Jumaat, 6 April 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Program DSAI di Alor Setar diganggu samseng PERKASA

Posted: 06 Apr 2012 06:31 AM PDT

Sekumpulan 50 orang, yang memakai baju-T hitam yang bertulis perkataan 'Perkasa', mengganggu program PKR di Alor Setar hari ini.

Mereka tiba kira-kira jam 5 petang dan cuba masuk ke dalam orang ramai yang berkumpul untuk menyaksikan pelancaran pusat komuniti PKR Alor Setar di tengah-tengah bandar tersebut.

Ketua Pembangkang yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan berucap pada kira-kira jam 5.30 petang.

Apabila kekecohan bermula, pengunjung Sentosa Mall di situ bergegas keluar untuk melihat apa yang sedang berlaku.


Beberapa individu terperangkap dalam keadaan kelam kabut di situ apabila penyokong PKR mula menolak keluar kumpulan tersebut.

Seorang peniaga dari pusat membeli-belah tersebut yang berada di tengah-tengah orang ramai berkata, dia hampir terkena pukulan di kepalanya dengan sebatang kayu sepanjang 0.6m.

Ray Ching, 28 (kiri) berkata apabila dia cuba untuk menghalang beberapa lelaki mara ke dalam orang ramai, seorang lelaki yang memakai baju-T bertulis 'Perkasa' mengangkat kayu hendak memukulnya.

Bagaimanapun, katanya, pukulan itu tidak mengenai kepalanya kerana dia sempat menyekatnya dan menolak lelaki itu dengan tangannya.

Ray - peniaga telefon bimbit - memberitahu Malaysiakini bahawa dia memarahinya lelaki itu dan menyuruhnya beredar dari situ, dan lelaki menjerit balik perkataan 'babi'. - Malaysiakini

Akhirnya ...Penyanyi Aishah sertai PAS ... Alhamdulillah

Posted: 06 Apr 2012 04:33 AM PDT

PENYANYI terkenal tanahair Aishah kini dilihat sudah mula tampil di pentas ceramah Parti Islam se Malaysia, PAS. Beliau yang sebelum ini merupakan orang kuat Umno kini mengakui sudah berubah.

Beliau meluahkan kebimbangan terhadap pemerintahan Rejim Umno dan Barisan Nasional yang dilihat tidak menjamin akidah anak-anak masa depan di samping penyelewengan dan rasuah yang begitu berleluasa.

Beliau juga menyeru kaum wanita, dan ibu-ibu agar "celik politik" di dalam membesarkan anak-anak. Ini kerana sistem pemerintahan yang ada sekarang begitu jelas mengecewakan.

Aishah turut melahirkan rasa kecewa terhadap Ketua Wanita Umno, merangkap Menteri Kebajikan Keluarga dan Masyarakat yang dilihat tidak menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik.

Saksikan sendiri penjelasan beliau dalam video di bawah.




Alhamdulillah, semakin ramai artis sudah berani menyatakan pendirian di dalam parti politik secara terbuka. Dijangka lebih ramai artis akan menyertai Parti Islam se Malaysia, PAS selepas ini


source:http//milosuam.blogspot.com/2012/04/penyanyi-terkenal-aishah-kini-bersama.html#ixzz1rG7CsOmW

Tiada ulasan: