Ahad, 15 April 2012

GoMalaysian

GoMalaysian


Mahathir: ‘Masa sudah sesuai’ bagi Najib panggil PRU13

Posted: 15 Apr 2012 03:29 AM PDT

PRU13 Sudah hampir???


Mahathir: 'Masa sudah sesuai' bagi Najib panggil PRU13

Bernama

SINTOK -  Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berpendapat bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) wajar diadakan dalam masa terdekat memandangkan sokongan rakyat terhadap kerajaan sekarang berada pada tahap yang baik.

Beliau berkata, ini memandangkan tempoh masa yang tinggal sudah tidak lama lagi iaitu menjelang pertengahan tahun depan.

Mandat kerajaan sekarang akan berakhir pada April tahun depan.

"Saya fikir takkan lama lagi dah sebab dah tak ada masa, cuma setakat pertengahan tahun depan saja. Kalau rakyat beri sokongan yang baik, masa itu adalah pilihan raya.

"Bila kita nampak boleh menang, bolehlah diadakan pilihan raya. Kita ikut sistem British, dalam sistem British bila Parlimen tamat, pilihan raya diadakan," katanya pada sidang media selepas sambutan Hari Pengasasan Ke-28 Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, hari ini.

Beliau berkata, melalui sistem berkenaan ia memberi peluang kepada kerajaan yang memerintah untuk menilai tahap populariti dan sekiranya merasakan diri mereka boleh menang, maka pilihan raya akan diadakan.

"Sekarang pun nampak bagus juga (untuk diadakan pilihan raya)," katanya ketika diminta pendapat mengenai tarikh sesuai diadakan pilihan raya. – Bernama

BN Selangor lancar Ops Kibar dan Santai Orang Muda

Posted: 14 Apr 2012 11:44 PM PDT

Dalam usaha mendekati golongan muda, Barisan Nasional (BN) Selangor melancarkan Ops Kibar dan Santai Orang Muda yang merupakan program berbentuk hiburan secara santai pada setiap hujung minggu...


BN Selangor lancar Ops Kibar dan Santai Orang Muda

Bernama 


SHAH ALAM - Dalam usaha mendekati golongan muda, Barisan Nasional (BN) Selangor melancarkan Ops Kibar dan Santai Orang Muda yang merupakan program berbentuk hiburan secara santai pada setiap hujung minggu.

Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata buat permulaan program itu akan diadakan Jumaat depan di perkarangan Bangunan Umno Selangor di Seksyen 14 di sini.

Menerusi program, itu, katanya, belia yang berbakat akan diberi peluang untuk membuat persembahan setiap minggu sama ada dalam bentuk persembahan muzik, kebudayaan dan mendeklamasi sajak.

"Program ini bertujuan menyedarkan golongan muda bahawa BN tidak pernah menyisihkan mereka, malahan sokongan mereka diperlukan bagi menjayakan matlamat menawan semula Selangor pada pilihan raya akan datang, katanya kepada pemberita kertka melancarkan program itu di sini, malam tadi.

Pada majlis itu, penyanyi era 80-an Poe mendendangkan beberapa lagu berbentuk humor dan sindiran manakala Mohd Zin pula mendeklamasikan sebuah sajak.

Tiada ulasan: