Isnin, 30 April 2012

Era Pasca

Era Pasca


EDISI BENGANG: SPR WAJIB MINTA MAAF!

Posted: 30 Apr 2012 02:22 AM PDT

Perhimpunan BERSIH wujud kerana SPR yg tidak bersih, tidak adil , penuh penyelewengan dan tidak profesional. Kalau SPR bebas dan bersih , adil dan profesional , rakyat tak kan pilih jalanraya. Polis pukul rakyat, rakyat pukul polis balik. Semua tu berlaku dalam Bersih 3.0


Rakyat Malaysia yang menuntut KEADILAN dibelasah mengalahkan BINATANG! Jahanam UMNO!! Media propaganda UMNO-BN menunjukkan kereta polis terbalik dan kononnya RAKYAT MENGGANAS! Ye ke? Kereta polis di terbalikkan tu adalah kerana nak cek ada mangsa yg kena langgar kat bawah tu ke tak. Kenapa tak bagitau pasal POLIS memandu dan LANGGAR RAKYAT?!


Ada beberapa gambar dah pun diamainkan di seluruh blog blog member Pakatan Rakyat.. so aku xde gambar menarik memandangkan aku sedang bertugas di bawah SKUAD. Dan dari tengahari hingga ke malam aku kehulu kehilir menyelamatkan orang je keje.. maaf, tahun ni xde gambar yang menarik.

Saksikan saat saat REPORTER dibelasah POLIS kerana mengabil beberapa gambar yang POLIS x suka...


Yang ni pulak aku kenal sangat. POLIS IPK KL!!! BANGSAT LU!! LU MENYAMAR JADI PESERTA BERSIH!! 


Kenapa aku cakap UMNO ni ZIONIS? korang tengok canister ni bebetul..



SPR YANG DIBAWAH REGIM UMNO-BN WAJIB MINTA MAAF! KERANA SPR DATARAN MERDEKA DAN BEBERAPA TEMPAT DI KL MENJADI MEDAN PERANG BERDARAH!

PRU 13 WAJIB TUMBANGKAN BN! PADA MASA ITU, SPR, UMNO, BN, DBKL POLIS dan SPR WAJIB MEMOHON MAAF KEPADA RAKYAT MALAYSIA SECARA TERBUKA!




Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

PANAS! WARTAWAN 1DUNIA KUTUK KEKEJAMAN POLIS TEL AVIV MALAYSIA TERHADAP WARTAWAN DAN RAKYAT DALAM DEMO BERSIH .

Posted: 30 Apr 2012 12:21 AM PDT


Enam kesatuan wartawan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak menyiasat dakwaan tindakan ganas dalam perhimpunan BERSIH 3.0 secara terperinci dan mendakwa individu terbabit.



Enam kesatuan wartawan itu, termasuk Pusat Kewartawanan Bebas, Piagam Aliran 2000, Kesatuan Wartawan Utara Tanah Melayu, membuat desakan itu dalam satu kenyataan bersama semalam.

Kenyataan itu juga mengutuk tangkapan ke atas dua wartawan dan tindakan ganas pihak polis terhadap petugas media yang membuat liputan ke atas himpunan 'Duduk dan Bantah' itu.
"Perdana menteri mesti mengambil tindakan tegas bagi memastikan semua anggota unit beruniform memahami dan menghormati peranan wartawan dan memberi pampasan ke atas barangan mereka yang dirosakkan dengan sengaja," menurut kenyataan itu.

Laporan media, video dan tulisan di Facebook dan di Twitter wartawan dan rakan setugas mereka menunjukkan sekurang-kurangnya enam kejadian seperti itu.


"Kami melihat insiden ini sebagai serangan bersepadu ke atas kebebasan media memandangkan ia nampaknya disasarkan untuk menghalang kewartawanan profesional dalam mendokumentasi keganasan polis ke atas sebahagian peserta BERSIH," kenyataan itu dipetik.


Sikap polis terhadap pemberita seperti itu mungkin disebabkan oleh rasa malu mereka terhadap gambar dan video berhubung kekejaman polis yang dirakam wartawan sebelum ini, menurut kenyataan bersama itu.
Turut menandatangani kenyataan itu ialah Persatuan Media dan Jurugambar Cina Pulau Pinang, Kelab Media Pulau Pinang dan  Penang Press Employees Cooperative Society Limited.





Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Pecah Berita!! Pengakuan Rakyat yg di belasah Polis dalam bersih 3.0

Posted: 29 Apr 2012 10:59 PM PDT


Alex Lee, 27, mengalami kecederaan di mata kanan dan telinga kirinya, selain lebam di bahagian badan.

Pada kira-kira 7.30 petang, saya berada di restoran mamak untuk makan malam bersama kira-kira tujuh atau lapan orang kawan. Kira-kira sepuluh orang anggota polis masuk dan mengancam untuk menahan kami kerana memakai kemeja-T berwarna kuning.

Mereka tidak memakai tanda pengenalan diri. Mereka menyuruh kami membuka kemeja-T berkenaan kerana perkara itu menyalahi undang-undang.

Mereka tanya jika saya sedang makan di situ. Saya bertanya kembali jika itu menjadi masalah. Kemudian mereka mula memukul saya. Mereka hanya melepaskan saya selepas saya menanggalkan kemeja-T saya.

NONEFazwan Yusof, 23, mengalami kecederaan di kedua-dua matanya dan lebam di pipi kanannya.

Saya berada di Masjid Jamek pada kira-kira jam 7 petang apabila polis memberitahu kami supaya bersurai. Ketika berada stesen LRT untuk mendapatkan tren, saya dan tiga orang rakan melihat seorang wanita sedang ditendang, jadi kami melarikan diri.

Polis berkenaan mengejar dan menangkap kami. Kami digari dan dipukul di lorong berhampiran stesen LRT.

Nurul Armani, 28, mengalami lebam di bahagian belakang dan bahu kiri.

Saya berada bertentangan dengan stesen LRT Masjid Jamek pada kira-kira 5.30 petang dan cuba melarikan diri daripada gas pemedih mata. Saya memakai kemeja-T kelabu.

Kira-kira 10 orang polis menarik rambut saya dan menendang saya, jadi saya jerit "polis ganas." Seorang pegawai polis menampar saya dan menyuruh saya diam sebelum mengarahkan seorang pegawai wanita menahan saya.

NONEAdrian Low, 38, mengalami kecederaan di bahagian muka dan leher, hilang penglihatan buat sementara waktu di bahagian mata kanan dan juga terdapat kesan tapak kasut di belakangnya.

Saya berada di bahu jalan di Jalan Tun Perak pada anggaran 6 prtang. Saya cuba menghantar mesej teks kepada rakan-rakan apabila polis menyerbu ke arah peserta perhimpunan di Masjid Jamek.

Seorang pegawai polis tampil dan memberitahu bahawa saya ditahan. Saya bertanya apakah dakwaan kesalahan, namun beliau tidak mahu menyatakannya. Saya tidak mahu melawan jadi saya hanya mengikut beliau.

Kemudian sekumpulan polis menyerang saya. Mereka memukul dan menolak saya ke tanah dan terus menendang kepala dan leher saya. Tindakan itu berlarutan untuk beberapa minit.

Telefon bimbit saya jatuh ke tanah ketika saya dipukul dan kini hilang.

Mereka mengheret saya ke Dataran Merdeka dan ketika perjalanan itu, polis lain tiba dan menumbuk dan menendang saya.

---------------------------------------------------------------





Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

PECAH BERITA! Polis Yg Buka Sekatan Di Dataran Semalam?

Posted: 29 Apr 2012 05:29 AM PDT



Gambar yang disiarkan oleh Jeebond dari Blogpolitik mempersoalkan siapakah lelaki-lelaki yang tidak memakai 'T' Shirt BERSIH tetapi mengenakan jacket yang membuka halangan yang telah didirikan oleh pihak DBKL di sekitar Dataran Merdeka.


Tindakan mereka yang mengalihkan atau membuka halangan tersebut telah menyebabkan para Peserta BERSIH 3.0 memasuki kawasan Dataran Merdeka.

Akibatnya tindakan dari Pihak Polis bermula maka berbagai berita yang buruk tentang Himpunan BERSIH 3.0 disiarkan oleh Media yang dikawal pihak UMNO/BN.

Antaranya adalah berita seperti di bawah..

---------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR 28 April - Seperti mana dijangka, perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara hari ini berakhir dengan keganasan.

Ia berikutan tindakan peserta perhimpunan itu yang bertindak ganas dan biadab bukan sahaja dengan merempuh sekatan polis malahan turut menyerang serta memukul sehingga menyebabkan 11 anggota pasukan keselamatan cedera.

Tidak cukup dengan itu, peserta-peserta demonstrasi juga bertindak liar apabila mereka menyerang dan menterbalikkan sebuah kereta polis yang terbabas.

Mereka juga turut memusnahkan kawat besi dan penghalang yang dipasang di laluan masuk ke Dataran Merdeka, penyokong Bersih sanggup melakukan apa sahaja keganasan termasuk mencederakan petugas media sehingga parah.

Tindakan ganas kumpulan itu bermula apabila mereka merempuh benteng pasukan polis yang berbaris di depan pusat beli-belah KLCC kira-kira pukul 10.30 pagi sehingga mengakibatkan beberapa anggota polis mengalami kecederaan – Lidah Rasmi UMNO

Dalam ramai dari kita yang tertanya-tanya.. tiba-tiba muncul Zaharin Mohd Yasin, Setiausaha UMNO Bandar Tun Razak membuka cerita..

Bacalah apa yang di tulisnya dalam wall FB miliknya ini…


Dalam mengatakan orang lain bodoh.. dia sendiri mempamerkan kebodohannya kerana terlalu bangga untuk menceritakan rahsia yang sepatutnya dirahsiakan beliau mendedahkannya kepada umum..

Patutlah Mahathir kata hanya orang bodoh kini bersama UMNO... benar rupanya.. 

Ini pula satu dari contoh yang dinyatakan oleh SU UMNO kat atas tu..






Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Tiada ulasan: