Rabu, 4 April 2012

Generasi Pewaris Khilafah

Generasi Pewaris Khilafah


Ilmu Bukan Setakat Pakaian Luaran Sahaja

Posted: 03 Apr 2012 08:30 PM PDT

Assalamualaikum .. salam mesra

Pemangku Raja Perak Dr Raja Nazrin Shah mahu ilmu yang diperoleh oleh setiap rakyat tidak dijadikan "pakaian luaran" untuk mendapat pengiktirafan sebaliknya perlu dijadikan instrumen bagi melakukan kebaikan dan menegakkan kebenaran serta meningkatkan sifat amanah dan kebajikan.

Baginda bertitah orang yang berilmu adalah mereka yang melakukan pertimbangan dan penilaian berdasarkan fakta serta kebenaran di samping tidak membenarkan elemen kepalsuan.

"Pengiktirafan yang diberikan kepada insan berilmu sering kali disusuli dengan kepercayaan menyerahkan amanah dan tanggungjawab. Malang sekali, apabila insan diberikan amanah, kepercayaan, jawatan dan tanggungjawab, kemurnian nilai ilmu yang dipelajari dibenarkan untuk dialahkan oleh naluri tamak, lalu tercetus kontradiksi, berlakunya konflik dalaman," titah baginda pada Istiadat Konvokesyen ke-41 Politeknik Ungku Omar di sini hari ini.

Menurut baginda, prinsip asas kemurnian ilmu itu dimusnahkan kerana pengaruh nafsu kebendaan manakala sifat amanah, jujur dan ikhlas pula seolah-olah seperti komoditi yang semakin luput dan sukar ditemui.

"Akibatnya berlaku pelbagai kejadian pecah amanah, salah guna kuasa, penipuan dan rasuah bukannya oleh insan jahil tidak berilmu, tetapi terjadi kerana manipulasi dan sifat ketidakjujuran insan-insan berilmu," titah baginda.

Raja Nazrin Shah bertitah ia seterusnya mencetuskan pelbagai bencana dalam aspek alam semula jadi, kewangan dan ekonomi yang memberi kesan terhadap orang yang lemah dan kurang berilmu yang telah meletakkan harapan kepada orang
berilmu.

Baginda berharap politenbik berkenaan menghidupkan semangat dan kegigihan perjuangan Allahyarham Dr Ungku Omar Ungku Ahmad dalam membela nasib bangsanya melalui kasih sayangnya sebagai orang berilmu.

"Ungku Omar tidak sekadar harus dinobatkan pada papan tanda, pada nama jalan, pada institusi pengajian, pada nama kolej atau nama maktab. Ungku Omar harus dihidupkan secara roh, secara semangat, agar lahir lebih ramai pejuang,
patriot dan nasionalis bangsa yang unggul, tulen lagi sejati," titah baginda.

Pada hemat baginda juga, sejarah, pengorbanan, peranan dan semangat Dr Ungku Omar hendaklah dijadikan sebahagian dari komponen program induksi bagi setiap pelajar dan kakitangan politeknik itu supaya semangatnya terus disuntik agar segar mengalir dalam jiwa setiap warga sepanjang masa.

Raja Nazrin Shah yang turut sebak sehingga titah baginda sedikit terganggu ketika menyoroti kejayaan dan pengorbanan tokoh itu, bertitah bahawa semasa hayatnya, Dr Ungku Omar amat menekankan elemen kesihatan dan menganggap faktor kesihatan amat mempengaruhi tahap kemajuan sesuatu bangsa.

"Ungku Omar senantiasa mengingatkan kesan negatif cacing kerawit dalam kalangan anak Melayu desa kerana berjalan tanpa memakai sepatu, dan betapa kemiskinan tidak mengupayakan orang Melayu menikmati makanan berkhasiat, mengakibatkan orang Melayu kekurangan protein dan vitamin, lalu mempengaruhi tahap kesihatan mereka, sekaligus mempengaruhi daya kekuatan minda bangsa,"
titah baginda.

Dr Ungku Omar yang merupakan anak Melayu pertama dilantik sebagai Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia (IMR) pada tahun 1965 turut lantang memperjuangkan kedaulatan Bahasa Melayu untuk dijadikan bahasa ilmu di pusat pengajian tinggi termasuk dalam bidang perubatan walaupun mendapat pendidikan dalam bahasa Inggeris.

Pada istiadat konvokesyen kali ini, 2,817 graduan menerima sijil dan diploma dalam bidang masing-masing termasuk empat graduan sulung Diploma Lanjutan Kejuruteraan Mekanikal selepas menamatkan pengajian pada Disember 2010 dan Jun
2011.

Pada majlis itu Raja Nazrin Shah turut menyampaikan Anugerah Pengarah Politeknik kepada Mohd Wali-Ya Din Shah Mohd Yusof, Muhamad Akif Zainal Abidin dan Abdul Malik Shaari kerana kecemerlangan mereka dalam bidang akademik dan kokurikulum.- Bernama

Usaha Kawal Lebihan Pelajar Ke Universiti Al-Azhar

Posted: 03 Apr 2012 08:28 PM PDT

Assalamualaikum .. salam mesra


Bermula tahun ini, pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang lulus Ujian Kelayakan Bahasa Arab (Imtihan Qalbul) di Malaysia sahaja akan dihantar meneruskan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Sebelum ini pelajar STAM akan mengambil ujian kelayakan di Mesir dan jika tidak lulus, mereka akan lewat memulakan pengajian semata-mata untuk menduduki semula dan lulus ujian kelayakan bahasa Arab," katanya.

Beliau berkata status pelajar yang gagal mendapat gred Imtihan Qalbul di Mesir akan membimbangkan golongan ibu bapa sekaligus akan menyebabkan pihak penaja mengalami kerugian ekoran kelewatan pelajar memulakan tahun pertama mereka di Al-Azhar.

"Langkah tepat ini dilihat mampu memberikan keputusan yang baik bagi semua pihak dan jika pelajar tidak lulus ujian kelayakan yang dilakukan oleh Yayasan Sofa, mereka tidak akan dibenarkan meneruskan pengajian ke Al-Azhar.

"Syarat lulus ujian bahasa Arab dan perlu dapat gred Imtihan Qabul ini hanya melibatkan Universiti Al-Azhar sahaja, tidak kepada universiti lain seperti di Madinah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil anugerah kecemerlangan kepada pelajar Sijil Tinggi Agama (STAM) dan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2011 di sini hari ini.

Bermula tahun ini, Yayasan Sofa telah dilantik oleh Universiti Al-Azhar sebagai wakil rasmi untuk menganjurkan ujian kelayakan kemasukan ke universiti kitu, dan seterusnya menjalankan Pusat Asasi Universiti Al-Azhar (pusat pengajian bahasa Arab bagi pelajar-pelajar yang tidak lepas ujian kelayakan) di Malaysia.

Tahun lepas, 362 daripada 571 orang calon yang mengambil peperiksaan kemasukan ke universiti tersebut gagal.

Jamil Khir berkata statistik pelajar yang gagal ujian kemasukan itu sedikit sebanyak memberi imej buruk kepada negara kerana kegagalan calon lepasan STAM untuk menguasai bahasa Arab.

Terdahulu dalam ucapannya, Jamil Khir berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memperkenalkan Kursus Asas Fardu Ain (Kafa) peringkat menengah mulai tahun depan. -- Bernama

Minyak Ron 97 Naik Lagi .. Ron 95 Kekal

Posted: 03 Apr 2012 08:26 PM PDT

Assalamualaikum .. salam mesra


Harga petrol RON97 dinaikkan 10 sen kepada RM2.90 seliter berkuat kuasa tengah malam ini.Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Hashim Othman ketika dihubungi malam ini mengesahkan kenaikan harga itu.


Beliau berkata harga diesel kekal pada RM1.80 seliter.Minggu lepas, kerajaan mengumumkan harga petrol RON95 kekal pada RM1.90 per walaupun harga bahan api di pasaran dunia naik baru-baru ini. - Bernama

Tiada ulasan: