GoMalaysian |
Posted: 12 Apr 2012 09:30 PM PDT "Jadi, pilihan raya umum kali ini akan menyaksikan pertandingan sengit. Oleh itu, semua pegawai pengurus pilihan raya dan pembantu mereka perlu mengetahui sepenuhnya undang-undang untuk membolehkan mereka menangani sebarang isu, aduan atau perasaan tidak puas hati yang dikemukakan, terutama pada hari penamaan calon dan pengundian," 12 April 2012 SIBU - Semua pegawai pengurus pilihan raya dan pembantu mereka disaran memahami sepenuhnya undang-undang pilihan raya memandangkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dijangka sengit. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini kerana parti pemerintah Barisan Nasional sudah pasti akan berusaha habis-habisan untuk mengekalkan kerusi yang disandangnya serta memenangi semula kerusi yang dikuasai pembangkang dan pembangkang juga akan bertindak serupa dan sudah tentu akan cuba menawan lebih banyak kerusi daripada BN untuk mencapai cita-cita mereka mengambil alih pentadbiran negara. "Jadi, pilihan raya umum kali ini akan menyaksikan pertandingan sengit. Oleh itu, semua pegawai pengurus pilihan raya dan pembantu mereka perlu mengetahui sepenuhnya undang-undang untuk membolehkan mereka menangani sebarang isu, aduan atau perasaan tidak puas hati yang dikemukakan, terutama pada hari penamaan calon dan pengundian," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan kursus dua hari bagi 79 pegawai pengurus pilihan raya dan pembantu mereka di sini hari ini sebagai persiapan mengendalikan pilihan raya bagi 16 kerusi parlimen di wilayah tengah Sarawak. Abdul Aziz berkata, mereka juga perlu memiliki keyakinan, bersikap tegas dan profesional dalam menangani sebarang keadaan. Beliau juga berkata, SPR dijangka membelanjakan RM80 juta untuk mengendalikan pilihan raya di Sarawak. "Sebahagian besar ialah untuk membiayai kos pengangkutan kerana kami akan menggunakan sekurang-kurangnya 27 helikopter, lebih 1,000 bot dan lebih 4,000 kenderaan pacuan empat roda, di samping generator. "Kira-kira 21,000 pegawai pengurus pilihan raya dan pembantu mereka akan terlibat dalam pilihan raya umum kali ini," katanya. Abdul Aziz berkata, 1,024,240 rakyat Sarawak telah berdaftar sebagai pemilih dan beliau berharap 407,432 lagi yang layak mengundi akan tampil untuk mendaftarkan diri sebagai pemilih dengan secepat mungkin. Sebanyak 31 kerusi parlimen akan dipertandingkan di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang. |
You are subscribed to email updates from GoMalaysian To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan