Kelab Greenboc |
- [PANAS] Skandal Shafie Apdal & Zahida Ke SPRM, Zuraida Dakwa Ada Bukti Kukuh -updated
- Rumah Mazlan Aliman Pula Disimbah Cat Merah
- Lagi Kes Remaja Perempuan Dibunuh Sebelum Dibakar
- [Gambar & Video] UMNO BN Anjur Tarian Separa Bogel Ganggu Majlis Pra-BERS✔H - updated
- Anti Pemalsuan IC (API) Mohon Agong Tidak Bubar Parlimen
- Bekas Imam Kena Penjara 15 Tahun, 12 Sebatan Kerana Rogol Remaja
- [Bergambar] Ditahan Semasa BERS✔H 2.0 Tak Halang Ust Hadi Sertai BERS✔H 3.0
[PANAS] Skandal Shafie Apdal & Zahida Ke SPRM, Zuraida Dakwa Ada Bukti Kukuh -updated Posted: 25 Apr 2012 12:19 AM PDT Petaling Jaya: Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin berkata saksi yang dikaitkan dengan dakwaan pemberian wang RM1.5 juta oleh menteri kabinet kepada seorang pelakon wanita akan diketengahkan kepada umum tidak lama lagi. Menurut Zuraida selain dari saksi utama, saksi-saksi yang terlibat juga akan ditampilkan beserta dengan bukti lain dan pihaknya akan melaporkan dakwaan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu depan. Ketika ditanya mengenai tindakan undang-undang yang bakal dihadapi beliau oleh individu terlibat, Zuraida berkata beliau sedia berdepan dengan perkara itu. Zuraida menegaskan bahawa beliau mempunyai bukti-bukti kukuh berhubung dakwaan tersebut. "Kita rancang akan bawa saksi utama dan beberapa saksi terlibat termasuklah kenalan pelakon wanita berkenaan. "Saya tunggu sekiranya mereka mahu saman. Kita yakin dengan bukti yang ada. Kita dan kaji setiap maklumat yang diperolehi," katanya ketika dihubungi FMT. Zuraida ketika sesi parlimen minggu lalu mempersoalkan pemberian wang tunai sebanyak RM1.5 juta oleh Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kepada artis yang dikenali melalui filem Anak Mami, Zahida Mohd Rafik hanya dalam tempoh empat bulan. Zuraida mendedahkan maklumat itu berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh pemandu peribadi artis terbabit ekoran tindakan artis tersebut yang membuat laporan polis menuduh beliau melarikan duitnya sebanyak RM200,000 pada 3 Mac lalu. Di dalam laporan polis yang dibuat pada 13 Mac lepas, pemandu itu mendakwa artis berkenaan telah membuat laporan palsu terhadapnya kononnya beliau melarikan wang itu. Justeru, Zuraidah meminta menteri berkenaan menjawab persoalan yang beliau bangkitkan itu. Shafie Apdal menafikan bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh bekas pemandu Zahida bahawa beliau telah membuat sejumlah bayaran kepada Zahida. -FMT
|
Rumah Mazlan Aliman Pula Disimbah Cat Merah Posted: 24 Apr 2012 09:03 PM PDT Rumah AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman di Felda Ramun, Kulai, Johor disimbah cat merah oleh individu tidak dikenali, awal pagi tadi. Mazlan berkata, perbuatan khianat itu disedari oleh isterinya yang belum tidur kira-kira jam 3.00 pagi tadi. Isterinya mendengar derap tapak kaki di luar rumah dan mengejutkan beliau yang baru melelapkan mata. Apabila mereka keluar melihat apa yang berlaku kira-kira lima minit kemudian, didapati bahagian beranda dan kaki lima rumah telah disimbah cat merah. "Malam tadi saya ada ceramah dan pulang ke rumah agak lewat. "Dalam jam tiga pagi, saya baru terlelap, dan isteri saya belum tidur lagi. "Dia terbau cat yang kuat dan terus kejutkan saya. Apabila kami tengok di luar rumah, bahagian beranda dan kaki lima dikotori cat merah (gambar) tapi kejadian itu berlaku sangat pantas," kata beliau kepada Harakahdaily pagi ini. Sehubungan itu, beliau akan membuat laporan polis hari ini berhubung kejadian itu. Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat bagaimanapun yakin perbuatan khianat itu dilakukan oleh pihak yang tidak senang dengan perjuangannya dalam isu tanah dan Felda. "Saya yakin ini merupakan satu usaha untuk menakutkan-nakutkan saya tapi saya tak gentar. "Saya dah berada dalam PAS selama 30 tahun dan sudah hadapi macam-macam. InsyaAllah saya boleh hadapi semua ini dan memberi semangat kepada saya untuk terus perjuangkan hak rakyat," kata beliau yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak). Tambah beliau lagi, perbuatan itu juga dilakukan menjelang Himpunan Tanah Rakyat di Plaza Angsana, Johor Bharu 5 Mei depan. "Kita akan adakan himpunan tanah besar-besaran dan kita sudah buat roadshow ke seluruh tempat dan dedahkan perkara-perkara berkaitan isu tanah. "Kita dedahkan bagaimana pemimpin Umno ada tanah yang banyak sedangkan rakyat yang buat permohonan 40 tahun tak dapat-dapat. "Mungkin perbuatan ini untuk menggagalkan usaha kita memberi maklumat kepada rakyat," katanya. -HD
Ulasan GB Simbahan cat dan dengki khianat ke atas rumah pemimpin PAS di Johor nampaknya semakin menjadi-jadi. Pada awal bulan ini, kediaman Ketua Pemuda Pas Johor Bahru, Mohd Ariff Mt Hassan di Jalan Padi 2, Bandar Baru Uda telah disimbah dengan cat oleh sekumpulan pemuda di hadapan rumahnya. Sebelumnya telah berlaku serangan ke atas kediaman Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Dzulkefly Ahmad yang terbakar dan sebuah keretanya hangus di dalam satu perbuatan khianat di Taman Universiti, Gelang Patah, Johor. Menurut nusajayakini, Mazlan Aliman dilihat lantang dalam isu tanah yang mungkin mengugat kerajaan negeri Johor. Beliau banyak mengetuai untuk menyelesaikan isu-isu tanah yang berlaku di dalam negeri Johor. Beliau juga akan mengetuai satu himpunan yang diberi nama Himpunan Tanah Rakyat (TANAH) yang akan diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru pada 5 Mei 2012 ini sebagai mendesak kerajaan negeri Johor menyelesaikan isu-isu berbangkit berkenaan urusan tanah rakyat. Apakah ini tanda ada pihak yang merasa kedudukan mereka tergugat di negeri tersebut? |
Lagi Kes Remaja Perempuan Dibunuh Sebelum Dibakar Posted: 24 Apr 2012 07:30 PM PDT Gua Musang - Kejam. Itulah luahan marah berulang kali seorang ibu apabila mengetahui anak gadisnya yang hilang sejak 3 April lalu ditemui mati dengan rangka tulang bersepah dalam kawasan belukar berhampiran ladang sawit di tepi jalan ke Kampung Limau Kasturi, dekat sini, petang kelmarin. Che Esah Yusoff, 60, tinggal di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh, sebelum itu pengsan sebaik mengetahui mayat anaknya ditemui dan terpaksa dia dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk menerima rawatan. Rangka tulang bersama tengkorak dipercayai Nor Ain Shafnie (gambar), 16, ditemui dalam kawasan belukar tersebut tidak jauh dari rumahnya itu oleh seorang pekerja kontrak mengangkut buah sawit kira-kira jam 6 petang. Nor Ain dilaporkan keluar dari rumahnya di RKT Kesedar Jeram Tekoh itu jam 9 pagi sebelum didapati hilang kerana tidak pulang ke rumah bersama motosikal yang ditungganginya sehingga lewat malam pada hari sama. Akhbar ini pernah menyiarkan berita mengenai kehilangan Nor Ain itu pada 12 April lalu ia itu seminggu selepas dibuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang dan melancarkan gerakan mencarinya. Turut menemui berhampiran rangka tulang itu sebuah motosikal yang dibakar, seutas jam tangan dan dompet berisi kad pengenalan mangsa bersama seluar jeans yang sudah ditanggalkan. Che Esah ketika ditemui sebaik pulang dari HGM berkata, dia amat terkejut dan kesal dengan kejadian yang amat memilukan itu serta mahu pihak berkuasa mengesan penjenayah terbabit untuk dibawa ke muka pengadilan. "Orang macam itu tak patut hidup lebih lama dan hukum dia sepadan dengan perbuatan yang dilakukan itu hingga saya kehilangan seorang anak gadis tersayang," katanya yang juga ibu tunggal. Beliau berkata, sejak hari kehilangan lagi dia merasa tidak sedap hati kerana kebiasaan anaknya pulang walaupun lewat malam hingga terpaksa mengerah penduduk dan anggota Rela melancarkan gerakan mencarinya. Katanya, sebagai seorang ibu tidak pernah berdiam diri untuk mengesan anak bongsu daripada 10 adik beradik itu dengan menemui beberapa bomoh sama ada bomoh tempatan atau luar daerah. "Saya tidak pernah berputus asa untuk mencari anak saya itu dengan mengunjungi ke semua rumah rakan-rakan dia dan waris terdekat, namun gagal ditemui dan tidak sangka akhirnya menemui rangka tulang. "Setahu saya dia tidak ada musuh hanya malas sekolah sahaja apabila mengambil keputusan untuk belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Asap hanya setakat tingkatan dua," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika mengesahkan penemuan rangka tulang seorang manusia itu berkata, rangka tulang itu dipercayai gadis yang dilaporkan hilang dari rumahnya di RKT Jeram Tekoh. Beliau mengesyaki rangka tulang yang ditemui itu dipercayai mangsa bunuh dan ditinggal di dalam kawasan belukar tersebut bersama sebuah motosikal sebelum ditemui seorang lelaki pekerja ladang sawit berkenaan. Katanya, serentak itu, pihaknya menahan lapan orang termasuk enam lelaki dan dua wanita untuk membantu siasatan dan hasil ujian air kencing mendapati lima daripada mereka positif dadah. -SH
|
[Gambar & Video] UMNO BN Anjur Tarian Separa Bogel Ganggu Majlis Pra-BERS✔H - updated Posted: 24 Apr 2012 05:29 PM PDT Gopeng: Pelancaran Pra Bersih 3.0 Peringkat Parlimen Gopeng yang dihadiri oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said malam tadi dicemari dengan gangguan daripada pihak tertentu. Pelbagai acara diadakan untuk mengganggu program anjuran Pemuda Pakatan Rakyat kawasan tersebut termasuklah tarian separuh bogel, tarian singa, percikan bunga api dan sebagainya. Program yang diadakan hanya seberang jalan kira-kira 10 meter itu dipercayai dianjuran oleh BN kerana ianya bukan kali pertama malah enam program Pakatan Rakyat di kawasan tersebut sebelum ini turut diganggu. Pelancaran tersebut turut dihadiri oleh Mantan Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin; Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye; dan Timbalan Ketua AMK, Pusat Khairul Anuar Zainudin. A Samad Said dalam ucapannya kesal dengan gangguan ini dan ianya menggambarkan BN berusaha untuk menyekat kebangkitan rakyat. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad menjelaskan, negara sekarang dalam suasana yang amat 'merungsingkan'. "Kita mahukan lunas-lunas demokrasi di Negara ini diperbetulkan, tapi orang yang sudah berkuasa lebih 5 dekat tidak mahu itu. "Sebab mereka merasakan jika pilihanraya di Negara ini bersih, mereka akan dibersihkan," katanya sambil diberi tepukan gemuruh kira-kira 2,000 hadirin. Menurutnya, Pakatan Rakyat mempunyai watak-watak yang istimewa untuk memerintah dan rakyat perlu membantu mereka untuk memerintah. Sementara itu, Mohammad Nizar berkata, BN ketika ini sangat takut dengan suara dan kebangkitan rakyat kerana ianya akan menggugat mereka untuk terus berkuasa di Negara ini. "Saya menggesa seluruh rakyat di negeri Perak 'turun' ke himpunan Bersih 3.0 sabtu ini untuk memberi isyarat kepada BN bahawa rakyat sudah bangkit dan menolak mereka," jelasnya. -HD Gangguan dan provokasi melampau di program pelancaran Bersih 3.0 peringkat Parlimen Gopeng |
Anti Pemalsuan IC (API) Mohon Agong Tidak Bubar Parlimen Posted: 24 Apr 2012 07:27 AM PDT Jawatankuasa Anti Pemalsuan IC (API) memohon agar Yang di-Pertuan Agong supaya tidak memberi perkenan kepada permohonan pembubaran Parlimen selagi isu dakwaan kewujudan pasukan petugas khas pemberian kad pengenalan tidak diselesaikan. Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berlata, pihaknya mahu isu daftar pemilih yang bersih ditangani sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dipanggil. "Kita menuntut agar Tuanku tidak memperkenankan pembubaran Parlimen sehingga Suruhanjaya Diraja selesai menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang perlu bagi membersihkan daftar pemilih daripada warga asing yang mendapat kerakyatan melalui pasukan khas ini," kata Mahfuz Omar yang juga pengerusi jawatankuasa itu. Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata demikian selepas menyerahkan memorandum dan bukti berhubung dakwaan wujudnya pasukan petugas khas kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini. Selain itu Mahfuz turut memohon agar Seri Paduka Baginda menitahkan penggantungan tugas pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam pasukan petugas khas itu. Mengulas lanjut kata beliau, Pas memohon satu suruhanjaya ditubuhkan bagi menyiasat kes penyelewengan pemberian hak warganegara kepada warga asing yang dilakukan kerajaan. Menurutnya, Pas serta Api berharap perkara itu akan dapat ditubuhkan bagi membersihkan senarai daftar pemilih sebelum PRU13. "Perkara ini sudah semakin menular. Jika sebelum ini, hanya kedengaran di Sabah yang memberi hak warga negara kepada rakyat Filipina, namun ia telah berlaku hingga ke Semenanjung. Kerana itu, Pas memberikan memorandum yang antara lain kandungannya kami menyenaraikan beberapa petunjuk seperti bilangan daftar pemilih yang diragui asal usul mereka. "Kami juga ada memberikan satu salinan laporan polis yang dibuat oleh pasukan khas Pas di mana kami berjaya menangkap beberapa warga asing mempunyai kad pengenalan namun mereka itu sebenarnya bukan warganegara Malaysia. "Tetapi, malangnya tiada dakwaan ataupun tindakan yang dikenakan terhadap mereka oleh polis," katanya kepada media di hadapan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, hari ini. Katanya, dengan sebahagian jumlah kecil iaitu 175,388 hak warga negara yang diberikan kepada warga asing, ia bukan satu petanda yang baik khususnya kepada institusi Raja Berperlembagaan. "Kebanyakan mereka yang menerima hak warganegara adalah dari Filipina, Indonesia, Nepal, Bangladesh dan beberapa negara lain. Apa yang membimbangkan kami adalah dengan lambakan pemberian secara tidak sah sebegini, ia boleh menggugat institusi raja berperlembagaan di Malaysia yang boleh terhakis. "Perkara ini sudah pun berlaku di Nepal apabila rakyat mereka menggulingkan raja. Ada juga warga asing ini datangnya dari negara yang tidak mempunyai raja, jadi ia boleh menjadi ancaman kepada negara ini untuk satu jangka masa lanjang," katanya. -SH |
Bekas Imam Kena Penjara 15 Tahun, 12 Sebatan Kerana Rogol Remaja Posted: 24 Apr 2012 06:07 AM PDT Johor Bahru – Seorang bekas Imam sebuah masjid di Johor Bahru hari ini dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 12 sebatan selepas didapati bersalah merogol seorang gadis di bawah umur tahun lalu. Hakim Mahkamah Sesyen Nu'aman Mahmud Zuhudi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap Nur Akmal @ Basok Bakri Abdul Kader, 32, di akhir kes pembelaan. Dalam penghakimannya, beliau berkata, walaupun tertuduh pertama kali melakukan kesalahan seksual itu, namun kedudukannya sebagai seorang imam jelas menunjukkan dia benar-benar mengetahui hukum dan kesalahan yang dilakukan. "Mahkamah mengambil kira kepentingan awam dalam kes ini dan bukannya kedudukan dia sebagai imam. Tertuduh sepatutnya memberi contoh yang baik kepada masyarakat dan menjaga nama baiknya," katanya. Tertuduh didakwa merogol remaja perempuan ketika kejadian berusia 13 tahun di rumahnya di Taman Perling, dekat sini, kira-kira jam 3 petang, 21 Februari 2011. Dia didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Sepanjang prosiding berkenaan, tertuduh kelihatan tenang namun sebaik sahaja keputusan dibacakan, dia akhirnya mengalirkan air mata apabila dipeluk ahli keluarga yang lain. Terdahulu, peguam Sukhaimi Mashud memohon hukuman terhadap anak guamnya diringankan atas alasan kesalahan pertama dilakukan selain tertuduh adalah adalah seorang imam serta sudah berkahwin dan memiliki seorang anak berusia empat tahun. Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Afif Ali. -SH Ulasan GB Demikinalha, apabila undang-undang Islam / hudud tidak mahu dilaksanaka, jangan kata orang awam, Tok Imam pun terjebak melakukan jenayah rogol |
[Bergambar] Ditahan Semasa BERS✔H 2.0 Tak Halang Ust Hadi Sertai BERS✔H 3.0 Posted: 24 Apr 2012 03:37 AM PDT Kuala Lumpur: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengesahkan akan turun ke Dataran Merdeka bersama seluruh rakyat untuk menyertai 'Duduk Bantah' sempena himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini. Dalam satu kenyataan yang dikirim oleh setiausaha akhbar beliau Mohd Nasaie Ismail, beliau berkata ianya sebagai tanda sokongan padu PAS terhadap usaha NGO yang bergabung dengan Bersih 3.0 untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. "Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan turun ke Dataran Merdeka pada himpunan Duduk dan Bantah Bersih 3.0. "Begitu juga dengan seluruh ahli PAS diminta berhimpun secara damai di Dataran Merdeka pada tanggal 28 april," katanya. Pejabat agung PAS juga, ujarnya sudah membuat arahan kepada semua ahli untuk hadir sama ke himpunan tersebut. Sejak Bersih mengumumkan untuk mengadakan Bersih 3.0, PAS telahpun menjalankan usaha mobilisasi ahli dan penyokongnya dari seluruh negara untuk hadir. Semua negeri telah menyatakan komitmen sementara PAS Terengganu dan Selangor secara rasmi mengumumkan masing-masing akan mengerahkan 50,000 ahli mereka. Sementara itu, Bersih malam tadi mengadakan mesyuarat tergempar membincangkan lokasi alternatif 'Duduk Bantah' itu selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan himpunan itu diadakan di Dataran Merdeka. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan