Khamis, 5 April 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Bersih 3.0: Pemuda sedia, tunggu pendirian PAS

Posted: 05 Apr 2012 05:43 AM PDT

Hazayani Zakaria,


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPM) menyokong himpunan Bersih 3.0 bagi menuntut reformasi pilihan raya pada 28 April ini dan bersedia mengerahkan semaksimum ahli untuk turut serta.

Ketuanya, Nasrudin Hassan (gambar) berkata, DPPM bersedia membatalkan semua program melibatkan pemuda di peringkat negeri atau pusat bagi memberi laluan kepada Bersih 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka, jam 2 petang.

Namun katanya, DPPM tetap bersama pendirian PAS Pusat yang akan mengeluarkan kenyataannya petang ini.

"Pemuda akan mengerahkan semaksima mungkin ahli dan akan membatalkan semua program kawasan, negeri mahu pun nasional supaya mereka boleh bersama-sama Bersih 3.0.

"Walau bagaimanapun, pemuda bersama dengan pendirian PAS Pusat," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Nasrudin juga menegaskan, "format" Bersih 3.0 dengan "Duduk Bantah" lebih dekat dengan rakyat dan tidak ada sebab rakyat takut untuk menyertainya.

"Format Bersih yang baru ini lebih lunak dan santai, jadi tidak ada sebab rakyat tidak mahu turun.

"Saya yakin format ini menjadi ibu kepada himpunan-himpunan selepas ini," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Bersih 3.0 sangat penting kerana lapan tuntutan rakyat ke arah penambaikan pilihan raya belum dilaksanakan kerajaan.

"Kita kena berusaha menjayakan Bersih 3.0 ini kerana kerajaan dan pihak betanggungjawab masih bersikap acuh tak acuh dan mempersenda tuntutan rakyat seperti pembersihan daftar pemilih dan akses kepada media yang adil," katanya.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akan mengumumkan secara rasmi pendirian parti berhunung perkara ini pada jam 2 petang ini di ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini.

Dedah tanpa perkasa aqidah tak selesai murtad

Posted: 05 Apr 2012 05:34 AM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR:
Isu murtad tidak akan selesai hanya membuat pendedahan tanpa memperkasakan aqidah umat Islam, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Memberikan cadangan di Facebook beliau (https://www.facebook.com/ustaztitm), Tuan Ibrahim berkata kerajaan harus mewajibkan lulus mata pelajaran aqidah semua tahap pendidikan bagi pelajar Muslim dan mewajibkan pengambilan subjek pendidikan Islam bagi semua tahap peperiksaan.

"Di samping itu bimbingan saudara baru mesti ditingkatkan dengan setiap negeri mewujudkan pusat bimbingan saudara baru. Dana zakat mesti dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memperkasakan aqidah umat Islam," kata beliau.

Tuan Ibrahim juga menegaskan bahawa kemiskinan bukanlah sebab seseorang itu akan menjadi murtad seandainya pegangan agama dapat diperkasakan.

Mengulas mengenai kontroversi pendedahan video murtad dibuat Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebagai satu konspirasi menjatuhkan parti, Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata isu itu tidak akan membawa kesan kerana PAS bukanlah kerajaan persekutuan.

Tegas beliau, PAS tidak pernah melepas tangan dalam isu murtad, bahkan parti cuma tidak ingin melihat isu murtad dipolemikkan.

"PAS melihat sebagai perkara serius yang merupakan tanggungjawab bersama bagi menangani sebarang perkara berkaitan akidah orang Islam," kata beliau.

Mengenai video pendedahan Hasan yang dikatakan sebuah rakaman daripada tahun 2002, beliau berkata Hasan sepatutnya mendedahkan lebih awal ketika beliau masih mempunyai jawatan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

"Mengapa baru sekarang ingin membuat tindakan sebegini?" soal beliau sambil menambah video tersebut juga mendedahkan kelemahan kepimpinan Hasan ketika itu, yang tidak mampu menangani perkara tersebut.

"Sepatutnya melalui pengakuan tersebut Hasan bertindak dengan segera bersama pihak berkuasa yang bertanggungjawab. Melalui rakaman tersebut mereka sudah boleh memanggil mereka yang terlibat untuk disoal siasat bagi mendapatkan penjelasan lebih lengkap dan tepat.

"Bukan dengan mencari jalan menunggu masa sesuai melakukan pendedahan lisan yang boleh mencetuskan kekeliruan," katanya yang dipetik Sinar Harian.

Tapak pasar diganti dengan apartmen 25 tingkat

Posted: 05 Apr 2012 05:32 AM PDT

Salmah Mat Husain Foto: Rizal Tahir,



KOTA BHARU- Lot 1910 Seksyen 54, yang dahulunya terdapat sebuah pasar yang dikenali Pasar Kubang Kerian, bakal berubah wajah apabila satu unit apartmen 25 tingkat yang bernilai RM115 juta siap kelak.

(Takiyudin melihat model apartmen yang akan dibina)

Projek berkenaan diurus Syarikat Sentosa Jaya Development Sdn Bhd dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI).

Sehubungan itu, majlis perjanjian usahasama itu masing-masing ditandatangani Yang Dipertua MPKB-BRI, Fauzi Mat dan Pengarah Urusan Syarikat Sentosa Jaya Development Sdn Bhd, Datuk Razali Daud.

Menyaksikan majlis perjanjian usahasama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, yang mewakili Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Apartment ini mengandungi 321 unit rumah kediaman, 11 unit pejabat, 10 unit kedai perniagaan, satu unit surau, satu unid dewan serbaguna, kolam renang dan kawasan riadah.

Projek ini dijangka menarik perhatian masyarakat di negeri itu memandangkan kedudukannya yang begitu strategik dengan kadar harga yang berpatutan antara RM160,000 hingga lebih RM300,000.

Fauzi ketika berucap pada majlis itu memberitahu melalui pembangunan projek pusat komersial itu, MPKB-BRI bakal memperolehi pulangan langsung pelaburan RM5.17 juta.

"Keuntungan itu diperolehi dari projek RM3.87 juta dan bayaran in-kind secara tunai bagi pembinaan pasar baru sebanyak RM1.3 juta,"ujarnya.

Selain itu, tambahnya MPKB-BRI turut mendapat pulangan tidak langsung sebanyak RM433,000 setahun.

DAP sokong himpunan 'Duduk Bantah'

Posted: 05 Apr 2012 05:31 AM PDT

Lim Guan Eng,


DAP menyokong perhimpunan "Duduk-Bantah" Bersih dan Himpunan Hijau 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April 2012 jam 2.00 petang sebagai ungkapan demokrasi rakyat Malaysia yang menuntut pilihanraya yang bersih dan adil serta Malaysia yang selamat dan bebas daripada pencemaran radioaktif.

DAP menyokong 3 tuntutan utama oleh penganjur Bersih 3.0 :-

• Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti meletakkan jawatan.

• Proses pemilihan mestilah bersih sebelum pilihan raya yang akan datang disebabkan kegagalan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) dalam penambahbaikan sistem pilihan raya bagi menangani isu-isu kritikal seperti audit daftar pemilih yang tidak lengkap, penyalahgunaan berhubung undi pos, kesalahan pilihan raya, kegagalan untuk menangani politik wang, tiada akses yang bebas dan penuh dalam media cetak dan siaran dan tiada langkah- langkah untuk menamatkan politik kotor. ; dan

• pemerhati antarabangsa harus dibenarkan untuk memantau pilihan raya.

Laporan PSC berhubung penambahbaikan sistem pilihan raya menunjukkan kelemahan yang serius berhubung komitmen untuk menangani isu-isu asas reformasi pilihanraya bagi memastikan Pilihan Raya Umum ke-13 yang bebas dan adil.

Laporan akhir oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk penambahbaikan sistem pilihanraya yang telah diluluskan secara 'bulldoze' melalui parlimen tanpa perbahasan dan tidak membenarkan laporan minoriti dimasukkan menyerlahkan lagi kegagalan PSC untuk memastikan pilihan raya yang bersih dan adil.

Kelemahan yang paling serius berhubung laporan ini adalah keengganan untuk memaparkan kelemahan asas dalam daftar pemilih. Penyalahgunaan daftar pemilih telah meningkat sejak pilihan raya umum Mac 2008 dan pelbagai bukti telah didedahkan oleh pelbagai pihak seperti Merdeka Center, Institut Nasional Integriti Pilihan Raya (NIEI) dan Bersih.

Antara salah laku yang telah dikenal pasti adalah peratusan pengundi yang tinggi yang tidak dapat dikenal pasti oleh penduduk tempatan; pendaftaran berulang kali oleh pengundi yang sama dengan lebih daripada 1 nombor kad pengenalan.

Pengundi yang lahir sebelum tahun 1900 masih dalam daftar pengundi termasuk Wong Kwan Moy yang lahir pada tarikh 23 Ogos 1853;

Pengundi dengan nombor kad pengenalan lelaki tetapi disenaraikan sebagai pengundi wanita dan sebaliknya;

42,000 pengundi yang nombor IC nya tidak boleh dikesan melalui rekod yang dimiliki oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ini hanya sebahagian kecil kerana Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen (PSC) tidak meminta Mimos untuk menjalankan kajian secara menyeluruh berhubung daftar pemilih.

DAP bersetuju dengan kenyataan oleh Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee, apabila beliau menegaskan keperluan untuk memeriksa daftar pemilih, "PSC ditubuhkan untuk 'nominal nod' dengan merujuk kepada audit ringkas berhubung daftar pemilih oleh agensi kerajaan MIMOS yang telah dilaksanakan dalam lingkungan parameter yang sangat terhad".

Usaha yang dilakukan oleh MIMOS hanyalah untuk memeriksa alamat yang mempunyai lebih daripada 50 pengundi yang berdaftar dan mengabaikan banyak kawasan yang lebih berpotensi untuk dimanipulasi dan kesilapan yang wujud dalam daftar pemilih.

Yang lebih mengecewakan adalah hakikat bahawa Ketua PSC adalah Maximus Ongkili, di mana partinya sendiri iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS) telah kehilangan kuasa di Sabah akibat kemasukan bilangan pengundi yang mengejutkan dalam daftar pemilih termasuk banyak pendatang asing tanpa izin yang telah diberikan IC palsu untuk membolehkan mereka untuk mendaftar dan mengundi.

DAP amat mebantah kegagalan Speaker Dewan Rakyat untuk tidak membenarkan pengenalan laporan minoriti yang mendedahkan beberapa masalah utama dalam daftar pemilih.

Kegagalan PSC untuk memasukkan hasil kajian laporan minoriti ke dalam laporan PSC dan sikap Speaker yang memperkenalkan satu dokumen yang berasingan di Parlimen menunjukkan kekurangan komitmen daripada pihak kerajaan untuk menempatkan mekanisme yang bermakna dan langkah-langkah untuk membersihkan daftar pemilih.

Memandangkan kekurangan komitmen untuk memastikan pilihan raya umum akan datang yang bersih dan bebas, DAP menyokong sepenuhnya panggilan Bersih 3.0 untuk berkumpul di Dataran Merdeka pada 28 April 2012 dari jam 2pm hingga 4pm, bagi menyatakan hasrat rakyat untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13 yang bersih, bebas dan adil.

DAP juga mengulangi sokongan bagi pelaksanaan penuh 8 tuntutan Bersih 2.0 di mana salah satu – penggunaan dakwat kekal- telah ditangani dalam Laporan PSC.

Najib tipu apabila kata aset NFC dibekukan

Posted: 05 Apr 2012 05:29 AM PDT

Rafizi Ramli, Foto: Muhamad Faizal,


(Gambar: Rafizi dan Firdaus Jaafar pada sidang media di parlimen hari ini)

Saya telah menegaskan berkali-kali bahawa semua transaksi yang melibatkan aset dan kepentingan pemilik NFC perlu dibekukan kerana ada kemungkinan besar harta-harta ini diperolehi dengan menggunakan dana awam sebanyak RM250 juta yang diselewengkan dari tujuan asalnya.

Aset dan kepentingan pemilik NFC yang saya maksudkan adalah seperti berikut:

1. Semua pegangan syarikat, saham dan pelaburan di dalam apa-apa entiti yang dibuat selepas tahun 2007, iaitu selepas NFCorp dianugerahkan kontrak RM250 juta untuk mengusahakan Pusat Fidlot Kebangsaan;

2. Semua hartanah, plot tanah dan pelaburan di dalam bidang hartanah yang dibuat selepas tahun 2007, sama ada pembelian di buat atas nama NFC, syarikat-syarikat yang dikuasai oleh pemilik NFC atau pun atas nama mereka sendiri;

3. Sebarang pemindahan wang kepada syarikat atau individu selain dari bayaran operasi biasa NFC; dan

4. Sebarang pertukaran kepentingan melibatkan aset lain, termasuklah kereta, dana, kelengkapan dan lain-lain.

Setakat ini, telah terbukti bahawa pemilik NFC telah menggunakan sebahagian dari dana awam berjumlah RM250 juta untuk tujuan yang tidak ada kena mengena dengan penternakan lembu, terutamanya pelbagai pelaburan di dalam bidang hartanah.

Persoalan yang paling kritikal ialah bagaimanakah kesemua RM250 juta ini akan dapat dipulangkan kembali kepada rakyat, apabila ia terikat di dalam pelbagai bentuk pelaburan hartanah dan harta-harta lain.

Tambahan pula, tidak seorang pun pemilik NFC memberikan jaminan peribadi (personal guarantee) bahawa liabiliti mereka kepada rakyat Malaysia tidak sahaja terhad kepada modal yang dilaburkan di dalam NFC; bahkan kerajaan boleh mengambil alih harta mereka yang lain untuk mendapatkan kembali RM250 juta yang telah dipinjamkan.

Oleh sebab itulah, KEADILAN telah mendesak berkali-kali supaya kerajaan mengambil langkah segera dan tegas untuk membekukan semua harta dan transaksi melibatkan NFC dan pemiliknya, termasuklah harta-harta peribadi yang telah didedahkan selama ini kerana ia adalah cagaran balik untuk mendapatkan kembali dana awam berjumlah RM250 juta itu.

Malangnya, perkara ini tidak berlaku.

Saya boleh mendedahkan bahawa ruang masa yang mengalihkan pandangan rakyat dari skandal NFC kepada isu perletakan jawatan Datuk Seri Shahrizat Jalil telah digunakan untuk mengatur urusniaga yang melupuskan hartanah-hartanah yang sepatutnya dibekukan.

Pemilik-pemilik NFC, iaitu Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan anak beliau, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh kini dalam proses memuktamadkan penjualan tiga aset hartanah kepada sebuah syarikat, Insun Development Sdn Bhd bernilai RM3 juta.

Tiga aset hartanah ini dibiayai oleh bank yang sama yang sebelum ini membiayai pembelian 8 unit hartanah mewah di KL Eco City, lalu menimbulkan persoalan sama ada pembiayaan ketiga aset hartanah ini juga adalah berasaskan simpanan deposit dana NFC yang ditempatkan di bank tersebut.

Maklumat hartanah tersebut adalah seperti berikut:

Hartanah 1

Alamat:

B-00-22
Plaza Damas 3
No 63, Jalan Sri Hartamas 1
Taman Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur
Jenis: Tingkat bawah, kedai pejabat 3 tingkat
Harga dilupuskan kepada Insun Development Sdn Bhd: RM1.5 juta


Hartanah 2


Alamat: B-01-22
Plaza Damas 3
No 63, Jalan Sri Hartamas 1
Taman Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur
Jenis:Tingkat 1, kedai pejabat 3 tingkat
Harga dilupuskan kepada
Insun Development Sdn Bhd: RM759,000

Hartanah 3
Alamat:B-02-22
Plaza Damas 3
No 63, Jalan Sri Hartamas 1
Taman Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur
Jenis:Tingkat 2, kedai pejabat 3 tingkat
Harga dilupuskan kepada
Insun Development Sdn Bhd:RM741,000


Urusniaga berjumlah RM3 juta boleh disahkan oleh pengurusan Insun Development Sdn Bhd yang beralamat di 15-5, Signature Office The Boulevard, Midvalley City, 59200 Kuala Lumpur atau pun peguam yang bertindak bagi pihak pembeli iaitu Heng & Co, No 30 Lorong Maarof, Bangsar Park, 59000 Kuala Lumpur. Harga pasaran ketiga-tiga hartanah ini dianggarkan berjumlah RM4 juta, maka pelupusan ini dibuat pada diskaun sebanyak 25%.

Saya membidas sekeras-kerasnya kecuaian pihak berkuasa yang membolehkan urusniaga sebegini terus berlaku terutamanya apabila pelupusan harta dibuat pada harga yang lebih rendah. Ini menjejaskan kemungkinan pihak berkuasa dapat merampas kembali sebarang harta yang dibeli dengan menyalahgunakan dana awam RM250 juta untuk mendapatkan kembali pembayaran dana tersebut kelak.

Jika ini boleh berlaku tanpa sebarang pengawasan, ini bermakna perkara yang sama boleh juga berlaku dengan aset-aset lain yang dimiliki oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil tetapi dibeli menggunakan dana awam (atau pun melalui transaksi melibatkan dana awam) iaitu:

1. Kondominium One Menerong berjumlah RM14 juta

2. 2 plot tanah di Putrajaya berjumlah RM3 juta

3. Kondominium di Orchard Scotts berjumlah RM10 juta

4. 2 kondominium di Marina Bay Suites berjumlah RM34 juta

5. 8 unit rumah kedai pejabat di KL Eco City dianggarkan berjumlah RM12 juta

Urusniaga yang melupuskan harta-harta milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil seperti ini membuktikan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berbohong kepada rakyat apabila beliau mengumumkan bahawa aset NFC telah dibekukan pada 14 Januari 2012 yang lalu.

Sehingga kini, segala urusniaga dan operasi berjalan seperti biasa termasuklah yang melibatkan pelupusan harta yang menjejaskan pengambilan semula dana awam RM250 juta.

Penulis adalah Pengarah Strategi Keadilan

Pertumbuhan Kelantan lebih pesat

Posted: 05 Apr 2012 05:26 AM PDT

Rizal Tahir,


KOTA BHARU: Negeri Kelantan yang ditohmah sebagai sebuah negeri yang termiskin di negara ini, sebenarnya lebih maju dari apa yang disangkakan.

(Takiyudin menyaksikan pertukaan dokumen perjanjian antara MPKB-BRI dengan Sentosa Jaya.)

Malah pertumbuhan KDNK Kelantan telah mengatasi pertumbuhan KDNK negara bagi dua tahun berturut-turut, iaitu 8.1 peratus (berbanding negara 6.2 peratus) pada tahun 2007 dan 6.9 peratus (berbanding negara 4.1 peratus) pada 2008.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Fauzi Mat, berkata demikian ketika berucap pada majlis perjanjian persefahaman pembinaan apartmen 25 tingkat antara MPKB-BRI dengan pengusaha Sentosa Jaya Development Sdn Bhd, disebuah hotel tengahari tadi.

Majlis perjanjian itu yang diwakili beliau bagi pihak MPKB-BRI dan Sentosa Jaya oleh Pengarah Urusannya, Datuk Razali Daud, disaksikan oleh anggota exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.

Projek yang dibina di atas tapak Pasar Kubang Kerian itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 36 bulan, sebagaimana mengikut perjanjian.

Menurutnya, pencapaian itu berlaku kerana kepesatan ekonomi dan pembangunan yang berlaku di negeri itu.

"Pada tahun ini juga, MPKB-BRI mensasarkan pendapatan sebanyak RM100 juta berbanding sebelumnya yang tidak begitu menepati sasaran.

"Menurutnya,sumber pendapatan tersebut melalui pulangan pelaburan projek usahasama MPKB-BRI dengan swasta,"ujarnya

PTPTN boleh dimansuh jika ada kemahuan politik

Posted: 05 Apr 2012 05:24 AM PDT

Dr Zuhdi Marzuki,


Pusat Penyelidikan PAS (PPP) berpandangan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) boleh dimansuhkan sekiranya ada kemahuan politik (political will) yang kuat oleh parti yang memerintah. Sehubungan dengan itu, cadangan Pakatan Rakyat (PR) untuk memansuhkan PTPTN bukanlah janji politik yang populis dan tidak dapat dicapai. Malah, PPP melihat perlaksanaan PTPTN telah menyebabkan rakyat Malaysia semakin terhimpit dengan hutang sekaligus mengurangkan kuasa beli mereka.

Pinjaman pendidikan PTPTN juga akan melebarkan lagi jurang kaya-miskin yang telah sedia buruk di Malaysia, di samping meningkatkan jumlah golongan muflis di waktu usia muda. Oleh sebab itu, dari segi jangka panjang, situasi-situasi yang timbul akibat pelaksanaan PTPTN ini boleh menjejaskan ekonomi negara.

Cadangan PR untuk memansuhkan PTPTN bukanlah sesuatu yang mustahil. Dalam konteks ini, PPP telah mengenalpasti beberapa kaedah yang boleh dilaksanakan sekiranya PR berjaya menubuhkan Kerajaan Persekutuan selepas Pilihanraya Umum ke-13. Salah satu kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memansuhkan PTPTN ialah dengan memberikan pendidikan percuma sehingga ke peringkat pendidikan tertiari di institusi-institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Sebenarnya, pendidikan percuma di peringkat tertiari ini semakin menjadi trend yang diikuti oleh kebanyakan negara-negara di dunia termasuklah negara-negara membangun.

Beberapa negara yang telah memperkenalkan pendidikan percuma di peringkat tertiari ini ialah Argentina, Brazil, Cuba, Mauritius, Malta, Kenya, Morroco, Libya, Sri lanka dan lain-lain, selain daripada beberapa negara Eropah.

Perlaksanaan pendidikan percuma di peringkat tertiari ini bermaksud memberi yuran pengajian percuma kepada pelajar-pelajar IPTA dari peringkat ijazah Sarjana Muda atau mungkin juga boleh dilanjutkan ke peringkat Master atau PhD.

Pemberian yuran pengajian percuma kepada pelajar-pelajar Sarjana Muda di IPTA tempatan sebenarnya memerlukan peruntukan sekitar hanya RM 450 - 500 juta setahun. Berdasarkan jumlah kemasukan pelajar-pelajar Sarjana Muda ke IPTA-IPTA tempatan pada tahun 2011 yang berjumlah 61228 orang, maka anggaran keseluruhan pelajar-pelajar Sarjana Muda di seluruh IPTA pada tahun tertentu ialah sekitar 180,000 orang.

Dengan mengambil kira jumlah yuran pengajian yang berbeza mengikut bidang pengajian masing-masing dan juga yuran mengikut universiti, anggaran purata yuran pengajian yang perlu dibayar oleh setiap pelajar IPTA ialah RM2,500 setahun. Oleh sebab itu, jumlah keseluruhan yuran pengajian yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan ke atas 180000 orang pelajar Sarjana Muda bagi tempoh setahun ialah sekitar RM 450 juta.

Peruntukan RM 450 – RM500 juta setahun untuk melaksanakan pendidikan percuma di peringkat tertiari ini jauh lebih rendah daripada peruntukan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang berjumlah RM 759.9 juta pada tahun 2011. Tidak dapat dinafikan bahawa menerapkan semangat patriotism terhadap negara, pembinaan sahsiah yang baik, memupuk perpaduan di kalangan generasi muda dan lain-lain objektif yang disasarkan oleh pelaksanaan PLKN adalah penting kepada masa depan negara.

Bagaimanapun, kesemua objektif ini sepatutnya boleh dicapai melalui sistem pendidikan negara yang selalu dilaungkan oleh pimpinan kerajaan hari ini sebagai antara yang terbaik di dunia. Dengan unjuran perbelanjaan PLKN akan melebihi RM 1 billion pada masa hadapan, sewajarnya program ini dikaji semula sekiranya PR memerintah, dan jumlah peruntukan tersebut akan dapat menampung pemberian pendidikan percuma di peringkat tertiari yang dilihat lebih bermanfaat.

Selain daripada itu, kerajaan PR akan datang juga perlu mengkaji keperluan untuk menghantar pelajar-pelajar ke luar negara yang menelan belanja hampir RM 1.5 billion setahun. Jumlah peruntukan ini adalah begitu besar yang sepatutnya boleh digunakan untuk membiayai lebih ramai pelajar di peringkat tertiari. Penghantaran pelajar-pelajar ke luar negara perlu dikurangkan dengan memberi tumpuan hanya kepada bidang-bidang yang benar-benar diperlukan dan juga kepada pelajar-pelajar ijazah lanjutan.

Dengan mengurangkan separuh sahaja peruntukan menghantar pelajar-pelajar ke luar negara kepada RM 750 juta, kerajaan PR sebenarnya boleh menambah lebih sekali ganda jumlah pelajar-pelajar yang boleh diberi pendidikan percuma di peringkat tertiari berbanding hanya kepada 180000 orang pada hari ini. Menyedari hakikat tersebut, langkah mengkaji semula penghantaran pelajar-pelajar ke luar negara akan membuka ruang yang lebih besar untuk melaksanakan pendidikan percuma di peringkat tertiari dalam negara ini.

Dengan melaksanakan pendidikan percuma di peringkat tertiari ini, keperluan pelajar terhadap pinjaman PTPTN tidak lagi diperlukan, justeru ia boleh dimansuhkan. Bagi menampung kos hidup pelajar-pelajar di peringkat pendidikan tertiari pula, PPP berpandangan skim tabungan jangka panjang seperti Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) perlu diteruskan dan dikembangkan lagi.

Instrumen-instrumen sokongan seperti dermasiswa, biasiswa dan bantuan zakat sama ada dari kerajaan, syarikat, individu dan badan-badan amal yang bertujuan untuk membiayai kos hidup golongan pelajar yang miskin dan tidak berkemampuan juga perlu diteruskan dan digalakkan. Melalui kaedah-kaedah ini, pelajar-pelajar tidak lagi memerlukan pinjaman PTPTN kerana mereka tidak lagi perlu membayar yuran pengajian, manakala kos hidup mereka sewaktu belajar pula boleh dibiayai melalui instrumen-instrumen tersebut.

Selain daripada itu, kerajaan PR akan datang juga perlu mempertimbangkan satu sistem pengajian yang lebih fleksibel untuk memberikan ruang selesa kepada pelajar-pelajar peringkat pendidikan tinggi untuk bekerja sambilan bagi membiayai kos hidup mereka. Sebenarnya banyak kajian yang telah dilakukan termasuk di Malaysia tentang baik-buruknya pelajar-pelajar bekerja sambilan sewaktu dalam pengajian tinggi mereka.

Oleh kerana itu, kerajaan PR akan datang perlu memberi perhatian serius untuk mengkaji perkara ini kerana dengan penglibatan pelajar-pelajar universiti dalam sektor pekerjaan sambilan sebenarnya turut memberi kesan positif kepada pengurangan jumlah pekerja-pekerja asing di samping mengurangkan bebanan ibu-bapa yang terpaksa menanggung anak-anak mereka walaupun setelah berumur lebih daripada 18 tahun.

Berdasarkan kepada beberapa perkara tersebut, PPP berkeyakinan pemansuhan PTPTN bukanlah satu agenda populis PR sebaliknya sesuatu yang boleh dilaksanakan dengan adanya kemahuan politik yang kuat.

DR ZUHDI MARZUKI,

Pengarah Operasi,

Pusat Penyelidikan PAS (PPP)

Vale: Nizar cabar Zambry dedah semua dokumen

Posted: 05 Apr 2012 05:19 AM PDT

Muhammad Faeez,


IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir perlu mendedahkan semua dokumen tentang projek pusat pengagihan bijih besi Vale International kepada umum.

Ketua Pembangkang Dun Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Zambry tidak boleh memilih dan mendedahkan satu surat sahaja tetapi perlulah mengemukakan semua surat-surat termasuklah surat kelulusan projek oleh Kerajaan BN.

"Zambry perlu dedahkan semua dokumen termasuklah minit-minit mesyuarat, dan perjanjian antara kerajaan dan pihak Vale," katanya dalam sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri Perak, hari ini.

Menurutnya, surat yang didedahkan oleh Zambry semalam telah menyatakan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat ketika itu akan mempertimbangkan cadangan projek di teluk Rubiah jika ianya telah mematuhi syarat oleh Ministry of International Trade and Industry (MITI) dan Pejabat Tanah dan Galian.

"Kita (Pakatan Rakyat) memberikan kebebasan kepada pelabur serta kita raikan mereka dan kita akan membuat keputusan setelah kita mendapat laporan-laporan daripada agensi-agensi kerajaan termasuklah Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ministry of International Trade and Industry (MITI), Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Pertahanan, dan Environmental impact Assessment(EIA)," ujarnya.

Nizar menjelaskan, surat yang didedahkan oleh Zambry semalam hanyalah surat meraikan pelabur untuk melabur dan bukannya surat kelulusan.

"Saya cabar Dr Zambry tunjukkan kepada rakyat semua surat yang Vale terima untuk menjalankan projek itu.

"Selepas semua dokumen didedahkan barulah rakyat tahu siapa sebenarnya berbohong," tegasnya.

Katanya, Pihak Vale sudah berjumpa dengan kerajaan BN sebelum Pakatan Rakyat memerintah dan inginkan projek tersebut dijalankan di Teluk Rubiah.

"Selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan, Vale berjumpa dengan kami dan mengemukakan dua cadangan tempat iaitu di Bagan Datoh dan Sagari, tetapi bukan Teluk Rubiah," jelasnya.

Semalam, Menteri Besar, Dr Zambry telah mendedahkan surat yang ditandatangani oleh Menteri Besar ketika itu, Nizar tentang sokongan terhadap projek Vale dan kesahihan kandungan surat berkenaan.

Daripada surat yang dikeluarkan itu, ada dinyatakan bahawa Nizar selaku Menteri Besar ketika itu mengutus surat sokongan kepada Pengarah Pemasaran Komersial Vale, Mr Renato Neves.

Nizar mengakui kesahihannya surat itu namun ianya hanya surat sokongan dan bukannya surat kelulusan projek.

Beliau sangat seronok dan berterima kasih kepada Dr Zambry kerana mendedahkan surat sokongan terhadap projek tersebut kerana ianya telah menggambarkan hubungan baik antara Kerajaan Pakatan Rakyat kepada pelabur.

Sidang Dewan Undangan Negeri Perak hari ini bersidang untuk hari ketiga dan akan berakhir pada hari Isnin minggu hadapan.

Tarikh PRU: Ini kena tanya Rosmah

Posted: 05 Apr 2012 04:16 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA TERENGGANU-Rakyat Malaysia perlu bertanya kepada Datin Seri Rosmah Mansor samada suaminya Perdana Menteri Najib Razak sudah mendapat satu tarikh yang sesuai untuk pilihanraya umum ke 13 (PRU13).

"Beliau berkerja bersama-sama dengan Rosmah bukan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tun Dr Mahathir atau sesiapa saja dalam Umno, Najib sedang mencari satu tarikh yang boleh memberikan ganjaran 2/3 majoriti di PRU13.

"Bagi Rosmah dan Najib, perkara ini bukanlah susah kerana semua bekas perdana menteri Umno, termasuklah Pak Lah telah memenangi PRU mereka melebihi 2/3 majoriti apabila pertama kali mereka menerajui Barisan Nasional (BN).

"Ini adalah kali pertama untuk Najib dan mereka berdua adalah pendekar, sudah tentu mereka tidak mahu kehebatan politik mereka kelihatan tidak sehebat para pemimpin terdahulu yang membawa BN ke arah kemenangan," kata Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily hari ini.

Namun, kata Mustafa , Najib sebenarnya dalam dilemma untuk memilih satu tarikh yang sesuai untuk pilihanraya, kerana seandainya silap, teori RAHMAN akan menjadi kenyataan.

Ini kerana, menurut teori RAHMAN, Najib adalah perdana menteri terakhir daripada Umno.

Teori RAHMAN adalah khabar angin yang sering diperkatakan orang mengenai rancangan menyusun turutan perdana menteri di Malaysia.

Teori RAHMAN merupakan singkatan kepada nama perdana menteri Malaysia yakni Tunku Abdul (R)ahman, Tun (A)bdul Razak, Tun (H)ussien Onn, Tun Dr (M)ahathir, Tun (A)bdullah dan (N)ajib.

"Najib kini sebenarnya tersepit mencari tarikh yang sesuai untuk PRU13. Terlalu awal, negeri-negeri Pakatan Rakyat mungkin tidak ikut.

"Terlalu lambat, segala faktor feel good yang dijana melalui pemberian duit seperti RM100 kepada sekolah rendah, RM200 baucar buku dan RM500 melalui BR1M akan dilupakan," kata Mustafa.

Mustafa berkata pemberian duit bantuan yang bertujuan untuk menunjukkan bahawa pengundi telah mendapat pembelaan tidak akan bertahan lama.

"Untuk kekal perasaan feel good itu, pilihanraya tidak boleh dilengahkan. Seperti kata Mahathir, Melayu mudah lupa," kata Mustafa dengan seloroh.

"Jadi apakah tarikh sesuai untuk Najib? Rasanya Jun hingga pertengahan Julai kerana selepas itu ialah bulan Ramadan, Hari Raya dan orang bersiap hendak pergi menunaikan haji – ia adalah tidak sesuai dan perasaan feel good dah hilang," kata beliau.

Negeri Selangor, pusat pertembungan dalam pilihan raya ini telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan ikut serta PRU13 sekiranya ia diadakan sebelum bulan Jun.

Negeri Pakatan Rakyat (PR) yang lain, selain Kelantan belum menyatakan hasrat samada akan turut mengadakan pilihanraya serentak atau tidak.

Dengan itu, Mustafa berkata Najib kini berdepan dengan satu lagi dilemma di mana beliau akan berlawan di PRU13 kemungkinan tanpa hadiah utama, Selangor yang dihajatkannya.

"Kini, PR telah menemui jumlah pengundi hantu yang besar di Selangor, modus operandi yang sama digunakan BN untuk mengalahkan PAS di Terengganu pada 2004.

"Tidak mustahil untuk negeri Pakatan Rakyat untuk menangguhkan pilihanraya ke Mei 2013 untuk membersihkan daftar pemilih terlebih dahulu.

"Najib boleh meneruskan untuk pillihanraya parlimen, dan mungkin menang tapi negeri PR masih kekal," kata Mustafa.

Namun dengan prediksi bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin bahawa BN hanya selamat di tiga negeri iaitu Pahang, Melaka dan Johor, Mustafa bertanya samada Najib berani memanggil PRU13 sekiranya negeri-negeri PR tidak ikut serta.

"Teori RAHMAN akan menjadi kenyataan sekiranya tarikh yang salah dipilih, dan Najib mungkin adalah perdana menteri terakhir daripada Umno dan ketika itu berakhirlah BN," Mustafa memberikan amaran.

Siapakah yang Najib patut rujuk untuk mendapat tarikh PRU13.

"Saya rasa Rosmah. Beliau juga ingin kekal terus berkuasa, jadi beliau mungkin memanggil pilihanraya sekiranya rasa BN boleh menang di peringkat parlimen.

"Peranan Rosmah mungkin ialah mengumpulkan segala prediksi daripada ahli astronomi, nujum, bomoh dan feng shui untuk mendapat tarikh yang sesuai," sindir beliau.-Harakahdaily

Kebenaran pahit bagi Dr M: Musuh lamanya Anwar memberi saingan hebat dalam PRU-13

Posted: 05 Apr 2012 04:14 AM PDT

Melissa Lee, Malaysia Chronicle


Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah mengakui bahawa ia adalah sukar untuk meramalkan keputusan pilihanraya umum ke-13 disebabkan oleh isyarat "mengelirukan" dari pelbagai pihak.

"Apa yang pasti, ia tidak mudah bagi BN untuk mendapatkan majoriti dua pertiga kali ini. Pembangkang sekarang tidak seperti dulu, dan situasi semasa agak mengelirukan," Bernama melaporkan Mahathir berkata sebegitu.

Pasti sukar bagi Mahathir untuk membuat pengakuan tersebut, kerana gabungan pembangkang Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, merupakan orang yang dia cuba untuk jatuhkan dan gulingkan dari arena politik sepenuhnya.

Pada tahun 1998, kerana takutkan populariti dan peningkatan pengaruh Anwar dengan orang Melayu, Mahathir sengaja mereka cerita liwat dan tuduhan rasuah kepada bekas Timbalannya dan berjaya dalam memenjarakan Anwar selama 6 tahun. Hanya selepas Mahathir bersara barulah Mahkamah Persekutuan cukup berani untuk menjatuhkan tuduhan dan bebaskan Awar.

Kini berumur 64 tahun, Anwar bersedia untuk memimpin Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum kedua sebagai satu parti gabungan. Walaupun tidak dibenarkan pendaftaran rasmi oleh Pendaftar Pertubuhan, parti-parti Pakatan PKR, PAS dan DAP telah menandatangani Rangka Kerja Polisi Awam dan bersetuju untuk manifesto bersama - Buku Jingga – bagi PU-13. Sementara itu, PU-13 dijangka diadakan sebelum akhir tahun ini.

Mengumpul kekuatan

Sejak pilihanraya umum ke-12 pada tahun 2008, Pakatan Rakyat telah mengumpul kekuatan, dengan dua daripada empat negeri yang ditadbir mereka - Selangor dan Pulau Pinang - dipuji oleh Ketua Audit Negara kerana tadbir urus terbaik. Kedua-dua Pulau Pinang dan Selangor juga telah menarik FDI terbanyak, mengalahkan negeri-negeri yang diperintah BN.

Kebangkitan Anwar dan Pakatan kini dinilai sebagai mempunyai peluang yang sama untuk meningkatkan prestasi mereka dari pilihan raya 2008, dengan ramai pemerhati meramalkan mereka mungkin merampas kerajaan persekutuan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mahathir nampaknya bersetuju dengan pandangan ini, berkata bahawa pelbagai andaian yang dibuat mengenai sokongan kepada BN tidak kukuh, dengan sesetengah orang mengatakan bahawa ia sedang meningkat dan lain-lain berkata sebaliknya. Mahathir tidak menuding jari kepada sesiapa pun, tetapi sehari yang lalu, beliau menyeru kepada Najib untuk membenarkan 'orang luar' untuk bertanding bagi kerusi di bawah tiket UMNO.

Mahathir mengeluh kekurangan orang Melayu'pintar' dalam Umno, keadaan yang mungkin disebabkan kesalahannya iaitu keengganan untuk melembutkan pendirian tegasnya semasa pemerintahan beliau selama 22 tahun dari tahun 1981 hingga 2003. Malah, sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, Malaysia mengalami 'otak longkang' yang besar termasuk dari masyarakat Melayu, tetapi Mahathir sentiasa menganggap isu ini sebagai isu kecil dan 'biarkan mereka pergi jika mereka mahu'.

"Tiada satupun dasar Mahathir menyumbang kepada kelahiran barisan pelapis dalam Umno, tiada apa yang dia boleh kata sekarang. Dan kerosakan itu bukan sahaja kepada Umno tetapi dilanjutkan kepada ekonomi secara keseluruhan, di mana Malaysia kehilangan banyak bakat. Kesan ke atas ekonomi sedang berlaku sekarang dan jika tidak dipulihkan oleh dasar pembaharuan dan dasar baru, kita boleh menjangkakan kemerosotan yang berlanjutan secara menyeluruh," Ramon Navaratnam, pengerusi Pusat bagi Kajian Dasar Awam, kepada Malaysia Chronicle.

Najib gagal dalam kepimpinannya

Dalam beberapa minggu lepas, bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin telah meramalkan BN akan menang dengan mudah dalam hanya tiga buah negeri - Johor, Melaka dan Pahang. Sebahagian besar kesalahan itu telah ditujukan kepada Najib kerana gagal untuk memimpin Umno-BN keluar daripada permasalahan.

Umno melantik Najib sebagai presiden mereka pada tahun 2009 selepas memaksa pendahulunya Abdullah Badawi bersara awal kerana kehilangan 5 negeri daripada 13 kepada Pakatan Rakyat serta majoriti dua pertiga BN yang sudah lama dipegang di Parlimen.

Mahathir dan pemimpin Umno yang lain berharap bahawa Najib akan membalikkan keadaan dan mengembalikan majoriti dua pertiga

yang penting, yang akan membolehkan mereka untuk meminda undang-undang penting untuk kekal berkuasa mungkin lebih satu dekad lagi. Tetapi pembawaan

politik kekok Najib akan ditolak oleh rakyat, yang kini melihat beliau sebagai seorang penipu.

Dalam komennya, dia telah memberitahu Daim untuk menunjukkan bahawa jika Najib gagal untuk memperbaiki keputusan Badawi, beliau perlu meletak jawatan yang akan memihak kepada sama ada timbalannya Muhyiddin Yassin atau 'pencabar barunya'. Setakat ini, tiada orang baru yang muncul tetapi pertaruhannya adalah bahawa ia boleh mungkin MP Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, yang telah menyerang Najib kerana polisinya yang tidak teratur dan kepimpinan lemah.

Sepanjang tempoh Najib yang bermula pada April 2009, Malaysia mengalami serangan terburuk intoleransi kaum dan agama. Kumpulan pelampau seperti Perkasa dan Jati telah dipupuk dan dibenarkan untuk berkembang. Pada masa yang sama, Najib menyuarakan dasar kesederhanaan Barat. Tetapi ia kelihatan seperti mereka telah kehilangan keyakinan dengannya, malah Washington Post yang berpengaruh menghentam beliau sebagai "seorang hipokrit".

Namun begitu, walaupun dengan mandatnya untuk memerintah akan tamat pada bulan Mac 2013, Najib telah meneruskan strategi politik busuk yang sama terhadap Anwar, menggunakan perkauman dan ketaksuban agama untuk menakut-nakutkan orang Melayu bagi mengundi untuk Umno supaya ia boleh 'melindungi' mereka dari orang bukan Melayu.

Sementara itu, ekonomi negara kekal diabaikan dan lembut kerana percutian kerap Najib di luar negara yang telah dikritik kerana membakar lubang dalam poket pembayar cukai.

Rasuah kekal pada paras tertinggi dalam rekod, dengan Malaysia tergelincir 4 tempat kepada 60 dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International 2011. Malaysia menjaringkan 4.3 berbanding New Zealand, yang paling kurang rasuah pada 9.5, dan Somalia dan Korea Utara yang masing-masing menjaringkan 1.0, menjadikan mereka kedua-dua negara yang paling korup dalam penyiasatan. Di ASEAN, Singapura menjaringkan 9.3 dan Brunei 6.3.Malaysia Chronicle

Bersih 3.0: SPR tidak perlu rasa gelisah

Posted: 05 Apr 2012 04:12 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR- Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Datuk Wan Ahmad Wan Omar supaya jangan panik dengan pengumuman Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk menganjurkan perhimpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April 2012.

Bagi Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor, kenyataan Wan Ahmad yang menyifatkan perhimpunan itu sebagai tindakan terburu-buru menunjukkan 'kegelisahan beliau dalam melindungi sesuatu'.

Sepatutnya, kata beliau Wan Ahmad tidak perlu mengulas Himpunan Bersih 3.0 kerana itu bukan kerjanya.

"Tugas utama beliau, adalah memastikan perjalanan pilihnraya berlangsung dengan adil dan bersih. Beliau tidak perlu bertindak bagi pihak Perdana Menteri atau kerajaan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Riduan menambah, yang perlu mengulas isu himpunan Bersih 3.0 adalah kerajaan, sama ada Perdana Menteri, menteri terbabit atau pihak polis.

Justeru, katanya kenyataan Wan Ahmad menyerlahkan lagi tahap kecondongannya kepada satu pihak.

Beliau menambah, Wan Ahmad tidak perlu merasa cemas kerana himpunan Bersih 3.0 adalah perhimpunan aman.

"Tujuannnya adalah untuk mengingatkan kerajaan dan SPR agar berlaku adil dalam PRU ke 13. Jangan menipu, jangan menyeleweng, jangan main wayang atau 'silap mata'," ujarnya.

Justeru, ujarnya SPR jangan bimbang kerana hasil himpunan itu rakyat sendiri akan memerhati setiap pergerakan SPR mahupun kerajaan dalam PRU13 dan setiap penipuan pasti akan dapat dihidu dan dibongkarkan.

Ini, ujar beliau kerana sudah banyak hints oleh banyak pihak sebagai gambaran PRU13 adalah pilihan raya yang paling kotor dan rakyat tidak bersedia mendengarnya.

"Justeru, jika SPR yakin tidak ada unsur penipuan selama ini apa yang hendak ditakutkan," katanya.

Beliau berkata, SPR patut ucap terima kasih kerana rakyat membantu melicinkan lagi usaha SPR mahu membersihkan sistem pilihan raya.

Jelasnya, Bersih 3.0 juga membantu PSC dalam mendesak kerajaan mempercepatkan pembersihan pilihan raya, hanya dibimbangi rakyat usul PSC tidak sempat dilaksanakan kerana Perdana Menteri membubarkan parlimen mengikut hati beliau.

Menurutnya, himpunan Bersih 3.0 juga adalah sebagai 'loceng amaran' kepada rakyat supaya bersedia menghadapai PRU13 yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa.

Katanya, himpunan Bersih 3.0 akan mengingatkan rakyat supaya mengosongkan tarikh pada 2 bulan terakhir ini (Mei dan Jun) agar jangan menyusun jadual ke luar negara.

"Memandangkan Perdana Menteri tidak mahu mengumumkan tarikh awal pilihanraya, rakyat hidup dalam keadaan teraba-raba.

"Justeru, Bersih 3.0 terpaksa diadakan bagi membina momentum rakyat menghadapi PRU13," katanya lagi.Harakahdaily

Rafizi: Najib tipu apabila kata aset NFC dibekukan

Posted: 05 Apr 2012 04:09 AM PDT

Rafizi Ramli


Saya telah menegaskan berkali-kali bahawa semua transaksi yang melibatkan aset dan kepentingan pemilik NFC perlu dibekukan kerana ada kemungkinan besar harta-harta ini diperolehi dengan menggunakan dana awam sebanyak RM250 juta yang diselewengkan dari tujuan asalnya.

Aset dan kepentingan pemilik NFC yang saya maksudkan adalah seperti berikut:

1. Semua pegangan syarikat, saham dan pelaburan di dalam apa-apa entiti yang dibuat selepas tahun 2007, iaitu selepas NFCorp dianugerahkan kontrak RM250 juta untuk mengusahakan Pusat Fidlot Kebangsaan;

2. Semua hartanah, plot tanah dan pelaburan di dalam bidang hartanah yang dibuat selepas tahun 2007, sama ada pembelian di buat atas nama NFC, syarikat-syarikat yang dikuasai oleh pemilik NFC atau pun atas nama mereka sendiri;

3. Sebarang pemindahan wang kepada syarikat atau individu selain dari bayaran operasi biasa NFC; dan

4. Sebarang pertukaran kepentingan melibatkan aset lain, termasuklah kereta, dana, kelengkapan dan lain-lain.

Setakat ini, telah terbukti bahawa pemilik NFC telah menggunakan sebahagian dari dana awam berjumlah RM250 juta untuk tujuan yang tidak ada kena mengena dengan penternakan lembu, terutamanya pelbagai pelaburan di dalam bidang hartanah.

Persoalan yang paling kritikal ialah bagaimanakah kesemua RM250 juta ini akan dapat dipulangkan kembali kepada rakyat, apabila ia terikat di dalam pelbagai bentuk pelaburan hartanah dan harta-harta lain.

Tambahan pula, tidak seorang pun pemilik NFC memberikan jaminan peribadi (personal guarantee) bahawa liabiliti mereka kepada rakyat Malaysia tidak sahaja terhad kepada modal yang dilaburkan di dalam NFC; bahkan kerajaan boleh mengambil alih harta mereka yang lain untuk mendapatkan kembali RM250 juta yang telah dipinjamkan.

Oleh sebab itulah, KEADILAN telah mendesak berkali-kali supaya kerajaan mengambil langkah segera dan tegas untuk membekukan semua harta dan transaksi melibatkan NFC dan pemiliknya, termasuklah harta-harta peribadi yang telah didedahkan selama ini kerana ia adalah cagaran balik untuk mendapatkan kembali dana awam berjumlah RM250 juta itu.

Malangnya, perkara ini tidak berlaku.

Saya boleh mendedahkan bahawa ruang masa yang mengalihkan pandangan rakyat dari skandal NFC kepada isu perletakan jawatan Datuk Seri Shahrizat Jalil telah digunakan untuk mengatur urusniaga yang melupuskan hartanah-hartanah yang sepatutnya dibekukan.

Pemilik-pemilik NFC, iaitu Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan anak beliau, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh kini dalam proses memuktamadkan penjualan tiga aset hartanah kepada sebuah syarikat, Insun Development Sdn Bhd bernilai RM3 juta.

Tiga aset hartanah ini dibiayai oleh bank yang sama yang sebelum ini membiayai pembelian 8 unit hartanah mewah di KL Eco City, lalu menimbulkan persoalan sama ada pembiayaan ketiga aset hartanah ini juga adalah berasaskan simpanan deposit dana NFC yang ditempatkan di bank tersebut.

Maklumat hartanah tersebut adalah seperti berikut:

Hartanah 1

Alamat:

B-00-22

Plaza Damas 3

No 63, Jalan Sri Hartamas 1

Taman Sri Hartamas

50480 Kuala Lumpur

Jenis: Tingkat bawah, kedai pejabat 3 tingkat

Harga dilupuskan kepada Insun Development Sdn Bhd: RM1.5 juta

Hartanah 2

Alamat: B-01-22

Plaza Damas 3

No 63, Jalan Sri Hartamas 1

Taman Sri Hartamas

50480 Kuala Lumpur

Jenis:Tingkat 1, kedai pejabat 3 tingkat

Harga dilupuskan kepada

Insun Development Sdn Bhd: RM759,000

Hartanah 3

Alamat:B-02-22

Plaza Damas 3

No 63, Jalan Sri Hartamas 1

Taman Sri Hartamas

50480 Kuala Lumpur

Jenis:Tingkat 2, kedai pejabat 3 tingkat

Harga dilupuskan kepada

Insun Development Sdn Bhd:RM741,000

Urusniaga berjumlah RM3 juta boleh disahkan oleh pengurusan Insun Development Sdn Bhd yang beralamat di 15-5, Signature Office The Boulevard, Midvalley City, 59200 Kuala Lumpur atau pun peguam yang bertindak bagi pihak pembeli iaitu Heng & Co, No 30 Lorong Maarof, Bangsar Park, 59000 Kuala Lumpur. Harga pasaran ketiga-tiga hartanah ini dianggarkan berjumlah RM4 juta, maka pelupusan ini dibuat pada diskaun sebanyak 25%.

Saya membidas sekeras-kerasnya kecuaian pihak berkuasa yang membolehkan urusniaga sebegini terus berlaku terutamanya apabila pelupusan harta dibuat pada harga yang lebih rendah. Ini menjejaskan kemungkinan pihak berkuasa dapat merampas kembali sebarang harta yang dibeli dengan menyalahgunakan dana awam RM250 juta untuk mendapatkan kembali pembayaran dana tersebut kelak.

Jika ini boleh berlaku tanpa sebarang pengawasan, ini bermakna perkara yang sama boleh juga berlaku dengan aset-aset lain yang dimiliki oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil tetapi dibeli menggunakan dana awam (atau pun melalui transaksi melibatkan dana awam) iaitu:

1. Kondominium One Menerong berjumlah RM14 juta

2. 2 plot tanah di Putrajaya berjumlah RM3 juta

3. Kondominium di Orchard Scotts berjumlah RM10 juta

4. 2 kondominium di Marina Bay Suites berjumlah RM34 juta

5. 8 unit rumah kedai pejabat di KL Eco City dianggarkan berjumlah RM12 juta

Urusniaga yang melupuskan harta-harta milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil seperti ini membuktikan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berbohong kepada rakyat apabila beliau mengumumkan bahawa aset NFC telah dibekukan pada 14 Januari 2012 yang lalu.

Sehingga kini, segala urusniaga dan operasi berjalan seperti biasa termasuklah yang melibatkan pelupusan harta yang menjejaskan pengambilan semula dana awam RM250 juta. MALAYSIA CHRONICLE


Ganti kepimpinan FAM dengan yang lebih segar

Posted: 05 Apr 2012 04:06 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR- Anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah bersetuju dengan pandangan sesetengah peminat yang mahu kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diganti oleh generasi baru dan lebih segar.

Beliau mengulas tindakan FAM menggantung Pengerusi Kesatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa.

Sebelum kes Annuar Musa, bekas lagenda bolasepak negara, Abdullah Ali juga membuat cadangan yang sama.

Sebelum hukuman dijatuhkan ke atas Annuar Musa, sekumpulan peminat bolasepak Kelantan membuat bantahan tindakan mengheret Annuar ke jawatankuasa disiplin Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Menurut rakaman yang disiarkan oleh Astro Awani, mereka juga menuntut Presiden FAM meletakkan jawatan kerana membuat kenyataan Annuar bersalah sebelum dijatuhkan hukuman oleh jawatankuasa disiplin FAM.

Semalam Jawatankuasa Tatatertib FAM memutuskan Annuar digantung 30 bulan atau dua tahun setengah daripada sebarang aktiviti bola sepak di peringkat nasional dan negeri berkuatkuasa serta-merta.

Dengan hukuman itu juga bermakna Annuar tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti badan induk bola sepak negara, serta dalam aktiviti Kafa.

Hukuman itu diputuskan selepas jawatankuasa mendapati Annuar bersalah membuat kenyataan akhbar berbau negatif mengenai skuad bola sepak negara yang melanggar Artikel 88, Statut FAM edisi 2010-2014 pada 12 Feb lepas.

"Apa yang berlaku kepada Annuar walaupun beliau daripada parti berlainan dengan saya tapi saya penuh simpati dan memahami tekanan yang dihadapi oleh beliau seperti mana juga yang dialami oleh Khairy Jamaluddin pernah merasai dahulu.

"Kafa perlu berbincang dan kita harap semoga masih ada jalan keluar agar potensi dan kemampuan Annuar dalam pasukan Kelantan dapat diteruskan, bukan terbantut dalam keputusan yang cukup mengecewakan," kata Wan Abdul Rahim .

Beliau berpendapatan, masih ada cara lain untuk menyelesaikan kemelut FAM itu selain menggantung Annuar.

Ini kerana, pengalaman Annuar yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan sangat diperlukan untuk memajukan bola sepak negara.

Nilai semula keputusan

Sementara itu Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Abdul Fatah Mahmood pula mengharapkan FAM boleh menilai semula hukuman penggantungan Annuar itu.

Menurutnya, hukuman itu sangat berat untuk diterima oleh penyokong bola sepak negara khususnya rakyat Kelantan dan peminat The Red Warriors itu sendiri memandangkan Annuar juga adalah Presiden Kafa.

"Mewakili rakyat Kelantan dan peminat The Red Warriors kita menerima keputusan ini dengan sangat berat.

"Kita rai keputusan jawatankuasa tatatertib. Cuma kita harap ada satu ruang yang lain diberikan kepada beliau untuk memperbetulkan kelemahan," katanya kepada Harakahdaily.-Harakahdaily

100 penduduk Putrajaya bantah edaran Harakah

Posted: 05 Apr 2012 04:04 AM PDT

MALAYSIA KINI
Lebih 100 penduduk Presint 8 berkumpul di Medan Selera Presint 8 hari ini untuk mengoyakkan naskhah akhbar Harakah yang diletakkan di rumah-rumah atau peti surat di kawasan apartmen penjawat awam di Putrajaya.

Wakil penduduk Presint 8, Roslan Abu Hanif berkata tindakan itu dibuat sebagai tanda memprotes penyebaran akhbar yang merupakan lidah rasmi PAS, di kawasan itu sejak dua minggu lepas.

"Ia diletakkan pada waktu malam dan kami percaya ia dilakukan orang dari luar Putrajaya yang diupah pihak tertentu.

"Kami tidak perlukan akhbar ini kerana banyak berita tidak benar. Kami percaya mereka edar di perumahan penjawat awam untuk mempengaruhi penjawat awam. Saya harap penjawat awam tidak percaya dengan apa yang dilaporkan," katanya.

Roslan berkata kerajaan Barisan Nasional sudah memberi kemudahan yang terbaik kepada penduduk di Putrajaya dan tidak perlu mana-mana parti politik lain melebarkan pengaruh mereka di sini. Bernama

MUBARAK mahu BN timbang calonkan bekas wakil rakyat

Posted: 05 Apr 2012 04:03 AM PDT

MALAYSIA KINI

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) mahu bekas wakil rakyat tertentu dipertimbangkan sebagai calon BN dalam pilihan raya umum ke-13.

Presiden Mubarak Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata untuk itu, pihaknya akan menyerahkan senarai nama bekas wakil rakyat itu, terutama anggota Mubarak kepada pucuk pimpinan BN untuk pertimbangan.

"Kita bukan hendak berlawan dengan pemimpin-pemimpin parti, kita buat apa yang kita patut buat dengan cara sukarela dan kalau calon ini (ahli Muabarak) sesuai dan boleh menang, maka kita akan ketengahkan," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama Mubarak di Kota Kinabalu semalam.

Beliau berkata senarai nama calon berkelayakan itu, termasuk dari Sabah, kini di peringkat akhir penelitian.

Beliau berkata Mubarak akan memberi sokongan padu kepada BN bagi memastikan parti gabungan itu mencapai kejayaan cemerlang pada PRU-13. Bernama

Muhyiddin: Umno bahagian jaga DUN Kuala Nerang

Posted: 05 Apr 2012 03:59 AM PDT

MALAYSIA KINI

Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Umno bahagian Padang Terap dan Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah supaya "menjaga" kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Nerang kerana wakil rakyatnya Datuk Syed Sobri Syed Hashim telah diisytiharkan muflis.

Timbalan Perdana Menteri berkata ini bagi memastikan rakyat di kawasan itu sentiasa dibela dan dijaga.

"Sementara nak hadapi pilihan raya, kokosongan itu diisi oleh pimpinan Umno di situ. Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah) sudah buat keputusan akan ada orang yang bertanggungjawab untuk membantu rakyat supaya kawasan itu tidak dianggap terbiar. Ini penting untuk rakyat rasa mereka tidak ditinggalkan," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan khas bersama pemimpin peladang seluruh Kedah di Kilang NPK Fertilizer Sdn Bhd di Gurun hari ini.

Dua hari lepas, Syed Sobri mengumumkan dirinya muflis setelah gagal membayar baki hutangnya dengan bank tempatan berjumlah RM8 juta. Beliau berkata pada Disember lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkannya sebagai muflis.

Perkara 47(1)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri Kedah menyatakan seorang anggota Dewan Undangan Negeri hilang kelayakan jika ia seorang muflis yang belum dilepaskan.

Muhyiddin berkata beliau memberi jaminan bahawa rakyat di kawasan itu akan terus dibela oleh Umno dan BN, dan jika ada masalah, mereka boleh merujuk kepada pimpinan Umno dan BN.

Katanya beliau dimaklumkan bahawa Syed Sobri adalah seorang Adun yang menjalankan tugasnya dengan baik tetapi kini beliau tidak dapat memegang jawatan itu.

"Ini sesuatu yang kita rasa kecewa dan sedih, bagaimana hal itu berlaku, tetapi ia telah diputuskan. Kita terima dengan rasa berat hati," katanya.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Timbalan Menteri berkenaan Datuk Mohd Johari Baharom, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Datuk Zainal Dahlan dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Muhyiddin hari ini mengadakan lawatan sehari ke Kedah bermula dengan perjumpaan bersama peniaga kecil dan pemandu teksi seluruh negeri Kedah di Taman Ria, Sungai Petani, pagi tadi.- Bernama

Siswa: Demo anti-PTPTN pemanas badan BERSIH 3.0

Posted: 05 Apr 2012 03:58 AM PDT


MALAYSIA KINI
Sekumpulan mahasiswa menyifatkan perhimpunan anti-PTPTN pada 14 April depan merupakan himpunan "pemanas badan" sebelum perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April di lokasi yang sama.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Muhamad Safwan Anang menegaskan mahasiswa yang "inginkan keadilan" berikrar akan turun kedua-dua dalam himpunan itu.

"Kami melihat terdapat beberapa perkara dalam PSC (jawatankuasa terpilih khas parlimen) yang sesuai untuk digunapakai. Namun begitu, terdapat juga banyak perkara yang tidak tencapai seperti yang diharapkan.

"Oleh itu, kami menggesa anak muda, dan mahasiswa supaya turun BERSIH 3.0 bagi menuntut keadilan dan pilihan raya yang bersih untuk kali ini," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, SMM dilaporkan akan menganjurkan perhimpunan anti-PTPTN yang mensasarkan kira-kira 5,000 peserta bagi menuntut kerajaan memansuhkan pinjaman itu dan menyediakan pendidikan percuma.

Semalam, BERSIH pula mengumumkan mengadakan perhimpunan kali ketiga - yang mensasarkan 500,000 peserta - bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Sementara itu, Pemuda PAS bersedia menggerakkan seluruh jentera pemuda dari negeri, kawasan dan cawangan-cawangan bagi menyertai himpunan BERSIH 3.0 dengan mensasarkan penglibatan 100,000 anak muda turun ke himpunan itu.

Naib Ketua dewan itu Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob berkata dewan itu akan mengadakan mesyuarat khas bagi membentuk jawatankuasa dan melantik pengerusi bertindak di setiap negeri bagi mempromosikan BERSIH 3.0.

Nelayan Pengerang fail saman ke atas k'jaan Johor

Posted: 05 Apr 2012 03:57 AM PDT


MALAYSIA KINI
Seramai 578 nelayan bot kecil dari 10 kampung di perairan pantai Pengerang, Kota Tinggi, hari ini memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi atas kerja penambakan laut berhubung projek pembinaan Terminal Petroleum Laut Dalam di kawasan perairan berkenaan.

Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan melalui peguam Mohd Shujaa Halim daripada firma guaman Tetuan Shujaa Mazri & Co di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi, Menara MSC Cyberport, di Johor Bahru.

Mohd Shujaa yang ditemui pemberita berkata tiga defendan yang dinamakan dalam tuntutan itu ialah Pengerang Independent Terminal Sdn Bhd, Dialog E&L Sdn Bhd dan Kerajaan Negeri Johor.

Dalam pernyataan tuntutan itu, kesemua nelayan terbabit memohon ganti rugi RM500,000 setiap seorang kerana kehilangan pendapatan.

Mereka turut memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan pertama dan kedua daripada meneruskan kerja sehingga tuntutan diberikan atau setelah perintah ganti rugi yang wajar diberikan.

Terdahulu, sebahagian daripada nelayan berkenaan berhimpun secara aman di pekarangan menara itu sebelum proses penyerahan writ saman dan pernyataan tuntutan berkenaan. Bernama

PSM yakin peluang baik dengan logo sendiri

Posted: 05 Apr 2012 03:55 AM PDT

Parti Sosialis Malaysia (PSM) tidak akan lagi meminjam logo PKR dan DAP dalam pilihan raya akan datang kerana percaya peluang mereka lebih baik ekoran tindakan itu.

Setiausaha agungnya S Arutchelvan berkata, parti itu sudah lama turun padang dengan logo sendiri dan ia sepatutnya sudah cukup dikenali.

psm logo approved by election commission 290409 01"Hatta dalam pilihan raya umum, kita tidak sembunyi di belakang logo PKR, kami berkempen dengan logo PSM sebelah menyebelah," katanya dalam sidang media hari ini.

PKR dalam pilihan raya sebelum ini pernah menggunakan logo PKR dan DAP ekoran tidak dibenarkan menggunakan logo sendiri pada kertas undi kerana belum didaftarkan.

Walaupun tidak bergabung secara rasmi bersama Pakatan Rakyat, parti beraliran kiri itu memilih bekerjasama dengan gabungan pembangkang.

Mahfuz reka 'cerita karut jahat', kata SPR

Posted: 05 Apr 2012 03:48 AM PDT

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, bahawa beliau terlibat dalam 'pasukan petugas' yang didakwa memberi kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi.

NONEDalam mesej teks kepada Malaysiakini, Wan Ahmad (kanan) berkata Mahfuz, yang menamakan beliau dalam satu sidang akhbar semalam, telah sengaja mengheretnya ke dalam "cerita karut" rekaannya yang bertujuan untuk "merosakkan integriti SPR".

Wan Ahmad menyifatkannya sebagai satu perbuatan jahat dan tidak bertanggungjawab oleh Mahfuz.

Sebaliknya, kata Wan Ahmad, beliau tidak tahu tentang tuduhan terhadapnya itu.

"Dia sengaja mengaitkan nama saya ,timbalan pengerusi SPR, dalam cerita rekaannya itu untuk modal politik bertujuan untuk mengaitkan SPR dalam aktiviti sedemikian.

"Objektifnya untuk merosak integriti dan kredibiliti SPE sebagai badan bebas dan berkecuali di bawah Perlembagaan," kata Wan Omar.

Katanya, beliau akan mendapatkan nasihat penasihat undang-undang suruhanjaya itu sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.

Wan Ahmad adalah antara lapan individu yang dinamakan oleh Mahfuz sebagai sebahagian daripada anggota pasukan petugas yang didakwanya itu.

Yang lainnya yang didakwa oleh Mahfuz - nama mereka tidak disiarkan oleh Malaysiakini sementara menunggu komen mereka - adalah pegawai-pegawai kanan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Seorang lagi yang turut dinamakan adalah seorang pembantu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

TBH: Tiada tindakan pada 3 pegawai SPRM

Posted: 05 Apr 2012 03:47 AM PDT

MALAYSIA KINI
Jabatan Peguam Negara mendapati tidak wujud kesalahan jenayah terhadap tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang dikaitkan dengan kematian Teoh Beng Hock sebelum ini, kata Datuk Seri Nazri Aziz.

NONEMenteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, setelah penelitian terperinci kesemua mereka didapati tidak melakukan apa-apa kesalahan bawah Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Rasuah Malaysia.

"Sehubungan itu, tiada tindakan undang-undang telah diambil terhadap ketiga-tiga pegawai SPRM tersebut," kata Nazri dalam jawapan bertulis di Parlimen ketika menjawab soalan Dr Lee Boon Chye (PRK-Gopeng).

Lee meminta perdana menteri menyatakan tindakan yang telah diambil terhadap tiga pegawi itu yang disyorkan dikenakan tindakan setimpal ekoran kematian mendiang dalam tahanan SPRM.

Bagaimanapun, kata Nazri, siasatan pasukan siasatan khas SPRM memutuskan hanya satu pertuduhan tatatertib oleh dibuat terhadap mereka atas kesalahan tidak mengawal selia saksi semasa siasatan,

Waran tangkap terhadap MP Sabak Bernam

Posted: 05 Apr 2012 03:39 AM PDT


MALAYSIA KINI

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri, kerana gagal menghadiri prosiding mahkamah.

NONEAbdul Rahman adalah pengerusi Majuikan Sdn Bhd yang telah
diperintahkan membayar RM2.3 juta pada November lalu, ekoran saman Benzteel Sdn Bhd Perdagangan terhadap United Arena (M) Sdn Bhd

Ketika dihubungi, peguam plaintif, A Saha Deva berkata Abdul Rahman (kiri), sebagai salah seorang pengarah Majuikan, telah gagal menghadiri prosiding pelaksanaan.

"Para pengarah gagal hadir di mahkamah untuk menjelaskan mengapa mereka tidak membuat bayaran bagi jumlah penghakiman tersebut," kata peguam itu.

Berikutan itu, Mahkamah Tinggi mengeluarkan waran tangkap baru-baru ini dan akan diserahkan hari ini.

Saha Deva berkata bailif akan cuba menyerahkan waran tangkap itu hari ini.

Semasa berita ini ditulis, Abdul Rahman tidak ada di Parlimen.

Pada 1 Mac, Abdul Rahman dan pembantunya disabitkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap kesalahan membuat tuntutan palsu ketika mejadi ahli dewan undangan negeri.

Mereka masing-masing dihukum enam tahun penjara dan denda RM400,000.

Bersih 3.0 harus sebab hanya 1 daripada 8 tuntutan ditunaikan, kata Mat Sabu

Posted: 05 Apr 2012 03:38 AM PDT


KUALA LUMPUR— Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menegaskan himpunan Bersih 3.0 perlu diadakan memandangkan hanya satu daripada lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) diluluskan dalam laporan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC).

Pada sidang media yang diadakan di pejabat agung PAS, Mohamad berkata tujuh tuntutan lain langsung tidak dimasukkan dalam laporan 22 cadangan yang diusulkan PSC.

"Ini kerana dari lapan tuntutan tanya satu ditunaikan iaitu celup jari.

"Yang lain langsung tidak dipedulikan bahkan daftar pemilih paling kotor," katanya menambah parti Islam itu menyokong penganjuran himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini di Dataran Merdeka di sini.

Selain dakwat kekal, tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Selain memberi perbandingan jelas antara Malaysia dengan Myanmar, Mohamed berkata negara kita ketinggalan jauh dalam usaha menambahbaik sistem pilihan raya berbanding negara itu yang telah mengamalkan sistem pilihan raya yang bersih dan adil.

Himpunan Bersih 3.0 yang dijadual akan berlangsung 28 April ini di Dataran Merdeka.

Menurut Mohamad atau lebih mesra dengan penggilan "Mat Sabu" himpunan kali ketiga itu akan menjadi medan untuk memberi tekanan kepada kerajaan berhubung tuntut lapan perkara Bersih yang belum dipenuhi kerajaan.

Perhimpunan dengan tema "Duduk dan Bantah" ini adalah anjuran bersama 84 NGO lain yang akan diadakan serentak di seluruh negara dan dunia.

Perhimpunan ini juga adalah lanjutan daripada himpunan Bersih 2.0 yang berjaya dilancarkan pada 9 Julai tahun lalu dengan penglibatan puluhan ribu rakyat bagi menuntut lapan penambahbaikan dalam sistem pilihanraya.

Pak Samad sedia untuk Bersih 3.0, mahu ribuan rakyat sertai

Posted: 04 Apr 2012 10:43 PM PDT


KUALA LUMPUR — Ikon sastera negara Datuk A. Samad Said yang menjadi perhatian tahun lalu apabila berjaya menyerahkan memorandum reformasi sistem pilihan raya kepada Yang di-Pertuan Agong.

Hari ini, beliau "terganggu" bahawa tiada reformasi sistem pilihan raya yang sebenar dilakukan sejak perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu.


Pak Samad menyertai Datuk Ambiga dan ahli jawatankuasa pemandu yang lain di sidang media petang semalam. — Foto Jack Ooi
Sasterawan Negara yang lembut percakapannya memberitahu The Malaysian Insider berulang kali bahawa beliau "tidak gembira" dengan 22 cadangan yang diusulkan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) yang dibentangkan di Parlimen, pada Selasa lalu.

Kerajaan dan kegagalan PSC untuk mencadangkan pembaharuan menyeluruh, kata Samad, ia merupakan "alasan baik" mengapa Bersih 3.0 "perlu" diadakan.

"Saya tidak gembira dengan apa yang berlaku. Saya tidak gembira. Tidak gembira," katanya.

"Jadi sebab itu saya rasa, disebabkan apa yang sedang berlaku ia amat mengganggu pada pendapat saya.

"Itu satu alasan yang baik mengapa kami sepatutnya mengadakannya (Bersih 3.0)," katanya.

Samad atau lebih dikenali sebagai "Pak Samad" berkata demikian kepada The Malaysian Insider selepas sidang media petang semalam bersama Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan dan ahli jawatankuasa pemandu yang lain.

Kumpulan itu mengumumkan akan mengadakan "Bersih 3.0", perhimpunan ketiga untuk pilihan raya bersih dan adil, yang dijadualkan dari pukul 2 petang hingga 4 petang di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

Mengenai "Bersih 3.0", Pak Samad berkata mana-mana reformasi untuk proses pilihan raya, sama ada dicadangkan PSC atau tidak, "harus" dilakukan sebelum pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata laporan PSC telah diserahkan kepada Dewan Rakyat tanpa dibahaskan, menjelaskan tiada tempoh ditetapkan untuk melaksanakan 22 cadangan pembaharuan itu.

Panel itu, katanya, sepatutnya melakukan yang lebih baik.

"Mereka sepatutnya melakukan yang lebih baik, sebenarnya," katanya. "Kerana mereka tidak mengatakan bila cadangan ini dilaksanakan.

"Kerana, apa yang kami tahu semua cadangan ini perlu dilaksanakan sebelum pilihan raya."

Beliau berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan mengambil bahagian pada 28 April ini.

"Saya harap (lebih ramai akan sertai). Kerana ia bukan sahaja di KL tapi di negeri lain dan seluruh dunia," katanya.

Beliau sekali lagi melahirkan kesediaan untuk mengetuai ribuan rakyat untuk "Bersih 3.0" yang mana beliau meramalkan sekurang-kurangnya 500,000 orang di seluruh dunia.

Pada Bersih 2.0, 9 Julai lalu, Pak Samad terpaksa berkaki ayam untuk mengharungi perhimpunan itu.

Kata Pak Samad, beliau kehilangan kasutnya semasa keadaan kelam-kabut akibat gas pemedih mata dan meriam air yang dilepaskan pihak berkuasa namun selepas itu seorang individu yang tidak dikenali memberikan sepasang selipar kepadanya.

Selepas perhimpunan itu, pemerhati politik menggelar Pak Samad sebagai "ikon" Bersih, mengatakan walaupun beliau bukan seorang ahli politik tetapi penglibatannya membantu membuang tanggapan kumpulan itu adalah untuk politik.

Pendapatan Perkapita Malaysia Meningkat Daripada US$6700 Kepada US$9700 (RM30,070)!!

Posted: 04 Apr 2012 10:34 PM PDT


Staff Berita Semasa

Pendapatan Perkapita Malaysia Pendapatan Perkapita Malaysia Meningkat Daripada US$6700 Kepada US$9700 (RM30,070)!!


Tempoh hari, Datuk Seri Najib ada membentangkan laporan GTP & ETP mengenai prestasi Malaysia di bawah kerajaan pimpinan beliau. Dan terdapat beberapa pengumuman yang berjaya menarik perhatian kami, termasuklahlah pengumuman Datuk Seri Najib yang menyentuh angka yang melibatkan pendapatan perkapita Malaysia ketika ini….

Pendapatan Per Kapita Negara Pendapatan Perkapita Malaysia Meningkat Daripada US$6700 Kepada US$9700 (RM30,070)!!

Sumber : Bernama

Angka KDNK RM852.7 Billion – Pendapatan PerKapita Malaysia USD9700

  • pelaburan langsung asing telah meningkat sebanyak 12.3% kepada RM33 bilion
  • pelaburan swasta pula telah menunjukkan peningkatan sebanyak 19% kepada RM94 bilion
  • Sebanyak 313 ribu peluang pekerjaan baru dijangka dapat dicipta daripada keseluruhan RM179 bilion nilai pelaburan yang telah diumumkan di bawah ETP
  • Sebanyak RM129 bilion pendapatan negara kasar pula dijangka dapat dijana menjelang Tahun 2020

Semasa ETP dilancarkan 2 tahun lalu, pendapatan perkapita negara adalah USD 6 700. Hari ini, ia telah meningkat kepada USD 9700. Manakala data 2011 menunjukkan pencapaian tertinggi KDNK atau GDP serta PNK atau GNI negara semenjak merdeka. Angka KDNK telah mencecah RM 852. 7 bilion manakala PNK pula RM830.7 bilion.

Pencapaian ini telah membolehkan kerajaan mengutip jumlah hasil tertinggi dalam sejarah pasca merdeka iaitu RM 185.54 bilion membolehkan pelbagai inisiatif dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat di samping langkah-langkah di ambil bagi membaiki kedudukan fiskal kerajaan. Terbukti apa yang telah dicapai dalam kerangka waktu ini, menunjukkan kita berada di trajektori yang betul untuk mencapai pendapatan perkapita USD 15 000 pada tahun 2020. (Sumber Penuh : 1Malaysia.com.my

Dahulu sekitar tahun 90an, Malaysia sebaris dan tergolong dalam kelompok negara "Harimau Asia" yang terdiri Malaysia sendiri, Singapura, Korea Selatan, Taiwan. Sekarang?

Walaubagaimanapun, kami tetap optimis yang Malaysia mampu bangkit dengan cepat selepas ini kembali kepada kedudukan asal untuk bersaing semula dengan negara-negara yang setaraf dengan Malaysia suatu ketika dahulu. Insyaallah boleh. Tetapi bila akan tiba masanya? Itu yang menjadi persoalannya.

Di bawah ini, merupakan data yang dikeluarkan oleh Bank Dunia setakat pada tahun 2010 sahaja. Yang mana kami menyenaraikan Malaysia, Singapura, Arab Saudi dan juga Brunei untuk tujuan perbandingan secara jelas :

Pendapatan Perkapita Pendapatan Perkapita Malaysia Meningkat Daripada US$6700 Kepada US$9700 (RM30,070)!!

Sumber Data : Bank Dunia (World Bank)

Dan data terbaru berdasarkan laporan berita yang telah kami keluarkan sebelum ini bertajuk "Negara Terkaya Di Dunia. Negara Jiran Malaysia – Brunei, Singapura Tersenarai!!", telah meletakkan negara jiran Malaysia Singapura dan Brunei di kedudukan ketiga dan kelima. Dan anda boleh semak angka terbaru pendapatan perkapita Singapura dan Brunei yang dikeluarkan oleh Forbes itu.

Mungkin ada yang mempertikaikan, Singapura dan Brunei boleh kaya sebab negara mereka kecil dan penduduk pun tidak ramai, jadi lebih mudah untuk menguruskannya. Kami yakin dan percaya pasti ada yang akan mengutarakan pendapat seperti ini. Yalah, masing-masing ada pendapat dan pandangan tersendiri.

Tetapi cuba kita jenguk jauh sedikit jaraknya daripada Malaysia iaitu negara Arab Saudi. Melihatkan kepada statistik penduduk Arab Saudi hanya kurang 1 juta sahaja berbanding jumlah penduduk di Malaysia yang dianggarkan sekitar sudah mencapai jumlah penduduk sekitar 28 juta ketika ini. Apa eksport utama kerajaan Arab Saudi? Dan berapa pendapatan perkapita Arab Saudi?

Mereka hanya bergantung sepenuhnya kepada minyak mentah semata untuk tujuan eksport

Pendapatan Perkapita 2012 Pendapatan Perkapita Malaysia Meningkat Daripada US$6700 Kepada US$9700 (RM30,070)!!

Sumber : Laman Web Statistik Kerajaan Arab Saudi

Sedangkan Malaysia yang memiliki penduduk yang seakan sama dengan Arab Saudi, tetapi Tuhan telah limpahkan kepada Malaysia sumber alam yang pelbagai. Antaranya ialah :

  • Minyak mentah yang berkualiti tinggi
  • Gas Asli (eksport ke-9 terbesar di dunia)
  • Minyak Sawit ( Pengeluar No-1 dunia )
  • Koko ( Malaysia mengeluarkan 1% daripada Koko seluruh dunia)
  • Getah Asli
  • Teh
  • Balak
  • lain-lain?

Jadi kami sangat yakin, jika negara Malaysia kita ini dapat diuruskan dengan lebih baik lagi berbanding sekarang ini Malaysia akan bergerak lebih cepat lagi. Apa respon & pandangan anda pula?

Tiada ulasan: