GoMalaysian |
Pilihan Raya Ke-13 Yang Menjelang Posted: 03 Apr 2012 12:03 AM PDT BN ingin menyebut bahawa Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan korup dan penuh penyelewengan tetapi setiap usaha untuk membongkar penyelewengan telah gagal untuk menghasilkan bukti adanya penyelewengan tersebut... Pilihan Raya Ke-13 Yang Menjelang KhalidSamad.com Sudah lama saya tidak sempat mengemaskini blog saya ini. Ini adalah kerana terlalu sibuk dengan ceramah yang diadakan hampir setiap malam. Jemputan untuk berceramah semakin meningkat dan ini adalah disebabkan saya telah 'dipopularkan' oleh Hassan Ali. Malangnya, apabila sibuk berceramah, saya tidak berpeluang untuk menulis. Hari ini, Alhamdulillah, ada sedikit ruang. Saya teringat peristiwa di Parlimen pada minggu lalu semasa Timbalan Menteri Luar Negara menimbulkan kembali isu kononnya sokongan DSAI terhadap Israel. Beliau membaca teks yang disediakan, termasuk dakwaan bahawa apabila DSAI mengutamakan keselamatan Israel, maka ini bererti menyokong dan redha dengan pembunuhan rakyat Palestine! Sepertimana saya sebutkan dahulu, ini merupakan bukti betapa BN terdesak dalam usaha mencari isu untuk menyerang PR. Sehingga satu ayat, malahan sebahagian dari satu ayat yang datang dari kesulurahan rencana tersebut, dijaja dan ditonjolkan sebagai bukti bahawa DSAI pro-Israel. Bukan setakat pro-Israel, malahan sokong pembunuhan rakyat Palestine demi keselamatan Israel. Tuduhan tuduhan yang ekstrim seperti itu adalah apa yang dikatakan sebagai 'over-kill' atau keterlaluan dan ianya akan memukul BN kembali, insyaAllah. Ini adalah kerana rakyat akan mula sedar bahawa BN menipu dan memfitnah tanpa rasa bersalah. Keadaan terdesak BN mencari isu untuk menyerang PR adalah hasil dari prestasi pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri di bawah pentadbiran PR yang begitu menyerlah dari segi ketelusan dan bebas rasuah. Benar, kita tidak menganggap pentadbiran dan pengurusan kerajaan di bawah PR semuanya betul tanpa adanya kelemahan atau kekurangan. Namun ianya bebas dari rasuah dan penyelewengan! BN ingin menyebut bahawa Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan korup dan penuh penyelewengan tetapi setiap usaha untuk membongkar penyelewengan telah gagal untuk menghasilkan bukti adanya penyelewengan tersebut. Sebaliknya, pada masa yang sama, terbongkar satu persatu penyelewengan dan korupsi di pihak UMNO/BN seperti NFC dan pelupusan hutang Tajuddin Ramli. Dua kes ini sahaja telah mencecah hampir RM 900 juta wang rakyat yang terbuang hasil penyelewengan dan pilih kasih BN. Saya boleh rumuskan dengan mudah bahawa sekiranya isu DSAI dan Israel adalah peluru terakhir BN dalam menghadapi PRU ke 13, maka PR akan berhadapan dengan laluan mudah dalam PRU ini dalam soal menjawab serangan BN. Oleh itu usaha penipuan di peringkat daftar pemilih sudah pasti akan menjadi usaha tumpuan BN. Dan ini jugalah apa yang ingin dibahaskan oleh Ahli Parlimen PR pada pagi 29 Mac 2012. Malangnya Menteri Dalam JPM, iaitu YB Nazri menjawab dengan mudah bahawa SPR menafikan segala dakwaan adanya penyelewengan dan menerima jawapan dari SPR sebagai muktamad. Apabila terus diasak, maka disebut bahawa beliau akan mengaturkan pertemuan di antara SPR dan Ahli Parlimen PR dengan kehadiran bersama dirinya. Baca Selebihnya di http://www.khalidsamad.com/2012/04/pilihan-raya-ke-13-yang-menjelang.html |
You are subscribed to email updates from GoMalaysian To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan