Ahad, 8 April 2012

Era Pasca

Era Pasca


EDISI KECOH: MENTERI WANITA TUKAR JANTINA - HANYA DIMALAYSIA

Posted: 07 Apr 2012 12:07 PM PDT

GEMPAR!!!!
SAH! Buat pertama kali diMalaysia, Wanita UMNO dimalukan. 
Apa dah PUPUS ke kaum WANITA UMNO di negara ni? Aku ingatkan hanya main main, rupanya betul! 
'Wanita' kini dah ada TELOR!! WOW!!



"Saya akan memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat"
Berita cukup menarik hari ini ialah PERDANA MENTERI DS Najib Razak telah membuat keputusan untuk memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat setelah tamat tempoh perkhidmatan DS Shahrizat Abdul Jalil sebagai Senator pada 8 April hari ini.


Dengar cerita pulak, desas desus puak lembUMNO jantina yang bertentangan dengan bakal menteri barunya, tak berpuas hati dan tarik muka. Iye ke? Ada la sorang AHLI PARLIMEN BN tu kecewa bila Najib sendiri umumkan dia sebagai LELAKI akan menggalas tugas MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA dan MASYARAKAT. Lepas ni nampaknya memang TIADA DEBAT antara DS Anwar Ibrahim dan DS Najib Razak sebab nanti jika Najib x dapat lawan Anwar akan dituduh buli 'WANITA'. Kah kah kaaaaaaaaaaaahh!!! 


Bagi aku mudah je nak menjawab PERSOALAN kenapa Najib tak bagi kat orang lain. Ini masalah KEPERCAYAAN. Ye la, calon ramai, puak ni pulak semua jenis 'sembelih dulu sebelum disembelih'. najib takut orang yang galas jawatan menteri ini akan terus membogelkan Shahrizat dan konco2nya dengan pelbagai SKANDAL lain yang melibatkan menteri2 yang lain dan kemungkinan besar akan mengheret Najib sebagai PM dalam skandal2 penyelewengan yang dilakukan Shahrizat. Xpe la, bagi la dia merasa nak jadi 'WANITA' pulak sebelum UMNO hancur pada PRU13 ni. Lagipun dia bakal 'bercuti dan menginap' di sebuah HOTEL MEWAH di Perancis, satu satunya percutian dia yang takkan DIBANTAH sama sekali oleh rakyat Malaysia. LANTAK KAU LAAAAAA nak 'bercuti dan menginap' berapa lama, ada aku kesah?


Aku sebagai rakyat Malaysia mencadangkan Khairy bertanding untuk menjadi Ketua Wanita UMNO untuk sesi pemilihan akan datang.


Sekian Terima Kasih 














Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Skandal Teluk Rubiah: Zambry patut dedah semua dokumen Vale

Posted: 07 Apr 2012 06:46 AM PDT

Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin mencabar penggantinya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya mendedahkan semua dokumen dan minit mesyuarat berkaitan kontroversi projek bijih besi di Lumut untuk memberikan gambaran sebenar berhubung penglibatannya.

"Zambry tidak harus secara terpilih mendedahkan maklumat kepada awam.

"Gambaran yang cuba diberikan bahawa Zambry itu terbaik, separuh benar, dan paling teruk secara terang-terangan memutarkan kebenaran," kata Nizar dalam kenyataan hari ini.

Isu pelaburan pusat pengagihan bijih besi Vale timbul apabila Nizar mendakwa tidak pernah menyokongnya ditempatkan di Teluk Rubiah, Lumut dan mencabar Zambry untuk mendedahkan bukti sokongannya.

Kerajaan negeri kemudian mengelaskan semula surat yang ditandatangani Nizar ketika menjadi menteri besar yang didakwa menyatakan sokongannya terhadap pelaksanaan projek itu di Teluk Rubiah.

Nizar berkata dokumen itu hanya menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini menyokong projek itu yang menurutnya dicadangkan di tapak lain iaitut Tanjung Hantu.

"Tanjung Hantu, kira-kira 45km daripada Teluk Rubuah dan kawasan itu sudah dinyahhutankan, dengan penduduk yang minimum.

"Tanah yang dicadangkan juga milik negeri. Kita tetap tegas dengan pendirian itu," kata Nizar.

Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Tiada ulasan: