DUNIACACAMARBA |
- Hubungan Intim & RM1.5 Juta: Zahida Rafik Dakwa Minta Peguam Bertindak, Shafie Apdal Masih Diam Membisu
- [Kemas Kini] Kad Pengenalan Ada TARIKH LUPUT, Adakah Ini Projek IC Pengkhianat Negara?
- [Video -Wajib Tonton] Identiti Anak ADUN Paksa/Beli Pelajar IPT Tukar Tempat Mengundi Didedahkan
- Pengawal Keselamatan Kantoi Projek dengan Budak Sekolah
- Cucu Pengasas Syarikat Perfileman Shaw Antara 44 Lelaki Ditahan Kerana Melanggan Pelacur Bawah Umur
- Iklan Membesarkan Payudara, Mudahnya Wanita Dimanipulasi Pengusaha Produk Kosmetik
- Selepas Dimabukkan,Lelaki Ratah Bakal Adik Ipar
- Remaja 13 Tahun Perkosa Anak Jiran
- Zara Shafruddin yang Berkahwin dengan Anak Bekas PM Australia Berasal dari Pulau Pinang?
- [Gambar] Gadis Melayu Berkahwin dengan Anak Bekas PM Australia di Gereja St James Sydney
- Tiada Penambahbaikan, PRU 13 Paling Kotor
- 2 Indikator Pembubaran Parlimen
Posted: 20 Apr 2012 09:47 AM PDT [Mstar] PETALING JAYA: Pelakon Zahida Rafik yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan seorang menteri kabinet akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat tuduhan berhubung isu itu. Zahida menerusi laman Twitter miliknya berkata, dia tidak akan berdiam diri dengan perkara itu dan telah pun berunding dengan peguamnya. "Saya tidak akan berdiam diri kerana peguam saya sedang dalam perbincangan untuk menyelesaikan masalah itu dan saya serahkan sepenuhnya kepada mereka. Tunggu berita baik," ujarnya menjawab soalan peminat yang bertanyakan perkara itu di laman Twitter miliknya seperti dilaporkan The Star, Sabtu.
Sebuah portal dalam talian Rabu lalu melaporkan pemandu Zahida iaitu Noor Azman Azemi telah membuat laporan polis mendakwa pelakon itu telah menerima wang tunai sebanyak RM1.5 juta dari seorang menteri dalam jangka masa empat bulan. Ketua Wanita, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin telah mendedahkan laporan polis itu kepada pihak media. Dalam laporan polis tersebut, Noor Azman mendakwa Zahida telah menerima wang sebanyak RM58,000 pada Oktober tahun lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada bulan Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini. Zahida turut membalas setiap entri diterima daripada pengikut Twitter yang menuduhnya menerima bayaran seperti didakwa. "Kesian bekas pemandu saya, tak ada cara lain nak buat duit, jadi dia buatlah fitnah macam ni. Moga Allah memberi rahmat kepada dia," kata Zahida. P/s: Zahida tidak menafikan orang yang membuat pendedahan itu bekas pemandunya. Berdasarkan mesej di Twitter, Zahida mendakwa telah meminta peguamnya bertindak. Soalannya, mengapa masih tidak membuat laporan polis kerana tindakan itu adalah tindakan asas tanpa perlu meminta pandangan peguam. Jika pendedahan itu tidak benar, mengapa masih tidak membuat laporan polis terhadap bekas pemandunya. Harus kita ingat, pendedahan bekas pemandu Zahida dibuat dalam sebuah laporan polis, bukannya kenyataan bersumpah atau kenyataan media. Seperti dilaporkan oleh KD, portal yang mula-mula membangkitkan isu ini, Zuraida Kamaruddin memetik butiran tentang skandal menteri ini daripada laporan polis yang dibuat oleh Noor Azman. HMMMMmmm! Saya setuju Zahida dan Shafie bertindak membersihkan maruah diri jika mereka tidak bersalah. Yang pelik, mengapa lambat sangat Shafie hendak memberikan respons terhadap isu yang sangat-sangat menjejaskan UMNO dan peluangnya bertanding dalam PRU? Walhal jika perkara itu didedahkan pada sebelah pagi, selewat-lewatnya, dia perlu bertindak menafikan atau mengambil tindakan undang-undang pada sebelah malam. HMMMMMmmmm! Semakin pening Najib! Berkaitan: Skandal Menteri: Shafie Diberi Tempoh Seminggu Beri Penjelasan [KD] KUALA LUMPUR 20 April: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal mempunyai masa kurang tujuh hari dari sekarang untuk memberi penjelasan mengenai skandal membayar sehingga RM1.5 juta kepada seorang pelakon wanita popular dalam tempoh empat bulan 'hubungan intim' mereka. Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, sekiranya tidak ada penjelasan daripada menteri terbabit, pihaknya akan membawa kes itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "Kami sudah bersedia dengan segala bukti untuk mengheret beliau ke SPRM. Pemberi maklumat juga bersedia tampil untuk menjadi saksi. Kami akan dedahkan perkara ini secara berperingkat-perongkat. Sekarang ini kami tunggu penjelasan daripada beliau (Shafie Apdal)," katanya ketika dihubungi Keadilan Daily hari ini. | ||
[Kemas Kini] Kad Pengenalan Ada TARIKH LUPUT, Adakah Ini Projek IC Pengkhianat Negara? Posted: 20 Apr 2012 08:40 AM PDT
Berdasarkan tarikh luput, kad pengenalan ini memberikan status permastautin sementara kepada pemiliknya. Apakah terjadi selepas tarikh luput tamat? Adakah pemegang kad pengenalan ini perlu memohon semula status tersebut? Persoalan itu tidak penting, persoalan pentingnya, adakah pemberian KP ini merupakan Projek IC? Sebelum itu, berdasarkan alamat yang tertera, memang kawasan kampung yang dinyatakan itu mempunyai kawasan penempatan warga asing dari Thai atau mungkin juga Kemboja. Orang yang menggunakan jalan pintas dari kawasan Kota Damansara melalui Subang Bestari, kemudian ke Kampung Kubu Gajah, Kampung Merbau Sempak untuk ke Saujana Utama atau ke Desa Coalfields sudah tentu maklum tentang kewujudan warga asing di kawasan itu. Turun sahaja dari bukit di kawasan pangsapuri di Subang Bestari, sudah kelihatan koloni warga asing yang membentuk pekan kecil. Di situlah mereka menjalankan urus niaga terutamanya membabitkan masyarakat mereka. Adakah permastautin tetap boleh mengundi? Berdasarkan tulisan di SabahKini di sini, pemegang kad pengenalan ini tidak layak mengundi melainkan jika mereka diberi kerakyatan penuh. Namun ada pihak yang mendakwa sesetengah pemegang kad pengenalan pemastautin tetap diberi kerakyatan penuh untuk mengundi. Hal ini ada ditulis oleh Aspan di sini Jika ini bukan Projek IC, bagaimanakah bentuk projek yang didakwa didalangi oleh sebuah Task Force seperti yang dibangkitkan oleh Datuk Mahfuz Omar baru-baru ini? Tujuh orang yang didakwa terlibat setakat ini masih diam membisu, malah tidak bertindak terhadap Mahfuz. Pelik! -DCM P/s: Kita perlukan BERSIH 3.0. SERIUS!!!! | ||
[Video -Wajib Tonton] Identiti Anak ADUN Paksa/Beli Pelajar IPT Tukar Tempat Mengundi Didedahkan Posted: 20 Apr 2012 07:30 AM PDT [MK] DAP Melaka mendedahkan 'bukti' terdapat anak pemimpin Umno tempatan memaksa dan cuba 'membeli' pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) supaya menukar alamat tempat pengundian bagi memberikan kemenangan BN di kawasan tertentu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. Adun DAP kawasan Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong mendakwa, video tiga sedutan yang setiap satunya kira-kira 5 minit dan dirakam secara tersembunyi itu diterimanya beberapa hari lalu. Rakaman itu turut menunjukkan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terlibat dalam aktiviti yang dijalankan sebelum Mac lalu di empat universiti awam dan swasta di Melaka. "Kedua-dua agensi kerajaan ini telah mengumpulkan pelajar di IPT terbabit pada waktu kelas di dewan dan mereka telah dinasihat supaya menukar alamat dengan menumpukan pada Parlimen Bukit Katil bertujuan mendapatkan lebih banyak undi dalam PRU akan datang untuk BN. "Dalam rakaman tersebut, salah seorang jurucakap dipercayai anak kepada seorang pemimpin Umno di Negeri Melaka telah menyatakan dengan jelas sekiranya pelajar IPT terbabit bersetuju, segala kos pertukaran alamat akan ditanggung kerajaan dan ia termasuk proses pertukaran semula alamat di kampung asal sebaik selepas PRU nanti. "Malah saya turut mendapat maklumat, pelajar yang sanggup berbuat demikian, segala bayaran sewa bilik akan ditanggung pihak terbabit sehingga selepas PRU," katanya dalam satu sidang media di Pusat Perkhidmatan DAP DUN Ayer Keroh hari ini. Rakaman itu kini tersebar luar di laman Facebook dan Youtube. Khoo juga mendakwa, dialog yang diucapkan dalam video terbabit juga mempunyai unsur perkauman yang mengatakan PRU kali ini tidak boleh dimenangi kaum Cina. Ditanya mengenai tindakan seterusnya selepas menerima rakaman terbabit, beliau berkata, pihaknya tidak bercadang untuk membuat laporan polis sebaliknya akan menyerahkannya kepada pemimpin Pusat DAP dalam masa terdekat. P/s: Identiti anak dan ADUN yang didakwa ada dinyatakan pada keterangan video. | ||
Pengawal Keselamatan Kantoi Projek dengan Budak Sekolah Posted: 20 Apr 2012 07:00 AM PDT
[SH] Rembau – Seorang pengawal keselamatan dikesan rakan sejawatnya melakukan kegiatan tidak bermoral bersama seorang pelajar asrama di sebuah kelas kosong, di sini, 16 April lalu. Sumber yang tidak mahu dikenali berkata, pada hari kejadian, suspek berusia 28 tahun dan dua lagi pengawal keselamatan seperti biasa meronda kawasan sekolah berkenaan dan salah seorang menyedari suspek tidak balik ke pos kawalan. Menurutnya, risau dengan keadaan itu, mereka mencari suspek di kawasan sekolah itu dan terperanjat apabila menemui suspek di dalam kelas kosong kira-kira jam 6.15 petang bersama seorang pelajar perempuan tingkatan lima. "Susulan penemuan berkenaan, pelajar perempuan itu yang juga tinggal di asrama sekolah berkenaan mendakwa telah dirogol suspek di kelas kosong berkenaan. Rakan sejawatnya yang terkejut bergegas menghubungi polis bagi tindakan selanjutnya. "Manakala, pihak sekolah pula memaklumkan insiden memalukan itu kepada ibu pelajar perempuan itu dan membuat laporan polis pada hari sama kejadian itu," katanya. Sementara itu, Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan kejadian itu dan suspek kini ditahan reman dari 16 hingga 23 April ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan sebat. P/s: Rogol aka suka sama suka lah ni! | ||
Cucu Pengasas Syarikat Perfileman Shaw Antara 44 Lelaki Ditahan Kerana Melanggan Pelacur Bawah Umur Posted: 20 Apr 2012 05:16 AM PDT
Penangkapan 44 lelaki, termasuk Howard Shaw, cucu Runme Shaw - pengasas syarikat dan studio perfileman Shaw yang amat dihormati di Asia - kerana mengadakan hubungan seks dengan pelacur bawah umur di Singapura telah mencetuskan perdebatan umum. Berdasarkan maklumat pada laman sesawangnya, pelajar sekolah Singapura itu melacurkan dirinya secara rela hati walaupun menyedari dia masih di bawah umur. Pelanggannya yang ditahan mungkin terpedaya apabila di laman sesawang itu memaklumkan bahawa pelajar itu berusia 18 tahun. Jelas sekali, dia dan ibu ayamnya telah berbohong dan menipu pelanggan yang menyebabkan mereka melakukan kesalahan tanpa disedari (melanggan pelacur sah jika pelacur di atas usia 18 tahun?). Howard Shaw, 41, baru-baru ini muncul di kulit sebuah majalah masyarakat atasan dengan isterinya dalam sebuah artikel tentang kisah-kisah cinta yang berkekalan. Pada hari Rabu, Shaw didakwa atas tuduhan melanggan gadis bawah umur untuk tujuan seks. Menurut The Straits Times, Shaw dan isterinya, Jessie Xue telah berkahwin pada November 2011 selepas berpacaran selama enam tahun. Shaw menghadapi satu pertuduhan membayar pelacur bawah umur S$500 untuk tujuan seks pada 30 Oktober 2010 di Hotel Bencoolen, 81 Bencoolen Street. Kesnya akan didengar pada 18 Jun nanti. DCM/DC/AsiaOne, The New Paper, The Straits Times / ANN | ||
Iklan Membesarkan Payudara, Mudahnya Wanita Dimanipulasi Pengusaha Produk Kosmetik Posted: 20 Apr 2012 12:00 AM PDT
Pertama, status dan testimoni dalam iklan di atas mungkin hanya rekaan semata-mata. Biasalah, kerap sangat kita membaca testimoni memuji sesuatu produk melambung tinggi sehingga ada yang kantoi apabila menyalin dan menampal testimoni produk luar negara. Kedua, katakanlah status atau testimoni di atas adalah benar. Cuba bayangkan anda adalah suami atau kaum keluarga wanita di atas. Apakah perasaan anda melihat gambar super hot di atas? Bangga? Anda bangga isteri anda digambarkan seperti itu? Gambar ini berkemungkinan hasil kesan Photoshop seperti juga iklan yang memaparkan gambar model yang dikatakan langsing selepas mengambil produk atau menjalani rawatan kecantikan tertentu. Bukan menafikan hasil rawatan, tetapi kesan Photoshop digunakan untuk memastikan model kelihatan sempurna. Seperti juga gambar di atas, payudara wanita itu mungkin dibesarkan untuk memberikan kesan "wow" kepada pembaca akhbar atau majalah. Yang kita hairan apabila wanita yang menjadi model sesuatu produk (misalnya di atas) sanggup dipergunakan sehingga mencemarkan maruah diri, keluarga, dan suami untuk imbuhan yang tidak sebesar mana. Sedangkan gambar ini berlegar-legar dari skrin ke skrin menjadi tatapan umum. Ada yang mengkritiknya, ada juga yang berahi melihat gambarnya. Baca pula catatan kononnya ditulis oleh model iklan ini. Penggunaan frasa "nasi lemak 20 sen", "risau suami cari perempuan lain", "lelaki di luar sana melirikkan mata pada..." dan sebagainya benar-benar merendahkan/mempertikaikan tubuh badan yang dikurnai Allah, martabat seorang wanita, dan maruah suami. Adakah wanita di atas bangga membaca testimoni tersebut? -DCM P/s: Banyak wanita yang dimanipulasi pengeluar produk untuk meningkatkan keuntungan tanpa mengira kesan tindakan itu kepada pelbagai pihak. | ||
Selepas Dimabukkan,Lelaki Ratah Bakal Adik Ipar Posted: 19 Apr 2012 11:06 PM PDT Diperkosa bakal abang ipar [HM] KUCHING: Seorang remaja bukan saja dipaksa meneguk minuman keras hingga mabuk, malah turut dirogol bakal abang iparnya dalam kejadian di rumah sewa di Jalan Sultan Tengah, di sini. Mangsa berusia 18 tahun mendakwa kejadian itu berlaku tiga minggu lalu, namun hanya membuat laporan polis malam kelmarin. Menurut sumber, mangsa mendakwa, kejadian itu berlaku apabila bakal abang ipar berusia 20-an itu turut mengugut memukul mangsa menggunakan botol jika enggan melayan nafsu serakahnya. "Mangsa yang kini mendirikan rumah tangga membuat laporan polis kerana bimbang suspek mengganggu kehidupannya. "Dalam laporan dibuat pada jam 9 malam semalam (kelmarin), mangsa mendakwa kejadian itu berlaku di rumah sewa lelaki berkenaan yang bakal menjadi suami kepada kakaknya. Mangsa tidak berani membuat laporan polis lebih awal kerana takut diugut suspek. "Suspek mengugut mengupah rakan untuk membelasah mangsa jika mendedahkan perbuatan itu kepada ahli keluarga menyebabkan terpaksa merahsiakan kejadian yang berlaku," katanya. Sumber itu berkata, selepas tidak tahan penderitaan ditanggung, mangsa akhirnya memberanikan diri membuat laporan di Balai Polis Santubong. Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan kerana merogol. | ||
Remaja 13 Tahun Perkosa Anak Jiran Posted: 19 Apr 2012 08:45 PM PDT [HM] PADANG BESAR: Baru berusia 13 tahun, tetapi seorang budak lelaki sudah berani merogol seorang budak perempuan berusia lapan tahun yang juga jirannya dalam sebuah tandas dewan orang ramai di sini, Selasa lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, budak lelaki berkenaan yang tinggal berdekatan rumah mangsa di Kampung Tersusun Padang Besar, di sini, memanggil budak perempuan itu datang ke kawasan dewan berkenaan, kononnya ada urusan. Budak lelaki itu kemudian membawa membawa kanak-kanak perempuan malang itu ke dalam sebuah tandas di situ sebelum merogolnya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Superintendan Nashir Ya berkata, mangsa yang takut selepas kejadian itu, pulang ke rumahnya tergesa-gesa sebelum memberitahu kakaknya yang berada di rumah sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar, kelmarin," katanya. Menurutnya, kakak mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin. Budak lelaki itu ditahan polis di rumahnya dan kini ditahan bagi siasatan selanjutnya. P/s: Sebelum ini DCM ada memetik berita budak 9 tahun merogol rakan kelasnya. Inilah situasi sosial remaja di Malaysia. Kadang-kadang perilaku remaja kita lebih hebat daripada remaja di negara Barat! | ||
Zara Shafruddin yang Berkahwin dengan Anak Bekas PM Australia Berasal dari Pulau Pinang? Posted: 19 Apr 2012 07:30 PM PDT Ingatkan orang Melayu luar negara atau orang Indonesia, namun jika benar dinding FB di atas milik Zara yang dimaksudkan, maka jelas di situ tertera negeri asalnya, iaitu Pulau Pinang, Malaysia. Cerita dan gambar perkahwinan gadis Melayu itu di sini. | ||
[Gambar] Gadis Melayu Berkahwin dengan Anak Bekas PM Australia di Gereja St James Sydney Posted: 19 Apr 2012 06:00 PM PDT Akhbar Telegraph melaporkan Nick Rudd, 25, anak bekas Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd berkahwin dengan gadis Melayu bernama Zara Shafruddin. Pasangan itu dilaporkan bertukar-tukar ikrar di Gereja St James di King St Sydney. Kevin Rudd, isterinya Therese Rein, dan anak perempuan mereka, Jessica mengumumkan berita gembira itu di Twitter. Majlis perkahwinan itu telah dihadiri oleh kawan rapat dan keluarga pasangan itu. Selepas upacara di gereja itu, pasangan itu telah dibawa ke Catalina, Rose Bay untuk majlis resepsi. - DCM/Telegraph | ||
Tiada Penambahbaikan, PRU 13 Paling Kotor Posted: 19 Apr 2012 05:18 PM PDT [HD] KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menyifatkan apa yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk penambahbaikan pilihan raya tidak akan ditunaikan dalam PRU ke-13 ini. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, soal utama yang disebut oleh jawatakuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan proses pilihan raya dan laporan minoriti tidak ditangani termasuk soal daftar pemilih. "Walapun ada beberapa pindaan kecil berkaitan istilah diluluskan tetapi ternyata PRU akan diadakan kotor dan SPR bersekongkol dalam kerja jijik, kengganan mereka membersihkan daftar pengundi," katanya dalam sidang media petang tadi. Terdahulu, beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menegaskan sidang mesyuarat dewan rakyat hari ini sepatutnya membuat pindaan berhubung perkara pokok seperti laporan minoriti ataupun sekurang-kurangnya 22 syor PSC berhubung penambahbaikan proses pilihan raya. Bagaimanapun, persidangan dewan rakyat masih membincangkan pindaan yang bersifat remeh temeh seperti soal barung (pondok panas), poster, istilah buang undi, istilah jarak dari pusat pengundi dan agen pengiraan undi bagi Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012. Ahli Parlimen (PAS-Kota Bharu) Datuk Wan Rahim Wan Abdullah ketika berbahas turut mempersoalkan bilakah kerajaan akan memasukkan laporan PSC itu di dalam pindaan rang undang-undang itu. "Apakah syor itu akan dilaksanakan selepas pilihan raya umum nanti? Nampaknya PSC seperti sandiwara, walaupun hari terakhir kita tidak nampak ada pindaan itu," soalnya. Ahli Parlimen (DAP-Rasah) Anthony Loke mempertikaikan langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baru semalam mengadakan mesyuarat selepas dua minggu laporan PSC diluluskan dalam parlimen. "SPR hanya mesyuarat semalam, tetapi nampaknya sidang ini tidak sempat. Kalau dewan bubar Jun ini bermakna 22 perkara itu tidak dapat dilaksanakan dalam PRU nanti," katanya. Sementara itu, Ahli Parlimen (PAS-Shah Alam) Abdul Khalid Samad pula mencadangkan agar pindaan hari ini turut mengenakan hukuman kepada pihak seperti memasukkan senarai pengundi hantu, merosakkan dan memasukkan warga asing dalam daftar pemilih. "Bukanlah orang seperti ini patut dihukum kerana ia bukan sahaja merosakkan sistem pilihan raya dan mengkhianati negara," katanya ketika mencelah perbahasan Wan Rahim. Ahli Parlimen (PKR-Gombak) Azmin Ali turut mempertikaikan pindaan kepada rang undang-undang kesalahan pilihan raya yang disifatkan membuang masa hanya membahaskan perkara kecil bukannya perkara pokok seperti laporan minoriti PSC. Manakala Ahli Parlimen (PAS-Kuala Krai) Dr Hatta Ramli menyifatkan pindaan hari ini sia-sia kerana perkara pokok yang harus dibahaskan itulah yang akan menjanjikan pilihan raya yang bersih. 22 syor yang PSC yang diluluskan Parlimen antaranya, kerajaan sementara, undi pos kepada petugas media, tarikh pembubaran parlimen, membenarkan prapendaftaran seseorang warganegara untuk didaftarkan sebagai pemilih apabila mencapai umur 20 tahun, tempoh berkempen dan akses kepada media yang adil. | ||
2 Indikator Pembubaran Parlimen Posted: 19 Apr 2012 05:14 PM PDT [MSO] Saya masih belum membuat ramalan berhubung bila parlimen bakal dibubarkan dan bila pula tarikh pilihan raya umum ke-13 akan dilaksanakan. Sebelum ini sudah ada berbagai-bagai pihak membuat ramalan mengenai pilihan raya. Tarikh atau ketika popular ialah Mac. Ternyata Mac sudah pun berlalu pergi. Kini tarikh baru diberikan iaitu pada Jun. Apakah alasan Jun ini? Menurut Tengku Razaleigh Hamzah dalam satu percakapan dengan saya, beliau yakin parlimen akan dibubarkan tidak selepas Jun. Alasan Tengku Razaleigh waktu terbaik ialah pada sebelum Jun sebab kalau selepas Jun Umno bermasalah. Masalah besar Umno menurutnya kerana Umno sudah ketiadaan wang. Memang Umno sudah membahagi-bahagikan wang kepada rakyat dalam bentuk-bentuk yang disihirkan untuk tidak dilihat ianya rasuah politik. Tetapi semua pemberian itu termasuk BR1M bukan ikhlas melainkan ia rasuah politik. Kalau pun yang masih belum dibahagikan tetapi sudah dijanji ialah kepada peneroka Felda diramalkan setiap peneroka bakal menerima RM1,000 seorang. Penjawat awam juga sudah mulai menerima habuan masing-masing. Bonus yang dijanjikan sudah dimaksukkan ke dalam akauan. Ada yang menerima di antara RM500 hingga RM1,000. Berdasarkan itu Tengku Razalegih mengira Umno sudah kekeringan wang? Soalnya apakah semudah itu Umno akan kehilangan sumber? Untuk mendapat kuasa kemudian dengan kuasa boleh mendapatkan wang membayar balik perbelanjaan pilihan raya atau untuk berbelanja apa-apa saja termasuk membayar artis jutaan ringgit, banyak pelabur yang ingin menanam budi. Umno sebagai parti yang sudah ada banyak konteks kewangan mudah mendapat wang. Pelabur, korporat syarikat GLC dan sebagainya akan melempat duit kepada UBN. Wang kali ini adalah kekuatan utama Umno. Kalau sebelum ini wang dikombinasi dengan wibawa Umno, tetapi bukan kali ini. Umno sudah tidak ada wibawa kini. Justeru parti itu akan menggunakan wang sebanyak mungkin. Kalau dalam pilihan raya lalu melibatkan perbelajaan ratusan billion kali ini mungkin ribuan billion. Selain wang Umno juga akan menggunakan kekerasan hatta nyawa demi kemenangan. Dalam keadaan terdesak dan perjuangan ini di antara hidup dan mati Umno akan membayar dengan darah. Itu sebab Umno meletakkan syarat dan matlamatnya untuk bangsa. Najib pernah bersumpah akan mempertahankan Putrajaya hingga ke akhir hayat. Semua kata-kata dan slogan perjuangan itu menunjukkan Umno akan menjadi gila lebih gila dari gila-gila sebelum ini. Penggunaan kekerasan ini sudah pun bermula, beberapa siri mengganggu majlis Pakatan Rakyat adalah buktinya. Dari sekecil perkara hingga sampai sebesar perkara dilakukan Umno. Sebelum ini mana ada idea Umno untuk mengibarkan bendera BN di stesen komuter tetapi kali ini dilakukan. Ini menunjukkan keterdesakan parti itu. Mengenai keganasan yang berlaku di seluruh negara, kecuali Sabah dan Sarawak, ada orang cuba menafikan itu bukan atas arahan Umno. Saya hendak tanya secara logik kalau bukan Umno masakan para samseng bertindak sendiri, jauh sekali arahan beruk dan lotong. Persoalan sekarang bila Parlimen akan dibubarkan dan bilakah tarikh PRU 13. Ada dua indikator yang saya lihat akan digunakan untuk membubar Parlimen. Indikator ini akan diguna pakai oleh Najib sebab beliau berkuasa dalam soal menentukan parlimen dibubarkan dan bila tarikh pilihan raya umum akan diadakan. Pertama, ialah himpunan Bersih, Duduk dan Bantah yang akan diadakan pada 28 April ini. Peristiwa ini akan dijadikan penanda aras sejauh mana sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat. Umno beriya dan bersungguh benar mengagalkan himpunan ini. Sekiranya himpunan ini gagal mengundang lebih 100,000 demostran ia menggembirakan Umno. Kerana itu Umno cuba tidak memberi publisiti kepada himpunan kali ini agar ia tidak diberikan sambutan ghairah. Provokasi seperti himpunan Bersih 2.0 sebelum ini tidak dilakukan. Hari ini mana adalah istilah himpunan Bersih sebagai haram. Mana ada lagi report polis oleh NGO atau perrtubuhan-pertubuhan sengket. Begitu juga dengan polis tidak diam membisu dan tidak ada sepatah arang pun komen kepada himpunan Bersih. Ada dua sebab kenapa ini wujud. Pertama kerana UBN (kerajaan) ingin menguji akta himpuan aman yang dilulus baru-baru ini apakah ia berkesan atau tidak. Umno tidak mengacau dan membuat provokasi agar ia berlangsung dalam keadaan aman. Dengan itu ia akan mengesahkan bahawa akta itu berjaya. Kedua, kerana pengalaman dialami pada Bersih 2.0 cukup memberi pengajaran. Disebabkan tindakan polis kelihatan nampak tegas dan menguar-uarkan kepada umum himpunan itu haram menyebabkan ia memberi suasana lain. Rakyat bingkas tidak mempedulikan amaran polis. Provokasi polis menyebabkan Bersih 2.0 berjaya. Tindakan dan taktik polis itu sebagai reverse saikologi. Ia nampak berjaya hari ini bila mana mana mood rakyat kepada Bersih 3.0 kali ini nampak tidak begitu bersungguh. Sehingga ke hari ini suasana Bersih masih belum wujud di mana-mana. Wap Bersih belum memandikan tubuh rakyat. Kelanggaran polis kali ini nampak jelas sekali bila mana T-shirt Bersih berwarna kuning boleh dijual di mana-mana tidak seperti dulu peniaga pun dikejar sampai ke dalam reban ayam. Sekiranya Bersih 3.0 ini hangat dan lebih 100,000 apa lagi mencecah 500,000 seperti mana diharapkan kemungkinan pilihan raya ke 13 akan dilambatkan. Apa lagi kalau perayaan Umno pada 1 hingga 13 Mei lesu dan tidak bermaya kemungkinan ia akan dibawa hingga ke tahun depan. Indikator kedua yang akan diguna pakai Umno ialah majlis sambutan Umno pada 11 Mei yang akan bermula pada 1 Mei. Umno akan mengadakan bermacam-macam majlis dan program untuk menarik sokongan rakyat. Kemuncak sambutan ini ialah di stadium Bukit Jalil. Umno mensasarkan suku ahlinya (1 juta) hadir pada majlis berkenaan. Sekiranya angka itu dapat dicapai dan angka di Bersih kurang 100,000 kemungkinan besar parlimen akan dibubarkan pada pertengah Mei dan pilihan raya akan diadakan pada Jun. Tarikh yang disebutkan pembubaran parlimen ialah antara 16 hingga 23 Mei manakala hari mengundi ialah pada 9 atau 18 Jun. Sama-sama kita tunggu kepada kedua-dua majlis dan himpunan berkenaan. Kedua himpunan itu adalah perang saraf terakhir bagi kedua-dua pihak Pakatan Rakyat dan UBN. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan