Jumaat, 27 April 2012

GoMalaysian

GoMalaysian


Gambar sekitar Kuala Lumpur Menjelang BERSIH 3.0...

Posted: 27 Apr 2012 06:36 PM PDT

Gambar sekitar Kuala Lumpur Menjelang BERSIH 3.0...
















Bagaimana untuk mengundi?

Apakah hak anda sebagai pengundi?

Semuanya hanya di

 

http://vote4malaysia.blogspot.com/

 

!!! Tolong Sebarkan !!!

Untuk Pengetahuan Orang Ramai

 

 

 

Sila "LIKE" facebook Gomalaysian untuk maklumat dan berita terkini

http://www.facebook.com/pages/GoMalaysian/106468262708454

 

Gambar Lucu yang wujud di Dataran Merdeka!

Posted: 27 Apr 2012 05:17 PM PDT

Gambar Lucu yang wujud di Dataran Merdeka!

Bagaimana untuk mengundi?
Apakah hak anda sebagai pengundi?
Semuanya hanya di


!!! Tolong Sebarkan !!!
Untuk Pengetahuan Orang Ramai



Sila "LIKE" facebook Gomalaysian untuk maklumat dan berita terkini

(Gambar) Dataran Merdeka Pagi Ini!!!

Posted: 27 Apr 2012 04:28 PM PDT

Ramai Membanjiri Dataran Merdeka Malam Ni Sebelum BERSIH 3.0?

Posted: 27 Apr 2012 08:23 AM PDT

Sudah ramai datang ke Dataran Merdeka walaupun BERSIH hanya akan diadakan pada hari esok? betul ke gambar-gambar di bawah ni?





Banner turut dinaikan oleh DBKL untuk menghalang BERSIH 3.0?

Posted: 27 Apr 2012 05:52 AM PDT

Banner turut dinaikan oleh DBKL untuk menghalang BERSIH 3.0?



Salam Berjuang...

Debat PTPTN Khairy-Rafizi

Posted: 26 Apr 2012 11:49 PM PDT

Debat PTPTN Khairy-Rafizi 3 Mei

Sinar Harian

Debat PTPTN Khairy-Rafizi 3 Mei 

Debat PTPTN Khairy-Rafizi 3 Mei

SHAH ALAM - Debat isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli, 3 Mei ini, akan berlangsung di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, di sini.

Bertemakan Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi, debat, yang anjuran Sinar Harian, akan bermula jam 8 malam.

Masuk adalah percuma.

Mereka yang berminat boleh menghubungi nombor telefon 019-3310211 (Laila), 019-2808492 (Fazli) atau 019-3371066 (Rini).

Rafizi mempelawa Khairy berdebat dengan beliau mengenai isu PTPTN, yang menjadi isu hangat sejak awal  bulan lalu, pada 13 April lalu.

Tengah hari tadi, Khairy, yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) dan Ahli Parlimen Rembau, menyahut pelawaan Rafizi untuk berdebat menyentuh isu PTPTN yang hangat dibincangkan sekarang.

Pengerusi SPR Tidak Ingat Sama Ada Beliau Ahli UMNO Atau Tidak?

Posted: 26 Apr 2012 08:11 PM PDT

Semalam PKR mendakwa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya adalah merupakan Ahli UMNO dan hari ini beliau menjawab...

Ahli Umno: 'Sudah terlalu lama, saya tidak ingat'

Sinar Harian

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof 

KUALA LUMPUR - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak pernah mendaftar atau memohon untuk menjadi ahli Umno, walaupun tidak menolak kemungkinan namanya tersenarai dalam parti tersebut.

"Saya tidak ingat langsung bila dan di mana saya pernah menjadi ahli Umno, boleh jadi ada mana-mana pihak memasukkan nama saya selepas tamat universiti, awal 70-an dulu.
 
"Itu pun saya tidak dapat pastikan di kawasan mana sebab lepas tamat belajar saya tinggal di beberapa tempat, antaranya Segambut, Selayang dan Ampang. Jadi kalau ada pun yang menamakan saya, memang saya tidak tahu di mana," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
 
Beliau menjelaskan tidak tahu nombor keahlian, tidak pernah membayar yuran tahunan dan tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat parti, jauh sekali dari memegang apa-apa jawatan parti.
 
"Perkara sudah terlalu lama, saya tidak ingat, hinggalah hari ini (semalam) ada pihak yang membangkitkan perkara ini dalam akhbar," katanya mengulas berita muka depan Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, tidak adil mana-mana pihak mengambil fakta yang sudah terlalu lama dan dilupakan semata-mata untuk dijadikan isu.
 
"Saya ingin menegaskan kalau pun betul ada orang mendaftarkan saya sebagai ahli parti, itu tidak sama sekali menjadikan saya berat sebelah atau bias dalam mengendalikan SPR. Saya tidak pernah berasa terikat sepanjang berkhidmat di sini," tegas beliau mengulas laporan Sinar Hariandan Sinar Harian Online semalam.
 
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, Abdul Aziz dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar perlu menafikan mereka bukan ahli Umno bagi membuktikan benar-benar berkecuali.
 
Pakatan Rakyat (PR) membangkitkan perkara ini ketika desas-desus menyebut Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam waktu terdekat sementara membangkitkan ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihan raya.
 
Saifuddin menambah, pada dasarnya mana-mana ahli panel SPR sepatutnya tidak menganggotai parti politik supaya mereka kelihatan berkecuali dan dapat bertindak tanpa condong kepada mana-mana pihak.

Tiada ulasan: