaikan isu PTPTN yang dibantah mahasiswa. Antara pemimpin mahasiswa yang berucap Pengerusi SMM, Mohd Safwan Anang; dan mahasiswa yang digantung pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim. Kumpulan itu kemudiannya kembali berarak ke Dataran Merdeka melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman, dan memasang lima buah khemah di Dataran serta mendirikan solat Asar berjemaah. Kira-kira 30 anggota polis hanya memerhatikan kumpulan mahasiswa tersebut berhimpun tanpa sebarang provokasi daripada mereka. Sementara itu, Safwan ketika ditemui media, berkata himpunan hari ini sebagai tanda amarah rakyat terhadap isu PTPTN yang didakwa lebih memberi keuntungan kepada kapitalis, sekaligus membebankan mahasiswa. Ketika ditanya mengapa perhimpunan hari ini turut mengaitkan isu PTPTN dengan kepimpinan kerajaan sedia ada, Safwan berkata sekiranya mahasiswa mahu mengubah kerajaan, itu merupakan hak mereka sebagai pengundi. "Kita tidak tahu bebanan masing-masing, tapi fokus isunya ialah PTPTN. Kalau mahu ubah kerajaan, itu hak mereka. Kita pun setuju, kalau kerajaan tidak mahu memberikan komitmen tentang hal (PTPTN) ini. Kita kata kerajaan perlu diubah, dan ia mesej jelas daripada mahasiswa," tegas beliau. Justeru, kata beliau mahasiswa akan terus berkhemah di Dataran Merdeka sehingga pihak kerajaan respons terhadap tuntutan mereka. "Kita akan teruskan protes ini di sini. Kalaupun dihalau, kita akan meneruskan protes. Kalau bukan di sini, di tempat lain yang akan diputuskan nanti," kata beliau. Himpunan mahasiswa ini turut disertai pemimpin Pakatan Rakyat, antaranya Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Tian Chua; Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat RasipRozan; dan pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr. Jeyakumar Devaraj. Manakala, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dijangka hadir ke Dataran Merdeka, malam ini bagi menyatakan sokongan kepada golongan mahasiswa. -Hrkh |
[BONGKAR] Pelajar Universiti Didaftar Ke DUN Ali Rustam Posted: 14 Apr 2012 04:06 PM PDT Melaka: PAS mendakwa usaha untuk mendaftarkan pengundi baru ke kawasan DUN Bukit Baru yang diwakili Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Gambar fail. "Usaha itu dilakukan dengan dua cara. Pertama dengan mendaftarkan pelajar pusat pengajian tinggi supaya mengundi di DUN tersebut. "Kedua ialah membawa masuk pengundi baru ke DUN Bukit Baru," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Kamaruddin Sidek. Beliau berkata, dari maklumat yang diterima Umno meminta pelajar beberapa pusat pengajian tinggi di negeri itu supaya menukar alamat tempat mengundi kepada DUN Bukit Baru. Mereka mensasarkan pelajar Universiti Teknologi Melaka (UTEM), MMU, UiTM serta Kolej Yayasan Melaka dengan mendapat bayaran RM300 seorang, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Kamaruddin Sidek. "Kami mendapat maklumat termasuk gambar mengenai perkara itu," tambahnya. `Didalangi Kemas dan SPR Menurut beliau, DUN Bukit Baru kini mencatatkan jumlah penambahan pengundi baru keempat terbanyak di seluruh negara. "Angka ini disahkan sendiri oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)," tambah beliau. Pemimpin PAS itu juga mendakwa usaha memindahkan pengundi PAS dari tempat lain ke kawasan DUN Bukit Baru. Katanya, beliau mendapat aduan daripada seorang pengundi lama PAS dari DUN Duyung yang telah dipindahkan ke Bukit Baru. Kamaruddin berkata, beliau bertanyakan perkara itu kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan pegawai memberitahu pihaknya sedang mengemaskan data pengundi. "Pegawai SPR memberitahu bahawa permohonan untuk menukar alamat pengundi berkenaan lengkap dengan tanda tangan pemohon. "Tetapi saya syak sindiket ini didalangi Kemas bersama SPR. Masalahnya ramai pengundi yang tidak tahu bahawa nama mereka telah dipindahkan ke tempat mengundi lain. "Sasarannya ialah terhadap pengundi-pengundi yang telah berumur 60 tahun ke atas," kata beliau lagi. -fmt |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan