Sabtu, 14 April 2012

Era Pasca

Era Pasca


LUCAH TERLAMPAU: MENTERI WANITA ADALAH SUPERMAN

Posted: 13 Apr 2012 11:17 PM PDT

Yeaaaaaaaaaaaaahh!! Superman!!! Aku sangkakan ini hanyalah FIKSYEN semata mata.. Malaysia ni satu negara PELIK sebenarnya. Beli kapal selam kene 'belajar' menyelam selama 18 bulan, beli jet belum sempat terbang enjin dah hilang, beli kondo mewah bagi lembu duduk kat kondo, menteri masuk dalam golongan 8 asnaf dan banyak lagi la. TAPI SEKARANG, orang melayu jadi Superman, HERO CIPTAAN YAHUDI! Aku tak kisah kalau nak layan cerita tu sebab memang best, tapi kot ye pun jangan la sampai berangan nak jadi SUPERMAN..

Pelbagai jenis gambar-gambar komik yang memuji kepimpinan dan dasar-dasar BN, seperti bagaimana pentadbiran Najib membantu menyediakan insentif-insentif kepada belia di bawah konsep 1Malaysia telah mula diedarkan di sekolah sekolah dan istitusi pelajaran seluruh negeri Selangor dan negeri negeri Pakatan Rakyat. Cara terbaru lembUMNO meraih simpati dan dengan bangganya mereka sendiri membawa politik ke sekolah hingga budak kecik pun diberi mereka..

Korang yang join PIBG mesti dapat kan? takpun guru guru sekolah, dah siap baca pun kan? heheheeeee.. best tak tengok Najib jd Superman? nasib baik bukan Ultraman. Tak kisah la, cuma cuba korang tengok bebetul gambar sebelah ni. kalau Superman ORI pakai spender kat luar, Superman 1Malaysia ni pulak pakai KORSET diluar (sejenis pakaian dalam WANITA) kaler biru gituuuuu.. macam macam la menteri wanita kita sorang ni...


Setelah diteliti, buku ini diterbitkan oleh Mj Publication Sdn Bhd, yang beralamat di No 12/9, Jalan Jati 2, Persiaran Barat, 68000 Ampang, Selangor. Malangnya, komik yang diedarkan oleh Kerajaan UMNO-BN adalah HARAM kerana tiada no permit percetakan yang sememangnya syarat utama Kementerian Dalam Negeri.





Waaaaakakakaaaaa.. 
Najib jadi SUPERMAN, gile kelakor!!! Muhyiddin apa pulak? Batman? Kenapa x gabungkan je mereka berdua jd Upin dan Ipin je? Takpun Boboboy..
Waaaaaakakakaaaaa!!!


Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

TERDESAKNYA NAJIB !!!!!!

Posted: 13 Apr 2012 07:00 PM PDT



Komik transformasi yang memuji kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mula diedarkan di kalangan guru-guru sejak beberapa minggu kebelakangan ini, dikatakan diagihkan jabatan pendidikan negeri. Komik berwarna setebal 50 muka surat itu menampilkan karikatur seperti pemimpin politik utama dari gabungan pemerintah yang digambarkan dari sudut terbaik.

Sebaliknya, pemimpin pembangkang digambarkan bersikap negatif dan jahat, seperti pada muka surat 31, yang menunjukkan seorang lelaki bercermin mata bersama dua lelaki separuh bogel yang dilihat dikaitkan dengan pesaing Najib, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penasihat PKR itu dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, bagaimanapun dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi awal bulan ini setelah mengambil masa hampir tiga tahun untuk perbicaraan.

"Kementerian Pelajaran boleh mengadakan mesyuarat dengan kami bila-bila masa. Kali ini, kami diberi taklimat tentang pencapaian kerajaan sejak beberapa tahun lalu," kata seorang guru kepada The Malaysian Insider.

Berita selanjutnya baca SINI



Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

PANAS!! UMNO JIJIK - Kerabat diraja

Posted: 13 Apr 2012 05:26 PM PDT

Kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hannan (gambar) percaya bahawa kepimpinan Pakatan Rakyat yang ada pada hari ini lebih baik berbanding pemimpin negara sedia ada.

Beliau yang juga sepupu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tampil di pentas ceramah Pakatan Rakyat buat kali ketiga malam tadi mendakwa berasa jijik dengan mainan politik parti pemerintah sekarang ini.

"Sejak 30 tahun dahulu saya lihat pemerintahan negara sungguh jijik. Saya risau apa yang berlaku, generasi kita rosak seolah-olah rasuah ini halal dari pemimpin nombor satu sampai paling bawah.

"Perompak, perasuah, pemfitnah. Ada orang kata nak buat macam mana, kita manusia, macam halal je," katanya kecewa.

Ceramah malam tadi sempena program Jelajah Jom Ubah, Demi Rakyat Negeri Sembilan yang dibuat di Sikamat di sini.

Turut serta pada ceramah itu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Pengerusi SAMM Bardul Hisham Shahrin, Ahli MPP PKR Dr Mohamad Rafie Abdul Malek dan beberapa pemimpin di peringkat negeri.

Penampilan kerabat diraja itu lebih lebih lagi dengan imej berjubah, berserban menarik ramai penduduk sekeliling hadir mendengar ceramah malam tadi yang dianggarkan lebih 1,000 orang.

"Sebab itu sekarang, berbetulan dengan susunan Allah, saya rasa terpanggil untuk turun kembali bersama rakyat.

"Apabila saya tengok semua pemimpin parti pembangkang ini punya satu niat dan tujuan, untuk menghapuskan kezaliman, rasuah, segala kerakusan dan fitnah, maka saya tampil ke hadapan dengan hati yang sayu," katanya.

N'N: Takbir!!!

Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Tiada ulasan: