Isnin, 16 April 2012

GoMalaysian

GoMalaysian


Puluhan Ribu Menghadiri Ceramah Bekas Menteri UMNO

Posted: 15 Apr 2012 11:52 PM PDT

Puluhan ribu telah menyertai majlis ceramah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil malam tadi di Kupang, dekat sini.

Puluhan ribu sertai ceramah Kadir Sheikh Fadzil

Harakahdaily

BALING, 16 April: Puluhan ribu telah menyertai majlis ceramah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil malam tadi di Kupang, dekat sini.

Turut serta di majlis itu adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak.


(Tan Sri Kadir buat pertama kali berucap di atas pentas PAS selepas keluar Umno)

Ini adalah majlis ceramah pertama yang dibuat oleh Tan Sri Kadir di atas pentas PAS selepas mengisytiharkan keluar dari Umno.

Kadir ketika bertemu dengan Presiden dan pimpinan PAS yang lain di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut baru-baru ini telah bersetuju untuk berceramah di atas pentas PAS.

Sebelum ini, Kadir telah mengumumkan keluar dari Umno ekoran tindakan pimpinan Umno mempertikaikan beberapa kenyataannya sebelum ini. 

Namun sehingga kini beliau belum mengisytiharkan untuk menyertai mana-mana parti.


(Antara puluhan ribu yang menyertai ceramah Tan Sri Kadir malam tadi di Kupang)

Ceramah yang sertainya malam tadi adalah sempena dengan kunjungan pimpinan PAS yang diketuai Ustaz Abdul Hadi ke Kedah.

14 April lepas, Abdul Hadi berkunjung ke Perlis sebelum berlepas ke Kedah dalam dalam siri kunjungan pimpinan PAS ke negeri-negeri.

Sebelum ini, Abdul Hadi telah mengunjungi Johor, Terengganu dan Pahang.

Ia diatur oleh Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

Satu lagi pasukan diketuai oleh Timbalan Presiden PAS, Haji MOhamad Sabu.

Semalam, kumpulan yang diketuai Mohamad Sabu melawat Perak dalam siri mempersiapkan jentera PAS sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya ke 13.

Satu lagi tanda PRU13 sudah dekat???

Posted: 15 Apr 2012 08:17 PM PDT

Satu lagi tanda PRU13 sudah dekat???

Umno Pusat Sudah Terima Semua Senarai Nama Calon Bagi PRU-13

Bernama

TANJONG KARANG, 13 April (Bernama) -- Umno pusat sudah menerima semua senarai nama calon parti itu yang berpotensi bertanding pada pilihan raya umum ke-13 ini, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Senarai nama calon itu diterima dari bahagian-bahagian parti secara berperingkat sehingga tarikh akhir penyerahan pada 2 April lepas, katanya.

Beliau berkata semua bahagian Umno telah diminta mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Khas bagi menamakan calon-calon yang dicadangkan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

"Bagaimanapun senarai nama calon yang diutarakan kepada pucuk pimpinan ini bukan muktamad," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) peringkat Tanjong Karang, di sini Jumaat.

Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung BN, berkata beliau juga telah meminta parti komponen BN lain untuk menyenaraikan nama-nama calon di kawasan yang akan ditandingi.

http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newspolitic.php?id=658983

Tiada ulasan: