Kerabu Bersuara ® |
- Semoga Sham Kamikaze Tabah Dengan Fitnah Syaitan
- Pendidikan percuma t'jawab kerajaan, kurangkan beban rakyat
- Rexy Mainaky letak jawatan
- Kerajaan Negeri Putuskan Tanah Berdekatan Kelab UKRC Tetap Milik Rakyat Selangor
- Blogger Umno Cakap Kerabu Fitnah Najib Isu Rantai Leher. Der, Lu Tengok Gambar Ni!
- Nizar: Ku Li usul PR Perak bersedia untuk peralihan kuasa
Semoga Sham Kamikaze Tabah Dengan Fitnah Syaitan Posted: 12 Apr 2012 06:32 AM PDT Sekarang sahabat seperjuangan Islam kami, saudara Sham telah difitnah bahawa telah kahwin 2 dan gambar wanita yang dilampirkan amat mengaibkan Sham. |
Pendidikan percuma t'jawab kerajaan, kurangkan beban rakyat Posted: 12 Apr 2012 06:22 AM PDT
|
Posted: 12 Apr 2012 06:04 AM PDT
|
Kerajaan Negeri Putuskan Tanah Berdekatan Kelab UKRC Tetap Milik Rakyat Selangor Posted: 12 Apr 2012 12:28 AM PDT Dalam membuat membuat pertimbangan permohonan pihak Ulu Klang Recreation Club (UKRC) yang memohon hakmilik tanah seluas 5.27ekar di mukim Hulu Kelang, Kerajaan Negeri telah menubuhkan satu jawatankuasa siasatan. Jawatankuasa ini dianggotai oleh Orang Besar Daerah Gombak, Yang Amat Dihormati Dato' Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh; seorang peguam, Leong Khai Yan; bekas Pegawai Daerah Gombak, Abdul Rahim Salleh dan Dr Jagjit Singh dari Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Jawatankuasa ini bertindak membuat kajian awal dengan mengadakan pendengaran awam dan mengemukakan penemuan serta syor kepada pentadbiran negeri untuk tindakan selanjutnya. Antara yang dipanggil memberi keterangan termasuklah ahli UKRC, pegawai kerajaan khususnya dari MPAJ dan orang awam. Dalam satu laporan yang telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri pada 15 Mac 2012, jawatankuasa telah mendapati antara lain bahawa walaupun UKRC ada membuat permohonan untuk mendapat hakmilik terhadap tanah lapang tersebut kepada pemungut Hasil Tanah Kuala Lumpur pada 14 Februari 1958 tetapi tanah itu hanya diluluskan sebagai tanah lapang untuk Dewan Kelab Masyarakat (Club Community Hall) pada 12 Julai 1958. Jawatankuasa juga telah diberitahu bahawa nama asal UKRC ini ialah Dewan Masyarakat dan Kelab Rekreasi Kuala Ampang sebelum menukar nama kepada UKRC untuk diwartakan pada 6 November 2001 dan menggugurkan nama Dewan Masyarakat. Sejak itu, UKRC mengenakan bayaran masuk dan yuran keahlian. UKRC juga tidak lagi membenarkan orang awam menggunakan premis tersebut tanpa kebenaran khas daripada pihak pengurusannya. Jawatankuasa Siasatan juga berpendapat bahawa tanah tersebut diwartakan sebagai tanah lapang pada 19 Oktober 2004 dan ini menjadi bukti tambahan bahawa tanah tersebut tidak pernah dikeluarkan hakmilik kepada UKRC atau mana-mana pihak. Namun begitu, jawatankuasa juga mengesyorkan UKRC diberi hakmilik kepada tapak bangunan kerana ia memberi faedah kepada ahli UKRC dan dibina menggunakan dana orang awam dan ahli-ahlinya. Ia juga telah mengesyorkan UKRC membayar premium mengikut kadar semasa termasuk tanah dan bangunan. Tambahan pula, UKRC telah menggunakan premis ini tanpa membayar sewa atau cukai pintu kepada Kerajaan Negeri sejak tahun 1950-an. Kerajaan Negeri juga telah dinasihati untuk mengutamakan kepentingan orang ramai dan membina membina dewan baharu menggunakan premium yang dibayar UKRC untuk kegunaan penduduk setempat yang bukan ahli UKRC. Setelah berbincang dengan ahli Majlis Kerajaan Negeri dalam mesyuarat minggu lepas, Kerajaan Negeri telah berpuashati dan membuat keputusan untuk menerima semua syor-syor yang telah dibuat oleh jawatankuasa tersebut. Kerajaan Negeri berharap penduduk setempat menerima keputusan ini dengan terbuka kerana siasatan telah dilakukan dengan telus dan adil serta pertimbangan ini dibuat berdasarkan peraturan dan bukti-bukti yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Siasatan. Kerajaan Negeri juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa siasatan ini atas khidmat mereka serta semua penduduk setempat yang telah memberi kerjasama bagi menjayakan siasatan awam ini, TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM DATO' MENTERI BESAR SELANGOR |
Blogger Umno Cakap Kerabu Fitnah Najib Isu Rantai Leher. Der, Lu Tengok Gambar Ni! Posted: 11 Apr 2012 10:59 PM PDT |
Nizar: Ku Li usul PR Perak bersedia untuk peralihan kuasa Posted: 11 Apr 2012 05:24 PM PDT Oleh Mohd Farhan Darwis SHAH ALAM, 12 April — Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini berkata, pihaknya telah disarankan olehTengku Razaleigh Hamzah untuk bersiap sedia untuk kembali mengambil alih Perak memandangkan Umno di negeri itu berkemungkinan tewas ketika pilihan raya umum akan datang. Adun Pasir Panjang itu menjelaskan, dalam pertemuan dengan Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) itu di Hotel Syuen di Ipoh pada 1 April lalu, veteran Umno itu menasihatkan Pakatan Rakyat (PR) Perak supaya bersedia untuk perubahan kuasa di negeri tersebut. "Terdapat khabar angin Umno Barisan Nasional (BN) mungkin hanya mampu mengekalkan tiga negeri sahaja dalam pilihan raya kali ini," katanya merujuk kepada Tengku Razaleigh Hamzah. "Ku Li pernah memberitahu saya untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlakunya peralihan kuasa di Perak dalam perjumpaan kami pada 1 April di Ipoh." Jelas Nizar, situasi itu dibuktikan dengan kekerapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Perak berbanding negeri-negeri lain. Menurutnya, masyarakat di kawasan pedalaman sudah menolak Umno BN kerana mereka melihat Umno BN sudah tidak lagi mampu membawa suara mereka berhubung skandal Pusat Fidlot Nasional dan juga isu pembelian cincin isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor. "Masyarakat di kawasan pedalaman sudah menolak Umno. Mereka terkesan dengan isu penternakan lembu Pusat Fidlot Nasional (NFC), dan juga cincin (Datin Seri) Rosmah Mansor," katanya ketika memberikan ucapan sewaktu pidato bertajuk "Pendidikan Percuma: Apakan Sekadar Mimpi" anjuran Malaysia Bangkit di sini. "Kita dapat lihat perdana menteri lebih kerap berjunjung ke Perak berbanding negeri lain." Jelas pemimpin PAS ini, kedua-dua isu tersebut bakal mengalih undi masyarakat pedalaman dan PR berkemungkinan bakal mengambil alih Perak. "Kita akan terus gunakan isu-isu tersebut sebagai kempen pilihan raya. Rakyat peka dengan isu-isu seperti ini. "Mungkin kita akan buat dua poster berkenaan isu-isu itu dan edarkan di Perak sebagai salah satu strategi kempen kami," katanya lagi. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan