GoMalaysian |
Undi Pembangkang Negara Akan Muflis? Posted: 09 Apr 2012 06:25 PM PDT Mengapa BN selalu kata kalau melaksanakan polisi Pembangkang maka negara akan muflis? Sedangkan Pembangkang memerintah 4 negeri dan terbukti kewangan negeri bertambah baik? Bernama BANGI - Cadangan pembangkang mahu menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekiranya memenangi pilihan raya umum akan datang mempamerkan sikap tidak bertanggungjawab pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, cadangan itu sekiranya dilaksanakan akan hanya menimbulkan masalah besar kepada orang ramai untuk membiayai pendidikan anak-anak mereka. "Bercakap memang mudah sebab dia (Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim) bukan kerajaan dan tidak mempunyai rasa tanggungjawab. "Mereka yang berhutang dengan PTPTN mungkin suka, tapi ini akan menyebabkan masalah besar... jangan fikir keuntungan jangka pendek sahaja," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau menegaskan sedangkan janji yang diberikan pembangkang semasa pilihan raya lepas pun masih banyak belum ditunaikan. Mengenai kenyataan Anwar dalam satu laporan portal bahawa beliau yakin Barisan Nasional (BN) tidak akan berjaya merampas semula Selangor pada pilihan raya umum akan datang, Muhyiddin berkata, apa yang penting ialah apa pendapat rakyat mengenai pentadbiran pakatan pembangkang di negeri itu. "Apa yang mustahak sekarang ialah apa rakyat di Selangor fikirkan, apa yang mereka fikirkan mengenai kerajaan negeri sedia ada, adakah mereka berpuas hati," katanya. Muhyiddin berkata, BN sedar akan berdepan cabaran besar di Selangor pada pilihan raya umum akan datang kerana sudah pasti pakatan pembangkang tidak akan mudah menyerah kalah. Beliau berkata, BN tahu yang dimahukan oleh rakyat Selangor dan menurutnya mereka adalah pemilih yang dipentingkan oleh BN. – Bernama http://www.sinarharian.com.my/nasional/ptptn-pembangkang-tidak-tanggungjawab-kata-muhyiddin-1.38776 |
PR belum selesai bahagi kerusi? Posted: 08 Apr 2012 07:56 PM PDT Bila nak selesai ni? dah hampir PRU13 dah ni... Sinar Harian SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) masih belum selesai berbincang mengenai pembahagian kerusi bagi melengkapkan persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Menurut Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Sen Giaw, perkara itu belum mendapat kata putus daripada ketiga-tiga parti di bawah PR. Bagaimanapun, katanya, setiap parti sudah ada senarai calon. "Buat masa ini, semua parti sibuk dengan persiapan akhir jentera masing-masing. Mengenai perbincangan, kami masih belum mendapat kata putus namun sudah bersedia bila-bila masa untuk mengadakannya. "Tetapi, saya yakin, Pas, DAP dan PKR pasti akan duduk semeja dan berbincang mengenai perkara ini. Perbincangan perlu bagi menguatkan lagi PR untuk menewaskan Barisan Nasional (BN)," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution pula berkata, misi utama mereka adalah menumpaskan BN. "PRU13 akan memberi kemenangan besar kepada PKR kerana pertambahan 20 peratus pengundi pertama kali akan memberi kelebihan kepada kami. "Dengan meletakkan calon muda yang berwibawa, PKR yakin, rakyat lebih bijak memilih," katanya. Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, muka-muka baru adalah bersesuaian dengan kehendak rakyat hari ini yang mahu perubahan dalam sistem pentadbiran negara. "Jika dilihat, PRU13 diwakili 52 peratus pengundi muda dan Pas optimis akan meraih kemenangan besar dengan meletakkan calon muda," katanya. |
You are subscribed to email updates from GoMalaysian To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan