GoMalaysian |
Bendera BN Dinaikkan Di Komuter Selangor? Posted: 17 Apr 2012 06:31 PM PDT Tinjauan Malaysiakini di tujuh stesen Komuter bermula di laluan Kuala Lumpur-Pelabuhan Klang mendapati dua stesen dekat Shah Alam sudah dipasang dengan bendera BN... Malaysia Kini Walaupun Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menafikan mengeluarkan sebarang arahan berhubung pemasangan bendera BN, beberapa stesen Komuter di Selangor bagaimanapun dilihat mula 'membiru'. Tinjauan Malaysiakini di tujuh stesen Komuter bermula di laluan Kuala Lumpur-Pelabuhan Klang mendapati dua stesen dekat Shah Alam sudah dipasang dengan bendera BN. Kelihatan lebih 30 bendera di pasang, kebanyakannya di kawasan pagar di stesen Batu Tiga dan sekurang-kurangnya 10 bendera lagi dipasang di stesen Shah Alam. Bagaimanapun, di Batu tiga, selain di pagar Komuter, kelihatan beberapa rumah sepanjang landasan kereta api juga kelihatan dipasang dengan bendera parti sama. Malaysiakini juga mengunjungi stesen Petaling, Templer, Seri Setia, Setiajaya dan Subang Jaya tetapi tiada bendera BN dipasang di situ. Sementara itu, bendera yang dipasang didapati tidak menghalang laluan serta perjalanan Komuter dan pengguna perkhidmatan kereta api itu juga dilihat tidak menghiraukannya. Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan, Mohd Zin yang juga koordinator BN Selangor mengeluarkan arahan membenarkan bendera di pasang di seluruh 28 stesen di Selangor yang kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Menurut sumber, beliau didakwa meminta pegawai KTMB memastikan bendera itu digantung di tempat sesuai, kemas dan tidak menjejaskan keselamatan operasi stesen. Malah, beliau dikatakan meminta polis bantuan memantau supaya bendera yang dipasang selamat daripada perbuatan khianat. Bekas menteri kerja raya itu bagaimanapun menafikan mengeluarkan arahan itu tetapi berpendapat ia tidak menjadi masalah asalkan tidak mengganggu isyarat dan memudaratkan perjalanan Komuter. |
Senarai Calon MCA Juga Siap??? Posted: 16 Apr 2012 08:53 PM PDT Senarai calon MCA untuk pilihan raya umum ke-13 telah dikemas kini untuk dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Timbalan Presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai... Bernama TAPAH, 16 April (Bernama) -- Senarai calon MCA untuk pilihan raya umum ke-13 telah dikemas kini untuk dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Timbalan Presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai. Bagaimanpun katanya senarai itu mungkin diteliti semula sebelum diserahkan kepada Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN). "Ini bagi memastikan calon yang ada adalah calon boleh menang dan menjamin kemenangan BN. Proses (penelitian) itu bukan statik, ia proses berterusan," katanya kepada pemberita, di sini. Liow yang juga Menteri Kesihatan ditanya mengenai senarai calon parti itu susulan kenyataan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam bahawa parti komponen BN diberi masa dua minggu untuk menyerahkan senarai tersebut selepas menerima surat arahan yang mula dihantar hari ini. Mengulas isu berkaitan, Liow berkata hasil jelajah parti itu di seluruh negara mendapati sokongan pengundi kaum Cina terhadap BN semakin baik. Liow berkata pengundi juga mendakwa jarang melihat wakil rakyat pembangkang yang menang di kawasan mereka turun memberikan perkhidmatan. "Rakyat ini tahu mereka ini (pembangkang) hanya suka main politik, hanya keluar kenyataan bukannya mahu memberi perkhidmatan di peringkat akar umbi," katanya. |
You are subscribed to email updates from GoMalaysian To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan