Rabu, 25 April 2012

Era Pasca

Era Pasca


PENGUMUMAN : KEPUTUSAN MESYUARAT TERGEMPAR SELEPAS POLIS TOLAK BERSIH 3

Posted: 24 Apr 2012 04:20 PM PDT

Bersih 3.0 meneruskan program Duduk Bantah di Dataran Merdeka, 28 April ini walaupun polis menolak permohonan mereka sebelum ini.

 Keputusan itu dicapai sebulat suara selepas mesyuarat tergempar Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0, malam tadi.

 Menurut jawatankuasa itu, Duduk Bantah akan diteruskan di Dataran Merdeka atas beberapa sebab, iaitu lokasi tersebut yang mudah didatangi dengan pelbagai kemudahan awam seperti sistem aliran ringan (LRT), komuter, monorel dan bas.

 Selain itu juga, Dataran Merdeka juga merupakan tanda negara bangsa dan kebebasan anak semua bangsa.

 "Maka amat sesuai dan tepat untuk rakyat berhimpun kerana Dataran Merdeka sebagai kawasan umum, di mana warga menunjukkan semangat patriotik," tegas kenyataan yang dikeluarkan kepada Harakahdaily, hari ini.

 Sambil menyatakan keyakinan bahawa pihak polis boleh menjaga keselamatan pada hari tersebut, Bersih 3.0 percaya tiada sebarang kekacauan yang timbul sekiranya mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak polis.

 Lebih-lebih lagi, apabila Duduk Bantah ini diakui sendiri Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien, tidak mengancam keselamatan negara.


 Sebelum ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan Bersih 3.0 untuk menggunakan Dataran Merdeka, dengan menawarkan lokasi alternatif, Stadium Cheras dan Stadium titiwangsa. 




Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Tiada ulasan: