Kerabu Bersuara ® |
- Live BERSIH 3.0: Lagi Gambar Kemaskini Dari Dataran Merdeka. Allahuakhbar!
- TERKINI: Ribuan peserta perhimpunan Bersih 3.0 mulai kerumuni Kuala Lumpur
- Live BERSIH 3.0! Orang Muda Sudah Penuhi Dataran. Meriah!
- Live BERSIH 3.0! Gambar Dalam Dewan Taman Melewar
- Live BERSIH 3.0! Orang Ramai Memenuhi Dataran Merdeka. Meriah!
- Arahan Terkini Untuk Geng PATRIOT Untuk BERSIH 3.0
- Live BERSIH 3.0. Pagar Berduri Penuhi Padang Merdeka
- Live! BERSIH 3.0. Dataran Penuh Kawat Duri
- Bersih 3.0 tetap di Dataran Merdeka - Ambiga
- Sah! Pengerusi SPR, Timbalan ahli Umno Cawangan Ampang Baru, Kubang Bunggor
- Panduan penting untuk peserta perhimpunan Bersih 3.0
- Gambar Aaron Aziz Bersama Kereta Baru Nissan Skyline GTR 35
- Wan Ahmad: Saifuddin 'fitnah, tidak matang'
Live BERSIH 3.0: Lagi Gambar Kemaskini Dari Dataran Merdeka. Allahuakhbar! Posted: 27 Apr 2012 10:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Biarpun acara Duduk Bantah dijadual bermula esok, ribuan penyokong Bersih 3.0 mula membanjiri kawasan berhampiran Dataran Merdeka sejak jam 10 malam dan jumlah itu kian meningkat tengah malam ini. Sebahagian juga melaungkan slogan Bersih dan reformasi manakala polis mengawal Dataran Merdeka dengan pagar duri memisahkan penyokong dan pihak berkuasa. Bilangan yang ramai itu menyebabkan kawasan berhampiran sejauh beberapa kilometer dari dataran yang diwarta sebagai larangan melelaui perintah mahkamah semalam, sesak dengan pelbagai lapisan rakyat. Sementara itu, di Taman Melewar, Gombak yang menjadi lokasi terakhir amanat pimpinan badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik, bilangannya juga dianggar lebih 10,000 orang. Mereka yang hampir pasti menyertai perhimpunan yang bertujuan mendesak pemerintah mengadakan reformasi sistem pilihan raya, mulai esok pagi. Tinjauan di paparan laman sosial seperti facebook dan twitter, kebanyakan peserta perhimpunan menyifatkan Bersih 3.0 sudah bermula. "Perhimpunan Bersih akan tersemadi dalam sejarah. Aku bangga menjadi sebahagian daripadanya. Biarlah anak cucuku bercerita di kemudian hari," kata seorang peserta perhimpunan. TERUS BERJUANG WAHAI ANAK MUDA NEGARA! |
TERKINI: Ribuan peserta perhimpunan Bersih 3.0 mulai kerumuni Kuala Lumpur Posted: 27 Apr 2012 09:42 AM PDT KUALA LUMPUR: Biarpun acara Duduk Bantah dijadual bermula esok, ribuan penyokong Bersih 3.0 mula membanjiri kawasan berhampiran Dataran Merdeka sejak jam 10 malam dan jumlah itu kian meningkat tengah malam ini. Sebahagian juga melaungkan slogan Bersih dan reformasi manakala polis mengawal Dataran Merdeka dengan pagar duri memisahkan penyokong dan pihak berkuasa. Bilangan yang ramai itu menyebabkan kawasan berhampiran sejauh beberapa kilometer dari dataran yang diwarta sebagai larangan melelaui perintah mahkamah semalam, sesak dengan pelbagai lapisan rakyat. Sementara itu, di Taman Melewar, Gombak yang menjadi lokasi terakhir amanat pimpinan badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik, bilangannya juga dianggar lebih 10,000 orang. Mereka yang hampir pasti menyertai perhimpunan yang bertujuan mendesak pemerintah mengadakan reformasi sistem pilihan raya, mulai esok pagi. Tinjauan di paparan laman sosial seperti facebook dan twitter, kebanyakan peserta perhimpunan menyifatkan Bersih 3.0 sudah bermula. "Perhimpunan Bersih akan tersemadi dalam sejarah. Aku bangga menjadi sebahagian daripadanya. Biarlah anak cucuku bercerita di kemudian hari," kata seorang peserta perhimpunan. |
Live BERSIH 3.0! Orang Muda Sudah Penuhi Dataran. Meriah! Posted: 27 Apr 2012 09:33 AM PDT |
Live BERSIH 3.0! Gambar Dalam Dewan Taman Melewar Posted: 27 Apr 2012 09:04 AM PDT TS Sheikh Fazdir sedang berucap. |
Live BERSIH 3.0! Orang Ramai Memenuhi Dataran Merdeka. Meriah! Posted: 27 Apr 2012 08:11 AM PDT |
Arahan Terkini Untuk Geng PATRIOT Untuk BERSIH 3.0 Posted: 27 Apr 2012 05:27 AM PDT Patriot telah mengeluarkan arahan kepada semua ahli-ahlinya untuk menghalang perserta Bersih. |
Live BERSIH 3.0. Pagar Berduri Penuhi Padang Merdeka Posted: 27 Apr 2012 04:55 AM PDT Keadaan berdekatan dengan lampu isyarat di dataran merdeka. |
Live! BERSIH 3.0. Dataran Penuh Kawat Duri Posted: 27 Apr 2012 04:40 AM PDT Situasi petang tadi. Gambar dikirim oleh sahabat. |
Bersih 3.0 tetap di Dataran Merdeka - Ambiga Posted: 27 Apr 2012 04:11 AM PDT Keadilan Daily |
Sah! Pengerusi SPR, Timbalan ahli Umno Cawangan Ampang Baru, Kubang Bunggor Posted: 26 Apr 2012 09:26 PM PDT (Oleh Masdar Wahid) |
Panduan penting untuk peserta perhimpunan Bersih 3.0 Posted: 26 Apr 2012 09:23 PM PDT KUALA LUMPUR 27 April: Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0 mengeluarkan garis panduan kepada peserta bagi melancarkan Himpunan Bersih 3.0 Duduk Bantah esok di Dataran Merdeka. |
Gambar Aaron Aziz Bersama Kereta Baru Nissan Skyline GTR 35 Posted: 26 Apr 2012 07:56 PM PDT |
Wan Ahmad: Saifuddin 'fitnah, tidak matang' Posted: 26 Apr 2012 07:40 PM PDT MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN dan HASLINA KAMALUDDIN SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengakui beliau pernah menjadi ahli Umno sambil menegaskan, apa yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat satu "fitnah, tidak matang dan bertujuan menjatuhkan imejnya." Bagaimanapun Wan Ahmad tidak ingat bila dan cawangan mana beliau didaftarkan sebagai ahli kerana pendaftaran itu dilakukan orang lain. "Mungkin saya didaftarkan pada penghujung 70-an atau awal 80-an di cawangan Gombak, Damansara atau Subang Jaya," kata beliau kepada Sinar Harian. Beliau menjelaskan demikian ketika menjawab cabaran Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail kelmarin supaya menafikan beliau bukan ahli Umno bagi membuktikan beliau benar-benar berkecuali. Wan Ahmad mendakwa, sejak menyertai Umno, beliau tidak pernah hadir apa sahaja aktiviti dan mesyuarat parti itu. Ditanya berulang kali sama ada beliau masih ahli Umno, beliau berkata: "Saya tidak tahu dan tidak pernah ambil tahu. Saya bukan ahli politik, saya kakitangan kerajaan dan masih kekal sehingga ke hari ini. Saya bercakap benar." Wan Ahmad, anak kelahiran Terengganu, menjadi pegawai di Kementerian Luar Negeri pada akhir 70-an dan dilantik sebagai Setiausaha SPR pada 1998 dan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi SPR selepas bersara. Katanya, dalam proses itu, beliau tidak pernah memeriksa status keahliannya dalam Umno. "Semua kakitangan awam tidak dibenarkan aktif dalam mana-mana parti. Sekiranya mahu aktif, mereka perlu melepaskan jawatan yang dipegang. Saya masih berkhidmat, dan itu bukti saya bukan ahli yang aktif," katanya. Beliau menyifatkan isu keahliannya yang ditimbulkan oleh Saifuddin sebagai fitnah, tidak matang dan bertujuan menjatuhkan imejnya. Wan Ahmad menegaskan, tidak perlu bagi Saifuddin menimbulkan cerita lama dan remeh-temeh kerana 'semua orang ada sejarah masing-masing'. Katanya, perlu diingat ketika menjadi ahli Umno lebih 30 tahun lalu, beliau tidak tahu masa depannya. "Semua orang begitu. Hanya ALLAH yang tahu. Itu kisah lama, tiada kena mengena dengan jawatan saya sekarang. Saya bukannya nak bertanding (dalam pilihan raya) hingga (Saifuddin) mengancam peribadi saya. "Mengapa perlu nama saya dijadikan sasaran sedangkan tugas SPR hanya menyediakan perkhidmatan terbaik untuk pilihan raya," katanya. Beliau turut melahirkan hasrat bertemu Saifuddin bagi mendapatkan penjelasan mengapa dirinya dikaitkan dengan isu keahlian Umno. "Saya ingin bertemu dengannya. Mahu dengar sendiri, apa motif beliau berbuat begini, sedangkan SPR selama ini telus dalam menjalankan kerja yang diamanahkan. "Jika dikatakan tidak telus, bagaimana pilihan raya sebelum ini banyak kerusi dimenangi pihak pembangkang? SPR sentiasa mengutamakan tugas dan memberikan perkhidmatan terbaik dan tidak ada kena mengena dalam isu politik," katanya. TALI BARUT UMNO |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan