Selasa, 24 April 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Suasana Terkini Depan IPD Dang Wangi. Polis Halau Pelajar.

Posted: 24 Apr 2012 07:52 AM PDT

Suasana polis datang untuk halau pelajar yang sedang berkumpul tanda sokongan kepada sahabat yabg ditahan.

Allahuakhbar.

Terkini! Hadir Bersih 3.0 wajib - Tuan Guru Nik Aziz

Posted: 24 Apr 2012 12:02 AM PDT

Rizal Tahir,

KOTA BHARU: Selepas PAS membuat arahan secara rasmi agar menyertai perhimpunan Bersih 3.0, kini Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula membuat seruan yang sama dengan berkata, hadir ke Bersih 3.0 adalah wajib.

Beliau menyeru seluruh rakyat di negara ini khususnya yang cintakan keadilan hadir pada program Bersih 3.0 (Duduk dan Bantah).

Menurutnya, menghadiri program itu suatu kewajipan memandangkan ianya diadakan untuk untuk menentang ketidakadilan khususnya terhadap proses pilihanraya di negara ini yang tidak selari dengan Islam.

"Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily dan akhbar Harakah di pejabatnya di sini sebentar tadi bagi mengulas program yang bakal diadakan pada 28 April ini.

Tuan Guru seterusnya memberitahu, dalam lapan tuntutan Bersih, beliau hanya ingin mengulas satu iaitu berhubung pengundi hantu yang jelas ianya perbuatan kotor dan bercanggah dengan kehendak Islam.

"Andainya Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya akan datang dan mentadbir negara akan melakukan sebagaimana BN buat sekarang, setuju atau tidak sekiranya kami bawa pengundi hantu untuk kekal mentadbir negara pada pilihanraya berikutnya.

"Tentu saja Umno dan BN tidak mahu sebab perkara ini perbuatan mungkar yang tentu saja berdosa besar bila melakukanya,"ujarnya lagi.

Tambahnya, sekiranya mereka juga tidak boleh terima, kenapa sanggup adakan pengundi hantu dengan membawa masuk rakyat luar negara yang tidak ada kena mengena semata-mata untuk mengekalkan kemenangan.

Kerana itu, tambahnya 'wajib' rakyat di seluruh negara keluar beramai-ramai untuk menjayakan Bersih 3.0 pada 28 April ini dengan tujuan untuk menentang pengundi hantu di samping menuntut tujuh perkara lain.

Beliau seterusnya memberitahu, sekiranya wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya itu kerana dibantu oleh pengundi hantu, kemenangannya adalah 'haram' di sisi Islam.

"Malah segala alaun bulanan atau segala bentuk yang diperolehi sebagai wakilrakyat, gaji, kereta dan semuanya haram serta tidak sah di sisi Islam.

"Perkara ini bukan perkara main-main dan kena ingat Allah dan balasan akhirat,"ujarnya.

Pada masa yang sama beliau turut memberitahu mereka yang sanggup menerima tugas sebagai pengundi hantu juga haram, malah rezeki yang diberikan sebagai imbuhan juga haram.

"Duit yang digunakan dari hasil haram Allah tak akan terima, akhirat lagi kena azab, Allah ni bukan macam manusia yang langsung tidak bergantung pada kita,"ujarnya lagi.

PKR Bongkar 4 Lagi Hartanah Milik NFC

Posted: 23 Apr 2012 11:38 PM PDT

Norhayati Umor

SHAH ALAM 24 APRIL : PKR berjaya membongkar satu lagi aset Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang didakwa menggunakan dana rakyat untuk membeli dua unit hartanah di Mont Kiara.

Berdasarkan carian rasmi dengan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata dua premis utama itu ialah pejabat di alamat L-3A, No. 2, Jalan Solaris, Solaris Mont Kiara dan restoran mewah Meatworks di alamat 2G 3A, Jalan Solaris 5, Solaris Month Kiara.

Difahamkan, empat unit ruang pejabat yang digunakan oleh NFC dan syarikat bersekutu di Tingkat 3A, Jalan Solaris dimiliki bersama oleh Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan anaknya Wan Izanur Izran.

Manakala salah satu unit iaitu Unit L-3A-3A berjaya dipadankan dengan carian harta di JPPH atas nama Mohamad Salleh yang dibeli pada harga RM814,550.

Jelasnya, semakan pembayaran dari rekod kewangan NFC menunjukkan bahawa setiap bulan NFC akan membuat dua pembayaran sewa pejabat itu sebanyak RM28,000 kepada Wan Shahinur Izran dan RM8,240 kepada Mohamad Salleh.

Tambah Rafizi, hal ini menimbulkan beberapa kesimpulan dan persoalan besar.

Antaranya dua orang pengarah NFC itu menyalahgunakan wang syarikat dengan mendapatkan pinjaman bank bagi hartanah yang kemudiannya disewakan kembali kepada syarikat.

Bayaran sewa yang dikutip oleh Mohamad Salleh iaitu RM8,240 sebulan bagi ruang pejabat bernilai RM814,550 adalah terlalu tinggi.

"Jika pembelian ini dibiayai dengan pinjaman selama 25 tahun pada kadar faedah semasa, bayaran bulanan dianggarkan sekitar RM4,800 sebulan. Ini bermakna Dato' Seri Salleh Ismail membuat keuntungan 72% setiap bulan iaitu kadar keuntungan yang terlalu tinggi dari wang rakyat.

"Jika ini keadaannya dengan unit L-3A-3A yang dimiliki oleh Mohamad Salleh, sudah tentu kadar keuntungan serupa juga dibayar oleh NFC kepada Wan Shahinur Izran bagi ruang-ruang pejabat lain yang dimiliki beliau," katanya.

Jelas Rafizi kaedah membeli hartanah atas milikan peribadi dan dibiayai oleh bayaran sewa oleh NFC dan syarikat bersekutu turut digunapakai dalam hartanah-hartanah lain.

"Carian rasmi di JPPH menunjukkan beliau mempunyai dua ruang kedai iaitu unit 2 dan 3. Unit 2 berharga RM8.4 juta sementara unit 2 berharga RM5.7 juta.

"Ruang ini disewakan kepada NFC yang membayar sewa bulanan kepada Wan Shahinur Izran menggunakan dana RM250 juta yang dibiayai oleh rakyat.

"Adakah urusniaga pembelian hartanah atas nama peribadi tetapi dibayar menggunakan kutipan sewa dari NFC dan syarikat bersekutu ini mendapat kelulusan Lembaga Pengarah? Jika tidak, Mohamad Salleh dan Wan Shahinur Izran perlu disiasat atas kemungkinan pecah amanah wang syarikat," katanya.

Katanya, walaupun beliau tidak mempunyai rekod kewangan terperinci bagi syarikat-syarikat bersekutu yang lain, beliau percaya Wan Shahinur Izran turut mendapat bayaran sewa yang lumayan dari dua ruang restoran yang dimilikinya.

"Di anggarkan beliau memperolehi pendapatan sewa RM150,000 sebulan dari dua unit hartanah bernilai RM14.1 juta ini, mengambil kira kadar keuntungan sama yang diperolehi Mohamad Salleh," katanya.

Justeru katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghentikan penyelewengan wang rakyat walaupun pelbagai pendedahan dibuat dalam skandal NFC yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Katanya, Najib hanya berharap dengan pengunduran sementara Shahrizat dari jawatan kabinet, skandal ini akan reda sementara, sedangkan beliau membiarkan keluarga Shahrizat terus bermewah dengan wang rakyat sebanyak RM250 juta.

"Walaupun Najib mengumumkan bahawa aset NFC dibekukan, hakikatnya keluarga Shahrizat masih lagi mendapat bayaran bulanan yang lumayan dari harta-harta yang dibeli menggunakan dana NFC.

"Selain dari pelbagai kondominium yang didedahkan, kini keluarga Shahrizat juga mendapat kutipan sewa dari hartanah-hartanah yang dibeli dengan dana NFC serta kemudiannya disewakan kembali kepada NFC dan syarikat-syarikat bersekutu yang lain," katanya.

Sehubungan itu, pihaknya akan membuat laporan polis susulan berikutan pendedahan ini agar Wan Shahinur Izran dan Mohamad Salleh disiasat atas kemungkinan pecah amanah dalam urusan sewa beli hartanah-hartanah yang digunakan oleh NFC dan syarikat bersekutunya di Mont Kiara.

Bersih tetap mahu himpun di Dataran

Posted: 23 Apr 2012 10:32 PM PDT

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.4366.1320661778!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg


Mohd Zulfadli Sharifudin


KUALA LUMPUR - Ketika tinggal empat hari lagi, badan-badan NGO di bawah Bersih 2.0 mengumumkan pendirian mahu mengadakan perhimpunan Duduk Bantah pada Sabtu ini di Dataran Merdeka meskipun tidak mendapat kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis.

"Kelmarin, polis telah memberi jawapan menolak pengunaan Dataran Merdeka.

"Kami akan berunding lagi dengan Datuk Bandar dan PDRM untuk menetapkan Dataran Merdeka sebagai lokasi Bersih. Walaupun dihalang, Dataran Merdeka adalah muktamad," kata Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan pada sidang media di sini hari ini.

Nasib rakyat Malaysia di tangan warga asing?

Posted: 23 Apr 2012 10:15 PM PDT

http://roketkini.com/wp-content/uploads/2012/04/16.jpg


KOTA KINABALU, 24 APRIL: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini dibidas kerana tidak bertindak berani menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) sebagaimana yang telah diluluskan oleh Parlimen melalui laporan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) baru-baru ini.

Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu Dr. Hiew King Cheu berkata, sikap Najib yang tidak berani mewujudkan RCI itu adalah disebabkan kekhuatiran kerajaan Barisan Nasional sendiri terhadap siasatan tersebut yang boleh mempengaruhi keputusan pilihan raya umum akan datang.

"Masalah pendatang asing tanpa izin di dalam negara ini telah menimbulkan keresahan di kalangan rakyat sepertimana yang telah didengar di Parlimen baru-baru ini.

"Menteri Dalam Negeri sendiri dalam jawapan bertulisnya menunjukkan bahawa sejumlah besar angka pendatang asing yang memasuki negara ini adalah secara haram dan tanpa dokumen yang sah," katanya dalam satu kenyataan..

Menurut Dr Hiew, sejumlah besar pengundi baru dalam daftar pemilih berada di dalam kategori 'Lain-lain' merupakan satu petunjuk dan masih ramai lagi yang akan berada di dalam senarai pemilih 2012.

Katanya, seramai 1,303,126 PATI yang berdaftar dalam program 5P dan 6P (pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran) adalah satu ancaman kepada negara. Malah, jumlah itu tidak termasuk sebilangan besar PATI yang berselindung dan tidak berdaftar.

Sehingga kini, Selangor mencatatkan jumlah PATI yang tertinggi, iaitu sebanyak 353,306 orang yang didaftarkan, diikuti Kuala Lumpur (330,321), Sabah (161,548) Johori (126,064) dan Labuan (589).

Sikap acuh tak acuh kerajaan BN telah memaksa masyarakat madani dengan sokongan Pakatan Rakyat untuk menuntut pilihan raya adil dan bersih melalui Himpunan Duduk Bantah BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka pada Sabtu ini.

Ini adalah kali ketiga perhimpunan aman BERSIH diadakan untuk menuntut kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membersihkan keraguan status pengundi dalam daftar pemilih, termasuk wujudnya warga asing yang menjadi pengundi. Namun, SPR sering kali bersikap tidak peduli, menimbulkan persepsi bahawa ia berpihak kepada kerajaan BN, dan bukan melaksanakan amanah melaksanakan keadilan demi kepentingan rakyat..

"Perkara yang paling membimbangkan ramai adalah ada antara PATI telah menjadi rakyat Malaysia terutamanya di Sabah melalui cara yang tidak sah. Perkara ini berlaku berikutan peningkatan mendadak populasi rakyat di Sabah beberapa tahun kebelakangan ini berbanding negeri lain," katan Dr Hiew.

Beliau juga menolak alasan kerajaan kononnya pertambahan PATI di Sabah adalah kerana persisiran pantai Sabah yang panjang dan sukar untuk mengawal kemasukan mereka.

Menurutnya, alasan itu tidak masuk akal kerana persisiran pantai Sarawak lebih panjang tetapi tidak wujud masalah pendatang tanpa izin di negeri itu..

Malah, katanya, alasan kerajaan BN tidak boleh dipakai kerana sudah banyak dakwaan daripada rakyat Malaysia di Sabah bahawa PATI dengan mudahnya keluar masuk ke negeri dan negara ini sesuka hati.

"Pengaruh dan kesan kemasukan PATI sangat besar kepada kestabilan, keselamatan dan ekonomi negara. Peluang pekerjaan masyarakat tempatan telah dirompak akibat kemasukan tenaga buruh murah ini, termasuk yang masuk secara haram," ujarnya. – Roketkini.com

Adun Umno didakwa beri IC pada warga asing

Posted: 23 Apr 2012 09:43 PM PDT

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2012/04/PR.jpg

(Oleh: Masdar Wahid) KUALA LUMPUR 23 April: Umno didakwa memberikan kad pengenalan segera kepada warga asing dipercayai bagi menarik undi mereka dalam pilihan raya akan datang.

Abu Talib Abdul Rahman, 28 yang memegang status pemastautin sementara mendedahkan, kumpulan warga asing dalam DUN Paya Jaras, Sungai Buluh Selangor, diberikan kad pengenalan secara mudah dengan bantuan Umno kawasan itu.

 Beliau mendakwa, komplot sejak setahun lalu itu didalangi Adun Umno, Datuk Ir Bushro Mat Johor yang menang tipis pada PRU 2008.

 "Saya menerima bukti dari warga Kemboja bahawa mereka mendapat status kewarganegaraan 'segera' dari Umno dan saya cuba mendapatkan kepastian termasuk dari Adun Paya Jaras sendiri.

"Saya turut ditawarkan oleh YB ini, namun saya tolak kerana ia jelas bertentangan dengan undang-undang. Saya boleh jadi warganegara jika saya mahu, namun enggan kerana berpendapat cara ini salah," katanya ketika datang ke pejabat Suara Keadilan.

Abu talib berkata, beliau memohon menjadi warganegara Malaysia sejak 2002 dan sepanjang tempoh itu, beliau berulang alik ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), namun permohonannya gagal. Beliau hanya diberi kad pengenalan yang memiliki tarikh luput di mana ia hanya akan diperbaharui menurut budi bicara JPN.

Berdasarkan rekod, tiga adik beradiknya yang lain adalah warganegara Malaysia dan beliau menjadi pemastautin tetap selepas kad pengenalannya hilang ketika berusia 15 tahun. "Selepas saya merujuk kepada JPN, mereka memberi alasan sama, tunggu sahaja pengumuman dari kerajaan," kata ayah kepada lima anak ini.

Ekoran itu, beliau berdepan pelbagai kesukaran termasuk anak-anaknya dinafi bantuan walaupun mereka warganegara Malaysia. Katanya, beliau juga bertukar kerja sebanyak lima kali dan pernah menganggur selama dua tahun, selain bantuan zakat turut dinafikan kerajaan.

 "Kalau saya ikut cara Umno untuk mendapatkan kad pengenalan, sia-sia sahaja usaha saya selama ini turun-naik ke pejabat JPN untuk memohon kewarganegaraan," katanya kesal.

Hidangan Arak dan Khinzir Panggang Oleh Hamidah

Posted: 23 Apr 2012 07:45 PM PDT

http://2.bp.blogspot.com/-GFlY6fne_LQ/T5XxjdB9T4I/AAAAAAAARB4/3VP3myl1xz8/s400/IMG_8859%2Bcopy.jpg

Kalau di majlis-majlis yang lalu, wanita Umno diimport disekitar Gopeng ini, lalu dijamu oleh Hamidah Osman dengan nasi berlauk, tapi kali ini di majlis yang dihadiri oleh sebilangan kaum China, arak telah dihidangkan untuk hadirn mereka!

Bukan sekadar arak dijamu dalam majlis tersebut, malah ada beberapa anak khinzir panggang menjadi menu utama pada malam tersebut. Menurut kenkawan, ada 4 ke 5 khinzir panggang. Saya hanya sempat merakamkan gambar 2 daripada khinzir panggang tersebut.

Pelancaran Bersih 3.0 peringkat Parlimen Gopeng yang diadakan di hadapan Padang Desa Pakatan,Station 18 Ipoh , malam tadi berjalan lancar dengan kehadiran orang ramai dari pelbagai kaum.

Turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut selain DS Nizar dan YB Dr Lee Boon Chye ialah pengerusi BERSIH 3.0 , A.Samad Ismail dan isterinya.

SELANJUTNYA.

Tiada ulasan: