Ahad, 15 April 2012

Komentar Kini

Komentar Kini


Rosmah layak jadi menteri penuh ganti Shahrizat?

Posted: 14 Apr 2012 09:19 PM PDT

Baru baru ini kebanyakan rakyat Malaysia sebuk bercakap pasal bilakah tarikh piliharaya PRU 13.

Tapi dua tiga hari ini kebanyakan kita duduk bercakap pasal siapakah calon yang bakal bertanding sebagai ahli parlimen dan Ahli dewan undangan negeri (ADUN) ditempat masing masing.

Umno/BN nampaknya mendahului mana mana parti membariskan calon yang akan bertanding pada PRU 13 yang mana pada ana akan diadakan pada 23 JUN 2012 depan.

Nama nama calon sudah pun ada, malahan kebanyakan kita sudah tahu si A bertanding disini dan si B bertanding di situ, tidak terkecuali nama Rosmah Mansur yang dikatakan akan bertanding pada PRU 13 ini.

Bagaimana pun ada penganalisi politik tanahair menyarankan parlimen putrajaya tempat selamat bagi Rosmah yang dikatakan akan dilantik sebagai menteri penuh Kabinet Najib nanti,

Parlimen mana belum diketahuinya. Pasti parlimen selamat, boleh menang mudah dan bergaya.Kebanyakan setuju Rosmah bertandingPRU 13 ini. Llebih lebih lagi beliau adalah calon winnable berbanding dengan lain lain calon.

Ada yang kata isteri perdana menteri 1 Malaysia ini layak dilantik menteri penuh melalui pelantikan senator sepertimana di lakukan pada Datuk Seri Shahrizat yang tamat tempoh jawatannya pada 8 April lepas.

Tidak menjadi sebarang kesalahan jika Rosmah Mansor diberi ruang bertanding dalam PRU 13 nanti, kerana beliau wanita pertama Malaysia yang paling layak.Malahan ada lebih dia dilantik sebagai Senator dan diberi jawatan menteri pembangunan Keluarga dan wanita berbanding jawatan itu dipangku suaminya.

Mengapa tidak? kerana dia lebih layak berbanding suaminya sendiri. Apatah lagi jika dibandingkan dengan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang tidak kenal antara bangunan dan lembu.

Shahrizat dilantik Senator untuk membolehkan dilantik sebagai menteri penuh dalam kabenit sekarang. Apa salahnya Rosmah juga dilantik senator dan menteri yang boleh dikosongkan Najib

Tengok Datuk Maznah Mazlan wakil rakyat lagi, Exco lagi. bukan ahli parlimen Pahang pun, tapi dilantik senator untuk membolehkan dia menjawat jawatan timbalan menteri, sedangkan ramai lagi wanita lain dalam umno pada wktu itu yang beleh dilantik
sebagai timbalan menteri pusat.

Apa salahnya Datin Rosmah Mansur dilantik senator dan dilantik sebagai menteri pembangunan keluarga dan wanita untuk mengganti Shahrizat dari jawatan itu yang dipangku oleh Najib yang jelas sangat tak munasabah.

Bukan setakat itu saja malahan muncul fitnah mengatakan bahawa perdana menteri gila kuasa dan tak pernah puas dan rakus untuk mengumpulkan harta dari gaji dan elaun.

Bayangkan gaji perdana menteri RM 21, Gaji menteri kewangan RM 18, dan gaji menteri pembangunan keluarga RM 18, Ini tak termasuk elaun bulan yang pernah dikatakan tak kurang RM 1 juta sebulan atas jawatan perdana menteri.

Oleh itu, melantik Rosmah Mansur sebagai senator dan menteri penuh adalah relevan berbanding Najib memangku jawatan itu, kerana Najib bukan arif dengan wanita berbanding Rosmah.

Untuk menaikkan Rosmah tak payah tunggu pada PRU 13. Najib boleh buat sekarang, kerana faktornya Rosmah lebih layak berbanding suaminya sendiri.

Lebih lebih lagi jika PRU 13 ini UMNO/BN kemanangannya menafikan 2/3 yang mana Najib mahu tidak akan didesak meletak jawatan dan menyerah presiden umno sepertimana yang dihadapi Tun Abdullah Ahmad Badawi pada PRU 12 itu.

Sejarah telah membuktikan dan Najib juga terpaksa ikut apa yang pernah dilakukan oleh Tun Abdullah kerana gagal mempertahankan keuntuhan umno/BN yang pernah dijanjikan semasa mengambil alih jawatan presiden umno tidak lama dulu.

Mohd Najib masih bernasib baik, kerana isterinya sudah jadi ahli parlimen dan menteri penuh dan boleh berbuat demikian dengan alasan yang dia boleh letak jawatan sebagai perdana menteri, tetapi dengan sayarat Rosmah wanita pertama Malaysia dilantik sebagai perdana menteri wanita pertama perdana menteri malaysia sepertimana yang diharap harapkan penganalisis politik tanahair.

Tiada ulasan: