Isnin, 16 April 2012

Era Pasca

Era Pasca


EDISI GANAS: Penguatkuasa DBKL Mengganas

Posted: 16 Apr 2012 01:25 AM PDT

Sekali lagi Malaysia disajikan dengan kedangkalan pihak pihak berwajib dalam menyelesaikan isu PTPTN. Mahasiswa dijadikan 'aset keuntungan' dan bila dirasakan merbahaya, mereka akan 'dibelasah' supaya menurut perintah... Bila otak letak kat kepala lutut, ni la jadinya.

Kejadian kira-kira jam 10.15 pagi tadi, hampir 20 aktivis mahasiswa tersebut telah berhadapan dengan kira-kira 50 anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan anggota polis berpakaian seragam dan berpakaian biasa. Kejadian rampasan baki lima khemah yang masih bertahan itu turut menyebabkan berlaku pergelutan dan ahasiswa-mahasiswa tersebut telah dikasari termasuk ada yang ditumbuk oleh anggota-anggota penguatkuasa tersebut. 




Menurut Yang DiPertua Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya, Syahid Zaini, kesan daripada pergelutan tersebut telah menyebabkan salah seorang dari mereka mengalami pendarahan. Kejadian berlaku ketika mereka cuba pertahankan khemah-khemah tetapi penguatkuasa menggunakan kekerasan. Berlaku pergelutan dan dalam keadaan kelam kabut itu beberapa mahasiswa telah ditumbuk.

Salah seorang dari mereka, Alif dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pula berdarah di bahagian leher.


Pada penguatkuasa dan semua yang terlibat menyerang Mahasiswa ni, korang pernah fikir x anak anak korang kemana habis sekolah nanti? Pernah fikir x anak anak korang akan tanggung HUTANG hanya kerana ingin menimba ilmu? Kat mana korang letak akal korang ye?


Pesanan :
 Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Buku Jingga Ancam Keselesaan Kuasa UMNO-BN

Posted: 15 Apr 2012 07:00 PM PDT



Buku Jingga Ancam Keselesaan Kuasa UMNO-BN

Apakah Barisan Nasional telah hilang pertimbangan waras atau semakin kecut apabila rakyat mula menuntut tekanan ekonomi ciptaan kerajaan dimansuh atau dikurangkan?

Malaysia tidak akan bankrap jika memenuhi tuntutan kebajikan rakyat pelbagai kaum yang telah banyak berjasa negara dengan pembayaran cukai-cukai yang dikutip saban tahun. Apalagi ditambah pula dengan hasil bumi yang kaya seperti minyak dan sawit, sumber dari pelancongan, perindustrian dan sebagainya.

Pemansuhan yang waras

Pemansuhan PTPTN dan kutipan tol lebuh raya serta memperkenalkan gaji minima adalah sebahagian daripada tawaran Pakatan Rakyat jika menerajui kerajaan pusat selepas pilihan raya umum akan datang. Banyak lagi tawaran yang akan membahagiakan hidup kita.

Sebagai rakyat, kita akan lebih selesa, mewah dan sangat bersyukur sekiranya ia dilaksanakan. Malah bukan tawaran ganjaran ekonomi sahaja, malah pembersihan sistem dan nilai yang semakin pupus di bawah pemerintahan UMNO-BN yang selama ini semakin terpisah daripada rakyat.

Selebihnya korang bacalah kat SINI


Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Tiada ulasan: