DUNIACACAMARBA |
- Baju BERSIH 3.0 Sudah Dibeli...TETAPI...
- [Video-Wajib Tonton] Dengar Dahulu Pesanan Anwar Ibrahim Sebelum ke BERSIH 3.0
- Parlimen Mesir Izin Persetubuhan dengan Mayat Isteri/Suami?
- [PANAS] Polis Jadi "Penyambut Tetamu" di "Dataran DBKL" Esok. Mungkinkah Polis Cun Ini Menunggu Anda Esok?
- Kemaluan Perompak Parah Dilibas Gadis yang Cuba Dirogolnya
- [PANAS -Wajib Baca] BUKTI Keahlian UMNO Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR
- Warga Afrika Miang-Kurang Ajar Dibelasah Penduduk
- Nikah 2 Sekali Gus
- Sedap Beberapa Minit...Meringkup dalam Penjara 25 Tahun, 7 Sebatan
Baju BERSIH 3.0 Sudah Dibeli...TETAPI... Posted: 27 Apr 2012 08:45 AM PDT ...hajat hendak ke Dataran DBKL esok mungkin tidak kesampaian kerana terpaksa bertugas di PWTC. BERSIH 2.0 dulupun, saya tidak berkesempatan menyertainya kerana ada urusan peribadi. Kali ini, niat hendak meredah air gatal meriam dan gas pemedih mata FRU mungkin tidak tercapai lagi. Namun, PWTC dan Dataran DBKL tidaklah jauh, mungkin saya sampai ke situ. Dari segi sumbangan untuk BERSIH, DCM sudah bermati-matian mengepos kiriman berkaitan dengan BERSIH untuk tatapan dan bacaan pengunjung. Usaha menyebarkan maklumat dan hebahan tersebut adalah sumbangan peribadi TM untuk perjuangan mewujudkan suatu pilihan raya yang benar-benar BERSIH daripada sebarang manipulasi dan penipuan. Selamat berjuang, selamat bermandikan air gatal dan asap menyesak dada. Kalau ada rezeki, kita bertemu di Dataran DBKL! Tayadih Maysia |
[Video-Wajib Tonton] Dengar Dahulu Pesanan Anwar Ibrahim Sebelum ke BERSIH 3.0 Posted: 27 Apr 2012 07:35 AM PDT |
Parlimen Mesir Izin Persetubuhan dengan Mayat Isteri/Suami? Posted: 27 Apr 2012 05:58 AM PDT [HM] KAHERAH: Seseorang suami akan dibenarkan mengadakan hubungan seks dengan mayat isteri mereka - sehingga enam jam selepas kematian wanita berkenaan. Undang-undang kontroversi itu adalah sebahagian daripada langkah baru diambil Parlimen Mesir. Parlimen turut mencadangkan usia minimum untuk seseorang perempuan bernikah diturunkan kepada 14 tahun, selain mengekang hak wanita mendapat pendidikan serta pekerjaan. Perubahan itu dibantah Majlis Wanita Kebangsaan (NCW) Mesir dan mereka giat menjalankan kempen bagi mengelak ia diluluskan. Ketua NCW, Dr Mervat al-Talawi, berkata undang-undang itu merendahkan status wanita dan menjejaskan pembangunan negara. Dr Mervat turut menulis kepada Speaker Parlimen, Dr Saad al-Katatni, bagi menyatakan kebimbangannya. Wartawan akhbar al-Ahram, Amro Abdul Samea, melaporkan usul itu dibentangkan hasil "tafsiran terhadap hukum Islam." Isu hubungan seks dengan mayat isteri timbul pada Mei tahun lalu apabila seorang ulama Maghribi, Zamzami Abdul Bari, berkata status perkahwinan seseorang kekal walaupun seorang daripada mereka meninggal dunia. Zamzani berkata, seorang wanita juga berhak mengadakan hubungan seks dengan suaminya walaupun lelaki terbabit meninggal dunia. Pandangan itu dilaporkan laman sesawang alarabiya.net baru-baru ini. Usul di Parlimen Mesir itu dibentangkan melalui draf undang-undang digelar "Asmara Selamat Jalan." Sementara itu, seorang personaliti televisyen Arab, Jaber al-Qarmouty, mengecam cadangan berkenaan. "Ia tidak boleh diterima. "Adakah ajaran Islam boleh menerima pandangan itu?" katanya. - DM P/s: Biar betul pak arab ni? |
Posted: 27 Apr 2012 12:20 AM PDT [SH] KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipercayai telah memperoleh perintah mahkamah bagi menghalang penganjur Bersih 3.0 dan orang awam daripada memasuki dan berkumpul di Dataran Merdeka di ibu negara, yang ditutup mulai jam 6 pagi tadi. Sinar Harian Online difahamkan perintah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret semalam. Sehubungan itu, PDRM dijangka akan mengadakan satu sidang media berhubung perkara tersebut kira-kira jam 3 petang ini. Dalam pada itu tinjauan Sinar Harian Online sekitar 12 tengah hari tadi mendapati kawasan Dataran Merdeka kini ditutup sepenuhnya kepada orang awam bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Anggota polis dan penguat kuasa DBKL turut kelihatan di kawasan tersebut. Pita kuning turut dipasang sekeliling kawasan yang dijadikan sebagai tapak perkhemahan oleh aktivis Occupy Dataran dan Solidariti Mahasiwa Malaysia (SMM), sejak 14 April lalu, menandakan kawasan tersebut adalah kawasan larangan untuk orang ramai. Sementara itu, kira-kira 300 orang anggota penguat kuasa PDRM dan DBKL bersama beberapa buah trak berada di sekitar dataran bagi memantau dan mengawal keadaan. Masih terdapat beberapa aktivis dan pengikut Occupy Dataran termasuk Fahmi Reza, yang ditahan baru-baru ini, berada di sekitar Dataran Merdeka. Sebelum ini mereka bertekad mahu kekal berada di Dataran Merdeka sehingga esok iaitu hari perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 - yang diadakan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Semalam, DBKL mengumumkan bahawa pihaknya akan menutup sementara Dataran Merdeka dan kesemua laluan ke kawasan itu berkuat kuasa 6 pagi tadi sehingga 6 pagi Ahad ini. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail dalam satu kenyataan berkata, penutupan sementara kawasan tersebut kepada orang awam adalah menurut Seksyen 65 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan dikawal di bawah Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992. DBKL sebelum ini menolak permohonan untuk mengadakan protes Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka esok kerana ia tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat. Agensi itu telah menawarkan Stadium Titiwangsa, Stadium Badminton dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai lokasi alternatif. P/s: Sandiwara Kerajaan BN yang takut akan kebangkitan rakyat dengan berselindung di belakang agensi kerajaan seperti DBKL dan polis. Kalau Dataran Merdeka menjadi kawasan larangan awam, maka lebih baik diubah sahaja namanya menjadi Dataran DBKL. Kalau jalan di KL boleh ditutup untuk tujuan sukan dan perayaan, mengapa kerajaan tidak memberikan ruang dan peluang kepada Bersih untuk berkumpul? Kalau Dataran Merdeka boleh menjadi lokasi menyambut kemerdekaan, mengapa acara menuntut pilihan raya yang bersih tidak boleh diadakan di situ? Tiada kedai, kenderaan, atau harta awam dirosakkan semasa Bersih 1.0 dan 2.0. Yang pasti banyak peserta Bersih yang cedera akibat keganasan pihak berkuasa. Apa-apapun, rakyat Malaysia perlu datang beramai-ramai esok untuk mendesak SPR melakukan penambahbaikan seperti yang dituntut oleh Bersih. Siapa tahu mungkin polis cun di atas menjadi penyambut tetamu esok! |
Kemaluan Perompak Parah Dilibas Gadis yang Cuba Dirogolnya Posted: 26 Apr 2012 11:43 PM PDT [HM] KUALA LUMPUR: Senjata makan tuan. Itu gambaran balasan segera diterima seorang lelaki apabila parang digunakannya ketika cuba menyamun dan merogol seorang wanita dirampas mangsa lalu dilibas mengenai kemaluan penjenayah terbabit. Berikutan kejadian itu yang berlaku di kawasan rumah kedai di Jalan Pandan Indah, di sini, jam 4 petang kelmarin, suspek terbabit yang berusia 20-an mengalami kecederaan serius pada alat kelaminnya. Sumber polis berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 20 tahun dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit berhampiran rumahnya. Menurutnya, mangsa dihampiri suspek yang mengacukan parang ke lehernya sebelum mangsa diheret ke kawasan gelap berdekatan sebuah stor di tingkat dua bangunan rumah kedai itu. "Suspek menolak mangsa hingga jatuh dan meminta mangsa menyerahkan wang serta barangan berharga. Apabila mangsa enggan mengikut arahannya, suspek menyeluk kocek mangsa dan merampas wang RM100 serta satu telefon bimbit," katanya, semalam....berita tidak habis...! P/s: Padan muka! |
[PANAS -Wajib Baca] BUKTI Keahlian UMNO Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR Posted: 26 Apr 2012 08:22 PM PDT Parti Keadilan Rakyat memandang serius perkara keterlibatan Pengerusi SPR Tan Sri Abd Aziz Yusof dan Timbalan Pengerusi SPR Dato Wan Ahmad Wan Omar yang sah menjadi ahli Umno sementara masih memegang jawatan di dalam SPR. Parti Keadilan Rakyat berpegang kepada prinsip bahawa kepercayaan awam adalah syarat tonggak dalam kriteria perlantikan seseorang sebagai anggota di dalam SPR. Seorang yang diamanahkan menduduki jawatan sebagai anggota SPR hendaklah diyakini bebas, tidak berpihak dan 'non-partisan'. Ternyata Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR gagal dalam ujian asas ini apakala terbukti mereka berdua sah menjadi ahli UMNO sepertimana maklumat berikut: Nama ABDUL AZIZ BIN MOHD YUSOF No KP 500124105279 No KP Lama 2698922 No Keahlian UMNO 113804 Kod Cawangan 09920036=SRI AMPANG BARU Kod DUN 09920=LEMBAH JAYA Kod Bahagian 099 = AMPANG Negeri SELANGOR Nama WAN AHMAD BIN WAN OMAR No KP 490101035179 No KP Lama 2756290 No Keahlian UMNO 2374564 Kod Cawangan 02213049=KUBANG BUNGGOR Kod DUN 02213= CHETOK Kod Bahagian 022 = PASIR MAS Negeri KELANTAN Kita berpendapat jalan terbaik untuk kedua-dua mereka membantu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan institusi SPR lebih-lebih lagi pada ketika Malaysia akan menghadapi pilihanraya umum ke 13 akan datang ialah segera meletak jawatan. Sekian, terima kasih. SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL SETIAUSAHA AGUNG PARTI KEADILAN RAKYAT P/s: Bagaimana mahu mewujudkan pilihan raya yang bebas dan adil jika bos agensi yang menjalankan pilihan raya berpihak kepada parti politik? Apa gebang bos SPR di media tentang hal ini? Wan Ahmad: Saifuddin 'fitnah, tidak matang' [SH] SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengakui beliau pernah menjadi ahli Umno sambil menegaskan, apa yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat satu "fitnah, tidak matang dan bertujuan menjatuhkan imejnya." Bagaimanapun Wan Ahmad tidak ingat bila dan cawangan mana beliau didaftarkan sebagai ahli kerana pendaftaran itu dilakukan orang lain. "Mungkin saya didaftarkan pada penghujung 70-an atau awal 80-an di cawangan Gombak, Damansara atau Subang Jaya," kata beliau kepada Sinar Harian. Beliau menjelaskan demikian ketika menjawab cabaran Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail kelmarin supaya menafikan beliau bukan ahli Umno bagi membuktikan beliau benar-benar berkecuali. Wan Ahmad mendakwa, sejak menyertai Umno, beliau tidak pernah hadir apa sahaja aktiviti dan mesyuarat parti itu. Ditanya berulang kali sama ada beliau masih ahli Umno, beliau berkata: "Saya tidak tahu dan tidak pernah ambil tahu. Saya bukan ahli politik, saya kakitangan kerajaan dan masih kekal sehingga ke hari ini. Saya bercakap benar." Wan Ahmad, anak kelahiran Terengganu, menjadi pegawai di Kementerian Luar Negeri pada akhir 70-an dan dilantik sebagai Setiausaha SPR pada 1998 dan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi SPR selepas bersara. Katanya, dalam proses itu, beliau tidak pernah memeriksa status keahliannya dalam Umno. "Semua kakitangan awam tidak dibenarkan aktif dalam mana-mana parti. Sekiranya mahu aktif, mereka perlu melepaskan jawatan yang dipegang. Saya masih berkhidmat, dan itu bukti saya bukan ahli yang aktif," katanya. Beliau menyifatkan isu keahliannya yang ditimbulkan oleh Saifuddin sebagai fitnah, tidak matang dan bertujuan menjatuhkan imejnya. Wan Ahmad menegaskan, tidak perlu bagi Saifuddin menimbulkan cerita lama dan remeh-temeh kerana 'semua orang ada sejarah masing-masing'. Katanya, perlu diingat ketika menjadi ahli Umno lebih 30 tahun lalu, beliau tidak tahu masa depannya... Ahli Umno: 'Sudah terlalu lama, saya tidak ingat' [SH] KUALA LUMPUR - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak pernah mendaftar atau memohon untuk menjadi ahli Umno, walaupun tidak menolak kemungkinan namanya tersenarai dalam parti tersebut. "Saya tidak ingat langsung bila dan di mana saya pernah menjadi ahli Umno, boleh jadi ada mana-mana pihak memasukkan nama saya selepas tamat universiti, awal 70-an dulu. "Itu pun saya tidak dapat pastikan di kawasan mana sebab lepas tamat belajar saya tinggal di beberapa tempat, antaranya Segambut, Selayang dan Ampang. Jadi kalau ada pun yang menamakan saya, memang saya tidak tahu di mana," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Beliau menjelaskan tidak tahu nombor keahlian, tidak pernah membayar yuran tahunan dan tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat parti, jauh sekali dari memegang apa-apa jawatan parti. "Perkara sudah terlalu lama, saya tidak ingat, hinggalah hari ini (semalam) ada pihak yang membangkitkan perkara ini dalam akhbar," katanya mengulas berita muka depan Sinar Harian, semalam. Menurutnya, tidak adil mana-mana pihak mengambil fakta yang sudah terlalu lama dan dilupakan semata-mata untuk dijadikan isu. "Saya ingin menegaskan kalau pun betul ada orang mendaftarkan saya sebagai ahli parti, itu tidak sama sekali menjadikan saya berat sebelah atau bias dalam mengendalikan SPR. Saya tidak pernah berasa terikat sepanjang berkhidmat di sini," tegas beliau mengulas laporan Sinar Harian dan Sinar Harian Online semalam.... P/s: Kah kah kah...dua-dua bos SPR memberikan alasan yang sama, TIDAK INGAT! Kedua-duanya patut berterima kasih kepada Saifuddin kerana telah mengingatkan mereka tentang perkara yang tidak diingati mereka. |
Warga Afrika Miang-Kurang Ajar Dibelasah Penduduk Posted: 26 Apr 2012 08:08 PM PDT [SH] PETALING JAYA – Gara-gara mengganggu isteri orang, seorang warga Afrika cedera teruk dibelasah penduduk yang berang dengan tindakannya itu. Dalam kejadian 11 malam kelmarin, suspek bertindak mengetuk pintu rumah mangsa yang terletak di tingkat bawah blok P, Apartmen Harmoni, Damansara Damai dekat sini. Menurut sumber, suspek mengetuk beberapa kali rumah mangsa tanpa diketahui sebab dia berbuat demikian. "Bila mangsa buka pintu, tiada orang di luar namun niat jahat warga Afrika itu mahu menerjah masuk ke dalam rumah tidak menjadi. "Wanita itu membuka pintu secara tiba-tiba dan dapat melihat dengan jelas suspek yang hanya berseluar pendek serta tidak berbaju. "Terperanjat dengan kehadiran suspek, wanita itu kemudiannya menjerit sekuat hati dan jeritannya didengari oleh jiran berhampiran," katanya. Jelasnya, panik melihat kehadiran jiran mangsa, suspek melarikan diri dan akhirnya dicekup serta dibelasah penduduk di hadapan Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2. Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT ) Apartmen Harmoni, Zahabu Ramli berkata, sebaik mendapat laporan, anggota KRT turun ke lokasi dan melihat warga Afrika sudah tidak bermaya. "Kami serahkan suspek kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan wanita itu kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Damansara Damai," katanya. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut. P/s: Nyaris masih bernyawa...! |
Posted: 26 Apr 2012 06:44 PM PDT [Kosmo] SAMARRA, Iraq - Seorang petani berusia 22 tahun, Abdul Rahman Nayef al-Obeidi jatuh cinta dengan dua wanita. Namun, daripada memilih salah seorang gadis itu untuk dijadikan isteri, dia melangsungkan perkahwinan dengan mereka pada hari yang sama di sebuah kampung di tengah Iraq. Majlis perkahwinan Abdul Rahman dan dua wanita yang merupakan sepupunya, Intidhar, 17, dan Suad, 22, berlangsung pada 6 April lalu. Majlis itu diadakan di rumah keluarga lelaki itu di kampung Al-Laqlaq, utara Tikrit. Majlis itu dihadiri oleh keluarga kedua-dua pengantin wanita, saudara-mara dan rakan-rakannya yang terkejut dengan perkahwinan tersebut. Abdul Rahman yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik berkata, dia memberitahu ibu bapanya tentang niat untuk berkahwin dengan dua sepupunya dalam satu malam. Ibu bapa lelaki itu bersetuju walaupun kebanyakan saudara-maranya menentang idea berkenaan. "Saya mengambil masa kurang sebulan untuk membuat keputusan muktamad kerana dua keluarga itu ialah saudara-mara saya dan saya menyintai dua gadis tersebut," katanya. Langkah paling penting yang perlu dibuatnya adalah dengan berusaha memujuk dua wanita muda tersebut. Intidhar berkata: "Abdul Rahman memberitahu, dia akan berkahwin dengan saya dan Suad dalam satu malam. Apakah yang anda mahu katakan? "Saya memberitahunya, ia sesuatu yang baik jika anda melayan kami dengan adil." Agama Islam membenarkan lelaki berkahwin dengan empat wanita namun mensyaratkan isteri-isteri perlu dilayan dengan adil. Suad berkata, dia terkejut apabila Abdul Rahman memberitahunya tentang hasratnya itu. Namun, katanya, Abdul Rahman memujuknya supaya dia bersetuju. Abang sulung pengantin lelaki itu, Salman berperanan sebagai orang tengah dengan berunding dengan dua keluarga gadis itu. Dia kemudian berjaya menjadikan impian adiknya itu sebagai satu realiti. Bapa Abdul Rahman, Nayef Hamid berkata, dia berasa bangga terhadap anaknya itu. Dia merupakan satu-satunya anak lelaki yang berkahwin dengan dua wanita serentak. Ibu Abdul Rahman, Rasmiya Mohammed mempunyai pendapat yang sama seperti suaminya dan dia tidak mahu anaknya berasa sedih kerana menyintai dua gadis.... - AFP |
Sedap Beberapa Minit...Meringkup dalam Penjara 25 Tahun, 7 Sebatan Posted: 26 Apr 2012 05:44 PM PDT [Kosmo] AMPANG JAYA – Seorang pemuda terpaksa merengkok di dalam penjara sehingga 25 tahun dan dihukum tujuh kali sebatan selepas Mahkamah Sesyen di sini semalam menyabitkan bekas jurujual itu bersalah merogol seorang pelajar berusia 15 tahun di dalam kenderaan Toyota Alphard pada tahun lalu. Hakim Roszianayati Ahmad memutuskan hukuman itu terhadap Khairul Ivan Iqmal Khairul Azizan Saw, 23, selepas berpendapat pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melangkaui keraguan munasabah. "Kesalahan dilakukan adalah kejam, kamu tunggu, tangkap dan rogol. Gadis-gadis muda perlu dilindungi daripada kamu. Oleh itu kamu perlu diasingkan daripada masyarakat untuk satu tempoh yang lama sebagai pengajaran," katanya. Malang berganda apabila mahkamah turut menolak permohonan peguam Rosnan Hassan yang mewakili Khairul Ivan supaya hukuman penjara ditangguhkan sehingga rayuan selesai di Mahkamah Tinggi. Sejurus selesai prosiding, ibu tertuduh menitiskan air mata sambil memeluk anaknya yang tidak menunjukkan reaksi sebaliknya hanya berdiam diri di dalam kandang pesalah dengan mulut berkumat-kamit membaca sesuatu. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan