Jumaat, 20 April 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


DBKL Tolak Himpunan BERSIH Di Dataran Merdeka, Mahu Rakyat Ke Jalanraya?

Posted: 20 Apr 2012 12:02 AM PDT

DBKL tolak BERSIH di Dataran Merdeka

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan BERSIH untuk menggunakan Dataran Merdeka untuk perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil pada 28 April ini.

Jawatankuasa pemandu BERSIH Maria Chin Abdullah berkata, perkara itu dimaklumkan melalui surat kira-kira jam 11 pagi ini.

Dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, BERSIH turut membacakan kandungan surat itu kepada pemberita yang memberikan alasan Dataran Merdeka hanya boleh digunakan untuk acara "peringkat nasional" seperti sambutan hari kebangsaan dan hari Wilayah Persekutuan.

Menurut pengerusi bersama BERSIH Ambiga Sreenevasan, pihaknya mengutus surat kepada DBKL dan polis pada pagi Isnin.

DBKL sebelum ini menafikan menerima sebarang permohonan daripada gabungan NGO itu berhubung bantahan "duduk bantah" mereka. -mk


BERSIH bukan ancaman pada keselamatan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak melihat perhimpunan "duduk bantah" BERSIH di Dataran Merdeka pada 28 April ini sebagai ancaman kepada keselamatan kerana ia didakwa hanya mempunyai sedikit daya tarik kepada orang ramai.

Menterinya Hishammuddin Hussein berkata, satu-satunya ancaman adalah penganjur, yang perlu menghadapi tanggapan negatif orang ramai sebagai hasilnya.

Katanya, oleh kerana sebuah isu dimasukkan bersama, termasuk ISA, pinjaman pelajaran dan Lynas, rakyat tahu bahawa program itu mempunyai niat politik.

Menurut Hishammuddin, orang ramai juga akan mempersoalkan masa perhimpunan itu memandangkan ia terlalu dekat dengan pilihan raya dan menggambarkan ia tidak ikhlas. -mk



Ulasan GB

Sungguh aneh.

Menteri kata BERSIH bukan satu ancaman, DBKL pula tolak permohonan BERSIH untuk berhimpun di stadium merdeka.

Apakah ini "permainan" UMNO BN?

Tidak mengapa, jangan lupa sewaktu BERSIH 2.0 dahulu, bukan sahaja tidak dibenarkan berhimpun di dataran meredeka, malah diharamkan oleh kerajaan. Apa berlaku? Rakyat TETAP turun jugak.

Kalau DBKL tidak izinkan DUDUK & BANTAH di Dataran Merdeka, jangan tersentak dan terperanjat apabila rakyat BANGUN & BANTAH di jalanraya!


Nazri Berundur (Diundurkan) Kerana Kes Anak Bapak?

Posted: 19 Apr 2012 09:23 PM PDT

Benar atau berlakon? Nazri tawar tidak bertanding pada PRU ke-13 kerana skandal anak

Nazri Aziz, yang dituduh cuba menutup kelakuan samseng anaknya, telah membayangkan dia akan memberi laluan kepada orang muda pada pilihanraya umum ke-13 yang akan datang dimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka adakan pada tahun ini.

"Saya telah menjadi menteri untuk tempoh masa yang lama iaitu 13 tahun dan sebagai Timbalan Menteri selama 5 tahun. Saya percaya pada kesinambungan. Saya sudah berusia 58 tahun dan telah berkhidmat untuk masa yang agak lama," Nazri, yang menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Padang Rengas MP, telah dilaporkan sebagai memberitahu Utusan.

"Jika Perdana Menteri mahu untuk menggantikan saya, saya redha. Saya sudah bercakap kepada ahli bahagian saya tetapi mereka mahu mencalonkan saya lagi. Beri peluang kepada orang baru, apa yang penting ialah kita tidak bergaduh sesame sendiri."

Kenyataan yang sepatutnya bagi Najib

Nazri juga adalah pemimpin kanan pertama untuk bertindak balas berikutan satu kenyataan daripada setiausaha agung Umno Tengku Adnan bahawa Ibu Pejabat Umno telah menerima senarai pencalonan dari semua cawangan.

Walau bagaimanapun, peringatan Adnan bahawa "nama-nama calon dalam senarai yang dikemukakan kepada kepimpinan adalah tidak muktamad" ini menjadikan Umno takut, parti politik terbesar di Negara ini dan yang telah memerintah Malaysia selama 55 tahun.

"Saya tidak fikir Nazri akan digugurkan. Tetapi yang pasti, dia sedang membuat kenyataan yang tepat untuk Najib. Terdapat juga pihak yang fikir Nazri patut berhenti walaupun tanpa PRU ke-13 yang akan datang. Kes anaknya telah menjadikan Umno cacat dan juga BN- itu yang pasti," kata Ahli PKR Parlimen Batu Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

"Sebagai menteri de-facto undang-undang, ia adalah suatu penghinaan dan bukannya teladan baik dan perlu ada inkuiri awam, Nazri menutup mulut manakala pihak polis berkeras anaknya tidak melakukan apa-apa kesalahan walaupun ini berkonflik dengan kenyataan polis oleh mangsa dan rakaman CCTV."

Anak bapak?

Sememangnya Nazri, yang juga bertanggungjawab ke atas Parlimen, mengejutkan rakyat dengan komen awalnya apabila dia menunjukkan sikap tidak pedulinya.

Nazri memberitahu media bahawa dia tidak boleh 'dipertanggungjawabkan' diatas kelakuan anaknya, menyebabkan rakyat marah tentang kes anaknya yang membuli seorang pengawal keselamatan.

"Bagi saya, ini adalah sesuatu kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Bagaimana sikap seorang anak mencerminkan cara ibu bapanya membesarkannya dan budaya di rumah," kata seorang pemimpin masyarakat yang terkemuka, Tan Sri Robert Phang
kepada Malaysia Chronicle.

Anak Nazri, Nedim telah terlibat dalam perkelahian pada bulan lepas dan memukul seorang pengawal keselamatan yang meminta pengenalan dirinya apabila Nedim dan pengawal peribadinya yang ingin mengunjungi seorang yang tinggal di kediaman itu.

Rakyat bukan sahaja terkejut dengan kesamsengan Nedim, tetapi juga dengan kereta Porsche yang dipandunya manakala pengawal pengiringnya memandu sebuah MPV mewah, Toyata Velfire.

Ramai yang mahu SPRM menyiasat bagaimana Nedim boleh menjadi begitu kaya dan berpengaruh sehingga mampu memiliki wang begitu banyak. Apakah ini ada kena mengena dengan ayahnya? Seperti pihak polis, SPRM juga memejamkan mata sahaja.


Bekas penjenayah?

Untuk memburukkan lagi keadaan, insiden di kondo itu bukanlah merupakan kali pertama Nedim terlibat dalam skandal. Pada tahun 2004, dia telah dituduh menjadi sebahagian daripada kumpulan yang membunuh seorang pelajar undang-undang, Darren Kang. Kes itu juga telah menaikkan kemarahan rakyat dan kerajaan Umno-BN telah dituduh pula menyembunyikan pembunuhan.

"Kita mahu pihak polis menerangkan mengapa insiden kondo ini diklasifikasikan sebagai kes pergaduhan kecil dibawah penal kod seksyen 160 apabila supervisor pengawal keselamatan telah menyebut dalam laporan polisnya bahawa dia telah dipukul dan keganasan telah digunakan ke atasnya. Rakaman CCTV telah menunjukkan apa yang didakwanya," kata peguam hak asasi manusia yang juga merupakan naib presiden PKR N Surendran.

"Kita mahu polis mengklasifikasikan kes ini sebagai pukul, menggunakan keganasan dan mendatangkan kecederaan dibawah penal kod seksyen 321, 350 dan 351. Kita mahu ketua polis untuk menukarkan kes ini dari ibu pejabat Brickfields kepada kumpulan penyiasat bebas."

Keadilan untuk pengawal dan Darren

Sedih sekali, KPN bertindak balas dengan cuba memujuk rakyat supaya mempercayai bahawa pihak berkuasa dan tidak mempersoalkan polis.

"Selama 10 tahun, kamu telah menyaksikan betapa efisyen dan profesionalnya pihak berkuasa. Janganlah kita prejudis terhadap pihak berkuasa,"kata Ismail Omar kepada pihak media pada minggu lepas.

Namun demikian, kerana ini adalah insiden kedua yang melibatkan Nedim, agak sukar bagi aktivis dan ahli politik pembangkang untuk membiarkan dia terlepas buat kali ini.

Seperti kes NFC yang melibatkan dana berjumlah RM250 juta dan juga menteri Umno Shahrizat Jalil dan keluarganya, kekayaan Nazri dan kemungkinan korupsi yang ada disebalik kekayaan keluarganya akan menjadi sambungan kepada episod drama.

Akhir sekali, patut ada keadilan untuk pengawal kondo dan pada Darren yang berusia 23 tahun, dimana pembunuhannya adalah suatu kematian yang tidak patut. -malaysia-chronicle

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Emang Dasar UMNO Bajingan: Berani Serang Tak Berani Mengaku

Posted: 19 Apr 2012 08:03 PM PDT

Umno tangkis dakwaan terlibat serangan

Ketua penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menepis dakwaan yang mengaitkan serangan ke atas siswa yang berkhemah di Dataran Merdeka dalam satu kejadian awal pagi ini.

Dengan sinis, beliau berkata orang akan menyalahkan Umno atas semua masalah yang dihadapi mereka.

"Kalau ada kereta bocor di tepi jalan itu salah Umno. Kalau ada motorsikal bocor itu salah Umno. Kalau ada basikal bocor di tepi jalan di dalam hutan yang tak ada orang lalu lalang, itu pun salah Umno.

"Mereka ini sudah bankrap idea, semua salahkan Umno. Ada orang liwat orang lain, Umno yang kena. Dia yang sedap, kita yang kena," katanya lagi ketika ditemui di bangunan Parlimen hari ini.

Ditanya lanjut mengenai dakwaan siswa berkenaan yang mengaitkan tindakan samseng itu dengan parti Umno, Ahmad berkata: "Saya tak tahu, saya sedang tidur semalam. Orang tidur di rumah, bukan di padang."

Ahmad mengulas kes melibatkan sekumpulan individu tidak dikenali yang merosakkan khemah dan menyerang kumpulan pelajar yang berhimpun di Dataran Merdeka, awal pagi ini.

Seorang detektif polis turut cedera dalam kes yang disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Rusuhan) itu.

Kenyataannya Ahmad itu juga timbul susulan tuntutan oleh pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin kepada Umno supaya bertanggungjawab atas serangan berkenaan.

Badrul Hisham menyuarakan cabaran itu dalam satu kenyataan hari ini.

"Seperti dijangka Umno yang terdesak dengan sekumpulan pelajar yang membuat keputusan nekad untuk berkhemah di Dataran Merdeka dalam protes mereka terhadap PTPTN dan tuntutan pendidikan percuma bertindak di luar norma biasa," katanya lagi. -mk

Umno dicabar bertanggungjawab terhadap serangan terhadap pelajar di Dataran Merdeka

Seperti yang dijangka Umno yang terdesak dengan sekumpulan pelajar yang membuat keputusan nekad untuk berkhemah di Dataran Merdeka dalam protes mereka terhadap PTPTN dan tuntutan pendidikan percuma telah bertindak diluar norma biasa. Regim takut menggunakan polis kerana pilihanraya yang terlalu hampir, kerana imej kekasaran polis terhadap kumpulan pelajar ini pasti akan memberi kesan besar terhadap undi rakyat. hanya DBKL digunakan malangnya DBKL tidak mampu berdepan semangat kental kumpulan pelajar ini yang walaupun beberapa kali 'diserbu' DBKL tetapi terus bertahan

Kumpulan yang mulanya kecil mula membesar, ramai teman muda lain mula sama mendirikan khemah berkampung bersolidariti bersama menemani pelajar ini. Ramai yang tampil menyumbang. SAMM dalam kemampuan terhad turut hadir memberikan bantuan seperti tikar dan makanan sekadar termampu


Sumbangan dari SAMM Utara; Tiga Penyelaras SAMM Negeri iaitu sdr Habib (Kedah), Aidil (P.Pinang) dan Asrul (Perlis). Sedang memberi taklimat ialah Pengarah Seketariat SAMM Pusat sdr Zulkifli Ibrahim


Kumpulan pelajar ini yang mula meraih perhatian dalam dan luar negara terus cuba diburukkan imej mereka sebagai alat politik pihak tertentu oleh media dan pemimpin regim. Namun mereka terus mendapat perhatian. Bukan sekadar itu pelajar ini juga telah berjaya menjawab kekeliruan yang cuba dibuat termasuk oleh Menteri, malah mereka sedia mencabar Menteri dan pimpinan parti politik penguasa regim untuk berdebat terbuka. Ini semua meletakkan regim dalam keadaan serba salah.

Mati akal dengan perkembangan ini semalam awal pagi tadi gangster telah digunakan oleh pihak yang tertekan untuk menyerang tapak perkhemahan pelajar tersebut. Dalam serangan itu ada yang cedera, barang - barang mereka dirosakkan dan diberitakan ada pelajar yang hilang diculik. Penggunaan gangster ini menjadi taktik yang semakin biasa digunakan setelah kalah berhujah dan seperti biasa juga polis akan terus lambat bertindak. Dalam serangan di Dataran Merdeka, Polis yang berada di tempat kejadian dilaporkan olek saksi hanya memerhatikan sahaja kejadian.


Ini penjenayah jalan kebun


Penjenayah yang melakukan serangan di Jalan Kebun ini terus bebas dan melakukan jenayah ini semula di Dataran Merdeka semalam


Siapakah yang sebenarnya bersekongkol dengan penjenayah?


Penjenayah Jalan Kebun ini mengakui sebagai 'Panglima BN'


Mengganggu majlis dan menyerang adik-adik mahasiswa adalah 'Akidah' yang dibawa Hasan Ali?


Yakinlah seperti peristiwa lain termasuk serangan gangster secara fizikal dan bersifat perkauman masih belum ada tindakan walaupun ditampilkan bukti bergambar jelas. Malah lebih malang lagi kumpulan penyerang di Jalan Kebun dapat pula berada dalam majlis bersama PM baru - baru ini.

Ini semua juga taktik sama dengan beberapa regim di hujung usia. Perhatikanlah regim Mubarak ketika hujung usianya juga menggunakan gangster memukul dan menyerang demonstran dan kemudian bersembunyi disebalik hujah kononya serangan dibuat oleh rakyat yang marah. Percaya dan yakinlah begitu juga di sini pasti media akan memainkan hujah serupa kononya serangan oleh rakyat yang marah.

SAMM mencabar Umno supaya jangan bacul dan tampil bertanggungjawab terhadap kejadian serangan terhadap pelajar ini. Sepatutnya Umno tampil berhujah dengan kumpulan pelajar ini bukan menjawab dengan keganasan fizikal.

Dengan perkembangan ini SAMM menyeru seluruh anak muda supaya membuat pertimbangan terhadap kejadian ini dan menolak Umno dan Barisan Nasional yang semakin hilang rasional mereka.

SAMM juga menyeru rakyat untuk tampil sama memberikan bantuan kepada teman - teman pelajar yang berjuang ke arah pendidikan percuma dalam negara. SAMM juga tidak menolak kemungkinan dengan perkembangan ini akan menyemarakkan lagi semangat rakyat untuk turun bersama dalam Himpunan BERSIH 28 April ini yang kebetulan akan diadakan dilokasi yangs sama, Dataran Merdeka. SAMM juga tidak menolak kemungkinan akan turut sama 'berkampung' bersama para pelajar ini kemudianya. -edyesdotcom





Menteri Pengajian Tinggi Memutar Lidah Apabila Dikecam Kerana Angkuh & Tunjuk Lagak

Posted: 19 Apr 2012 07:03 PM PDT

Saran siswa 'jangan tagih simpati', menteri dikecam

Reaksi Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berhubung insiden serangan ke atas sekumpulan siswa di Dataran Merdeka hari ini menerima kecaman daripada pemimpin pelajar terbabit.

Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Mohd Zaini dalam satu sidang media berkata, Mohamed Khaled tidak sepatutnya bertindak "angkuh" dengan mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Mohd Syahid berkata, Mohamed Khaled sepatutnya mendengar keluhan pelajar berkenaan dan bukannya melayan mereka seperti anak kecil.

Menteri tersebut tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu, kata Mohd Syahid lagi dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Mohamed Khaled dalam reaksinya ke atas insiden tersebut menulis di Twitter: "Tiada siapa pun suruh berkhemah di Dataran, bila berlaku apa-apa perkara, jangan tagih simpati."

Beliau mengulas insiden melibatkan sekumpulan individu tidak dikenali yang merosakkan khemah dan menyerang kumpulan pelajar yang berhimpun di satu sudut di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Seorang daripada pelajar berkenaan dibawa ke hospital ekoran kecederaan yang dialami ekoran serangan pada awal pagi ini. -mk

Khaled Nordin pandang hina mahasiswa, Saifuddin kata serangan 'perlu dibimbangkan'

Dua pemimpin tertinggi Kementerian Pendidikan Tinggi hari ini memberikan komen mengenai serangan ke atas kumpulan aktivis mahasiswa di Dataran Merdeka, dengan menterinya Datuk Seri Khaled Nordin menolak untuk bersimpati sementara timbalannya Datuk Saifuddin Abdullah melahirkan kebimbangan tentang insiden itu.

Di laman Twitter, Khaled memberikan respons berhubung laporan serangan itu mengatakan tiada sesiapa yang mengarahkan kumpulan mahasiswa itu berkhemah di kawasan tumpuan ramai itu.

"Takde siapa pun suruh berkhemah di Dataran, bila berlaku apa2 perkara, jgn tagih simpati," tulisnya di Twitter.

Tetapi semasa bertemu di Parlimen di sini, Saifuddin berkata beliau lega tiada sesiapa mengalami kecederaan parah dalam insiden pukul 2.45 pagi tadi menambah bahawa ia satu "perkara yang perlu dibimbangkan."

Ahli Parlimen Temerloh itu juga mengulangi pandangannya bahawa kumpulan mahasiswa itu "mempunyai hak berada di situ" walaupun bukan semua bersetuju dengan tindakan itu.

Kumpulan aktivis mahasiswa itu telah berkhemah di Dataran Merdeka sejak Sabtu lalu selepas ratusan mahasiswa menyertai himpunan aman di bandar raya mendesak kebebasan selepas kecewa oleh terma dan syarat bayar balik skim pinjaman pelajaran tinggi kerajaan.

Namun pagi ini, kumpulan mahasiswa itu mendakwa diserang kira-kira 60 hingga 70 individu tidak dikenali mendesak agar mereka pulang. -TMI


Pemutaran lidahnya tersiar pagi ini di dalam sebuah akhbar arus perdana:

Khaled kecam 'samseng' belasah pelajar

KUALA LUMPUR: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, mengecam insiden serangan ke atas sekumpulan mahasiswa di Dataran Merdeka, pagi kelmarin oleh sekumpulan lelaki dipercayai samseng sehingga mencederakan seorang pelajar.

Bagaimanapun, beliau berkata, kumpulan mahasiswa terbabit perlu sedar bahawa serangan itu adalah sebahagian daripada risiko yang perlu ditanggung mereka ketika mengambil keputusan berkhemah di lokasi berkenaan bagi mendesak pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mungkin ditentang pihak lain.

"Saya kecam kekerasan dan gangsterisme dalam insiden ini. Kita tidak tahu pihak mana bertanggungjawab, namun, perkara seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa saja.

Nordin, Menteri Pengajian Tinggi "Dalam soal ini, mereka (kumpulan mahasiswa terbabit) perlu sedar bahawa ini mungkin antara risiko yang perlu ditanggung mereka selepas mengambil keputusan mendesak pemansuhan PTPTN yang mungkin tidak disokong semua pihak," katanya kepada Berita Harian di kafe Parlimen, semalam.

Mohamed Khaled menjelaskan 'tweetnya' yang dikecam wakil mahasiswa dalam laman portal propembangkang semalam, sebenarnya memberi gambaran bahawa pelajar perlu bertanggungjawab dan bersedia berdepan sebarang risiko atas tindakan mereka dan tidak menagih simpati.

Katanya, semua pihak perlu memberi masa kepada polis untuk menyiasat insiden di Dataran Merdeka itu.
-BH


Ulasan GB

GB dah berkali-kali ulas dan menyatakan Menteri Pengajian Tinggi adalah salah seorang menteri berIQ rendah di dalam kabinet Najib, lansung tidak ada integriti & kredibiliti untuk menjadi menteri.

Kemudian Najib lantik beliau untuk jadi Pengerusi J/K Khas Parlimen untuk Lynas. Kononnya untuk menaikkan namanya menjelang PRU13. Tapi malang bagi Khaled, tak ada seorang pun dari Pakatan Rakyat yang sudi menerima menjadi anggota PSC Lynas yang diketuai beliau.

Labuh selabuhnya muka Khaled Nordin!

Rentetan Terbongkarnya Skandal Shafie Apdal & Zahida Rafik

Posted: 19 Apr 2012 05:07 PM PDT

Zahida Rafik terkedu

Pelakon Zahida Mohamed Rafik, 37, kerugian RM200,000 dilarikan pemandu peribadinya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya.

Zahida yang popular menerusi filem komedi Anak Mami The Movie menyerahkan wang tunai berkenaan kepada lelaki berusia 37 tahun itu pada kira-kira jam 11 pagi Rabu lalu dan sejak itu suspek gagal dihubungi serta dipercayai sudah melarikan diri.

Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu yang menjalankan perniagaan milik keluarganya di sini turut ke rumah suspek untuk mencarinya, tetapi tidak berhasil apabila dimaklumkan lelaki berkenaan tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi.

Zahida kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, pada petang hari sama.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.

Sementara itu, Zahida ketika dihubungi semalam berkata, apa yang berlaku mungkin kesilapannya sendiri kerana terlalu percaya terhadap pemandunya itu.

"Saya percayakannya sebab dia sudah bekerja dengan saya hampir lima tahun dan sebelum ini tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan," katanya.


Zahida berkata wang RM200,000 itu sepatutnya digunakan untuk membuat pembayaran kepada rakan perniagaannya di China.

"Sebelum ini sudah banyak kali dia (suspek) membantu saya dalam urusan memasukkan duit ke dalam akaun bagi urusan kerja, tapi tidaklah jumlah yang besar sebegini.

"Kebiasaannya saya akan turut sama pergi dan dia hanya menemani. Namun, kali ini saya benar-benar tidak sempat kerana ibu sakit dan saya agak kelam-kabut di rumah bagi menguruskan beberapa perkara," katanya. Menurut Zahida, dia langsung tidak menjangka pemandunya sanggup menghilangkan diri bersama wang RM200,000 itu.

"Sebelum membuat laporan polis, saya ke rumahnya. Maklumlah sudah hampir lima tahun dia bekerja dengan saya, saya kenal anak-anak dan ibunya yang tinggal bersama.

"Mungkin juga dia ada masalah kewangan atau memerlukan duit, jadi saya ke rumahnya untuk bertanya dan berbincang. Namun ibunya hanya memberitahu dia sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah. Jadi, saya tiada pilihan selain melaporkannya kepada polis," katanya. -hmetro (3 Mac 2012)


(Gossip) Zahida Rafik Dah Jadi Isteri Datuk Shafie Apdal



First of all korang kena take note yang ini hanya gosip sahaja ok. Sama ada ianya sahih atau tak, kena tunggu tuan punya body keluarkan kenyataan.

Gosip ini boleh dikatakan agak mengejutkan jugalah dimana Zahida Rafik dikatakan sudah berkahwin. Ya, sudah berkahwin dan nama yang dikaitkan dengan Zahida Rafik tu ialah Datuk Shafie Apdal, Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Datuk Shafie Apdal

Menurut sumber yang masih tak boleh dipercayai, Zahida Rafik dan Datuk Shafie Apdal dikatakan berkahwin sebulan yang lalu iaitu sebelum masuknya bulan Ramadhan. Perkahwinan tersebut pula dibuat di London dan dilakukan secara tertutup.

Hurm.. Kami taknak komen apa-apa pasal ni sebab dah nama pun gosip kan. Bukan boleh percaya sangat. Tapi kalaulah ianya betul, tahniah kami ucapkan. Cumanya, kenapa nak sembunyi-sembunyi? Takkan nak ikut langkah Bung Mokhtar dan Zizie Ezzete? -zonartis (21/9/2010)



Nafi kahwin ahli politik

Gambar Zahida Rafik yang menawan ini dirakamkan di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR - Pelakon Zahida Rafik menafikan gosip-gosip di Internet bahawa dia sudah berkahwin dengan seorang ahli politik Malaysia di London baru-baru ini.

Mengakui dirinya tertekan dengan gosip tersebut, pelakon berusia 35 tahun itu menegaskan gosip itu sudah pasti tidak disenangi oleh isteri ahli politik berkenaan.

"Mana ada saya kahwin? Tak baik gosip saya dengan dia. Kalau isteri dia percaya, saya juga yang susah," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Zahida diminta mengulas dakwaan kononnya dia sudah melangsungkan perkahwinan dengan ahli politik berkenaan di London.

Perkahwinan tersebut dikatakan berlangsung sebelum bulan Ramadan lalu.
-kosmo (24/9/2010)


Akhirnya segala-galanya terdedah di sini:

Pemandu artis dedah skandal menteri bayar RM100 ribu setiap kali jumpa

Pemandu peribadi pelakon terkenal, Zahida Rafik mendedahkan skandal Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dalam satu laporan polis pada 13 Mac lalu.

Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap Zahida yang menuduhnya melarikan wang RM200,00 milik Zahida.

Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu pernah dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.

Menceritakan dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang bernama Hafiz dan Raj.

"Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain.

"Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk.

"Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000.

"Wang tunai tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang.

"Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida.

"Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida," katanya dipetik dalam laporan polis yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen hari ini.

Zuraida seterusnya berkata, berdasarkan siasatan yang dilakukannya terdapat beberapa transaksi yang dilakukan menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.

"Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.

"Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Kalau saya jumlahkan kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu berikan tunai kepada Zahida Rafik,"
katanya.

Selain itu, Zuraida mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series, Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta.

Zuraida kemudiannya mempersoalkan bagaimana menteri itu memperolehi wang tunai sebanyak itu.

"Sebagai menteri beliau bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida," katanya.

Pada 3 Mac lalu, akhbar melaporkan pelakon Zahida Rafik kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya.

Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun lalu apabila digosipkan berkahwin dengan Shafie di luar negara.
-keadilandaily


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





2 Kes Libatkan Pesawat MAS Mendarat Cemas, Ada Sebab Penumpang Takut Naiki MAS

Posted: 19 Apr 2012 07:30 AM PDT

Ia mungkin disebabkan sabotaj

Sekalipun siasatan awal mendapati masalah teknikal yang menyebabkan sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke London yang terpaksa berpatah balik, namun para penyiasat tidak boleh mengenepikan kemungkinan wajudnya sabotaj, kata pegawai industri penerbangan dan angkasa hari ini, demikian lapor New Straits Tumes.

Para pegawai tersebut, yang enggan menyebut nama sebenarnya, berkongsi pendapatnya berdasarkan kejadian-kejadian lepas yang melibatkan syarikat penerbangan.

Mereka berkata syarikat penerbangan telah mengalami kerugian akibat dari kakitangan yang marah dan menunjukkan kekecewaan mereka melalui kerja-kerja sabotaj.

"Ini telah menyebabkan berlakunya gangguan bahanapi, kegagalan enjin, keadaan gelap akibat masalah eletrikal dan eletronik, kesesakan kawalan penerbangan dan kebakaran yang boleh menyebabkan bencana atau kemalangan di masa lalu," kata mereka.

Beberapa contoh yang mereka berikan termasuklah insiden pesawat jet terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas pendawaian atau bahagian eletrikal telah dirosakkan.

"Selenggaraan yang lemah serta kurang kompeten adalah diantara faktor yang boleh menyebabkan kejadian tersebut. Kebakaran enjin boleh berlaku dengan cepat apabila ada kebocoran di tangki bahanapi. Bahanapi yang volatil mudah terbakar apabila tersentuh permukaan enjin yang panas," katanya sewaktu ditemui di Pameran Pertahanan Dan Sekuriti Asia 2012 di PWTC semalam.

Pada hari Selasa lepas, sebuah pesawat Boeing 747-400, yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur , telah terpaksa melakukan pendaratan cemas di Sepang 90 minit kemudian, setelah satu dari enjinnya terbakar.

Dilaporkan sistem penggera kecemasan gagal berfungsi, menunjukkan ada kebakaran di enjin No.1 sebaik saja pesawat berlepas. Juruterbang mengelilingi sekitar KLIA kerana perlu terlebih dahulu membuang bahan api sebagai langkah keselamatan sebelum mendarat.

Syarikat Penerbangan itu berkata demi keselamatan penumpang, kapten pesawat memutuskan untuk berpatah balik ke KLIA dan pesawat berkenaan mendarat pada pukul 2.05 pagi ini.

Pesawat itu membawa 351 penumpang dan 21 anak kapal, dan penumpang terlibat disediakan tempat penginapan.

Masalah teknikal, MAS patah balik ke Bangalore

NEW DELHI - Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS), yang dalam penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bengaluru hari ini kerana mengalami masalah teknikal.

Pengurus Kawasan MAS (Karnataka dan Andhra Pradesh) Hamzah Ayob berkata, pesawat MH193 itu berlepas pada pukul 12.25 tengah hari dan setelah berada kira-kira satu jam setengah di udara, sistem radar cuacanya mengalami masalah.

Pesawat jenis Boeing 737-800 itu terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Bengaluru dan mendarat dengan selamat, katanya kepada Bernama di sini.

Hamzah berkata kesemua 140 penumpang selamat serta diberi kemudahan penginapan di sebuah hotel dan akan menaiki pesawat lain ke Malaysia pada pukul 7 malam ini.
- Bernama


Penumpang Cerita Saat-Saat Cemas Dalam Pesawat MAS

KUALA LUMPUR: Penulis blog dan bekas pengarang akhbar, Ahirudin Attan yang merupakan salah seorang penumpang dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH002 yang berhadapan dengan masalah enjin ketika baru berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke London malam Isnin telah menceritakan saat-saat cemas ketika kejadian itu berlaku.

Menulis di dalam ruangan blognya Rocky's Bru, Ahirudin memuji sikap tenang para pramugari dan pramugara MAS ketika salah satu daripada empat enjin pesawat Boeing 747-400 itu berhadapan dengan masalah yang memaksa mereka berpatah balik ke KLIA.

Pesawat itu yang berlepas pada jam 11.40 malam telah mendarat dengan selamat pada lebih kurang jam 2.05 pagi.

Ia berada dua jam di udara mengelilingi sekitar KLIA kerana perlu terlebih dahulu membuang bahan api sebagai langkah keselamatan sebelum mendarat.

Pesawat itu membawa 351 penumpang dan 21 anak kapal. Kesemua penumpang dan anak kapal selamat.

Menurut Ahirudin, kejadian yang menakutkan itu berlaku lebih kurang sepuluh atau 15 saat selepas pesawat berkenaan berada di udara apabila tiba-tiba satu bunyi yang sangat kuat seperti 'berdebap' kedengaran.

Kata Ahirudin lagi, bagi mereka yang berpengalaman bertahun-tahun mengembara menaiki pesawat akan dengan segera menyedari bahawa sesuatu yang tidak keruan telah berlaku.

Tulisnya, pesawat gergasi itu kemudiannya bergegar lalu kedengaran seseorang menjerit "api".

Beliau melihat pramugari berlari ke arah kabin kelas pertama dan selepas itu diikuti oleh seorang pramugara lain.

"Saya sendiri tidak melihat sebarang percikan api atau kebakaran pada mana-mana enjin pesawat walaupun saya duduk di barisan ke-16 yang membolehkan saya melihat enjin-enjin berkenaan," kata Ahirudin.

Bagaimanapun jelas Ahirudin, enjin yang bermasalah itu terletak di sebelah kiri sayap.

Pada saat itu cerita Ahirudin, fikirannya sepertimana penumpang-penumpang yang lain melayang memikirkan nasib mereka semua.
-mstar


Ulasan GB

Pada pendapat GB tuduhan para pegawai pengurusan MAS berlaku wajudnya sabotaj oleh kakitangan adalah satu tuduhan yang agak melampau.

Tidak sepatutnya akibat tertekan dengan tuntutan kakitangan, pihak pengurusan lantas membuat tuduhan sedemikian. Ia satu bentuk penghinaan yang serius kepada kakitangan MAS, dan amat memusykilkan apabila pegawai yang menuduh itu enggan bertanggungjawab dengan kenyataannya apabila enggan mendedahkan identitinya yang sebenar.

Ini kerana ia di luar batas kemanusian untuk mana-mana kakitangan nmelakukan kerja sedemikian apatah lagi apabila ia melibatkan nyawa orangramai.

Atau apakah lemparan tuduhan ini hanya sebahagian dari usaha untuk menutup kelemahan pengurusan MAS dan helah untuk menutup syarikat MAS setelah kerugian bertahun-tahun?

Untuk rekod: MAS telah mencatat kerugian besar berjumlah RM2.5 Billion bagi tahun 2011.

[Bongkar] Apa Tujuan Akhbar NST Besarkan Najib Dari Agong

Posted: 19 Apr 2012 04:45 AM PDT

Siapa Paling Besar?

Kuala Lumpur: "Siapa paling besar yang hendak ditonjolkan oleh akhbar ini?"

Inilah mesej yang diterima Harakahdaily merujuk kepada gambar muka depan sebuah akhbar harian hari ini.

"Tengok, gambar (Datuk Seri) Najib naik sampai ke atas begitu sekali...gambar Tuanku hanya terperosok ke bawah," tulis mesej itu lagi.

"Kalau gitu, siapa sebenarnya yang menghina Raja Melayu dan Yang Dipertuan Agung," tulis mesej itu.

Mari kita nilai sendiri. -HD

Ulasan GB

Di dalam keadaan di mana akhbar-akhbar media arus perdana menghebohkan isu kononnya MP Pakatan mempersendakan raja, kini hukum kebenaran dan keadilan menyerlahkan: media massa perdana yang bernama New Straits Times dengan gahnya menyiarkan gambar yang ternyata mempersenda dan merendahkan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong di mana gambar (Datuk Seri) Najib naik sampai ke atas begitu sekali...gambar Tuanku hanya terperosok ke bawah!


Satu lagi persoalan apakah Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev ini merupakan bakal BESAN Najib dan Rosmah?

Ini kerana menurut laporan portal Eurasia, Najib bakal mendapat menantu anak seorang pembesar Kazakhstan bernama Daniyar Nazarbayev.

Najib dan Rosmah telah ke Kazakhstan, di mana lawatan mereka itu pernah dipersoalkan samada atas urusan rasmi negara atau untuk menguruskan perkahwinan anaknya, Nooryana Najwa?



Nooryana Najwa, 22, pada 22 Mei lalu menerima ijazah Bachelor of Science in Foreign Science dari Universiti Georgetown, Washington, selepas empat tahun belajar di School of Foreign Service, universiti berusia 222 tahun itu.

Nama akhir Daniyar iaitu Nazarbayev adalah sama dengan nama President Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev. Setakat ini belum ada penafian dari Najib dan Rosmah mengenainya sekalipun ia telah hebao diperkatan sejak tahun lalu lagi.

Dan dengan kaitan gambar beliau dibesarkan lebih dari Agong dan Sursultan Nazarbayev tadi, apakah Najib hendak menunjukkan kepada bakal besannya itu bahawa di Malaysia jawatan Perdana Menteri lebih besar daripada Agong, sama seperti Presiden?

Siapa Presiden Kazakhstan?

Kazakhstan Larang Surau Dalam Pejabat Kerajaan

Almaty: Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev semalam meluluskan undang-undang ketat yang melarang surau dibina di dalam bangunan kerajaan, langkah yang dilihat bertujuan menyekat pengaruh militan tetapi dikecam ulama negara itu dan Barat.

Nazarbayev, 71, memerintah Kazakhstan lebih 20 tahun sebagai pemerintah kuku besi sekular. Sehingga tahun ini, negara yang didiami seramai 70 juta penduduk Islam berusaha mengelak daripada keganasan yang dilihat berlaku di tengah Asia, negara bekas Soviet seperti Uzbekistan dan Tajikistan.

Bagaimanapun, pengeboman bunuh diri pada Mei dan penahanan kumpulan yang didakwa merancang keganasan pada Ogos meningkatkan kebimbangan kemunculan militan menyebabkan Nazarbayev melaksanakan undang-undang baru untuk mengekang kelompok ekstremis.

Undang-undang yang diluluskan itu mencetuskan perdebatan hangat. Artikel 7 melarang bilik solat di semua institusi negeri.

Mufti Kanan Kazakhstan, Absattar Derbisali, berkata undang-undang ini akan mencetuskan kemarahan di kalangan umat Islam dan meningkatkan kegiatan militan.

Undang-undang turut mensyaratkan semua institusi dakwah di negara itu mendaftar dengan pihak berkuasa setiap tahun.

Kumpulan hak asasi di Barat termasuk Organisasi untuk Kerjasama dan Keselamatan di Eropah, melahirkan kebimbangan mengenai sekatan kebebasan agama.

Antara langkah terbaru yang diambil untuk mengekang golongan militan ialah menyekat sementara laman web asing pada Ogos selepas mahkamah memutuskan yang mereka menyebarkan propaganda pengganas dan menyuntik kebencian agama.
– Reuters


Najib bakal berbesan dengan pembesar Kazakhstan?

...... "Seorang jejaka dengan nama Daniyar dengan nama akhir yang pelik, dilihat tidak kurang kontroversinya daripada ibunya dalam hal perkahwinan. Terdapat khabar bahawa beliau telah menawan hati Nooryana Najwa, anak perempuan Perdana Menteri Malaysia, dan akan mengahwininya tidak lama lagi," tulis Leonid Komarovskiy, seorang "wartawan" daripada New York di bawah artikel bertajuk "Borat is out of competition."
Keseluruhan artikel Leonid menyentuh tentang latar belakang Daniyar, yang didakwanya mempunyai kehidupan yang serba mewah dan penuh kontroversi kerana nama akhir "Nazarbayev" yang diberi ibunya selepas penceraiannya dengan suami terdahulu D. Kesikbayev sebelum berkahwin dengan Bolat Nazarbayev, seorang ahli kerabat Presiden Kazakhtan.

"Pada Oktober 2006, New York Post telah melaporkan Daniyar Nazarbayer, yang dinamakan di dalam tulisan mereka sebagai 'anak kepada President Nursultan Nazarbayev', telah membeli beberapa apartment di 55 Wall Street.

Salah satu apartment dengan dua bilik bernilai $2.9 juta dan satu lagi dengan satu bilik bernilai $2.1 juta. Saya tak tahu ia benar ataupun khabar angin, tapi akhbar melaporkan bahawa 'President Nazarbayev telah melawat rumah tersebut sendiri semasa menghadiri UN Summit (Persidangan PBB) dan memberikan kebenaran untuk pembelian tersebut. Ia nampaknya melibatkan banyak duit," tulis Leonid lagi.

Dalam tulisannya lagi, Leonid berkata Daniyar patut berterima kasih kepada emaknya Mayra Kurmangaliyeva untuk nama akhir beliau dan segala transformasi yang berlaku kerana nama akhir tersebut.

"Beliaulah yang dapat menawan Bolat Nazarbayev ke jaringannya – satu saudara tulen (ada yang mengatakan ialah adik-beradik) kepada President Kazakh – dan berkahwin dengannya, supaya dapat cepat-cepat melupakan suami dulu D. Kesikbayev, yang nama akhirnya dimiliki Daniyar sebelum menerima surat lahirnya yang kedua dengan nama akhir Nazarbayev," dakwa Leniod lagi.

Disebabkan itu, Leonid dalam tulisannya turut menyuruh Najib untuk berhati-hati dan menyiasat latar belakang Daniyar sebelum apa-apa berlaku.

"Mengapa tidak (untuk berkahwin dengan Daniyar)? Seorang jejaka terkenal, penuh adunan dan dengan nama akhirnya yang cukup menawan… tapi, jika saya ialah bapa Malaysia, saya akan semak dulu takut-takut: adakah Daniyar sudah berkahwin semasa zaman muda? Buah epal adalah dari pokok epal, seperti yang kita tahu… dan Alma-Ata (ibu kota Kazakhstan) ialah bandar buah epal dan pokok epal," nasihat Leonid.

Najib kini dalam lawatan ke Kazakhstan yang dikatakan untuk lawatan rasmi selama dua hari ke negara bekas Soviet Union itu.

Lawatan rasmi pertama Najib ke Kazakhstan selepas menjadi Perdana Menteri ini adalah antara lain bagi memenuhi jemputan Presiden Nursultan Nazarbayev.

Ketika lawatan itu, Najib dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Nazarbayev dan mengadakan rundingan dua hala dengan rakan sejawatannya, Karim Massimov.

Lawatan rasmi Najib ke Kazakhstan dan penyertaan beliau dalam WIEF ke-7 akan mengukuhkan hubungan politik yang akrab selain merintis laluan ke arah kerjasama lebih erat antara Malaysia dan Kazakhstan demi manfaat bersama.

Jika benar laporan Eurasia, tahniah diucapkan kepada keluarga Perdana Menteri atas berita gembira perkahwinan anaknya.

Sekiranya ini betul berlaku, sudah tentu pilihanraya umum ke 13 tidak akan diadakan dalam masa terdekat.
-harakahdaily



Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Tiada ulasan: