GoMalaysian |
- PRU 2008: BN capai majoriti mudah dengan 19% undi
- Banner Bersih dinaikkan di Sekitar Condo dan Apartment KL?
- BN mampu rampas negeri Pakatan Rakyat?
PRU 2008: BN capai majoriti mudah dengan 19% undi Posted: 25 Apr 2012 06:52 PM PDT PRU 2008: BN capai majoriti mudah dengan 19% undi Merdeka Review Demikianlah masalah "Malapportionment" (kegagalan pengagihan), yang ditemui dalam kajian Ng Chak Ngoon. BN hanya memerlukan 19% daripada jumlah undi untuk memenangi 50.4% kerusi pertama dalam PRU 12, dan 19% ini tertumpu di kawasan kampung. Dengan nada menyindir, PY Wong berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggariskan sempadan kawasan pengundian dengan kebijaksanaan yang tidak terhingga (Infinite Wisdom), dengan nilai enam undi di kawasan bandar bersamaan dengan satu undi di kawasan kampung. "Ini kerana pengundi di kampung lebih pandai," katanya. Beliau menambah, SPR dengan kebijaksanaan yang tidak terhingga mengambil keputusan untuk menetapkan 10 hari untuk tempoh kempen PRN Sarawak pada tahun 2011. Untuk PY Wong, keputusan ini tidak masuk akal kerana SPR menyamakan tempoh kempen Sarawak dengan PRU Singapura - padahal keluasan Sarawak berpuluh kali ganda lebih besar dari Singapura. Bagaimana maklumat boleh menembus kawasan pedalaman dalam masa yang sesingkat itu, persoalnya. Selain itu, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Wong Chin Huat (gambar kiri) juga mengambil contoh bagaimana BN menyapu 90.87% kerusi Dewan Rakyat dengan 63.85% undi dalam PRU 11 pada tahun 2004. Dari perkiraan matematik, Wong Chin Huat berkata satu undi yang menyokong BN boleh mendapat 1.42 kerusi, umpama wang seringgit BN boleh digunakan untuk membeli barang yang bernilai RM1.42. Namun demikian, PKR yang memperolehi 8.43% undi pada tahun 2004 hanya mendapat satu kerusi, bermakna satu undi yang menyokong PKR hanya boleh menukar 0.05 kerusi, umpama satu ringgit yang dimiliki PKR hanya boleh digunakan untuk membeli barang bernilai 5 sen. Wong Chin Huat berkata demikian dalam satu forum berjudul "How Clean will the 13th General Elections be?", dianjurkan Tindak Malaysia di Dewan Sivik Petaling Jaya, semalam. Antara panelis yang hadir termasuk pengkaji politik Ong Kian Meng, dan forum ini dipengerusikan Syahredzan Johan. Forum tersebut menarik kehadiran kira-kira 400 orang. Apa yang menarik, Pengerusi SPR, Abdul Aziz Mohd Yusof turut diundang tetapi tidak menghadirkan diri. *Lu Wei Hoong ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut dan diterjemah dari teks asal. |
Banner Bersih dinaikkan di Sekitar Condo dan Apartment KL? Posted: 24 Apr 2012 11:52 PM PDT Banner Bersih dinaikkan di Sekitar Condo dan Apartment KL? Berita tersebut telah disebarkan di FaceBook dan dilaporkan di Malaysia Kini versi Bahasa Cina... MalaysiaKini: http://www.malaysiakini.com/news/195994 |
BN mampu rampas negeri Pakatan Rakyat? Posted: 24 Apr 2012 08:17 PM PDT Beliau yang juga Setiausaha Agung Umno mendakwa pengundi di negeri-negerin pimpinan PR sudah menyedari kesilapan mereka dengan menyokong perikatan itu pada pilihan raya 2008... Sinar Harian KUALA LUMPUR - Di sebalik desas-desus menyebut Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan tidak lama lagi, dalam temu bual denganSinar Harian, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mempunyai pandangan tersendiri mengenai peluang dan percaturan perikatan itu kali ini. Beliau yang juga Setiausaha Agung Umno mendakwa pengundi di negeri-negerin pimpinan PR sudah menyedari kesilapan mereka dengan menyokong perikatan itu pada pilihan raya 2008. Dalam perkembangan lain, Tengku Adnan berkata, Umno juga akan melaksanakan Kabinet bayangan bagi kesemua negeri yang diperintah pembangkang - Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan - untuk memberitahu rakyat bahawa BN bersedia untuk merampas dan memerintah negeri tersebut. Menjelang PRU13, 'orang kuat' Umno dan BN ini berkongsi perjalanan pihaknya menghadapi PRU13 khususnya untuk mendapatkan balik kedudukan majoriti dua pertiga di Parlimen selain merampas empat negeri yang kini dikuasai PR. |
You are subscribed to email updates from GoMalaysian To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan