DIALOG RAKYAT |
- Bedilan gas pemedih: Kejadian 709 berulang
- Kawasan Masjid Negara kembali tenang
- Zuraida: Bersih 3.0 capai sasaran
- 30 rakyat Malaysia 'Duduk, Bantah dan Makan' di Dubai
- Ambiga isytihar BERSIH 3.0 berjaya, 250,000 hadir
- Bersih 3.0 berakhir dengan 'hodoh'
- Orang ramai marah, terbalikkan kereta polis
- Dataran Merdeka Ditawan
- Pak Samad terus jadi perhatian
- TERKINI: 80,000 penyokong Bersih banjiri KL
- Peserta Bersih Tanah Merah naiki 12 gerabak kereta api
- Langsung Himpunan Duduk Bantah Bersih 3.0
- Pemimpin PAS sudah bersedia ke Dataran Merdeka
- Unit Amal PAS ditahan di KLCC
- Lintas Langsung Bersih 3.0 Dari Kuala Lumpur
- BERSIH 3.0 hak milik rakyat Malaysia 100%
- BERSIH 3.0: DAP tegur Tunku Aziz
- Negro ganggu isteri orang dibelasah
- Budak lelaki Belanda diculik di KL
- Hampir 5,000 Sedang Mabit Di Dataran Merdeka
- Himpunan Hijau mulai jam 11 di KLCC
- Rakyat dimusuhi berhimpun di Dataran Merdeka
- Ambiga degil mahu teruskan demonstrasi Bersih hari ini
- 1,000 berkumpul dekat Dataran hingga 2.30 pagi
- Nasib Bersih 3.0 sama seperti sebelumnya
Bedilan gas pemedih: Kejadian 709 berulang Posted: 28 Apr 2012 06:07 AM PDT Pengalaman pedih 709 berulang apabila FRU membedil gas pemedih mata terhadap kira-kira 10 ribu orang yang berkumpul di persimpangan jalan berdekatan Dataran Merdeka. Peserta perhimpunan BERSIH 3.0 yang antaranya orang tua dan budak berlari lintang pukang untuk menyelamatkan diri daripada asap gas pemedih mata. Sungguhpun diadakan sekatan jalan raya, dan Dataran Merdeka ditutup dengan kawat besi, namun ia gagal menghalang kebanjiran manusia dari rata-rata ke lokasi perhimpunan. Mereka duduk sambil melaungkan slogan, kadang-kala bangun dan menyanyikan lagu Negaraku, dari kira-kira jam 9 pagi hingga tengah hari. Beberapa orang pemimpin, termasuk ahli jawatankuasa pemandu BERSIH Wong Chin Huat, Naib Presiden PAS Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden PKR Tian Chua, dan pemimpin mahasiswa menyampaikan ucapan mereka. Malah dalam ucapan Wong Chin Huat, yang memegang perlembagaan persekutuan dalam tangannya, berkata selagi hati dan jiwa rakyat adalah bebas dan merdeka, maka tempat yang berkumpul itu dinamakan "Dataran Merdeka". Segala-galanya berjalan dengan lancar, dan hampir menutup tirai pada jam 3 petang. Namun, dengan pembedilan gas pemedih mata pada jam 3 petang, perhimpunan Duduk Bantah berakhir sebagaimana yang berlaku pada 9 Julai 2011. Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim tiba untuk berucap di persimpangan yang berhampiran dengan Dataran Merdeka pada kira-kira jam 3 petang. Beliau memberi ucapan ringkasnya dengan pembesar suara yang tidak begitu baik fungsinya. Peserta menjerit agar kawat besi dibuka. Anwar pada mulanya menunjukkan isyarat "tidak". Namun beberapa orang peserta di situ kelihatan telah berjaya melonggarkan kawat berduri dan berpusu-pusu mahu menembusi halangan tersebut. Dalam keadaan yang sesak, gas pemedih mata telah dilepaskan. Dan meriam air juga ditembak ke atas peserta perhimpunan. Ramai yang berlari lintang pukang setelah gas pemedih mata dilepaskan. Malah gas pemedih mata dilepaskan bertalu-talu sehingga peserta perlu melarikan diri ke lorong-lorong kecil. Terdapat juga kanak-kanak yang ketangisan, di samping orang tua yang sesak nafasnya. Malah wartawan berjumpa seorang unit amal sedang diselamatkan seorang peserta di atas kereta kerana kesesakan nafas. Tangkapan dan kekerasan yang digunakan Meskipun Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein mengakui bahawa kerajaan mungkin "bertindak terlampau" (over react) ketika mengendalikan perhimpunan BERSIH 2,0 pada 9 Julai lalu, namun cara polis menangani BERSIH 3.0 nampaknya tidak banyak berbeza dengan dahulu. Tangkapan terus berlaku, malah mereka yang ditangkap mengadu dirinya dikasari oleh polis. Pada masa yang sama, wartawan dan jurugambar juga dilarang mengambil gambar aksi-aksi polis ketika menangkap peserta perhimpunan BERSIH 3.0. Beberapa orang pengsan kerana terhidu terlalu banyak gas pemedih mata, dan dihantar ke hospital. Malah tindakan polis dan FRU telah mencungkil kemarahan rakyat, sehingga sebuah kereta polis diterbalikkan. Ketegangan antara polis dengan peserta perhimpunan tidak kurang ketaranya berbanding 709. | ||||||||||||||||||||||||||||||
Kawasan Masjid Negara kembali tenang Posted: 28 Apr 2012 05:38 AM PDT Jalan Kinabalu dan laluan sekitar bulatan Masjid Negara mula dibuka dan dilalui kenderaan orang ramai seperti biasa. KUALA LUMPUR: Di Masjid Negara pula keadaan tenang apabila beberapa kumpulan kecil menunaikan solat Asar dan berehat di perkarangan masjid sebelum dilihat mula beransur meninggalkan premis sekitar jam 5.00 petang tadi. Jalan Kinabalu dan laluan sekitar bulatan Masjid Negara mula dibuka dan dilalui kenderaan orang ramai seperti biasa. Berbeza dengan keadaan di awal petang tadi, gas pemedih mata dilepaskan ke arah peserta Bersih 3.0 Duduk Bantah. Kawasan berhampiran Dataran Merdeka kelihatan tenang dan sunyi selepas polis berjaya menyuraikan peserta Bersih 3.0. Sebelum itu, polis berjaya menyekat kemaraan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kira-kira 5,000 penyokongnya menuju ke Dataran Merdeka. Anwar yang mula tiba dari Stesen Keretapi Kuala Lumpur mula berjalan ke Masjid Negara pada pukul 12.30 tengahari tadi sambil diiringi laungan 'Reformasi'. Namun berjaya disekat oleh barisan anggota polis yang membuat kubu menghalang kumpulan terbabit. Anwar kemudiannya berundur semula ke perkarangan Masjid Negara dan dijangka bergerak semula selepas Solat Zuhur. | ||||||||||||||||||||||||||||||
Zuraida: Bersih 3.0 capai sasaran Posted: 28 Apr 2012 05:36 AM PDT Rakyat dah faham apa yang mereka buat dan tujuan mereka datang ke sini, katanya. KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin ditemui FMT berkata, sasaran untuk Bersih 3.0 tercapai dengan kehadiran rakyat turun bersama-sama menuntut pilihan raya bersih dan adil. "Rakyat dah faham apa yang mereka buat dan tujuan mereka datang ke sini. Anak muda di kalangan bangsa Cina pun ramai yang turun," kata Ketua Wanita PKR itu ketika ditemui di Jalan TAR. Dianggarkan lebih 80,000 peserta daripada berbilang bangsa dan lapisan masyarakat hadir di sekitar Dataran Merdeka sejak awal pagi tadi untuk menuntut pilihan raya yang bebas, adil dan bersih. | ||||||||||||||||||||||||||||||
30 rakyat Malaysia 'Duduk, Bantah dan Makan' di Dubai Posted: 28 Apr 2012 05:21 AM PDT
(Selepas 'Duduk, Bantah dan Makan' mereka bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan) DUBAI: Lebih 30 pekerja profesional Malaysia yang bertugas di Dubai sekarang berhimpun bagi menyatakan sokongan terhadap perjuangan untuk pilihan raya yang bersih dan adil. Mereka 'Duduk Bantah sambil Makan' sambil mengambil gambar tanda sokongan kepada perjuangan Bersih. "Sebagai pekerja profeional dari Malaysia, kami mahu tunjukkan kami juga patriotik. Kami mahu Malaysia dikenali sebagai pengamal demokrasi sebenar," kata jurucakap mereka. Selain itu, difahamkan juga, beberapa tindakan dibuat bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap perjuangan untuk mendapatkan pilihan raya yang berih dan adil. Dubai adalah salah satu dari 30 kotaraya seluruh dunia yang turut meraikan perjuangan Bersih 3.0 dengan turut mengadakan perhimpunan di tempat mereka. | ||||||||||||||||||||||||||||||
Ambiga isytihar BERSIH 3.0 berjaya, 250,000 hadir Posted: 28 Apr 2012 05:09 AM PDT Gabungan menuntut pilihan raya bersih dan adil (BERSIH) berkata perhimpunan mereka berjaya dan mendakwa 250,000 rakyat Malaysia turun menyertai BERSIH 3.0 menuntut reformasi pilihan raya. "Dalam erti kata tersebut, ia adalah satu kejayaan," kata pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dalam sidang media selepas perhimpunan tersebut. "Suasana yang hebat dan bilangan yang ada di situ - ia amat besar." | ||||||||||||||||||||||||||||||
Bersih 3.0 berakhir dengan 'hodoh' Posted: 28 Apr 2012 03:19 AM PDT KUALA LUMPUR - Perhimpunan Bersih 3.0 yang dirancang untuk diadakan secara aman berakhir dengan kekecohan apabila segelintir peserta dan penyokong merempuh pagar halangan polis untuk memasuki Dataran Merdeka, pada jam 3 petang tadi, menyebabkan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menembak gas pemedih mata. Rempuhan itu dibuat hanya beberapa minit selepas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin lain, termasuk Datuk Ambiga tiba di tengah-tengah lautan penyokong. Penyokong Bersih tidak bersurai sepenuhnya dan ada yang dilihat membaling semula bekas gas pemedih mata yang dilepaskan, menyebabkan FRU menggunakan meriam air. Sebelum itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengumumkan penganjur Bersih sedang berunding dengan pihak polis untuk dibenarkan memasuki dataran dan berjanji perhimpunan itu kekal aman. Namun permintaan Azmin supaya penyokong bertenang sementara menunggu keputusan rundingan, tidak dilayan. Terdapat penunjuk perasaan ditahan di akhir perhimpunan, namun jumlah sebenar belum diketahui. Perhimpunan kali ini menyaksikan hampir 80,000 penyokong Bersih berkumpul di jalan raya sekitar Dataran Merdeka bagi menuntut pilihan raya yang adil. Mengikut kenyataan awal polis, sekitar 25,000 orang berkumpul di ibu negara hari ini. Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dipetik berkata pihaknya menganggarkan lebih 100,000 menyertai perhimpunan hari ini. Difahamkan kira-kira 100 orang, yang menyertai perhimpunan Bersih 3.0, dipercayai ditahan berhampiran kawasan Dataran Merdeka petang ini selepas tidak mematuhi arahan polis dan merempuh sekatan yang didirikan. Difahamkan sebahagian daripada mereka juga kanak-kanak. Polis dijadual mengadakan sidang media dalam waktu terdekat. Bersih membuat perancangan untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka antara 2 dan 4 petang. Bagaimanapun usaha itu tidak diluluskan oleh polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Kelmarin, polis memperoleh perintah mahkamah mengisytiharkan Dataran Merdeka sebagai kawasan larangan kepada penganjur Bersih 3.0 dan publik. Ekoran rempuhan dan kekecohan itu, Anwar dan pemimpin lain dipercayai dibawa ke lokasi selamat sebaik penyokong merempuh pagar. | ||||||||||||||||||||||||||||||
Orang ramai marah, terbalikkan kereta polis Posted: 28 Apr 2012 03:13 AM PDT MALAYSIA KINI SIARAN LANGSUNG 5.20pm Simpang Jalan Tun HS Lee-Jalan Tun Tan Cheng Lock (berhampiran Pasar Seni) - Anggota polis FRU kelihatan mula berehat-rehat selepas Unit Amal PAS membuat pengumuman mengerahkan peserta BERSIH bersurai. 5:01pm JLN TAR Kelihatan 4 trak polis menuju Jln Chow Kit. Peserta tidak tunjukkan tanda-tanda mahu bersurai. 5.03pm JLN TAR Seorang gadis pengsan dan dibawa mendapatkan rawatan oleh St John Ambulance. 455pm JALAN TAR Tapak pasar malam, sekumpulan peserta BERSIH dan polis bertumbuk. 4.45pm Pistol polis dirampas peserta BERSIH di hadapan SOGO, menurut tweet polis. 4.19pm Jalan TAR - Sekumpulan orang ramai yang marah bertindak menterbalikkan kereta polis selepas ia didakwa melanggar peserta di situ. 4.10pm - Jalan TAR - Sekumpulan peserta duduk di sepanjang jalan TAR yang ditutup. Seorang penjual ais-krim laris perniagaannya apabila menjadi tumpuan peserta untuk menghilangkan dahaga mereka. FRU melepas tembakan air bercampur kimia ke arah mereka di depan kedai Kamdar di Jalan TAR. 4.04pm Sebelum itu, beberapa wartawan yang berdiri di belakang FRU turut tertolak polis ke arah peserta ketika gas pemedih mata ditembak, mendedahkan mereka kepada gas yang memedihkan mata. 3.58pm Seorang lelaki berusia 35 tahun mengalami kesukaran bernafas berhampiran Dataran Maybank akibat gas pemedih mata. Dia pulih selepas diberi rawatan oleh pasukan perubatan. 3.58pm Masjid Jamek - Beratus-ratus peserta sedang berehat di taman di belakang Masjid Jamek untuk pulih daripada serangan meriam air dan gas pemedih mata. 3:49pm - JALAN RAJA LAUT Kira-kira 35 peserta BERSIH ditangkap dan dikumpulkan di hadapan bangunan DBKL. Turut ditahan ialah seorang wartawan akhbar Cina Oriental Daily kerana disangka salah seorang penyokong. Bagaimanapun, dia dilepaskan selepas polis mendapat dia sebenarnya wartawan akhbar berkenaan. 3:49pm Seorang peserta perhimpunan cedera di depan bangunan DBKL dan dibawa mendapatkan rawatan oleh St John Ambulance. 3.50pm Pusat membelibelah Sogo - Beberapa peserta berundur dari Dataran Merdeka di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan dikejar polis. 3.42pm Stesen LRT Dang Wangi - Selepas polis melepaskan tembakan gas pemedih mata di Jalan Tun Perak, beberapa peserta melarikan diri ke Jalan Dang Wangi dan Jalan Ampang. Mereka dilihat berjalan ke arah KLCC melalui Jalan Ampang. Kebanyakan mereka dijangka pulang. 3:29pm Majlis Peguam - Selepas arahan untuk bersurai dikeluarkan, tembakan meriam air dan gas pemedih mata dilepaskan ke atas orang ramai di luar bangunan Majlis Peguam di Lebuh Pasar Besar. 3.24pm Masjid Jamek - Di hadapan stesen LRT orang ramai enggan berganjak dan melaungkan "BERSIH" walaupun gas pemedih mata dilepaskan ke arah mereka. Mereka berundur setiap kali gas pemedih mata ditembak, tetapi kembali semula selepas itu. 3.20pm: Dataran Merdeka - kawat duri di Lebuh Pasar Besar dialih oleh orang ramai. Mereka kemudian mengalihkan penghalang plastik. Kira-kira 30 anggota polis yang bersenjatakan cota, perisai dan topeng gas bergerak membentuk benteng. Peserta dan polis kini bersemuka tanpa apa-apa di antara mereka. Ada yang bergambar manakala yang lain duduk di atas jalan menghadap polis. Komander polis bagi kawasan tersebut duduk di atas trak polis dengan pembesar suara tetapi belum mengeluarkan sebarang arahan. 3.15pm - Lagi gas pemedih mata di tembak di kawasan Coliseum di Jalan TAR. 3.13pm - Sebahagian peserta berundur ke jalan Pudu ekoran tembakan gas pemedih mata. 3.10am Masjid Jamek - lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan berhampiran stesen LRT Masjid Jamek. Difahamkan beberapa peserta yang cuba melanggar larangan memasuki Dataran Merdeka, telah ditangkap. 3.08pm Polis terpaksa lepas gas pemedih mata apabila peserta cuba rempuh halangan, demikian menurut tweet polis. 3.01pm: Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air di persimbangan jalan Tun Perak-Jalan TAR. Difahamkan polis bertindak demikian selepas ada peserta melanggar larangan memasuki Dataran Merdeka. 2.45pm Pasar Seni - Orang ramai mula bersurai di sekitar ibupejabat Majlis Peguam, yang dianggarkan sekitar 5,000 orang. Satu kumpulan masih berada di hadapan penghalang dan kawat duri yang memisahkan orang ramai dari Dataran Merdeka di seberang sungai. Sekitar 50 anggota FRU bersiap sedia. Orang ramai menjerit slogan BERSIH serta "hancur Rosmah" dan "Buka Pintu". 2:34pm Masjid Jamek - Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga berkata perhimpunan BERSIH 3.0 telah berjaya dan menggesa orang ramai supaya bersurai. Bagaimanapun, orang ramai melaungkan "Dataran! Dataran!" Sebelum ucapan Ambiga, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak akan bertolak ansur dengan politik kotor. Anwar adalah sebahagian daripada kumpulan yang berarak dari Masjid Negara. 2.15pm: Puduraya - Kumpulan 10,000 dari Masjid Negara sampai ke Puduraya dalam perarakan panjang ke Dataran Merdeka. 2pm Masjid Jamek - Anggota jawatankuasa MCA bahagian Kelana Datuk Lee Hwa Beng dilihat berhampiran restoran McDonalds. Katanya, beliau menyertai perhimpunan tersebut atas kapasiti peribadi dan MCA telah menyatakan dengan jelas bahawa ia tidak menghalang ahli daripada menyertainya. Ditanya mengapa beliau menyertai perhimpunan tersebut, Lee memetik dari buku barunya - PKFZ: A Nation's Trust Betrayed - bahawa berdiam diri bukan lagi satu pilihan. 2pm Orang ramai kini bertumpu di tiga kawasan utama - Jalan Tun Perak (dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka), Lebuh Pasar Besar (berhampiran ibu pejabat Majlis Peguam) dan Masjid Negara di mana jemaah bersolat Zohor. Ini bermakna Dataran Merdeka sudah dikelilingi sepenuhnya oleh orang ramai dari Utara dan Selatan. Kumpulan lain dijangka menyertai mereka dari Masjid Negara selepas solat. | ||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 28 Apr 2012 02:53 AM PDT
Peserta demo tak reti 'duduk diam'! Bangkit bangun melanggar sempadan, FRU naik angin dan turun asap, Pendemo hujung hilang dan pangkal lesap. Dataran Merdeka sudah ditawan! Oleh manusia yang tak serupa orang, Jadi dataran perang dan dataran berang, Kalah menang jadi abu arang. Dataran Merdeka tak merdeka lagi, Dipagar kawat duri dan polis sana sini, Tak bebas berjalan dan berlari, Siapa yang memajak dan menjajah dataran sejarah ini? Dataran usang ini kian berasap dan berair, Bersama harapan rakyat yang meresap dan mengalir. Faizal Riduan 2.30 petang 28 April 2012 Dataran Merdeka Puisi ini terinspirasi ketika melihat insiden demonstrasi Bersih 3.0 sebentar tadi. Penulis adalah Penulis Kanan, Milenia Muslim yang membuat liputan perhimpunan Bersih 3.0 hari ini. | ||||||||||||||||||||||||||||||
Pak Samad terus jadi perhatian Posted: 28 Apr 2012 02:51 AM PDT
(Bergambar bersama Pak Samad) KUALA LUMPUR: Pengerusi Bersama Bersih, Tan Sri Samad Said atau lebih dikenali dengan nama Pak Samad terus menjadi selebriti sepanjang perhimpunan Bersih 3.0 ini. Ke mana-mana sahaja beliau pergi, orang ramai akan mengerumuni beliau untuk bersalam dan bergambar. Beliau juga diminta memberikan ucapan walaupun diperhimpunan kecil yang beliau ada. Kegigihan beliau dalam menuntut hak rakyat juga menjadi inspirasi kepada anak muda untuk berjuang menuntut hak mereka. | ||||||||||||||||||||||||||||||
TERKINI: 80,000 penyokong Bersih banjiri KL Posted: 27 Apr 2012 11:48 PM PDT [TERKINI 2.20 PETANG] KUALA LUMPUR - Kehadiran peserta dan penyokong Bersih 3.0 pada masa sekarang, sekitar jam 2 petang, dipercayai telah meningkat ke paras 80,000 orang. Pihak penganjur sebelum ini merancang untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka mulai jam 2 petang hingga 4 petang. Setakat 1.30 tengah hari tadi, jumlah penyokong Bersih 3.0 yang berkumpul di luar kawasan Dataran Merdeka terus meningkat - peningkatan, secara berperingkat-peringkat sejak awal pagi tadi - menunjukkan sudah mencecah 50,000 orang. Angka tidak rasmi menunjukkan hampir 50,000 orang berkumpul di beberapa lokasi - peningkatan daripada 30,000 ketika sekitatr 12 tengah hari tadi. Berdasarkan perkembangan jam 1.45 tengah hari, peserta-peserta mula bergerak ke arah Dataran Merdeka, malah sebahagian lagi duduk di atas jalan raya sementara pihak berkuasa memberi kebenaran untuk memasuki kawasan Dataran Merdeka. Penyokong Bersih mula datang dalam kumpulan besar sejak 8.30 pagi tadi dari tiga arah berbeza - dari kawasan Kompleks Sogo, Masjid Negara dan Masjid Jamek dengan kebanyakan mengenakan kemeja-T Bersih berwarna kuning. Berdasarkan maklumat diterima juga menunjukkan, beberapa pemimpin sudah pun menyertai penyokong Bersih, antaranya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Presidnnya, Tian Chua. Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga juga sudah berada di kawasan pusat bandar untuk menghampiri Dataran Merdeka. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dikatakan berada di kawasan Masjid Negara dan akan menunaikan solat sebelum berarak bersma penyokongnya menuju ke Dataran Merdeka. Ekoran peningkatan penyokong Bersih sejak dua jam lalu, polis mula menempatkan pasukan LFU di kawasan Dataran Merdeka untuk menyuraikan mereka yang berkumpul. Mengikut maklumat sebelum ini, Bersih 3.0 membuat perancangan untuk berhimpun di Dataran Merdeka sekitar 2 petang, tetapi permintaan mereka tidak dibenarkan. Seorang anggota Unit Amal Pas, dari Pahang, juga dilaporkan ditahan. Terdahulu, setakat jam 10.15 pagi tadi, jumlah penyokong yang berada di persimpangan utama antara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja dianggarkan telah mencecah 8,000 orang. Tinjauan Sinar Harian Online sekitar 5 pagi tadi mendapati hanya sekitar 200 orang berada di kawasan tersebut. Maklumat yang diperoleh oleh Sinar Harian Online menunjukkan angka peserta Bersih yang berhimpun di kawasan berdekatan dengan Dataran Merdeka sudah mencecah 15,000 orang. | ||||||||||||||||||||||||||||||
Peserta Bersih Tanah Merah naiki 12 gerabak kereta api Posted: 27 Apr 2012 11:32 PM PDT
TANAH MERAH: Biar pun kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan mahkamah bagi menghalang perhimpunan Duduk Bantah di Dataran Merdeka petang ini, namun ia tidak mematah semangat kira-kira 5,000 pendokong Pakatan Rakyat dari sini menyertainya. Malam tadi sebahagian mereka menaiki 12 gerabak kereta api Ekspress Wau dari Tanah Merah menuju ke Kuala Lumpur bagi menyertai perhimpunan membantah ketidakadilan dalam proses pengendalian pilihan raya di negara ini. Sejak awal malam lagi stesen kereta api Tanah Merah mulai penuh dengan peserta Bersih 3.0 terutamanya mereka yang datang dari tempat yang agak jauh. Rombongan berkenaan diketuai anggota Jawatankuasa PAS Tanah Merah, Mejar (B) Ramli Zakaria. Turut serta bersama rombongan berkenaan Setiausaha Kerja PAS Tanah Merah, Mohd Nordin Ahmad dan anggota jawatankuasa Dewan Muslimat PAS kawasan, Wan Doti Wan Yahya. Nordin berkata, mereka menaiki 12 gerabak dan yang lain menaiki bas dan kenderaan sendiri yang bertolak lebih awal. Difahamkan Kereta Api Tanah Melayu menambah bilangan gerabak memandangkan permintaan penumpang begitu tinggi. Kereta api ekspress terbabit tiba kira-kira jam 9 malam dan mereka beratur panjang menaiki gerabak berhawa dingin untuk bersama rakyat dari jajahan lain menyertai Duduk Bantah petang ini. | ||||||||||||||||||||||||||||||
Langsung Himpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 Posted: 27 Apr 2012 11:21 PM PDT
Sila refresh untuk mendapatkan laporan terkini. 1.48 pm: Lokasi Masjid Negara - perarakan bermula dan peserta seramai 10 ribu orang. 1.45 pm: Karpal Singh dibenar melepasi sekatan pihak polis selepas perbincangan antara mereka. Dua jenis senapang dilihat digunakan pihak polis. Senapang biasa untuk gas pemedih mata dan juga senapang peluru getah. Bagaimanapun polis masih belum melepaskan sebarang tembakan, hanya bersedia. Seorang lelaki cuba menghadiahkan jambangan bunga kepada anggota polis yang sedang berbaris, tetapi tidak dilayan. 1.43 pm: Kumpulan peserta di Central Market mula bergerak ke Dataran sambil melaungkan "Bersih, bersih , bersih". Kumpulan ini bertambah ramai dengan kehadiran peserta dari Brickfields. Dianggarkan jumlah peserta kumpulan ini kira-kira 10 ribu orang. 1.40 pm: Lokasi Masjid Negara - Perarakan bermula dan peserta dianggar seramai 10 ribu orang. 1.37 pm: Lokasi Masjid Negara - Presiden Pas TG Abdul Hadi tiba di lokasi dan akan bersama-sama berarak ke Dataran. 1.34 pm: Peguam Karpal Singh yang berkerusi roda cuba memohon untuk melepasi sekatan pihak polis. Perbincangan sedang berlaku. 1.30 pm: Pesuruhjaya Suhakam, James Nayagam berpendapat perhimpunan hari ini berlangsung dengan aman. Beliau berharap semua pihak memberikan kerjasama selaras dengan semangat Perlembagaan Malaysia yang menjamin hak rakyat untuk berkumpul dan berhimpun. Suhakam meletakkan 15 orang wakilnya bagi memantau himpunan ini. Unit Amal bersiap sedia untuk berarak dari Masjid Negara. 1.20 pm: Polis dalam keadaan bersedia melepaskan tembakan gas pemedih mata. 1.15 pm: Sebahagian besar masih tetap di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Tunku Abdul Rahman berhampiran Dataran. 1.05 pm: Lokasi Masjid Negara - pihak polis membuat sekatan ketat dilaluan menghala ke Dataran Merdeka dengan anggota melebihi 200 orang bagi tujuan menghalang kemaraan pemimpin PR dan peserta Bersih di Masjid Negara dianggar melebihi 10 ribu orang. 1.04 pm: Peserta di Dataran Merdeka mula berundur ke jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak berhampiran Masjid Jamek. 1.02 pm: Pasukan FRU bersedia melepaskan tembakan. 12.59 pm: Amaran bersurai diumumkan pihak polis. 12.55 pm: Pemimpin-pemimpin utama, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa orang lagi memulakan ucapan semangat sementara menunggu masuknya waktu Zuhur di Masjid Negara. 12.52 pm: Lokasi KLCC - Polis mula menganas dengan menangkap 3 pemuda peserta himpunan sebaik sahaja semua peserta himpunan dari KLCC bergerak menuju Dataran Merdeka. Mereka ditangkap, ditendang dan diheret ke dalam van polis. Peserta lain yang melihat kejadian mengecam tindakan ganas polis. Antara peserta yang lihat kejadian berkata, "Sekiranya mengapa-apakan peserta yang ditangkap, PRU 13 kita tolak Umno. Najib tak layak jadi PM." Tinjauan di tempat kejadian di KLCC. Didapati hampir 20 ribu mula bergerak ke dataran merdeka namun Jalan Pudu ditutup. 12.50 pm: Dataran - Pasukan polis sudah bersedia untuk lepaskan gas pemedih mata. 12.45 pm: Lebih 500 anggota polis dihat bergerak menuju ke persimpangan hadapan Bank rakyat. Mereka berkumpul di bawah jejantas berhampiran medan selera D' Tebing. Pasukan LSF mula membuat sekatan di persimpangan jalan di hadapan medan selera D' Tebing. Di sini dipercayai laluan kumpulan dari Masjid Negara untuk bergabung dengan kumpulan Dataran Merdeka Dianggarkan hampir 1,000 anggota LSF dan polis berhimpun menutup jalan di sini 12.40 pm: Wakil Juham, Abang Mohd Kerdee Abang Masagos berkata, pihak polis enggan berunding. Ketibaan peguam Juham disambut dengan sorakan peserta yang menunggu di Dataran. 12.37 pm: Trak water canon fru kini mula memasuki kawasan dataran merdeka. Dianggarkan lebih 20 buah. Naib Presiden PAS mula bergerak dari Pejabat Agung Pas menuju ke Dataran Merdeka. Jumlah peserta di dataran merdeka kini dianggarkan mencecah 10,000 orang. Turut kedengaran laungan 'Duduk bantah, berdiri Umno' 12.35 pm: Kereta Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat melalui Masjid Negara menuju ke Dataran Merdeka. Bagaimanapun masih belum diketahui beliau akan turun di mana. 12.31 pm: Peserta dari Sogo mula bergerak ke Dataran Merdeka melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman. Perarakan diketuai oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli sambil diiringin laungan kata-kata semangat. Polis mula bergerak menghampiri Dataran Merdeka, dipercayai bagi menyekat kemaraan peserta. 12.30 pm: Pasukan Unit Amal mula mengawal ketat keselamatan pemimpin utama di Masjid Negara. 12.10 pm: Dataran - Peserta beramai-ramai melaungkan lagu negaraku. 12.08 pm: Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir tiba di perkarangan Masjid Negara. 12.06 pm: 16 belas trak FRU termasuk 1 trak water canon dilihat mula bergerak masuk dari jalan parlimen menuju ke Masjid Negara. 12.05 pm: Kumpulan dari KLCC tiba di hadapan kompleks Pertama. Kelihatan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Dr Hatta ramli dan Dr Syed Azman berada dalam kumpulan tersebut. 12.04 pm: Seorang peniaga di kompleks Pertama melahirkan rasa kesal dengan melaungkan kata-kata kekesalan terhadap peserta yang berkumpul. Pihak polis sebelum ini cuba mententeramkan beliau. Ramai peserta menganggap ia sebagai satu provokasi. 12.02 pm: Zunar yang baru tiba di perkarangan CM meminta semua peserta Bersih tunggu di situ sementara menunggu arahan daripada pimpinan Bersih. Menurut zunar para peserta akan bergerak ke Dataran Merdeka jam 1.30 petang. Para peserta Bersih kelihatan bersemangat dan tidak sabar-sabar untuk ke Dataran Merdeka. Ketika ini suasana di depan CM bertambah meriah dengan iringan sajak yang disampaika oleh salah seorang peserta bersih. Sebelum itu, para peserta turut menyanyikan lagu Negaraku. 12.00 pm: Lebih 5,000 berkumpul di perkarangan Masjid Negara. Sebahagiannya menyanyikan lagu Negaraku. 11.59 am: Kumpulan di Masjid negara melaungkan "Bangkit Melayu, Bangkit Cina, Bangkit India, Kita Sama, Sokong Bersih" 11.57 am: Hampir 1000 orang menghampiri Sogo sambil melaungkan takbir, reformasi dan pelbagai kata-kata semangat. Terdapat beberapa provokasi kecil, bagaimanapun tiada sebarang kekacauan berlaku. 11.55 am: Dianggarkan jumlah peserta di Dataran Merdeka kini mencecah 7,000 orang. Kumpulan dari Masjid Jamek turut bergabung di sini. Sepanjang jalan dari persimpangan Bank Rakyat ke stesen masjid jamek penuh dengan peserta. Mereka kini mula memenuhi simpang jalan tunku abdul rahman pula. 11.52 am: 2 buah helikopter polis berlegar rendah di perkarangan masjid Negara. 11.50 am: Azmin Ali memberikan ucapan dihadapan ribuan peserta.Lokasi Dataran - Alat yang didakwa LARD yg dipasang di tiang lampu isyarat jalan raja berhadapan mahkamah 11.46 am: Kira-kira 300 peserta dari Kajang berarak dari stesen KTM Kuala Lumpur ke Masjid Negara. 11.45 am: Kumpulan dari Masjid Jamek dipimpin Azmin Ali tiba di dataran dengan laungan reformasi. 11.42 am: Kumpulan dari Masjid Jamek kini mula beransur-ansur bergabung dengan kumpulan yang berkumpul di dataran merdeka. 11.40 am: Lebih 1,000 peserta Duduk Bantah berkumpul di perkarangan Masjid Negara sementara menunggu jam 2 petang. 11.37 am: Sebahagian peserta kini mula bergerak dari dataran ke masjid negara. Difahamkan pimpinan Bersih dan Pakatan Rakyat akan berada di sana. Hampir 4,000 peserta sudah berada di sini memenuhi jalan bersebelahan dataran merdeka yang dipagar. Dianggarkan lebih separuh dari peserta di sini sedang bergerak ke masjid negara 11.35 am: Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam mengharap pihak berkuasa memberi ruang kepada peserta berhimpun secara aman sehingga selesai. Perhimpunan aman dijamin perlembagaan. Kedua dua pihak sama ada pihak keselamatan mahupun peserta diharap bersabar dan menahan diri dari melakukan tindakan yang tidak wajar. "Saya lihat semua peserta berhimpun secara aman, dan saya rasa tiada sebab untuk mana-mana pihak bertindak diluar batasan," katanya 11.32 am: Kira-kira lebih 2000 peserta Bersih memenuhi ruang letak kereta di depan Central Market (CM). Beberapa kedai di dalam CM ditutup bagaimanapun orang ramai boleh memasuki bagunan itu tetapi tidak di benarkan bersantai disitu. Kelihatan beberapa anggota RELA mengawal pintu masuk CM. Kira-kira 200 orang anggota Unit Amal Malaysia sedang bersiap sedia untuk mengawal peserta himpunan, mereka kini berkumpul di astaka di hadapan CM. Pengerusi Bersih, Ambiga dan beberapa anggota Bersih turut berada bersama anggota unit amal. 11.30 am Kira-kira 4,000 orang berkumpul di pekarangan Masjid Negara dan stesen KTM Kuala Lumpur. Jumlah dilihat semakin bertambah. 11.25 am 9 trak polis dengan 6 daripadanya dipenuhi anggota tiba di Dataran Merdeka. 11.23 am: Dataran - Seorang pemuda menarik perhatian orang ramai apabila berjalan dihadapan barisan kawalan polis sambil menayangkan kertas bertulis 'Semoga Allah lembutkan hati abg polis'. 11.20 am: Lokasi SOGO - Timb Presiden PKR, Azmin Ali tiba dan bertemu dengan peserta Bersih. 11.12 am: PDRM akan guna LRAD = Long Range Acoustic Device, alat yg akan buat demonstran sakit telinga & hilang imbangan. Bawa earplug/kapas. 11.10 am: Polis terus berkawal di sekitar KLCC. 11.05 am: Jumlah yg tiba di dataran semakin bertambah. Laungan "Bersih, Bersih!, Reformasi, hidup rakyat" kedengaran sejak tadi. Sebahagian peserta ada yang duduk dan berehat sementara menunggu jam 2 petang. Turut dilaungan 'kuning-kuning Najib pening' disamping beberapa ucapan bersemangat dikalangan peserta. 11 am: Dataran Merdeka: Lebih 2,000 peserta sudah berkumpul di sini. Ada yang bermalam dari malam tadi di sini. 10.57 am: Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS "Kita minta semua peserta bersih 3.0, disamping duduk bantah, boleh lah berbelanja RM10 seorang untuk menyemarakkan lagi himpunan pada hari ini." 10.54 am: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tiba di Masjid Negara diiringi dengan laungan "duduk" 10.50 am: Sekita Sogo - Laungan "reformasi" mula kedengaran dari kumpulan orang ramai yang dianggarkan seramai 200 orang di hadapan kompleks Pertama. 10.41 am: Meskipun kawasan Dataran Merdeka ditutup dan dikawal polis, peserta Duduk Bantah duduk santai di kawasan sekitar dengan berpakaian kuning. Laungan "reformasi" dan "bersih bersih" turut kedengaran. Lebih 500 orang di sini. Peserta berehat menunggu detik 2 petang. 10.35 am: Lokasi Dataran Merdeka - dianggarkan melebihi 6 ribu orang berkumpul diatas jalan raya. 10.30 am: Lokasi Masjid India - peserta Bersih memenuhi sekitar masjid india dianggarkan mencecah 3 ribu orang. 10.22 am: Orang ramai beratur untuk membeli tiket di Stesen LRT Titiwangsa 10.20 am: Sekitar Sogo - Pihak polis memperkemas barisan bagi menghadapi sekumpulan peserta di hadapan premis KFC. Beberapa individu yang berjalan dalam kelompok kecil dimita kembali ke kompleks Pertama. 10 am: Pusat Membeli Belah Sogo mula membuka premis perniagaan, bagaimanapun pihak polis meletakkan pita yang dikenali 'tali merah' di kalangan pihak polis di hadapan pintu masuk Sogo. Hanya satu pintu di bahagian tepi kompleks Sogo dibuka. 9.57 am: Sekitar pasaraya Sogo - Sebuah helikopter kelihatan berlegar-legar di udara. 9.35 am: Di pusat membeli -belah Sogo, puluhan polis menghalang laluan masuk ke Jalan Tuanku Abdul Rahman dengan mendirikan 'pagar manusia' yang terdiri daripada anggota polis. Kelihatan sekumpulan orang yang dipercayai peserta himpunan Bersih 3.0 berkumpul di hadapan Kompleks Pertama. Bilangan mereka bertambah dari semasa ke semasa. 9.15am: Jalan Tun Razak sesak apabila polis trafik telah menutup susur jalan ke Tabung Haji menghala ke KLCC. 9.10am: Orang ramai mula tiba di stesen LRT KLCC dan kelihatan pihak polis berkawal. 9.05am: Trafik dari Kajang sehingga tol Sungai Besi berjalan lancar setakat ini. Tidak ada sebarang sekatan dibuat. Bagaimanapun trafik mulai sesak di Lapangan Terbang Sungai Besi dan kelihatan tidak bergerak kerana beberapa jalan telah ditutup. 9 am: Laluan ke Kg Baru dari Jalan Semarak ditutup kepada semua pengguna jalan raya. Beberapa pengguna jalan raya dilihat turun dari kenderaan masing2 untuk berbincang dengan pihak polis. Semua kenderaan diarahkan melalui jalan Tun Razak. | ||||||||||||||||||||||||||||||
Pemimpin PAS sudah bersedia ke Dataran Merdeka Posted: 27 Apr 2012 10:54 PM PDT "Kita menunggu masa, lepas solat Zohor akan mula bergerak ke sana," kata Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi. PETALING JAYA: Pemimpin-pemimpin utama PAS sudah berada di beberapa lokas tertentu sebelum berarak ke Dataran Merdeka jam 2 petang ini. Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini berada di pejabat agung parti di Jalan Raja Laut, manakala timbalannya Mohamad Sabu dan dua Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub berada di Masjid Negara. 'Presiden dan pemimpin serta penyokong akan berarak ke Masjid Negara sebelum berkumpul dengan pemimpin dan penyokong di situ dan menuju ke Dataran Merdeka. "Kita menunggu masa, lepas solat Zohor (kita) akan mula bergerak ke sana," kata Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi. Beliau berkata, mengikut maklumat terbaru puluhan ribu orang sudah berada di beberapa kawasan tertentu untuk menuju Dataran Merdeka. Dalam perkembangan berkaitan, unit amal PAS semakin sibuk mengawal orang ramai sebelum acara kemuncak jam 2 petang nanti. Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad berkata, mereka bertugas di kawasan lokasi yang ditetapkan. "Jumlah unit amal ialah 3, 000 orang. Kita juga mendapat bantuan 1, 000 orang dari Pemuda PAS seluruh negara," tambah beliau. | ||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 27 Apr 2012 10:52 PM PDT PETALING JAYA: Seorang unit amal PAS ditangkap semasa perhimpunan anti Lynas di perkarangan KLCC awal pagi tadi. Ketua Pemuda PAS wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad mengesahkannya tetapi tidak tahu perkembangan terbaru. "Saya tidak tahu sama ada beliau dibebaskan atau tidak. Tetapi peguam PAS sedang menguruskannya," kata beliau. | ||||||||||||||||||||||||||||||
Lintas Langsung Bersih 3.0 Dari Kuala Lumpur Posted: 27 Apr 2012 09:52 PM PDT KUALA LUMPUR : Terkini dilokasi 12.40 tengahari : Tian Chua bergerak merapati rakyat di Dataran Merdeka. 12.31 tengahari : Peguam BERSIH dan wakil pemimpin termasuk Syed Azman dan Dr Hatta Ramli cuba berunding dengan polis tetapi tiada wakil polis, penyokong makin mara berhampiran garisan polis. Polis dilihat berundur memberi laluan dan mereka berdiri di tepi kanan jalan TAR. Namun penyokong masih menunggu arahan dari pimpinan. 12.15 tengahari : Polis semakin ramai di Sogo. Kumpulan BERSIH mulai ramai. Warna kuning dan hijau mula menghiasi jalan hadapan kompleks Pertama. Sementara barisan polis dihadapan Sogo. 12.10 tengahari : 100 Kumpulan Hindraf muncul di Pudu. 12.05 tengahari: Datuk Ambiga, Datuk Chua Jui Meng, Idris Ahmad sudah berkumpul di Pasar Seni, ribuan orang melaungkan Hidup BERSIH! 11.52 pagi : Kelihatan FRU mula berkumpul di Dataran. Kumpulan yang bergerak dari Brickfield sudah sampai di Pasar Seni. Kumpulan dari Petaling Street mula bergerak keluar bersatu di Pasar Seni. 11.30 pagi : Makluman dari unit AMAL PAS anggota mereka yang ditahan belum dilepaskan. Himpunan bantah Lynas kini sampai di hadapan Pudu Raya. Peserta BERSIH yang berkumpul di Puduraya bergabung dengan kumpulan bantah Lynas yang baru tiba dari KLCC. Kumpulan orangramai mencecah 8 ribu orang. 11.26 pagi: Autie BERSIH, Anne Ooi disambut sebagai wirawati di Petaling Street. Kira-kira 10 ribu membanjiri jalan ini, orang ramai bersorak dan polis masih memerhati keadaan. 11.25 pagi : Kemaraan himpunan bantah Lynas kini semakin hampir dengan dataran, mereka kini di Jalan Raja Chulan. Pengguna jalan raya memberi kerjasama baik dengan memberi laluan kepada perarakan rakyat ini, ada di kalangan mereka membunyikan hon kenderaan tanda sokong kepada bantahan. 11.12 pagi : Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Isteri serta 400 orang rombongan dari Perak kelihatan di stesen Putra LRT Pasar Seni. Orang bersorak dan bertepuk tangan. 11.09 pagi : Kelihatan khemah dipasang berhadapan dengan BAR Counsil. Restoran sekitar Pasar Seni dipenuhi orang ramai berbaju kuning. 10.47 pagi : Orang ramai daripada KLCC mula turun ke jalanraya kira-kira 3000 orang. Laungan orang ramai mula kedengaran melaungkan Bersih!! Bersih!! di sekitar jalan Petaling Street. 10.29 pagi : A Samad Said sampai di Pasar Seni. 10.28 pagi: Kira-kira 1000 orang berbaju kuning berhampiran BAR Council Jalan Loke Yew. Terdapat juga 300 orang polis berkawal. Helikopter berlegar-legar, orang ramai bersorak setiap kali helikopter terbang rendah. 9.46 pagi : KLCC 350 orangramai dari pelbagai bangsa sudah mula berkumpul. TVS sempat menemui wakil MCA Indera Mahkota yang turut sama hadir menuntut kilang memproses nadir bumi itu dihentikan. David Choi yang juga Ketua MCA Bahagian Indera Mahkota berkata, ini adalah perjuangan rakyat dan kerajaan harus mengutamakan hak mereka. "Walaupun saya dari BN,tapi saya tetap turun tuntut hak rakyat. "Ini soal hak asasi rakyat.please stop Lynas,"jelasnya. 9.45 pagi -Jalan-jalan menuju ke Dataran Merdeka sudah mula di mula ditutup polis. Orang ramai dari Pasar Seni, KLCC, Petaling Street mula bergerak menuju ke Dataran. Polis kelihatan berkawal. | ||||||||||||||||||||||||||||||
BERSIH 3.0 hak milik rakyat Malaysia 100% Posted: 27 Apr 2012 09:48 PM PDT Oleh Hafiz Zainuddin Esok ( 28 April ) adalah hari kita berkumpul beramai-ramai untuk menuntut pilihan raya yang adil, bersih dan bebas. Berhimpun secara aman adalah hak demokratik rakyat Malaysia yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Malangnya kerajaan UMNO-Barisan Nasional yang masih menyangka ia adalah tuan besar kepada semua rakyat enggan membenarkan perhimpunan aman BERSIH 3.0 diadakan secara aman. Selama ini kita adalah rakyat yang sentiasa "terpaksa". Terpaksa berhadapan dengan apa sahaja dasar kerajaan UMNO-BN sama ada ia menguntungkan atau merugikan rakyat. Untuk itu berhadapanlah kita sendirian dengan kenaikan harga barang, jenayah, kebanjiran warga asing tanpa izin, gaji yang tidak naik-naik, pengangkutan awam yang semakin buruk, lambakan graduan menganggur dan sebagainya. UMNO-BN cipta masalah, kita yang tanggung sendiri Ini semua kita kena tanggung sendiri. Malah, ramai antara kita tidak sedar masalah ini berpunca daripada pemerintahan yang korup dan zalim – korup kerana penuh dengan penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah dan ketirisan; zalim kerana segala kebobrokan ini tidak disiarkan dalam media massa – kerana dikawal oleh kerajaan UMNO-BN – dan disembunyikan daripada kita yang sedang sengsara dengan kesan tekanan ekonomi hasil kegagalan dasar dan pelaksanaan pemerintah. Sebab itu dasar kerajaan penting untuk kita ketahui. Ia sama pentingnya dengan ketelusan kerajaan melaksanakan dasar tersebut. UMNO-BN terbukti tidak melaksanakan dasar mereka – walau pun ada dua, tiga dasar yang baik – dengan adil dan baik. Apabila datang pilihan raya, ramai antara kita yang lupa dengan kegagalan dasar-dasar serta pelaksanaannya oleh kerajaan UMNO-BN. Kita lebih mudah digamit dengan isu-isu warna kulit, isu-isu sentimen tertentu. Dan kita terus terjebak untuk memilih kerajaan yang sama berulang-ulang kali kerana kita mudah menelan fitnah dan propaganda UMNO-BN yang disiarkan saban waktu di kaca TV, di ruang udara radio dan di muka-muka akhbar yang semuanya mereka kuasai sepenuhnya. Telah lama nenek moyang dan ibu bapa kita memberi peluang kepada UMNO-BN untuk memerintah dan menyalahgunakan kuasa. Yang perit menanggung adalah kita. Namun, kita masih baik hati. Kita rayu UMNO-BN untuk berubah. Ada beberapa kerat pemimpin mereka berjanji untuk berbuat demikian. Tetapi hingga saat ini, bukan sahaja janji dimungkiri, malah mereka menjadi semakin zalim dan angkuh dengan kemabukan kuasa. Dan mereka lakukan itu semua atas nama kaum dan agama. Kasihan kita Kini semakin ramai antara kita sudah sedar. Kita mahu buat perubahan. Kita sudah tidak percaya lagi dengan janji-janji UMNO-BN. Malah, pimpinan UMNO-BN juga sedar hasrat murni kita sebagai rakyat. Maka itu mereka memilih jalan yang lebih kotor. Selain menguasai media dan jentera kerajaan, mere bertindak melakukan pelbagai penyelewengan dan ketidakadilan dalam pilihan raya seperti penipuan undi pos, pengundi hantu, projek IC, mengubah pengundi, dan sebagainya. Semua ini punya bukti yang kukuh. Telah lama kita idamkan sebuah negara yang adil, demokratik dan bebas. Mungkin ada yang berkata, apa yang tidak adilnya kerajaan? Negara ini aman dan kaya. Tidak ada perang saudara, tidak hidup melarat penuh dengan pengemis merata-rata, kata mereka. Dari satu sudut, ada logiknya hujah sedemikian walau teramat rapuh alasannya. Jika benar kerajaan UMNO-BN itu baik, adil dan saksama, mengapa kita sendiri merungut dengan kenaikan harga barang, marah dengan gaji yang tidak naik, sakit hati apabila dikenakan cukai perkhidmatan, meluar bila kena bayar hutang PTPTN, hutang kereta, hutang rumah, dan kecewa apabila tdiak mampu mendapat rawatan perubatan yang sempurna? Dalam siksaan hidup sebegini, apakah ada antara kita yang tumpang gembira apabila ada keluarga menteri boleh hidup mewah dengan menyalahgunakan wang rakyat yang sepatutnya digunakan untuk menternak lembu? Daging lembu entah ke mana, rakyat tak dapat cukup bekalan daging tapi keluarga menteri tersebut senang-lenang dengan kondominium mewah, pasararaya di luar negara dan dapat pula tanah. Begitu juga dengan kononnya cerita cincin bernilai berjuta ringgit milik isteri seorang pemimpin besar. Apakah kita seronok dan bangga dalam keadaan hidup kita yang dihimpit tekanan hutang, pinjaman bank, wang saku anak-anak sekolah yang semakin meningkat dan sebagainya? Kita selayaknya mendapat jauh lebih baik dari apa yang ada sekarang. Segala penderitaan dan masalah yang kita hadapi semua ini adalah akibat salah urus dan penyelewengan kerajaan UMNO-BN. Kita sebagai rakyat kita perlu betulkan dasar dan pelaksanaan ini. Kita perlu betulkan kerajaan. Kita kena bertegas kerana Malaysia adalah milik kita bersama. Sebab itu kita kena cuci segala sampah-sarap yang ada dalam negara ini. Tuntutan BERSIH adlah tuntutan rakyat, bukan parti politik Dengan memenuhi segala tuntutan BERSIH, maka kita sebagai rakyat akan sedar bahawa hanya kita sendiri yang mampu membuka 'pintu' untuk era baru tanpa perlu mengharapkan janji-janji politik yang amat jarang ditunaikan. Tuntutan BERSIH: 1. Bersihkan senarai undi (Daftar Pemilih) 2. Reformasikan undi pos 3. Gunakan dakwat kekal 4. Akses media yang bebas & adil 5. Tempoh berkempen minima 21 hari 6. Kukuhkan institusi awam 7. Hentikan rasuah 8. Hentikan politik kotor Pilihan raya yang bersih, adil dan bebas memang tidak mampu menjanjikan kehidupan yang mewah dan makmur. Tetapi ia dapat menjanjikan titik permulaan ke arah keadilan, ketelusan dan hak rakyat yang sebenar untuk menentukan hala tuju negara. Demokrasi bererti kuasa di tangan rakyat. Jika kuasa ini dibiarkan jatuh ke tangan orang lain – segelintir elit pemerintah – selama itulah nasib kita seperti kerbau dicucuk hidung. Masa telah sampai untuk kita melakukan apa yang sepatutnya kita lakukan dahulu. Kita sebagai rakyat telah lama bersabar. Dan selama itu juga kita hanya ditabur janji-janji palsu dan fitnah. Oleh itu, demi Malaysia yang demokratik dan sejahtera, kita harus raikan iltizam ini. Esok jam 2 di Dataran Merdeka dan di mana-mana sahaja di bumi bertuah ini serta di seantero dunia, ayuh! kita bersihkan Malaysia! – Roketkini.com | ||||||||||||||||||||||||||||||
BERSIH 3.0: DAP tegur Tunku Aziz Posted: 27 Apr 2012 09:45 PM PDT Roketkini KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegur secara rasmi Naib Pengerusi DAP Senator Tunku Abdul Aziz yang telah membuat kenyataan peribadi yang bertentangan dengan pendirian parti berhubung perhimpunan aman BERSIH 3.0. "Saya terpaksa menegur Tunku Aziz secara tegas dan terbuka, untuk kenyataan tidak bertanggungjawab beliau yang menentang hak Bersih untuk berhimpun secara aman di Dataran Merdeka pada jam 2 petang 28 April 2012 demi menuntut pilihanraya yang adil, bersih dan telus," katanya. Menurut beliau, pendirian Tunku Aziz tidak disokong oleh mana-mana ahli jawatankuasa pusat DAP dalam pandangan beliau terhadap aksi duduk-dan-bantah tersebut. Ujarnya, Tunku Aziz juga tidak memaklumkan kepimpinan parti bahawa beliau akan mengeluarkan kenyataan peribadi itu secara terbuka. Dengan berbuat demikian, jelasnya, Tunku telah bertindak bercanggahan dengan prinsip kolektif parti DAP, di mana sungguh pun ada ruang untuk tidak bersetuju, pimpinan mestilah bersetuju dengan keputusan majoriti pimpinan parti. "Saya telah menyampaikan kepada Tunku Aziz teguran rasmi dari parti dan rasa tidak senang hampir kesemua ahli DAP terhadap kenyataan terbuka pendapat peribadi beliau terhadap aksi duduk dan bantah Bersih," ujar beliau lagi. Semalam Senator Tunku Aziz dilaporkan oleh media bahawa beliau tidak bersetuju dengan demonstrasi jalanan yang dikatakannya boleh menyebabkan ramai orang melanggar undang-undang. Namun, beberapa jam kemudian, Tunku mengeluarkan kenyataan media bahawa beliau menyokong pendirian DAP untuk pilihan raya yang bersih, adil dan bebas. "Saya mendukung dan menyokong sepenuhnya pendirian DAP seperti yang dijelaskan oleh saudara Lim Guan Eng untuk menyokong tuntutan Bersih demi pilihan raya yang bersih, bebas dan adil serta hak untuk berhimpun dengan aman," ujar Tunku Aziz semalam. Guan Eng menekankan bahawa DAP menyokong penuh protes duduk-dan bantah BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka dan akan menggerakkan ahlinya untuk menyertai perhimpunan aman tersebut yang akan tetap berlangsung esok 28 bermula jam 2 petang. "Disebabkan salah guna kuasa pilihanraya oleh Suruhanjaya Pilihanraya yang mempunyai kecenderungan politik, dan di mana pegawai tertingginya juga merupakan ahli UMNO, maka DAP menyokong penuh protes duduk dan bantah BERSIH 3.0." ujar beliau. – Roketkini | ||||||||||||||||||||||||||||||
Negro ganggu isteri orang dibelasah Posted: 27 Apr 2012 09:33 PM PDT Gara-gara mengganggu isteri orang, seorang warga Afrika cedera teruk dibelasah penduduk yang berang dengan tindakannya itu.Dalam kejadian 11 malam kelmarin, suspek bertindak mengetuk pintu rumah mangsa yang terletak di tingkat bawah blok P, Apartmen Harmoni, Damansara Damai dekat sini. Menurut sumber, suspek mengetuk beberapa kali rumah mangsa tanpa diketahui sebab dia berbuat demikian. "Bila mangsa buka pintu, tiada orang di luar namun niat jahat warga Afrika itu mahu menerjah masuk ke dalam rumah tidak menjadi. . "Wanita itu membuka pintu secara tiba-tiba dan dapat melihat dengan jelas suspek yang hanya berseluar pendek serta tidak berbaju. . "Terperanjat dengan kehadiran suspek, wanita itu kemudiannya menjerit sekuat hati dan jeritannya didengari oleh jiran berhampiran," katanya. . Jelasnya, panik melihat kehadiran jiran mangsa, suspek melarikan diri dan akhirnya dicekup serta dibelasah penduduk di hadapan Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2. . Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT ) Apartmen Harmoni, Zahabu Ramli berkata, sebaik mendapat laporan, anggota KRT turun ke lokasi dan melihat warga Afrika sudah tidak bermaya. . "Kami serahkan suspek kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan wanita itu kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Damansara Damai," katanya. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut.Sumber: Sinar Harian | ||||||||||||||||||||||||||||||
Budak lelaki Belanda diculik di KL Posted: 27 Apr 2012 09:23 PM PDT Seorang budak lelaki warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, 12, dilarikan dua lelaki tidak dikenali menaiki Proton Gen2 berwarna hitam ketika menuju ke sekolahnya di Sekolah Antarabangsa Mont Kiara (MKIS) di sini, Jumaat.Dalam kejadian 7.35 pagi itu, Nayati dihampiri dua lelaki terbabit sebelum dipaksa masuk ke dalam kereta berkenaan. Menurut saksi, kedua-dua lelaki itu menarik Nayati ketika dia berjalan menghampiri sekolahnya sebelum melarikan kanak-kanak tersebut. Nayati berpakaian seragam sekolah, bermata coklat dan memiliki ketinggian 1.5 meter. Keluarga kanak-kanak itu merayu kepada penculik tersebut supaya membebaskan anak tunggal mereka secepat mungkin. "Kami hanya mahu dia pulang dengan selamat. Tolong lepaskan anak kami dan hubungi kami. "Kami tidak mahu sebarang masalah berlaku. Kami hanya mahukan anak kami," kata bapa Nayati, Sham Moodliar. Polis sedang menyiasat insiden itu selepas keluarga mangsa membuat laporan di Balai Polis, Brickfields. Pengetua sekolah tersebut, Walter Morris menyifatkan Nayati sebagai seorang yang peramah, popular dan bersikap positif. "Dia kanak-kanak yang baik. Kami harap dapat menjumpainya dengan segera," katanya. MKIS turut menyiarkan berita kehilangan Nayati di laman webnya, www.mkis.edu.my. Sementara itu, nasib Nayati turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib dalam laman Twitter pada malam Jumaat berkata, beliau sudah bercakap terus dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, meminta kes itu disiasat. "Saya merayu sebagai seorang bapa agar Nayati tidak dicederakan dalam apa jua cara sekalipun. Mari kita berdoa dan menggunakan media sosial untuk membantu usaha pencarian Nayati," katanya. Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi polis, sekolah di talian 03-2093-8604 atau 013-681-6085. | ||||||||||||||||||||||||||||||
Hampir 5,000 Sedang Mabit Di Dataran Merdeka Posted: 27 Apr 2012 09:19 PM PDT Malam ini saya menjadi lebih tidak mengantuk dari malam-malam sebelumnya. Hairan kaki juga yang terhinjuk-hinjuk kerana diserang hendap gaout itu sejak tiga minggu lalu sembuh dengan tiba-tiba. Seakan ada malaikat dari langit turun menyimbah ke rumah saya membuang segala sengal dan bisa gout. Apakah itu dinamakan semangat?
Mereka menjerit-jerit seakan kemenangan sudah berada ditangan. Sepasukan polis dengan kekuataan 200 anggota tidak berbuat apa-apa dan melihat dengan mata terkebil-kebil persis cicak tertelan kapur dari dalam Dataran Merdeka yang dikurung. Keadaan polis tidak ubah seperti haiwan yang diletak di dalam zoo menjadi tontotan orang ramai. Bagusnya tidak ada provokasi dan ejekan orang ramai kepada polis yang memantau mereka.
Apakah yang akan berlaku esok? Manusia yang berhimpun dan berkumpul di situ esok tentu lebih ramai. Kalau malam ini jumlah lebih 5,000 sudah tentu esok jumlah itu akan mengembangkan menjadi 100,000, 200,000 ataupun 300,000? Saya jamin keadaan itu akan berlalu. Tanpa ada gangguan dan sekatan jalan raya, tindakan polis dan DBKL mempermudahkan untuk himpunan masuk, pasti jumlah himpunan itu esok terbesar berbanding dengan dua Bersih sebelum ini. Jumlah himpunan besok boleh menyebabkan Rosmah Mansor akan terkencing 16 kali sehari!
Seperti dikatakan tadi dengan jumlah malam ini akan menjadi 10 atau 20 kali ganda, menyebabkan himpunan itu lebih besar dan lebih bersemangat lagi. Apakah esok sesudah jumlah rampai sehingga banjir kilat manusia berlaku di situ, gelong-gelong dawai yang dipasang akan direntak dan ditarik ke belakang akhirnya mereka akan bermukim di Dataran Merdeka? Tenguklah esok apa akan berlaku. Cuma saya berharap dan berdoa polis tidak mengubah sikap dan pemikiran untuk menjadi gila pada esoknya. Layanlah para himpunan dengan baik nescaya mereka tidak akan sesekali menimbulkan ketegangan dan kekacauan yang mana polis juga akhirnya akan dipersalahkan. Semoga mentari esok lekas terbit dan membawa bahagia dan rahmat kepada kita semua. Yakin dan percayalah himpunan itu bukan untuk menyusahkan sesiapa tetapi demi membawa kebaikan untuk semua. Siapa di antara kita yang sukakan kepada perbalahan, ketegangan ataupun permusuhan? Hanya golongan bernama musuh saja yang akan melakukan semua itu kerana mereka jahat untuk mengekalkan kuasa secara busuk. | ||||||||||||||||||||||||||||||
Himpunan Hijau mulai jam 11 di KLCC Posted: 27 Apr 2012 05:14 PM PDT
KUALA LUMPUR: Himpunan Hijau yang menuntut supaya kilang Lynas tidak dibina di Gebeng, Kuantan akan diadakan di perkarangan KLCC. Menurut notis yang dikeluarkan oleh penggerak kumpulan itu, perhimpunan itu akan bermula jam 11 pagi di depan Menara Public Bank. Mereka juga dipercayai akan menyertai himpunan Bersih 3.0 yang berpusat di Dataran Merdeka yang dijangka jam 2 petang ini. Namun begitu, perhimpunan menuju ke Dataran Merdeka sudah bermula sejak jam 9 malam tadi apabila orang ramai mula berpusu-pusu ke sana. Sehingga jam 2.30 pagi tadi, lebih 1,000 orang sudah berhimpun di sana. Walaupun kawasan Dataran Merdeka telah dipagar, mereka berhimpun di sekitar kawasan itu. Berikut adalah gambar-gambar pra perhimpunan Bersih 3.0 malam tadi. | ||||||||||||||||||||||||||||||
Rakyat dimusuhi berhimpun di Dataran Merdeka Posted: 27 Apr 2012 05:06 PM PDT MALAYSIA CHRONICLE Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) kesal sikap pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang beria-ia untuk tidak mahu membenarkan rakyat berada di Dataran Merdeka sepanjang 4 hari kerana Bersih 3.0. Bertindak sehingga mendapatkan arahan mahkamah untuk menghalang rakyat berhimpun di Dataran Merdeka menunjukkan bahawa undang-undang diguna semaksimanya untuk menyekat suara rakyat yang mahu menggunakan ruang demokrasi yang sah di negara ini. Dataran Merdeka yang asalnya adalah khazanah rakyat kini menjadi milik parti pemerintah secara mutlak atas nama undang-undang. DBKL nampaknya bersungguh-sungguh mahu menjadi agensi kepada parti pemerintah bukan kepada kerajaan semata-mata. Hanya kerana rakyat memilih mahu berada di Dataran Merdeka seluruh bala tentera polis dikerah bukan kerana suatu jenayah bakal berlaku, bukan kerana ada ancaman keselamatan, bukan kerana KL akan menjadi kota kacau bilau. Hanya satu alasan sahaja. Datuk Bandar menerima arahan dari parti pemerintah. Nampaknya kerajaan yang sepatutnya menjadi pelindung kepada hak rakyat kini menjadi punca masalah kepada hak rakyat dinafi. Kerajaan yang sepatutnya bertanggungjawab untuk memastikan rakyat boleh menyuarakan pandangan untuk mendapat jaminan pilihanraya yang bersih, ditohmah malah dilihat sebagai musuh yang perlu dihancurkan. Apakah dosa rakyat sehingga suara mereka dilihat dengan prasangka buruk oleh pegawai kerajaan yang sebenarnya digajikan dari cukai rakyat sendiri. Kenapa pegawai kerajaan harus mengambil langkah memusuhi rakyat, padahal akhirnya rakyatlah yang akan menentukan siapa akan membentuk kerajaan. Sikap Datuk Bandar yang menghalang rakyat berada di Dataran Merdeka akan tercatat dalam sejarah sebagai hari hitam dalam sejarah negara. Simbol kemerdekaan yang dilambangkan oleh dataran tersebut kini dirampas dan dimusnah oleh pegawai kerajaan sendiri yang lebih selesa mendengar arahan politik pemerintahan dari memelihara hak rakyat yang dijamin dalam Perlembagaan. Tidak ada bezanya tindakan itu dengan tindakan penjajah British dahulu. Seluruh saluran undang-undang dicari untuk menghalang hak asasi rakyat untuk berhimpun. Suara rakyat yang sah untuk menuntut pilihanraya yang bersih, adil dan telus, terang-terangan tidak dihirau malah rakyat diugut dengan tindakan polis dan tangkapan. Mapim mengingatkan kepada semua pihak yang menjadi dalang menafi hak rakyat bahawa pada satu masa nanti semua konspirasi antara pegawai kerajaan dan pemimpin politik pemerintah dan pihak keselamatan akan terbongkar. Semua alasan yang direka pada suatu waktu nanti akan terdedah. Politik angka yang cuba dimanipulasi melalui pendaftaran warga asing suatu hari akan dimaki oleh generasi akan datang sebagai kerajaan dan parti pemerintah yang mengkhianati amanah dan menjual kedaulatan negara demi mengekalkan kuasa. Apa erti berkuasa jika ia datang dari sokongan dari warga asing yang sangat rapuh. Apa erti kemenangan jika ia dicapai dengan penipuan yang tidak akan dapat dirahsiakan selama-lamanya. Semua harus tahu bahawa ketika kuasa imperialis British mengguna seluruh kuasa mereka untuk menghitamkan kambing rakyat yang mahu mencapai kemerdekaan, akhirnya terpaksa berhadapan dengan gelombang rakyat yang melancarkan pemberontakan melalui gerakan bawah tanah. Kerajaan yang ada sekarang juga akan menerima akibat yang sama bila mereka merasa terlalu kuat dan menguasai semua perkakas kerajaan untuk membendung kebangkitan rakyat. Pengalaman kebangkitan rakyat di Asia Barat harus dipelajari dengan cermat kerana ketika golongan elit politik yang kaya raya merasa selesa dan kekalahan dianggap bukan suatu pilihan, akhirnya berhadapan dengan gabungan kekuatan rakyat marhaen, petani dan buruh, professional dan pelajar, ahli seniman dan budayawan, kelompok mustadhafin dan golongan ulama, bergabung untuk bangkit menentang kezaliman. Mapim menyeru agar semua kakitangan kerajaan dan pihak keselamatan menginsafi bahawa perubahan tidak mungkin boleh dibendung dengan kekerasan sepanjang masa. Suatu masa akan wujud dimana sejarah kuasa rakyat kembali berulang dan segala benteng akan pecah, dan mereka yang bertanggungjawab memukul dan menganiaya rakyat dengan belantan dan gas pemedih mata akan diadili rakyat di mahkamah rakyat nanti.-Harakahdaily | ||||||||||||||||||||||||||||||
Ambiga degil mahu teruskan demonstrasi Bersih hari ini Posted: 27 Apr 2012 05:03 PM PDT MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR - Pembangkang tetap berdegil untuk meneruskan demonstrasi Bersih 3.0 walaupun berjanji akan mematuhi perintah mahkamah yang melarang mereka berkumpul di Dataran Merdeka. Pengerusi Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga berkata, peserta demonstrasi akan bergerak sehampir mungkin dengan Dataran Merdeka dan akan berkumpul di tempat-tempat yang tidak dilarang mahkamah. "Kita tidak akan langgar perintah itu, kita akan berkumpul di tempat- tempat perhimpunan yang tidak disebut dan bergerak sehampir mungkin ke Dataran Merdeka," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Mahkamah hari ini mengeluar perintah melarang orang ramai, penama atau penganjur demonstrasi Bersih 3.0 daripada menyertai perhimpunan berkenaan di sekitar Dataran Merdeka. Larangan di bawah Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah itu turut melibatkan Jalan Hishamuddin, Jalan Raja serta Jalan Kelab dan ia berkuatkuasa sehingga 1 Mei.-Utusan | ||||||||||||||||||||||||||||||
1,000 berkumpul dekat Dataran hingga 2.30 pagi Posted: 27 Apr 2012 05:01 PM PDT MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR- Kira-kira 1,000 orang masih berkumpul berhampiran Dataran Merdeka sehingga jam 2.30 pagi ini. Mereka mulai memasuki kawasan berkenaan sejak jam 9.00 malam tadi bagi menyertai himpunan 'Duduk Bantah' Bersih 3.0 yang akan bermula tengah hari nanti. Ucapan spontan disampaikan oleh beberapa orang yang berada di kawasan itu. Mereka yang menyertai Himpunan Hijau Anti Lynas juga menyertai orang ramai yang berkumpul di kawasan persimpangan menuju ke Dataran Merdeka itu. Kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hanan turut hadir ke situ sekitar jam 1.30 pagi ini. Sementara itu, beberapa jalan menuju ke Dataran Merdeka mulai ditutup secara berperingkat-peringkat sejak jam 12.00 tengah malam. Sehingga jam 2.30 pagi ini, anggota polis trafik masih mengawal jalan-jalan berkenaan.-Harakahdaily | ||||||||||||||||||||||||||||||
Nasib Bersih 3.0 sama seperti sebelumnya Posted: 27 Apr 2012 04:59 PM PDT Kenyataan awal Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa Bersih 3.0 tidak mengancam keselamatan kini bertukar sindiran dan dipandang sinis. PETALING JAYA: Bersih 3.0 menghadapi masalah sama seperti dua siri sebelumnya. Lokasi pilihan Bersih 3.0, Dataran Merdeka tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Kenyataan awal Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa Bersih 3.0 tidak mengancam keselamatan kini bertukar menjadi sindiran dan dipandang sinis. Polis telah mendapat perintah mahkamah menghalang penganjur dan orang ramai berkumpul di Dataran Merdeka. Perintah mahkamah bermakna pihak keselamatan boleh bertindak menahan mana-mana individu yang melanggar arahan tersebut. Bersih 3.0 dengan kempen duduk dan bantah yang mulanya kelihatan mudah dan lancar tiba-tiba menjadi sebaliknya. Hujah yang digunakan untuk menggagalkan Bersih 3.0 ialah faktor lokasi. Pihak berkuasa berhujah Dataran Merdeka tidak sesuai kerana ia untuk acara nasional sahaja. Alasan sebegini merupakan ulangan kepada dua siri Bersih sebelum ini iaitu menghantar memorandum ke Istana Negara. `Tindakan tidak ikhlas' Walaupun pada mulanya kerajaan mencadangkan tempat lain tetapi penganjur pula menolak atas alasan Dataran Merdeka yang terbaik. Meskipun Hishammuddin tidak mengiytiharkan Bersih 3.0 haram tetapi tindakan mahkamah itu sekaligus `mengharamkan' perhimpunan menuntut pilihanraya bebas dan adil. Pemuda PKR menganggap keputusan polis mendapat perintah mahkamah itu sebagai perancangan kerajaan dari awal lagi untuk menggagalkan Bersih 3.0. "Mencerminkan tindakan yang tidak ikhlas…jika tidak mahu berkompromi perlulah dibuat dari awal supaya tidak membuang masa turun naik berunding. "Menteri (Hishammudin) takut sokongan rakyat…" kata Timbalan Ketua Penerangan, Rozan Azen Mat Rasip. Bagaimanapun, kira-kira 10,000 ahli muda PKR akan tetap turun ke enam lokasi yang telah ditetapkan. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan