Ahad, 15 April 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Pendidikan percuma, Najib kantoi menipu di Batu Pahat!

Posted: 14 Apr 2012 07:53 PM PDT

LIHAT laporan akhbar propaganda Regim Barisan Nasional di bawah ini baik-baik. Kata Najib, "hanya ada tiga buah negara di dunia yang menanggung sepenuhnya pengajian tinggi rakyatnya" [Kosmo]



Di bawah ini pula 5 rakaman video bukti Najib menipu orang di Batu Pahat. Video-video berikut adalah rakaman perbualan telefon secara terus dengan 5 buah kedutaan negara Brunei, Argentina, Finland, Norway dan Jerman

Pendidikan percuma di Brunei. Brunei Darulsalam High Commission of Malaysia in Bandar Seri Begawan. Tel: +673 2 38 1095



Pendidikan percuma di Argentina. Embassy of Argentina in Kuala Lumpur, Malaysia Tel: +603 21441451.



Pendidikan percuma di Finland. Embassy of Finland, Kuala Lumpur Tel: +60 342577746



Pendidikan percuma di Norway. The Royal Norwegian Embassy in Kuala Lumpur Tel: +603 21750300.



Pendidikan percuma di Jerman. Embassy Of The Federal Republic Of Germany‎ Tan & Tan Tower F20 Jalan Tun Razak 50450 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Tel: 03-2170-9666.



Buat makluman para pembaca yang dihormati. Berikut senarai antara negara-negara yang menyediakan pendidikan percuma.

Barbados, Brazil, Belgium, Croatia, Denmark, Finland, Greece, Hungary, Kenya, Malta, Mauritius, Morocco, Norway, Scotland, Slovakia, Sri Lanka, Sweden, Trinidad, Tobago, Brunei, Turkey, Oman, dan Saudi Arabia.

Tentu tak larat nak hubungi kesemua kedutaan, namun jika perlu anda boleh hubungi sendiri mana-mana kedutaan yang anda suka seperti yang disebutkan di atas, sila lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia menipu orang Batu Pahat.


ReJaM© "1 Malaysia, rakyat di(dungu)kan, duit diu(tamak)kan..."

The Plaza Hotel jawab dakwaan beri makanan anjing

Posted: 14 Apr 2012 10:53 AM PDT

BERHUBUNG isu yang dibangkitkan semalam, berkenaan dakwaan The Plaza Hotel Kuala Lumpur yang menghidangkan makanan anjing kepada lebih 300 pelajar, pihak hotel berkenaan telah mengeluarkan satu kenyataan penafian ringkas.

Halaman peminat The Plaza Hotel di facebook telah mengirimkan mesej ringkas tersebut melalui Fanpage MiLo SuaM. Berikut mesej yang dimaksudkan [Facebook].




Bagaimanapun, hal ini kelihatan masih samar, surat aduan si pengadu beserta butiran lengkap dirinya berserta nama dan no IC kepada JAKIM telah didedahkan turut disertakan surat perletakan jawatannya rujuk sini [Makanan Anjing].

Pendedahan surat tersebut dilihat ada kredibilitinya, namun kenyataan pihak hotel hanyalah sekadar berupa satu penafian yang boleh ditulis oleh siapa sahaja. Sama-sama kita nantikan respon daripada pihak yang berkenaan.

ReJaM© "Nafi sahaja siapa pun boleh nafi... "

Tiada ulasan: