DUNIACACAMARBA |
- Wanita Mengandung Diserang Lelaki Gila Seks Sampai Berbuih Mulut?
- Remaja Punk DISEBAT Kerana BERZINA
- Mainan Paling Mahal di Britain
- Pengerusi BN Pulau Pinang, UMNO Melopong Walaupun Majoriti di DUN
- Tertelan Ikan Puyu, Budak 4 Tahun Bernasib Baik
- Pelajar Dicekup Bogel dengan Nelayan
- [Gambar] Pelajar "Terjun" dari Tingkat 4 Bangunan e-Learning UPSI
- Senarai Produk Makanan yang Dikhuatiri Mengandungi Akrilamida Bahan Penyebab Kanser
Wanita Mengandung Diserang Lelaki Gila Seks Sampai Berbuih Mulut? Posted: 22 Apr 2012 07:17 AM PDT | ||
Remaja Punk DISEBAT Kerana BERZINA Posted: 22 Apr 2012 05:08 AM PDT
Pesalah antara 10 disebat kerana berjudi, peri laku tidak bermoral [BH] LANGSA: Sepasang pengikut punk disebat sembilan kali di khalayak ramai di Aceh, satu-satunya wilayah Indonesia yang melaksanakan undang-undang Islam selepas ditangkap atas kesalahan melakukan hubungan seks luar nikah. Pegawai pejabat pendakwa, Putra Masduri, berkata selain pasangan itu, sembilan lagi yang disabitkan bersalah kerana berjudi dan peri laku tidak bermoral, disebat empat hingga 12 kali. "Mereka pengikut punk. Mereka ditangkap oleh penduduk ketika melakukan hubungan seks luar nikah dan ditahan polis Syariah," Putra Masduri, Pegawai pejabat pendakwa. Masduri berkata, pasangan 'punk' berkenaan ditemui dalam keadaan bogel oleh penduduk tempatan. "Mereka pengikut punk. Mereka ditangkap oleh penduduk ketika melakukan hubungan seks luar nikah dan ditahan polis Syariah," katanya merujuk kepada pasangan berkenaan yang berusia 21 dan 23 tahun. Masduri berkata, pasangan itu kerap dilihat berlegar-legar di jalan raya dengan berpakaian punk. Ketika hukuman dijalankan, kedua-duanya berpakaian serba putih. Meskipun ditahan atas dakwaan melakukan hubungan seks luar nikah, hukuman ke atas mereka dilaksanakan ketika pihak berkuasa melancarkan usaha membanteras budaya punk di wilayah autonomi itu. Antara langkah diambil ialah serbuan polis terhadap kafe dan taman untuk menahan remaja pengikut budaya 'punk' yang digelar sebagai penyakit sosial. Disember lalu, lebih 60 pemuda yang mengikut budaya punk ditahan di sebuah konsert dan dipaksa mengikuti kem pemulihan moral selama 10 hari yang dikendalikan polis. Rambut mereka dipotong atau dicukur, dan dipaksa mandi dalam tasik, memakai pakaian konservatif dan bersolat, yang mengundang kritikan daripada kumpulan hak asasi manusia dan pengikut budaya itu di seluruh dunia. Aceh, yang terletak di Sumatera, menjadi satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan undang-undang Syariah pada tahun 2001 sebagai sebahagian pakej autonomi bertujuan mengawal sentimen pemisah. Cuma penduduk Islam didakwa mengikut undang-undang Syariah walaupun komuniti bukan Islam dijangka mematuhi beberapa peraturan atas dasar hormat. Hampir 90 peratus daripada 240 juta rakyat Indonesia beragama Islam dan majoritinya berpendirian sederhana. – Agensi P/s: Acheh banyak belajar tentang kemurkaan Allah. Persoalannya, adakah umat Islam di tempat lain menunggu bala Allah yang maha dasyhat baru mahu berubah dan taat? Semoga Allah melindungi kita daripada kejahilan pemimpin yang diberi tanggungjawab! | ||
Mainan Paling Mahal di Britain Posted: 22 Apr 2012 02:41 AM PDT \ Sebuah model kapal perang lama yang sukar ditemukan lagi menjadi mainan paling mahal pernah dijual di UK. Model kapal itu dijual pada harga lelong £89 000 (kalilah dengan nilai Ringgit Malaysia) Terrible HMS merupakan model kapal berkuasa stim yang dikeluarkan oleh pembuat mainan Jerman, Marklin pada tahun 1905. Perkhidmatan Lelongan khas di Newbury, Berks meramalkan kapal sepanjang 63sm dan dipercayai berusia 107 tahun itu dapat dijual sehingga £60 000. Namun kegilaan pembida akhirnya meletakkan harga model kapal itu pada nilai £76 000. Pelelong Hugo Marsh berkata: "Mainan itu adalah barang yang paling mahal pernah kami jual. "Setakat yang kami tahu, model kapal itu adalah mainan yang paling mahal pernah dijual di UK. " Reka bentuk model kapal itu berdasarkan sebuah kapal Tentera Laut Diraja pada tahun 1895. Kapal itu pernah digunakan semasa Perang Boer. - DCM/TS | ||
Pengerusi BN Pulau Pinang, UMNO Melopong Walaupun Majoriti di DUN Posted: 21 Apr 2012 11:37 PM PDT
Kalau bab provokasi perkauman/melaga-lagakan parti pembangkang untuk keuntungan politik memang sinonim dengan strategi perang psikologi UMNO dan medianya. Pantang ada isu yang melibatkan kepentingan Melayu, pasti jurublog dan pemimpin UMNO membangkitkan isu itu di media. Terbaru, isu pengerusi MAINPP yang melibatkan PKR-PAS dan beberapa isu lain yang dibangkitkan atas nama ketuanan Melayu dan Islam. Apabila UMNO PP terpaksa mengalah dalam isu perebutan jawatan Pengerusi BN negeri, jurublog dan pemimpin UMNO terpaksa buat-buat tidak nampak atau buat-buat lupa isu itu. Kalau mereka dengan bongkak menuduh PAS layu kepada DAP dan PKR, namun apabila terkena pada batang hidung sendiri, masing-masing membisu. Apabila timbul hal ini, saya teringat isu UMNO yang terpaksa mengalah kepada MIC dengan menerima calon parti komponen BN itu untuk menentang calon Zaid Ibrahim dalam PRK di sebuah kawasan DUN Selangor. Yang lawaknya, ada seorang blogger popular UMNO mengumumkan dalam blognya untuk menjadi calon PRK tersebut sebagai memprotes keputusan BN meletakkan calon MIC. Selepas beberapa ketika maloan itu menarik diri dengan memberikan pelbagai alasan. Poyo! Saya sudah mendayuskan malaon tersebut! Dalam isu jawatan Pengerusi BN PP, UMNO negeri meminta jawatan itu diserahkan kepada UMNO, atas alasan parti itu memenangi lebih banyak kerusi DUN dalam PRU 12. Tuntutan itu, walau bagaimanapun ditentang keras oleh Gerakan. Bermula dengan perang antara ketua bahagian UMNO dengan Gerakan, kemudiannya kenyataan secara terbuka Zahid Hamidi yang mahu UMNO memimpin BN di PP sehinggalah serangan MP Katak dan bekas pemimpin Gerakan terhadap kepimpinan Koh Tsu Koon. Antiklimaknya apabila Najib seperti yang diberitakan di MK mengeluarkan kenyataan bahawa parti pimpinannya tidak akan menuntut kepimpinan BN di negeri itu. Hari ini, seperti dipetik dalam berita di atas, Najib mengumumkan Teng Chang Yeow sebagai Pengerusi BN PP yang baharu bagi menggantikan Koh Tsu Koon. Adakah pengunduran Koh Tsu Koon itu sebagai salah satu "deal" untuk mengekal Gerakan sebagai peneraju BN PP? TM tidak pasti. Yang penting, UMNO terpaksa melopong kali ini walaupun siang malam terpekik terlolong dengan slogan Ketuanan Melayu! | ||
Tertelan Ikan Puyu, Budak 4 Tahun Bernasib Baik Posted: 21 Apr 2012 10:16 PM PDT [Kosmo] KOTA BHARU – Seorang budak lelaki berusia empat tahun terpaksa mengharungi detik-detik cemas apabila tercekik seekor ikan puyu selebar tiga sentimeter di rumah datuknya di Kampung Pulai Condong, Machang kelmarin. Muhammad Akhif Danish Shamsuri terpaksa bertahan dalam kesakitan selama empat jam sebelum doktor di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) berjaya mengeluarkan ikan itu yang masih hidup dari dalam mulutnya. Mangsa dipercayai cuba memegang ikan peliharaannya itu sebelum ia melompat ke dalam mulutnya. Bapa mangsa, Shamsuri Shafie, 28, berkata, dia mendapat panggilan mengenai kejadian itu daripada adiknya sewaktu dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. "Ikan puyu itu dikatakan tersangkut di dalam mulut anak saya dan hanya nampak ekor. Adik saya sempat memegang ekornya bagi mengelak ia terus masuk ke dalam kerongkong," ujarnya ketika ditemui di hospital itu semalam. Menurut Shamsuri, adiknya bergegas membawa mangsa ke Hospital Machang sebelum dipindahkan ke HRPZ II. "Ketika itu mulut anak saya sudah berdarah terkena duri ikan itu. Nasib baik masih ada ruang untuk anak saya bernafas," katanya. Kata Shamsuri, doktor HRPZ II pada mulanya mahu melakukan pembedahan kecil pada bahagian halkum anaknya untuk mengeluarkan ikan tersebut. Berkaitan: Tertelan ikan puyu, empat jam tahan sakit [SH] KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak terpaksa menanggung kesakitan hampir empat jam, selepas tertelan seekor ikan puyu hidup. Muhammad Akhif Danish Shamsuri, 4, dikatakan melihat ikan itu dalam sebuah balang dipelihara datuknya di Kampung Pulai Condong, Machang sebelum memasukkan ke dalam mulut. Bapa kanak-kanak berkenaan, Shamsuri Shafie, 28, berkata, ketika kejadian, dia tidak berada di rumah dan bergegas pulang setelah diberitahu kejadian oleh adiknya. "Saya mendapat panggilan meminta saya pulang. Dia beritahu, ikan puyu tersangkut dalam mulut anak saya dan berdarah," katanya. Shamsuri bagaimanapun berkata, adiknya sempat memegang ekor ikan itu bagi mengelakkan ia terus masuk ke dalam kerongkong Muhammad Akhif. "Adik saya dengan segera membawa anak saya ke Hospital Machang. Bagaimanapun, dia dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZII) untuk rawatan susulan. "Nasib baik anak saya tidak tertelan ikan itu, jika tidak mungkin keadaannya bertambah parah," katanya. Menurutnya, pada mulanya, doktor bercadang membelah halkum kanak-kanak itu untuk mengeluarkan ikan itu, namun keputusan itu ditarik balik dan doktor hanya membius mangsa dan mengeluarkan ikan itu tanpa perlu melakukan pembedahan. "Ia menjadi pengajaran kepada saya dan juga ibu bapa lain agar menjaga anak dan memastikan mereka selamat dan tidak terdedah dengan permainan berbahaya," katanya. P/s: Sebelum ini ada kes orang dewasa yang maut kerana tertelan ikan puyu yang melekat di kerongkong. | ||
Pelajar Dicekup Bogel dengan Nelayan Posted: 21 Apr 2012 09:28 PM PDT [SH] KUALA DUNGUN – Perbuatan tidak bermoral seorang pelajar perempuan sebuah institut kemahiran tempatan yang memadu asmara bersama teman lelaki di hotel murah, menerima padah apabila dia didenda RM2,800, atau dua bulan penjara kerana berkhalwat. Pelajar berkenaan, Nurul, 19, dari Besut Terengganu menghadapi pendakwaan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001. Dia dicekup sepasukan pegawai penguat kuasa syariah, bersama teman lelakinya, di sebuah bilik di rumah tumpangan, dekat sini, kira-kira jam 1.30 pagi, 10 Februari lalu. Ketika serbuan dilakukan, Nurul ditemui dalam keadaan terbaring tanpa pakaian dalam selimut. Lelaki terbabit, dikenali sebagai Mohd Firdaud, 30, pula, hanya memakai jeans tanpa baju ketika membuka pintu bilik. Soal siasat mendapati mereka tiada hubungan muhrim. Pasangan terbabit juga mengaku telah melakukan persetubuhan sebelum itu. Turut dirampas, pakaian dalam milik Nurul sebagai bahan kes. Kedua-duanya yang mengaku bersalah selepas fakta kes dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah kemudiannya menjelaskan denda masing-masing untuk mengelakkan dipenjara. | ||
[Gambar] Pelajar "Terjun" dari Tingkat 4 Bangunan e-Learning UPSI Posted: 21 Apr 2012 08:25 PM PDT [SH ]Tanjung Malim - Tekanan perasaan dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan tahun tiga Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) terjun dari tingkat empat bangunan E-Learning kampus universiti itu di sini, petang semalam. Menurut sumber, pelajar berusia 23 tahun dan bakal menamatkan pengajiannya dalam dua semester itu, dipercayai telah mencederakan dirinya sebelum nekad terjun bangunan. "Terdapat kesan darah pada dinding koridor di tingkat empat bangunan di mana pelajar terbabit dipercayai terjun. "Kesan itu menunjukkan pelajar ini telah cedera dan nekad terjun bangunan," katanya ketika ditemui Sinar Harian. Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika kebanyakan pelajar tamat kuliah tambahan. Kata sumber itu lagi, mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala dan patah kaki. Ketika kejadian, katanya, mangsa berpakaian muslimah, berseluar trek dan bertudung. "Menurut rakan-rakannya, sebelum ini pelajar yang berasal dari Johor Bharu itu dilihat murung dan sering bercakap sendirian dan berkemungkinan menghadapi tekanan," katanya. Sinar Harian cuba menjejaki rakannya, namun masih gagal kerana mangsa berkemungkinan tidak tinggal di kolej kediaman tetapi tinggal di kediaman luar kampus. Dalam pada itu, seorang pembaca Sinar Harian Online dalam mesej Facebook menulis bahawa "seorang mahasiswi Upsi semester empat, minor Bahasa Arab terbunuh setelah terjatuh dari Bangunan E-Learning sekitar jam 5.30 - 6.00 petang tadi." "Kami diberitahu dari tingkat empat dan identiti mangsa juga telah dikenal pasti dan akan disiarkan sebaik sahaja disahkan," kata pengunjung itu.
| ||
Senarai Produk Makanan yang Dikhuatiri Mengandungi Akrilamida Bahan Penyebab Kanser Posted: 21 Apr 2012 07:41 PM PDT Agensi Standard Makanan di Britain mendapati beberapa produk makanan yang dijual di sana mengandungi akrilamida (acrylamide) sejenis bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser. Kajian mendapati bahan kimia itu dikesan dalam produk makanan harian termasuk produk Nestle, Nescafe Golden Blend. Sehubungan dengan penemuan itu, pihak terbabit telah memberikan peringatan kepada pengeluar makanan yang terlibat. Cerita lanjut fasal pencemaran akrilamida ini boleh anda baca lanjut di sini. ' Situasi yang agak berbeza daripada negara kita. Sebelum ini, produk makanan yang tercemar dengan bahan kimia yang berbahaya tidak diumumkan kepada masyarakat. Walaupun kini sudah ada inisiatif pihak berkuasa menguar-uarkan produk yang telah disahkan mengandungi bahan terlarang, namun sesetengah produk makanan yang tercemar masih disembunyikan daripada pengetahuan umum. Contoh paling lazim ialah produk mi kuning yang sering dikaitkan dengan penggunaan asid borik. Setiap kali serbuan dibuat, masyarakat tidak diberi maklumat tentang pengeluar dan jenama produk tersebut. Yang lebih menyakitkan hati apabila pengusaha yang sama dicekup melakukan kesalahan yang sama berulang kali. Dengan nilai denda yang mampu dibayar, bayangkan penderitaan pengguna yang menghidap kanser gara-gara makan produk tersebut. Pihak berkuasa perlu mendedahkan maklumat produk dan pengeluar makanan yang disahkan mengandungi bahan kimia yang berbahaya kepada umum. Selain "mendidik" mereka dengan cara begitu, pihak berkuasa juga perlu mengenakan tindakan yang tegas terhadap pengeluar makanan yang tidak bertanggungjawab. -DCM P/s: Hentikan pengambilan makanan yang diproses kerana banyak kajian mendapati makanan dalam bentuk itu mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan diri. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan