MIMPI SENJA |
- Bayan Mutiara : Putar belit Ketua Pemuda UMNO P. Pinang
- BERSIH 3.0 - 28 April 2012?
- Datuk K suami Siti Nurhaliza kahwin Rozita Che Wan
- Murtad : NGO Harapan Komuniti nafi dakwaan Hassan Jati
- Mentaliti 'politik longkang' dalam UmporNo
Bayan Mutiara : Putar belit Ketua Pemuda UMNO P. Pinang Posted: 02 Apr 2012 11:01 PM PDT Saya amat hairan mengapa akhbar tradisi seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia sanggup membawa berita yang tidak tepat dari seorang yang kononnya menjadi juara orang Melayu Pulau Pinang. Lebih buruk daripada itu berita tersebut tidak mendapat keadilan dari pihak yang dituduh untuk membuat penjelasan. Saya merujuk kepada berita tentang tanah Bayan Mutiara yang disensasikan mengikut selera perkauman dan agama yang sempit walaupun isu yang dibangkitkan lebih kepada soal pentadbiran dan undang-undang. 1. Faktanya ialah pelan pembangunan yang diluluskan oleh MPPP tahun 2006 adalah berdasarkan kepada penyerahan oleh syarikat sebelumnya yang gagal membangunkan tapak tersebut walaupun fasa 1 pelan telah diluluskan. Semua sudah sedia maklum apabila tanah ini diambilalih oleh pemaju baru yang membelinya secara tender terbuka, satu pelan pembangunan baru mesti diserahkan kepada MPPP kerana pelan yang lama tidak diperakui lagi. Pelan baru belum diserahkan untuk pembangunan lagi. 2. Faktanya juga ialah ketika tanah yang diperuntukkan untuk tapak mesjid telah diluluskan pada ahun 2006, mengapakah kerajaan BN/Umno ketika itu tidak mengambil inisiatif untuk memecah lot itu dan menggazetkannya untuk diserahkan kepada MAIPP sedangkan mereka mempunyai masa 1 tahun lebih untuk berbuat demikian sebelum Pakatan ambil alih. Tiba-tiba kerajaan hari ini pula disalahkan dalam isu tanah mesjid. 3. Faktanya juga tanah untuk mesjid diwajibkan sebagai syarat untuk lulus jika kawasan itu mempunyai rumah lebih dari 1,300 atau 1,500 unit. Kaedah yang sama akan terpakai jika penyerahan pelan baru dibuat bagi pemaju yang membeli tanah tersebut hari ini. 4. Faktanya tidak ada pengazetan tanah tersebut di MAIPP untuk tujuan tapak mesjid dan kerana itu tidak timbul soal menjual tapak mesjid seperti yang didakwa. Berdasarkan kepada fakta di atas khusus tentang soal tanah mesjid, saya menyeru kepada Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang supaya jangan bermain isu ini dengan niat menimbulkan sentimen kebencian seolah-olah kerajaan Pakatan di Pulau Pinang menidakkan hak orang Islam di Pulau Pinang. Kami dari PAS berdiri teguh mempertahankan hak orang Melayu dan Islam sebagaimana kami terus membela kepentingan semua kaum seperti yang termaktub dalam tawaran kami kepada rakyat. Kami juga berdiri teguh di bawah kepimpinan YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dalam usaha beliau bersama PAS membawa politik yang lebih adil untuk semua rakyat di Pulau Pinang. Carilah modal politik yang lain seperti menawarkan manifesto yang lebih menarik kepada orang ramai untuk mendapat sokongan tetapi jangan sekali-kali bermain api kebencian kelak nanti akan membakar diri sendiri. -Dr Mujahid Yusof Penulis adalah Ahli Parlimen Malaysia kawasan Parit Buntar dan anak jati Pulau Pinang. - Malaysia chronical |
Posted: 02 Apr 2012 10:31 PM PDT Dalam Kumpulan Bersih Malaysia tampil sekali lagi dengan cuba meniupkan semboyan untuk menghidupkan perhimpunan Bersih 3.0 Malaysia tidak lama lagi. Dijangka….. Dijangka perhimpunan Bersih 3.0 Malaysia kali ini bakal diadakan :
Dan berdasarkan laporan MalaysiaInsider, mengatakan yang PerhimpunanBersih 3.0 Malaysia kali ini memfokuskan reformasi yang lebih besar. Antara sebab mereka mahu mengadakan satu lagi versi perhimpunan Bersih ini adalah disebabkan :
- BERITA SEMASA |
Datuk K suami Siti Nurhaliza kahwin Rozita Che Wan Posted: 02 Apr 2012 07:14 AM PDT SUBANG JAYA: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mendedahkan Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa atau Datuk K agak tertekan selepas timbul gosip kononnya suami beliau itu telah menjalinkan hubungan sulit dengan pelakon popular, Rozita Che Wan. Siti berkata, disebabkan suaminya seorang ahli korporat, beliau sering berjumpa dengan klien dan mereka kerap bertanyakan desas-desus berkenaan sehingga membuatkan fikiran Datuk K benar-benar terganggu. "Gosip itu secara dasarnya telah memfitnah beliau dan sudah tentu menjejaskan emosinya kerana beliau telah dipandang serong oleh segelintir kenalan," ujarnya kepada mStar Online selepas ditemui pada sidang media Sepetang Bersama Datuk Siti Nurhaliza - Istimewa Hari Ibu di sini pada Isnin. Siti diminta mengulas mengenai dakwaan terbaru yang disebarkan oleh beberapa blog hiburan kononnya Datuk K bakal berkahwin dengan Rozita Che Wan. Rozita dalam masa sama turut menepis fitnah tersebut dan menganggap ia bertujuan untuk mengaibkan dirinya. Dalam pada itu, Siti berkata, dia mempercayai keikhlasan Datuk K dan tidak pernah mempunyai perasaan curiga kerana mereka sering bersama. "Saya kenal siapa Datuk K kerana dan sepanjang perkahwinan kami belum pernah ada perasaan sangsi di antara satu sama lain. Tambahan pula, kami sering bersama," ujar Siti. Jelas Siti, ketika gosip tersebut tersebar dia tidak pernah bertanyakan perkara itu kepada suaminya kerana menganggap ia sebagai satu fitnah semata-mata. Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid. Malah beliau percaya jika perkara itu dibangkitkan, ia akan merosakkan rumah tangga mereka. Sementara itu, ditanya adakah beliau ada berbincang dengan Rozita mengenai tuduhan itu, Siti memberitahu dia tidak perlu berbuat demikian. "Rozita juga adalah mangsa dan hubungan kami tidak mempunyai sebarang masalah. Rozita sendiri sudah menafikan perkara itu dan tidak perlu rasanya untuk saya berjumpa dan meminta penjelasan," katanya. |
Murtad : NGO Harapan Komuniti nafi dakwaan Hassan Jati Posted: 02 Apr 2012 05:15 AM PDT NGO Harapan Komuniti hari ini menafikan dakwaan bahawa badan tersebut telah bertindak memurtadkan umat Islam, ekoran satu pendedahan video oleh bekas exco hal ehwal agama Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ini. Peguam NGO tersebut, Annou Xavier ketika dihubungi berkata dakwaan tersebut hanyalah satu "khabar angin" dan mendakwa perkara itu juga telah ditambah oleh Hasan. "Jelas ianya tambah oleh Hasan dan apa saja yang datang daripadanya jelas satu khabar angin," katanya lagi ketika diminta mengulas mengenai dakwaan yang ditimbulkan oleh seorang saksi dalam video tersebut. Saksi berkenaan, yang diperkenalkan dengan nama samaran Ramli Abdullah telah menyebut nama NGO tersebut dalam rakaman video yang didedahkan Hasan hari ini. Ramli antara lainnya mendakwa bahawa Harapan Komuniti telah menubuhkan tiga unit untuk membantu orang Islam. Dakwanya, unit tersebut antara lainnya memberikan bantuan golongan yang ditimpa bencana alam sebelum ini, seperti mangsa tsunami di Kedah dan mangsa banjir di Johor. Ramli juga mendakwa kumpulan itu juga mengadakan bilik bacaan serta mengadakan kelas moral kepada orang Islam, selain unit unutuk mendekati pengidap HIV. "Pada peringkat awal NGO itu berminat membantu orang Melayu dengan ikhlas. Mereka membantu atas dasar kemanusiaan," dakwanya. NGO berkenaan bagaimanapun tidak menyentuh isu agama, dakwa Ramli lagi dalam video berkenaan. Ramli berkata demikian dalam video sepanjang 42 minit yang didedahkan Hasan di kediamannya di Petaling Jaya hari ini. - Malaysiakini |
Mentaliti 'politik longkang' dalam UmporNo Posted: 02 Apr 2012 04:21 AM PDT SHAH ALAM 01 APRIL : Tuduhan dan serangan setiap hari terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai mentaliti 'politik longkang' (Gutter Politics) yang diamalkan oleh Umno-BN. MP Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata tuduhan dari bekas-bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan media Umno secara bertali arus itu hanya mahu mengalih perhatian dan tumpuan rakyat berhubung isu kelemahan pentadbiran Umno-BN. "Rakyat semakin bosan dengan amalan Umno-BN yang menyalahgunakan kuasa, rasuah, ugutan dan sebagainya. Oleh kerana mereka takut hilang kuasa, mereka mengambil jalan untuk menyerang peribadi pemimpin Pakatan Rakyat (PR). "Mereka juga takut apabila kemampuan PR mendedahkan banyak kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran mereka," katanya ketika dihubungi. Katanya, rancangan jahat itu ditimbulkan oleh pembodek-pembodek baru yang dilihat hanya untuk menjatuhkan pemimpin PR. "Cukuplah dengan politik longkang itu, kalau berani bertarung dan bersaing secara bersih dan adil berdasarkan prestasi dan kepimpinan bukan hanya pandai memfitnah serta melaga-lagakan pihak lain,"katanya. Dr Dzulkifli yang juga mengulas tuduhan Senator, Datuk S. Nallakaruppan baru-baru ini menyifatkan senator itu sebagai 'Bapak Ayam'. "Ini kerana ketika beliau (Nalla) membuat tuduhan, mengatur dan menyusun perbuatan jahat secara tidak langsung beliau tidak sedar mengakui diri sendiri bapak ayam,"katanya. Dr Dzulkifli juga mempersoalkan mengapa Nalla dipilih menjadi senator. "Amat pelik dan aneh, mengapa beliau dilantik sebagai Senator? Mengapa bapak ayam itu dilantik sebagai Senator? Bukankah Senator dilantik berdasarkan integriti dan personaliti yang baik? Jadi dimana teladan yang baik bagi Nalla. "Ianya dilihat hanya mahu mengaibkan seseorang, membuat pengakuan bagi tujuan menjatuhkan kredibiliti Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas informasi (hearsay) sahaja,"katanya. Sebelum ini, Datuk S. Nallakaruppan yang juga Presiden Parti India Malaysia (MUIP) mendakwa pelbagai fitnah jahat bertujuan mengaibkan Ketua Umum PKR tersebut. Bagaimanapun, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Nalla dan Utusan Melayu (M) Bhd atas tuduhan itu |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan