DIALOG RAKYAT |
- Jasad Keluar Negara, Nama Didaftarkan Sebagai Pengundi
- MP Umno-BN Tolak Cadangan Bersihkan Daftar Pemilih
- Keengganan Speaker Benarkan Usul Laporan Minoriti Dibahaskan Disifatkan Sebagai Angkuh
- Pakatan gesa lima masalah PRU tidak diselesaikan PSC diberi perhatian
- Speaker gagal kawal Dewan, tolak laporan minoriti
- Ketua Menteri Pulau Pinang diugut, pihak berkuasa tidak boleh pandang ringan
- Mari kita ikut nasihat Najib
- MCA, DAP dan Islam
- Usul PSC tambah baik p'raya lulus dalam kecoh
- Bayan Mutiara: Ketua Pemuda Umno putar belit - Mujahid Yusof
- Shahrizat menghitung hari: Kamilia pemenang besar- Jawatan Kabinet dan Wanita dalam tangan
- Bersih 3.0 akan dianjurkan bulan Mei setelah perubahan pengundian ditolak oleh Najib
- 'Tumpu pribumi, bukan pengundi Cina'
- Banjir kilat: Exco bidas Noh salahkan k'jaan S'gor
- Kiraan KDN buat MP DAP keliru
- Dakwaan cabul: MP pohon saksi tampil
- Ketua wira PERKASA nafi tendang jurukamera k'jaan P Pinang
- Pengosongan flat lama PKNS Kerinchi ditangguh seminggu
- Tiada ID, tapi nama anggota keselamatan dalam daftar pemilih
- PSC cadang bubar parlimen lepas cukup 4 tahun
- 22 syor PSC untuk tambahbaik sistem p'raya
- Tak wujud 'minority report', kata speaker
- Bersih 3.0 dijangka berlaku bulan ini, kata sumber
- Lagi Umno Rampas Tanah; Generasi Kedua Felda Jadi Mangsa
- DUN Air Putih Bukan Lagi Kawasan Hitam
Jasad Keluar Negara, Nama Didaftarkan Sebagai Pengundi Posted: 03 Apr 2012 08:10 AM PDT SHAH ALAM : Kepincangan sistem pilihanraya Malaysia terbukti sekali lagi apabila seorang pembantu akauntan mendakwa beliau didaftar sebagai pengundi tanpa pengetahuannya. Lebih memeranjatkan lagi, Jeisha Nukasy, 36, didaftar sebagai pengundi pada Feb 17 semasa beliau berada di luar negara atas urusan kerja. Menurut ADUN Seri Muda Shuhaimi Shafiei, Jeisha bukan kes pertama yang beliau pernah temui. Jeisha mendakwa beliau didaftarkan sebagai pengundi oleh pihak tidak bertanggungjawab semasa beliau berada di Thailand. Jeisha menyedari perkara tersebut semasa beliau pergi ke pejabat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di Kompleks PKNS Shah Alam untuk mendaftar sebagai pengundi pada 31 Mac. "Saya terkejut apabila dimaklumkan bahawa nama saya telah didaftarkan pada 17 Februari lalu sedangkan 16 Feb hingga 19 Feb saya berada di Thailand," Jeisha berkata apabila ditemui di Ibupejabat Polis Daerah Shah Alam di sini. Jeisha tampil membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa menyiasat bagaimana beliau boleh didaftarkan tanpa kehadiran dan kad pengenalan. Hadir bersama Jeisha adalah suaminya Steven Sivatian dan ADUN Seri Muda Shuhaimi Shafiei. Jeisha berkata mengikut rekod SPR, beliau didaftarkan sebagai pengundi di Jalan Kebun yang berada di dalam kawasan DUN Seri Muda. Sementara itu Shuhaimi berkata beliau dalam proses menghubungi seorang lagi pengundi yang mengalami perkara yang sama. Sebelum ini, media melaporkan yang kawasan mengundi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diubah tanpa pengetahuannya daripada Petaling Jaya Selatan ke Lembah Pantai, Kuala Lumpur. "SPR diminta untuk membersihkan senarai nama pengundi sebelum pilihanraya dan bertindak secara adil dan tidak menyebelahi mana-mana parti politik seperti UMNO-BN untuk memenangi pilihanraya akan datang," jelas Shuhaimi. | ||
MP Umno-BN Tolak Cadangan Bersihkan Daftar Pemilih Posted: 03 Apr 2012 07:34 AM PDT KUALA LUMPUR : Gagasan Umno-BN yang menguasai Dewan Rakyat hari ini menolak cadangan untuk memperbetulkan sistem pilihanraya Malaysia dengan membersihkan daftar pemilih dari lebih 50,000 pengundi yang statusnya diragukan. Majoriti MP Umno-BN juga telah menolak cadangan yang dibawa MP Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk memgembalikan lebih 30,000 pengundi-pengundi yang dipindahkan tanpa pengetahuan mereka ke lokasi mengundi yang asal. Ini berlaku setelah Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul bagi memasukkan penyata minoriti dari Ahli Anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) dari Pakatan ke dalam laporan rasmi PSC itu. Kenyata minoriti itu ditulis tiga ahli panel PSC Untuk Penambahbaikan Pilihanraya dari Pakatan yang tidak puas hati terhadap gerak kerja ahli panel PSC yang terdiri dari MP Umno-BN. Mereka ialah MP Gombak Azmin Ali, MP Rasah Loke Siew Fook dan MP Kuala Krai Dr Mohd Hatta Md Ramli. Menurut kenyata minoriti itu, ahli PSC Pakatan berpendapat perkara yang paling asas dalam penambahbaikan pilihanraya, iaitu satu daftar pengundi yang bersih dan telus, masih tidak dapat perhatian yang sepatutnya. Malah, Pandikar Amin Ahli bertindak mengarahkan Azmin, MP Subang R. Sivarasa dan MP Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad keluar dari Dewan selepas mereka mempertikaikan keputusan Pandikar Amin untuk menolak kenyata minoriti itu. Azmin berkata tiada peraturan mesyuarat Parlimen yang menghalang Pandikar Amin untuk memasukkan laporan minoriti ke dalam laporan terakhir PSC tentang penambahbaikan pilihanraya. Oleh itu kata Azmin, Pandikar Amin tiada sebarang alasan kukuh untuk menolak laporan minoriti itu yang memuatkan cadangan bagi membaiki kelemahan di dalam sistem pilihanraya negara. "Walaupun di peringkat awal, Speaker telah mengaitkan dengan amalan daripada beberapa buah negara, tetapi kita juga telah mengemukakan beberapa amalan yang telah dilaksanakan, namun pandangan ini diketepikan begitu sahaja. "Sebagai contoh, saya nak bawa perhatian kepada Parlimen New Zealand. Speaker boleh membenarkan laporan minoriti dimasukkan dalam laporan terakhir PSC. Oleh itu, kalau dikatakan tiada amalan dalam negara Komanwel adalah tidak benar sama sekali," tegas Azmin di dalam satu sidang akhbar di luar Dewan. Kenyata minoriti Pakatan antara lain mendesak SPR supaya memindah kembali 31,294 pengundi yang telah dipindahkan kawasan tanpa pengetahuan atau persetujuan mereka. Ia juga mahu SPR membersihkan daftar pemilih dari 42,000 pemilih yang status kewarganegaraan mereka tidak dapat disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Ahli PSC Pakatan juga mengesyorkan SPR supaya menyiasat nama pemilih warga emas yang lebih 100 tahun dan 15,000 pemilih yang menggunakan nombor kad pengenalan yang bertentangan jantina. "Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengeluarkan nama isteri anggota polis yang telah didaftarkan sebagai pengundi pos dan dimasukkan semula dalam daftar pemilih sebagai pemilih biasa," kenyata itu berkata. | ||
Keengganan Speaker Benarkan Usul Laporan Minoriti Dibahaskan Disifatkan Sebagai Angkuh Posted: 03 Apr 2012 07:30 AM PDT KUALA LUMPUR : Tindakan Speker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang enggan memberi ruang kepada MP Pakatan Rakyat bagi membahaskan usul kenyata minoriti PSC disifatkan sebagai angkuh dan tunduk kepada tuntutan Umno-Barisan Nasional (BN) semata-mata. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Speaker enggan mengesahkan kenyata minoriti tersebut kerana ia menjelaskan isu pokok berhubung kegagalan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk membersihkan senarai daftar pemilih yang sah. Menurutnya, Speaker tidak mahu melayan perbahasan tersebut sedangkan beliau (Speaker) mencabar ahli Parlimen Pakatan sebanyak tiga kali untuk mengemukakan amalan berhubung alasan amalan ini. "Daripada awal sidang, ketiga-tiga ahli jawatankuasa yang mewakili Pakatan Rakyat menegaskan keperluan mengemukakan laporan minoriti. "Speaker menolak dengan alasan tidak pernah ada amalan dalam negara Komanwel berhubung perkara berkenaan. "Speaker baca amalan di New Zealand, tetapi dia hanya baca separuh, tidak lengkap. Sedangkan negara-negara seperti Australia, New Zealand, United Kingdom dan Jamaica membenarkan amalan ini. "Bila beberapa ahli Parlimen bangkitkan isu amalan ini, dia tidak hadir, dia masuk terus gantung (ahli Parlimen)," katanya di dalam sidang media di lobi Parlimen. Anggota PSC Pakatan pagi tadi memohon satu Laporan Minoriti dimasukkan dalam laporan akhir PSC untuk mengetengahkan lima perkara yang tidak selesai. Usul itu dikemukakan oleh MP Gombak, Azmin Ali, MP Rasah Loke Siew Fook dan MP Kuala Krai, Dr Hatta Ramli. Walaubagaimanapun, usul mereka ditolak oleh Pandikar Amin dan apabila tiga MP Pakatan enggan mematuhi arahan beliau, ke-tiga-tiga MP itu diarahkan keluar. Meraka adalah Azmin, MP Subang, R.Sivarasa dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad. MP Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Speaker dilihat enggan menerima pandangan yang dikemukakan ahli Parlimen Pakatan berhubung amalan tersebut, sedangkan beliau sendiri meminta mereka berbuat demikian. "Bagi saya, Speaker akan dilihat lebih berjiwa besar sekiranya dia boleh memperbetulkan kesilapan apabila kita telah mengemukakan hujah yang cukup konkrit." Mahfuz berkata, ia adalah sesuatu yang memalukan apabila laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC) ini diterima dalam keadaan yang jelas membuktikan terdapat banyak lagi kepincangan dalam sistem pilihanraya. Kenyataan itu turut dipersetujui Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menyifatkan kejadian sedemikian rupa adalah insiden paling memalukan dalam sejarah 53 tahun Parlimen di Malaysia. Menurutnya, Speaker dilihat gagal mengawal dewan sehingga berlaku kekecohan dan huru-hara dalam Parlimen. "Kejadian yang berlaku hari ini jelas menunjukkan Speaker telah melakukan kesilapan, bersikap berat sebelah dan tidak rela memperbetulkan kesilapan beliau." | ||
Pakatan gesa lima masalah PRU tidak diselesaikan PSC diberi perhatian Posted: 03 Apr 2012 07:27 AM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR : Anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) dari Pakatan Rakyat menggesa lima masalah pilihan raya yang masih belum diselesaikan PSC diberikan perhatian sewajarnya di Parlimen. Mereka memohon agar satu Laporan Minoriti dimasukkan dalam laporan PSC untuk menjelaskan masalah itu. Permohonan itu dikemukakan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Bin Ali; Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook; dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Bin Md Ramli. Permohonan itu dibuat melalui pindaan kepada usul oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menurut Peraturan Mesyuarat 30 (1), seperti dilapor HarakahDaily. Lima masalah dan penyelesaiannya yang dibentangkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat itu adalah seperti berikut: 1) Membetulkan sempadan kawasan pilihanraya DUN dan Parlimen tanpa kelulusan Parlimen. Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengakui bahawa proses yang silakukan menyalahi peruntukan undang-undang. Tindakan segera perlu diambil untuk mengembalikan pengundi-pengundi yang terjejas ke kawasan mengundi DUN dan Parlimen mereka pada PRU ke-12. Proses ini perlu diselesaikan dalam tempoh 30 hari selepas laporan ini dibentangkan di Parlimen. 2) 42,000 pengundi meragukan yang masih belum dibersihkan SPR. Jawatankuasa mengesyorkan SPR mengambil tindakan membersihkan senarai itu dan mengeluarkan nama-nama pengundi ragu dalam tempoh 15 hari daripada laporan ini dibentangkan di Parlimen. 3) Nama pengundi melebihi 100 tahun. Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengambil tindakan menyiasat dengan terperinci nama warga emas berusia lebih 100 tahun ini dan seterusnya membersihkan nama-nama tersebut daripada daftar pemilih dalam tempoh 30 hari. 4) Pengundi ragu yang menggunakan nombor kad pengenalan yang bertentangan jantina. Mereka mengesyorkan supaya SPR menyemak nama-nama tersebut dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan seterusnya membersihkan senarai tersebut daripada daftar pemilih dalam tempoh 30 hari dari laporan ini dibentangkan di Parlimen. 5) Isteri anggota polis yang didaftarkan sebagai pengundi pos. Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengeluarkan semua nama isteri anggota polis yang didaftarkan sebagai pengundi pos dan dimasukkan semula dalam daftar pemilih sebagai pemilih biasa dalam tempoh 15 hari selepas laporan ini dibentangkan di Parlimen. | ||
Speaker gagal kawal Dewan, tolak laporan minoriti Posted: 03 Apr 2012 07:26 AM PDT Mohd Martin Kahar KUALA LUMPUR : Kekecohan berlaku dalam perbahasan meluluskan laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC) di Dewan rakyat. Ia bermula usul Pakatan Rakyat untuk membuat pindaan memasukkan laporan minoriti ke dalam laporan akhir PSC ditolak Speker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Pandikar berkata Dewan tidak mempunyai kuasa mengubah keputusan seperti yang diputuskan PSC. "Peraturan mesyuarat 30 (1), itu tidak merangkumi apa-apa yang dibentangkan pada hari ini. Peraturan ini meminta supaya usul ia diterima majlis atau tidak. "Apabila yang berhormat membangkitkan 30 (1), majlis atau pun saya tidak mempunyai kuasa mengubah apa-apa kuasa jawatankuasa khas," katanya. Sambil merujuk kepada amalan yang diguna pakai di New Zealand, Pandikar mendakwa New Zealand menolak laporan minoriti dan ia tidak diguna pakai di sana. Azmin Ali yang membawa usul itu, kemudiaannya bangun dan mengatakan ia ada diguna pakai beberapa negara Komanwel. Sekumpulan penyokong Barisan Nasional bangun dan membuat kecoh ketika ahli Parlimen Pakatan Rakyat cuba mengemukakan hujah mengenai amalan tersebut. Speaker yang kelihatan seperti kurang sabar dengan gelagat Ahli Parlimen kemudiaanya meluluskan laporan akhir PSC setelah majoriti Ahli Parlimen BN bersetuju. Speaker kemudiaanya membuat keputusan untuk mennaggguhkan persidangan higga pukul 10 pagi esok. Azmin Ali ketika ditemui di lobi Parlimen berkata, tidak ada mana-mana peraturan mesyuarat yang menghalang Speaker memasukkan laporan minoriti dalam laporan terakhir PSC. "Walau pada mulanya Speaker mengaitkannya dengan beberapa amalan di New Zealand, kita juga mengemukakan amalan sama di New Zealand apabila ada satu prosiding yang berlaku pada 17 Feb 2010, amalan ini diguna pakai. "Di Jamaica juga membenarkan laporan minoriti dibentangkan dalam Parlimen dan kita bersedia sekiraya majoriti (Parlimen) menolak minoriti itu. Tetapi Speaker tak boleh menggunakan kuasa menghalang laporan minoriti ini dibentangkan di atas meja setiap ahli Parlimen untuk dibahaskan," katanya. | ||
Ketua Menteri Pulau Pinang diugut, pihak berkuasa tidak boleh pandang ringan Posted: 03 Apr 2012 07:23 AM PDT Roketkini.com GEORGE TOWN: Keselamatan diri Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak boleh diambil ringan oleh pihak berkuasa ekoran fitnah bahaya dan rasis yang dimainkan UMNO, TV3 dan Utusan Malaysia kononnya tanah masjid dilesapkan. Susulan daripada itu, Guan Eng telah diancam secara peribadi oleh pertubuhan perkauman Perkasa dan pemimpin-pemimpin UMNO yang mengugutnya dengan keganasan dan bahasa yang penuh kebencian. Pegawai Khas Ketua Menteri, Zairil Khir Johari berkata, titnah-fitnah itu telah disiarkan secara berulang kali di kaca televisyen serta media cetak kawalan Barisan Nasional untuk mencetuskan kebencian terhadap masyarakat terhadap Guan Eng. Katanya, fitnah Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang kononnya Guan Eng telah menjual atau melenyapkan tanah masjid tidak boleh diambil ringan seperti jenaka April Fool kerana ia adalah pembohongan besar. "Walau pun Ketua Menteri telah membidas dakwaan ini sebagai fitnah terdesak oleh UMNO Pulau Pinang untuk memenangi kembali sokongan orang Melayu di Pulau Pinang, UMNO, TV3 dan Utusan Malaysia masih lagi meneruskan usaha untuk menyiarkan fitnah bahaya ini. "Media kawalan BN bukan sahaja tidak menyiarkan kenyataan balas Ketua Menteri, malah kenyataan penjelasan oleh Datuk Seri Nazir Ariff (bagi pihak pemaju) yang telah memenangi tender terbuka untuk tanah Bayan Mutiara 102.3 ekar juga tidak disiarkan. Ini adalah amat tidak bertanggungjawab dan tidak beretika," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurut Zairil yang juga Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, ramai rakyat Malaysia, khususnya yang beragama Islam, berasa terganggu dengan fitnah-fitnah yang dimainkan ini, dan telah minta penjelasan daripada Ketua Menteri. Katanya, orang Melayu khususnya amat terkejut apabila mereka sedar bahawa dakwaan-dakwaan ini hanyalah fitnah jahat UMNO dan lantas menyuarakan kebimbangan mereka terhadap keselamatan Ketua Menteri. "Dua hari lalu, iaitu pada hari Jumaat, Perkasa telah melakukan demonstrasi terhadap Ketua Menteri atas dasar fitnah-fitnah tersebut di Komtar. "Saya telah dimaklumkan bahawa Perkasa telah berkelakuan secara tidak beradab dan ganas, sampai mengugut untuk menentang Ketua Menteri secara peribadi seperti yang dilaporkan dalam New Straits Times pada 31 Mac 2012 sekiranya Ketua Menteri tidak menjawab dalam masa 7 hari. "Adakah Perkasa akan menganjurkan demonstrasi yang sama dan membuat ugutan yang sama terhadap UMNO jika dakwaan-dakwaan ini dibuktikan sebagai fitnah dan pembohongan?" tambah beliau. Beliau menegaskan bahawa UMNO, TV3 dan Utusan Malaysia telah diberi amaran untuk bertanggungjawab sepenuhnya jika keselamatan Ketua Menteri Pulau Pinang terjejas. Menurutnya, pihak polis juga harus mengambil berat tentang impak fitnah-fitnah UMNO yang mungkin menjejaskan keselamatan Ketua Menteri. "Ini bukanlah kali pertama Ketua Menteri diserang dengan fitnah. Malah, anak Guan Eng juga telah difitnah oleh Umno-Online yang mendakwa bahawa beliau telah mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan dan juga kononnya Ketua Menteri telah membayar RM200,000 sebagai sogokan untuk menutup skandal tersebut. "Walau pun kejadian ini telah dibuktikan sebagai fitnah, sampai sekarang tidak ada tindakan yang diambil oleh pihak polis," ujarnya. Zairil menambah bahawa fitnah UMNO terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang boleh dikaitkan dengan seminar anjuran Jabatan Pelajaran Johor atas topik "ancaman Kristianisasi" kepada orang Islam. Beliau menjelaskan, walau pun tajuk seminar telah ditukar, cubaan untuk mememburukkan dan membenci agama lain adalah sangat bahaya dan perlu dihentikan kerana ia bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang dilaung-laungkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden UMNO. Katanya, sikap suka memfitnah serta membenci orang lain semata-mata kerana berbeza agama tidak serasi dengan objektif untuk membangunkan masyarakat berbilang kaum yang bersatu dan harmoni. – Roketkini.com | ||
Posted: 03 Apr 2012 07:20 AM PDT Roketkini.com Sekalung bunga harus diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak kerana keikhlasan beliau menyampaikan nasihat yang baik kepada para pengundi Malaysia menjelang pilihan raya umum akan datang. Nasihatnya kepada para pengundi, dengan menjadikan contoh pemandu kenderaan sebagai kerajaan amatlah baik sekali, iaitu "janganlah kita bereksperimen untuk menukar pemandu yang telah terbukti kebolehannya, di tengah-tengah jalan, untuk digantikan dengan pemandu yang diragui dan berbahaya". Umum mengetahui bahawa kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO sekarang memang amat diragui dan bahaya. Rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, amalan perkauman, politik membenci agama dan kaum lain serta salah urus ekonomi yang membebankan semua lapisan rakyat amat membahayakan negara. Umum sedar bahawa slogan1Malaysia ciptaan Perdana Menteri hanyalah omong kosong yang ditolak sendiri oleh para pemimpin UMNO termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang gemar bermain politik perkauman. Gelaja rasuah yang amat parah di mana kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International menjunam teruk ke tangga 60 pada 2011, menjadikan negara kita di tahap paling korup dalam tempoh 55 tahun di bawah pimpinan enam orang Perdana Menteri. Sampaikan manusia-manusia yang terlibat dalam rampasan kuasa UMNO-BN di Perak pada 2009 yang menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat melalui rasuah politik sanggup diberi habuan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) bernilai RM2.2 bilion dan Lebuhraya West Coast bernilai RM7.1 bilion. Malah, umum sedar betapa jijiknya cara kerajaan UMNO-BN menangani skandal NFCorp di mana amanah menternak lembu untuk membekalkan daging kepada rakyat telah menjadi wang joli untuk keluarga seorang menteri. Lebih teruk lagi keluarga ini masih mahu menegakkan benang yang basah dengan angkuh dan bongkak sekali. Begitu juga kemaruk kerajaan UMNO-BN yang mahu menyenaraikan gergasi Felda ke bursa saham tanpa mempedulikan rintihan para peneroka yang telah mengorban masa, tenaga dan keringat selama beberapa generasi untuk membangunkan tanah-tanah rancangan yang menjadi kebanggaan negara. Maka, jelaslah nasihat Najib kepada pengundi supaya memilih "pemandu yang cekap supaya dapat menggabung jalinkan segala faktor yang ada bagi memastikan kenderaan tiba ke destinasinya pada masa yang ditentukan dengan selamat", sememangnya merujuk kepada Pakatan Rakyat. Dengan hanya diberi mandat kecil memerintah Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan, kehebatan, ketelusan, kejujuran dan kecekapan tanpa rasuah serta penyelewengan membuktikan kemampuan Pakatan untuk mentadbir negara. Pakatan Rakyat – PAS, PKR dan DAP – kini sedang lancar berusaha mendapatkan mandat rakyat untuk memulihkan negara yang sudah parah dikerjakan oleh UMNO-BN sejak lebih separuh abad. Para pengundi sudah faham bahawa UMNO-BN adalah apa yang digambarkan oleh Najib sendiri sebagai kerajaan yang "hanya pandai berjanji tapi tidak pernah mengotainya. Mereka tidak pernah konsisten antara amalan dan retorik yang dilaungkan". Dengan kata-kata Perdana Menteri bahawa "makanya, berwaspadalah dengan alunan muzik oleh peniup seruling yang tampak indah tapi penuh dengan persona dan perdaya", para pengundi sudah jelas di hati dan minda bahawa pilihan yang terbaik untuk PRU ke-13 nanti adalah Pakatan Rakyat. – Roketkini.com | ||
Posted: 03 Apr 2012 07:16 AM PDT Oleh Khalid Samad Semasa menjawab soalan yang dikemukakan berhubung usaha dakwah yang dilakukan, Dr. Mashitah telah menyebut beberapa program yang dijalankan oleh kerajaan BN. Turut disebut ialah peranan IKIM dan untuk mengukuhkan hujjahnya, bagaimana DAP telah berhubung dengan IKIM untuk mendapat penjelasan mengenai Islam. Mungkin dari satu sudut maklumat ini dikemukakan sebagai bukti betapa gigihnya usaha dakwah yang dijalankan oleh pihak BN. Namun dari sudut yang lain ianya mendedahkan sikap ingin tahu dan keterbukaan DAP yang sering diselar oleh BN sebagai musuh Islam. Saya diberitahu bahawa ada dari kalangan penceramah UMNO yang melampau sehingga sanggup mengisytiharkan DAP sebagai 'kafir harbi'! Pengistiharan ini sudah pasti dilakukan oleh seorang yang jahil tentang implikasi dari pengisytiharan yang sebegitu! Apabila saya mendengar Dr. Mashitah mendedahkan bahawa DAP telah berhubung dengan IKIM untuk mendapat penjelasan berhubung Islam, secara spontan saya bertanya, tetapi malangnya tanpa microphone, MCA tidak berhubung untuk tujuan yang sama ke? Soalan saya hanya sempat dijawab oleh Ahli Parlimen PR bahawa MCA tidak minat dan Dr. Mashitah terus duduk, mungkin merasa sedikit kesal bahawa maklumat tersebut telah didedahkan. Apa pun kita semua memahami bahawa sikap MCA terhadap Islam adalah lebih keras berbanding DAP. Perkara ini semakin ketara hari demi hari. MCA menganggap mereka tidak perlu mempelajari Islam, mereka sudah pakar! Ini terbukti apabila MCA telah menganjurkan Seminar Hudud yang dihadiri ahli UMNO. MCA yang menjelaskan tentang betapa undang-undang hudud tidak boleh digunapakai di Malaysia dan ahli UMNO yang merupakan penasihat agama kepada MB Terengganu mengiayakannya dengan menyatakan bahawa undang-undang hudud yang digembar-gemburkan adalah sebenarnya hudud PAS dan bukan sebahagian dari undang-undang Islam. Begitu juga baru-baru ini apabila telah diadakan debat di antara CSL dan LGE. Di antara serangan CSL terhadap LGE ialah kononnya bagaimana DAP dikudakan PAS. Dalam ucapan CSL beliau telah menyatakan bagaimana MCA telah berjaya memastikan UMNO tidak membawa isu perundangan Islam dan hudud! Beliau seterusnya mencabar LGE samada DAP sanggup membuat perkara yang sama terhadap PAS! Sekiranya tidak, maka kononnya ianya bukti bahawa DAP tunduk pada PAS. LGE menjawab bahawa DAP tidak akan mengganggu ummat Islam dan amalan agama mereka sepertimana PAS juga tidak mengganggu orang bukan Islam dan amalan agama mereka. Sikap menghormati Islam dan ummat Islam telah kerap dizahirkan oleh DAP kebelakangan ini. Ini termasuklah dasar-dasar yang dilaksana di Pulau Pinang di mana bajet untuk pentadbiran agama Islam telah dilonjakkan hampir 5 kali ganda dan bantuan terhadap sekolah agama Islam dan Maahad Tahfiz jauh melebihi apa yang pernah diberikan oleh BN sebelum ini. Fakta sebegini tidak ditonjolkan media perdana yang dikuasai UMNO/BN. Media UMNO/BN ingin terus membohongi rakyat, khususnya orang Islam. Apabila ditanya oleh pemberita akhbar Cina mengapa LGE memberi sumbangan yang begitu banyak kepada pendidikan agama Islam di Pulau Pinang, termasuk sumbangan wang kepada golongan murid yang berjaya menghafal Al-Quran, LGE menjawab, "Apabila ummat Islam berpegang kepada ajaran agama Islam, mereka tidak akan terlibat dalam rasuah". Sikap ingin ummat Islam menghayati Islam dengan sepenuhnya sehingga mencorakkan tindak-tanduk mereka dalam semua urusan, termasuk politik, jauh berbeza dengan sikap yang ditunjukkan seorang MP UMNO baru-baru ini. MP UMNO ini menyatakan bahawa janji Syurga adalah rasuah politik yang terbesar!. Kenyataan sebegini mungkin adalah hasil dari UMNO berguru dengan MCA dalam soal agama sehingga ganjaran dan hadiah yang Allah sediakan bagi orang-orang yang beriman yang patuh dan taat pada perintahNya boleh disifatkannya sebagai rasuah terbesar! Maka adakah ini dengan sendirinya bermakna bahawa Allah adalah perasuah terbesar dan Rasulullah (SAW) adalah agen perasuah terbesar!? Astaghfirullah Al-'Azeem!! Bagi PAS, orang Islam perlu diingatkan akan janji Allah dan dididik sehingga menerima janji ini sebagai perkara yang terpenting dalam hidup mereka. Semua amalan mereka adalah bertujuan untuk mencapai kereDhaan Allah, samada ianya 'amalan dunia' ataupun 'amalan akhirat'. Pada hakikatnya semua akan mempunyai kesan kepada kedudukan kita di akhirat kelak. Sedih apabila difikirkan, aneh tetapi benar. MP UMNO yang tidak mahu Syurga (ataupun kereDhaan Allah) dijadikan sebagai matlamat amalan ummat Islam dalam berpolitik sehingga digelar 'janji syurga' sebagai rasuah sambil UMNO dianggap parti yang memperjuangkan kepentingan Islam. DAP yang ingin ummat Islam berpegang kepada Islam sehingga memberikan galakan dan sokongan tetapi DAP pula digelar musuh Islam! Hakikatnya, yang merosakkan ummat Islam bukan semestinya orang bukan Islam. Kebiasaannya, ianya adalah bermula dari para pemimpin yang beragama Islam tetapi ingin ummat Islam menjauhi ajaran Islam, khususnya dalam soal berpolitik. Mereka lakukan ini kerana mereka ingin memanfaatkan kekuasaan mereka tanpa dibataskan oleh syara'. Rasuah, penyelewengan, maksiat dan kerosakan menjadi amalan biasa disambil Masjid-masjid besar dibina disetiap pelusuk. Projek pembinaan Masjid-masjid indah mendatangkan 'komisyen' dan pada masa yang sama rakyat serta ummat Islam boleh ditipu dengan projek keagamaan seperti ini. Sambil itu, kekayaan Negara terus dirompak. Semoga ummat Islam di Malaysia dapat memahami hakikat yang sebenar dan menyedari penipuan yang dilakukan oleh UMNO dan BN. Semoga dengan itu akan Malaysia dibebaskan dari kongkongan jahat para pemimpin yang beragama Islam tetapi menghalang penghayatannya.Harakahdaily.net | ||
Usul PSC tambah baik p'raya lulus dalam kecoh Posted: 03 Apr 2012 01:52 AM PDT
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dalam suasana kecoh. Persidangan Dewan Rakyat juga ditangguhkan dan akan disambung semula jam 10 pagi esok. | ||
Bayan Mutiara: Ketua Pemuda Umno putar belit - Mujahid Yusof Posted: 03 Apr 2012 01:49 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE Saya amat hairan mengapa akhbar tradisi seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia sanggup membawa berita yang tidak tepat dari seorang yang kononnya menjadi juara orang Melayu Pulau Pinang. Lebih buruk daripada itu berita tersebut tidak mendapat keadilan dari pihak yang dituduh untuk membuat penjelasan. Saya merujuk kepada berita tentang tanah Bayan Mutiara yang disensasikan mengikut selera perkauman dan agama yang sempit walaupun isu yang dibangkitkan lebih kepada soal pentadbiran dan undang-undang. 1. Faktanya ialah pelan pembangunan yang diluluskan oleh MPPP tahun 2006 adalah berdasarkan kepada penyerahan oleh syarikat sebelumnya yang gagal membangunkan tapak tersebut walaupun fasa 1 pelan telah diluluskan. Semua sudah sedia maklum apabila tanah ini diambilalih oleh pemaju baru yang membelinya secara tender terbuka, satu pelan pembangunan baru mesti diserahkan kepada MPPP kerana pelan yang lama tidak diperakui lagi. Pelan baru belum diserahkan untuk pembangunan lagi. 2. Faktanya juga ialah ketika tanah yang diperuntukkan untuk tapak mesjid telah diluluskan pada ahun 2006, mengapakah kerajaan BN/Umno ketika itu tidak mengambil inisiatif untuk memecah lot itu dan menggazetkannya untuk diserahkan kepada MAIPP sedangkan mereka mempunyai masa 1 tahun lebih untuk berbuat demikian sebelum Pakatan ambil alih. Tiba-tiba kerajaan hari ini pula disalahkan dalam isu tanah mesjid. 3. Faktanya juga tanah untuk mesjid diwajibkan sebagai syarat untuk lulus jika kawasan itu mempunyai rumah lebih dari 1,300 atau 1,500 unit. Kaedah yang sama akan terpakai jika penyerahan pelan baru dibuat bagi pemaju yang membeli tanah tersebut hari ini. 4. Faktanya tidak ada pengazetan tanah tersebut di MAIPP untuk tujuan tapak mesjid dan kerana itu tidak timbul soal menjual tapak mesjid seperti yang didakwa. Berdasarkan kepada fakta di atas khusus tentang soal tanah mesjid, saya menyeru kepada Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang supaya jangan bermain isu ini dengan niat menimbulkan sentimen kebencian seolah-olah kerajaan Pakatan di Pulau Pinang menidakkan hak orang Islam di Pulau Pinang. Kami dari PAS berdiri teguh mempertahankan hak orang Melayu dan Islam sebagaimana kami terus membela kepentingan semua kaum seperti yang termaktub dalam tawaran kami kepada rakyat. Kami juga berdiri teguh di bawah kepimpinan YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dalam usaha beliau bersama PAS membawa politik yang lebih adil untuk semua rakyat di Pulau Pinang. Carilah modal politik yang lain seperti menawarkan manifesto yang lebih menarik kepada orang ramai untuk mendapat sokongan tetapi jangan sekali-kali bermain api kebencian kelak nanti akan membakar diri sendiri. Dr Mujahid Yusof Penulis adalah Ahli Parlimen Malaysia kawasan Parit Buntar dan anak jati Pulau Pinang. | ||
Shahrizat menghitung hari: Kamilia pemenang besar- Jawatan Kabinet dan Wanita dalam tangan Posted: 03 Apr 2012 01:39 AM PDT Nawawi Mohamad, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle Tanya sahaja pada penduduk di Bandar, 8 daripada 10 orang akan memberitahu anda, pemimpin-pemimpin UMNO adalah oportunis yang mementingkan diri sendiri. Apa sahaja yang mereka lakukan dan katakan hanya bertujuan untuk mempromosikan agenda peribadi mereka sendiri. Begitu juga Kamilia Ibrahim, Timbalan Ketua Wanita, yang dipercayai telah menjadi ahli bertuah yang sekarang diberi peluang keemasan untuk menaikkan kerjaya politiknya, terima kasih kepada kebodohan bosnya, Shahrizat Jalil, di atas skandal rasuah. Kamilia adalah Ketua Wanita Bahagian Kuala Kangsar yang menggantikan Rafidah Aziz, yang terlibat dengan skandal rasuah. Dia mempunyai sebuah Firma undang-undang, Kamilia Ibrahim & Co, yang ditubuhkan pada tahun 1984. Sebelum ini, Kamilia adalah seorang pensyarah di Fakulti Undang-undang Universiti Pengurusan Hartanah Teknologi Malaysia. Beliau telah menamatkan Ijazah Sarjana dalam Undang-Undang Hartanah dan Undang-Undang Pemulihan dan Undang-Undang Perlembagaan Perbandingan. Kamilia juga menjalankan Firma Kesetiausahaan dan Pengurusan Bertauliah. Beliau memegang jawatan bukan-pengarah, bukan eksekutif KUB Malaysia dan juga merupakan setiausaha agung PEMADAM (Persatuan Mencegah Dadah Malaysia). Tetapi, dia bukanlah seorang menteri kabinet dan di sinilah peluang keemasan untuknya! Sanggup buat apa sahaja
Seperti oportunis UMNO yang lain, Kamilia mempunyai strategi dan dia tidak malu dilihat berhempas pulas untuk mendapatkannya. Dengan penyokong setia dari sayap Wanita, dia kelihatan begitu sibuk membuat rungutan terhadap Shahrizat, yg meminta dia untuk meletakkan jawatan setalah kejatuhan NFC akibat rasuah RM250mil. "Orang mengejek Wanita dan memanggil kami lembu. Akar umbi Wanita mengadu bahawa sukar untuk memberi kerjasama dengan isu ini menghantui mereka, "Kamilia memberitahu media. Dengan tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil tindakan ke atas Shahrizat, setiausaha agung Umno Tengku Adnan telah dipaksa untuk memberitahu Kamilia supaya menutup mulut. Tetapi apakah yang sedang berlaku di sini? Adakah ini semata-mata kesempatan oleh Kamilia terhadap Shahrizat, atau dia diminta untuk bersuara menentang ketuanya? Sekarang, pada tahun 2008, dalam perebutan jawatan Ketua Wanita, Kamilia telah menyokong Shahrizat walaupun penyandang jawatan pada masa itu adalah Rafidah, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, dan Kamilia mengetuai bahagian KK. Jadi Kamilia bukanlah orang suruhan sesiapa, bererti dia tidak akan memberikan pertolongan kepada sesiapa kecuali perintah itu datang dari peringkat tertinggi dan terdapat peluang yang jelas untuk mendapat manfaat daripada keadaan. Permainan yang rumit
Ini adalah mengapa ramai dalam Umno fikir Najib sedang bermain dengan kedua-dua Shahrizat dan Kamilia. Ini kerana, komen Kamilia telah digembar-gemburkan oleh akhbar the Star, akhbar milik MCA yang umum mengetahui adalah sekutu Najib, hanya sehari sebelum mesyuarat penting perwakilan wanita dengan Najib untuk menentukan nasib Shahrizat, sebagai ketua yang sayap itu. Tetapi apa yang sedang Najib lakukan? Ada yang mengatakan dia tidak mahu memaksa Shahrizat kerana dia tahu satu dua rahsia tentang dirinya. Ingat lagi projek pembiakan lembu NFC, yang dikendalikan oleh suami dan anak-anak Sharizat, mereka telah membeli sebuah pangsapuri mewah di Kazakhstan berharga RM1.7 juta dan ini telah dikhabarkan sebagai hadiah perkahwinan untuk anak perempuan Najib. Jadi secara zahirnya, Najib sekurang-kurangnya perlu menunjukkan sokongan terhadap Shahrizat walaupun dalam proses itu, dirinya dan UMNO dituduh mengiktirafkan rasuah! Namun, Najib juga perlu memuaskan hati ahli-ahli UMNO yang mahu Shahrizat keluar dari parti mereka sebelum pilihan raya umum ke-13 kerana bimbang dia akan mencemarkan imej UMNO dan menyebabkan kehilangan undi yang penting. Disinilah peranan Kamilia untuk memberi gambaran bahawa Shahrizat telah mendapatkan apa yang dia mahu. Hukuman yang tidak bijak
Ia juga menunjukkan bagaimana Najib hanya mementingkan dirinya sendiri. Dia tidak pedulikan negara atau partinya sendiri. Daripada menggunakan peluang untuk menjadi contoh bagi ahli-ahli UMNO supaya berhati-hati, dia menunjukkan pada kaki rasuah di kalangan mereka dia akan berdiri dibelakang mereka dan menutup kesalahan mereka! Ia sudah jelas apa ganjaran Kamilia. Apabila tempoh Shahrizat sebagai menteri Wanita tamat pada 8 April, berkemungkinan besar Kamilia akan dinamakan sebagai pengganti Shahrizat. Walau bagaimanapun, Kamilia mungkin perlu menunggu sedikit masa lagi untuk memegang jawatan teratas Wanita, tetapi terdapat sedikit keraguan yang dia akan memenangi jawatan itu dengan mudah, tidak kira sama ada Shahrizat cukup berani untuk mempertahankan jawatan itu. Sesungguhnya keberanian Kamilia dalam mengatakan kebenaran – bahawa Shahrizat sudah tidak layak untuk mengetuai Wanita - akan memastikan bahawa dirinya akan dicalonkan dan dipilih sebagai Ketua Wanita yang baru. Kamilia perlu menunggu hanya beberapa bulan, sehingga pemilihan Umno dalaman diadakan lewat tahun ini. Yang paling rugi
Yang kalah besar dalam seluruh episod sudah tentu Najib. Kebodohannya telah gagal untuk menenangkan rakyat biasa mahupun penyokong akar umbi Umno. Tetapi kerana masalah sendiri, dia berkemungkinan besar tidak mempunyai pilihan tetapi untuk memanjangkan sandiwara sehingga Shahrizat sendiri menerima bahawa dia tidak lagi boleh melakukan apa-apa untuk melindungi dirinya. Melalui tindakannya, Najib telah mengesahkan bahawa dia adalah seorang pemimpin yang lemah dan tidak berprinsip. Untuk menegaskan Shahrizat tidak bersalah kepada rakyat Malaysia yang sudah membunuh kepercayaan mereka terhadap Najib apabila dakwaan pecah amanah telah dikenakan terhadap suami Shahrizat ke atas rasuah dan juga pembelian barangan mewah seperti beberapa kondominium ternama di sini dan di Singapura. Bolehkah ini disembunyikan dari isterinya dan boleh jadi juga bahawa dia tidak pernah sekali pun bertanya kepada suami dan anak-anaknya, dari mana mereka tiba-tiba mendapat begitu banyak wang untuk membeli aset-aset bernilai. Nampaknya Najib telah pun mengkompromi dirinya sendiri. Shahrizat sendiri telah berkata bahawa pemimpin BN yang mana tidak mempunyai masalah?Malaysia Chronicle | ||
Bersih 3.0 akan dianjurkan bulan Mei setelah perubahan pengundian ditolak oleh Najib Posted: 03 Apr 2012 01:31 AM PDT Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle Gerakan untuk pilihanraya bebas dan adil, Bersih dijangka menganjurkan rali Bersih 3.0 yang ketiga dalam bulan Mei, ekoran kegagalan Jawatankuasa Pilihan Parlimen untuk menyelesaikan keprihatinan rakyat dan juga keengganan nya untuk mengamalkan praktik terbaik dan cadangan perubahan. "Besar kemungkinan dalam bulan Mei," satu sumber memberitahu Malaysia Chronicle. Sehari yang lepas, Naib Presiden PKR Azmin Ali mengecam PSC sebagai gagal, dan mengusulkan satu notis kepada Speaker Parlimen untuk pindaan dibuat kepada lapuran akhir PSC. "Ini supaya Spekar boleh ambil perhatian kepada niat kita untuk meminda usul yang akan di bentangkan berkenaan lapuran PSC, dan melampirkan lapuran kecil kepadanya," kata Azmin.
Pada 9 Julai 2011, Bersih berjaya menganjurkan kan satu rali Walk for Democracy, walau menghadapi berbagai halangan dan sekatan dari polis atas arahan PM Najib Razak. Kerajaan Umno BN begitu takut untuk membersihkan proses pilihanraya, yang termasukla Suruhanjaya Pilihanraya yang berat sebelah, pengundi hantu, penipuan meluas dan senarai pengundi meragukan yangmana Najib sendiri enggan membenarkan ia di audit secara bebas, hingga PM mengharamkan pemakaian t shir kuning Bersih. Najib menghukum 6 orang ahli Parti Socialis Malaysia termasuk M Sungai Siput Michael Jeyaraj kerana kononnya berfahaman komunis dan berpakat dengan kuasa luar untuk menjatuhkan kerajaan BN. Walau banyak sekatang di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, semangat rakyat Malaysia membara , mengatasi rasa takut kepada kerajaan. Lebih 50,000 rakyat mengejutkan dunia dengan semangat cekal. Gambar penunjuk perasaan duduk tdi tengah jalan berdepan dengan pihak polis bersenjata, enggan berganjak, walau di sembur air asid, menjadi tajuk muka depan akhbar-akhbar seluruh dunia. Pemerintahan Najib di kecam kerana tidak hiraukan rakyat, mendapat kritikan dari badan NGO antarabangsa, suruhanjaya hak asasi UN dan Jabatan Negara US. Malah, Ratu England menunjukkan sokongan kepada penunjuk perasaan Bersih dengan memakai pakaina warna kuning ketika menerima Najib dalam satu lawatan rasmi sebaik sahaja selepas protes tersebut. Bersih 2.0 juga merupakan titik tolak kepada rakyat Malaysia luar negara, yang mengadakan rali kecil-kecilan di merata negara tempat mereka tinggal. Bagaimana kan nanti Bersih 3.0 masih jadi tanda tanya, tapi tidak mungkin Najib berani buat kesilapan bodoh yang sama sekali lagi. Satu kejutan
Bagi rakyat Malaysia, Bersih 2.0 sama seperti pilihanraya umum 8 Mac 2008,satu kejutan besar. Sesuatu dalam jiwa masyarakat kita bergolak. Bosan dengan 55 tahun pemerintahan BN, satu –satunya kerajaan yang mereka tahu sejak merdeka dari penjajah Britis, rakyat inginkan perubahan.Mereka mahukan pembaharuan. Apapun berlaku dalam pilihanraya umum ke 23, yang dijangka tahun ini, rakyat akan terus menyatakan hasrat mereka untuk perubahan dan pembaharuan di peti undi. PRU 13, dimana Pakatan Rakyat yang dipimpin Anwar Ibrahim mempunyai lebih peluang untuk menang, jadi dijangka menjadi pilihanraya yang paling kotor dan hangat dipertandingkan. Pemerhati berkata tepant sekali kenapa Bersih 3.0 perlu dianjurkan demi untuk menyedarkan rakyat bahawa penipuan berleluasa oleh kerajaan sekarang akan menghalan niat rakyat dari di catit dengan tepat dan ditunaikan.Malaysia Chronicle | ||
'Tumpu pribumi, bukan pengundi Cina' Posted: 03 Apr 2012 01:28 AM PDT Bekas timbalan menteri Tan Sri Abdullah Ahmad berkata perdana menteri perlu menumpukan usaha untuk meraih sokongan pengundi pribumi memandangkan undi golongan Cina sukar untuk dikembalikan. Pihak yang mendapat lebih sokongan di kerusi majoriti Melayu selebihnya itulah yang akan membentuk kerajaan, katanya lagi. | ||
Banjir kilat: Exco bidas Noh salahkan k'jaan S'gor Posted: 03 Apr 2012 01:26 AM PDT MALAYSIA KINI "Malaysia beriklim khatulistiwa yang menerima hujan lebat melebihi 2000mm setahun. Justeru, masalah banjir perlu diatasi secara holistik oleh Kerajaan Pusat dan mana-mana kerajaan negeri," kata Ronnie dalam satu kenyataan semalam. Pengerusi jawatankuasa tetap kerajaan tempatan, kajian dan penyelidikan negeri itu berkata, di Selangor, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bertanggungjawab menyelesaikan masalah banjir. "Namun begitu, JPS adalah jabatan persekutuan yang berada di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Oleh itu, dana dan peruntukan pengurusan dan pembangunan adalah datangnya dari kerajaan pusat. "Peruntukan untuk JPS di Selangor telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) manakala kerajaan negeri hanya bertanggungjawab kepada pembayaran gaji pegawai dan kakitangan JPS yang bekerja di negeri ini," jelasnya. Ronnie berkata, Ini bermakna semua urusan pembangunan dan pengurusan sungai adalah tanggungjawab kerajaan pusat termasuk kerja-kerja tebatan banjir. "Walaubagaimanapun, menyedari masalah banjir adalah besar maka kerajaan negeri Sejak 2008, telah menguatkuasakan peraturan bahawa sebarang projek pembangunan perlu dibuat mengikut kejadian dataran banjir 50 tahun. "Ini berbeza dengan amalan pentadbiran negeri terdahulu yang tidak mengikut dataran banjir 50 tahun," tambahnya. Kerajaan negeri terdahulu juga, tegasnya, tidak mempunyai pelan pembangunan yang teratur. Justeru, tambahnya, banjir kilat baru-baru ini merupakan hasil dari produk pembangunan yang dilakukan oleh mereka. "Kerajaan negeri Selangor sudah berbincang dengan JPS dan dimaklumkan JPS telah memohon RM1 bilion daripada kerajaan pusat bagi menyelesaikan masalah banjir ini termasuk menjalankan kerja-kerja pengurusan, pembersihan dan penyelenggaraan sungai. "Peruntukan ini telah dimasukkan dalam RMK-10 tetapi apa yang mendukacitakan kita ialah permohonan ini bukan dianggap permohonan penting oleh kerajaan pusat malah permohonan ini dkategorikan tahap ketiga," katanya. Lebih malang lagi, tegas Ronnie, meskipun ada seorang menteri dari Selangor iaitu Noh (menteri pertanian dan asas tani) tetapi beliau gagal menekankan kepentingan dana RM1 bilion diturunkan ke negeri Selangor. "Beliau bukan sahaja gagal memastikan peruntukan disalurkan, malah beliau cuba menyalahkan pegawai dan kakitangan profesional JPS. "Persoalaannya, bagaimana JPS mampu melaksanakan tugas dengan baik jika kerajaan pusat menyekat peruntukan ini dan Noh pula tidak melihat peruntukan ini penting kepada rakyat Selangor khususnya di daerah Klang," tegas Ronnie. Sambil menegaskan bahawa memperkecilkan kakitangan JPS bukan jalan terbaik menyelesaikan masalah banjir, Ronnie berkata, malangnya, apabila berlaku musibah seperti bencana alam seperti ini, pemimpin BN tanpa usul periksa menyalahkan kakitangan kerajaan. Oleh itu, katanya, Noh tidak jauh beza dengan mantan menteri besar, Dr Khir Toyo yang didakwanya menuduh Unit Perancang Ekonomi (UPEN) menyerahkan konsesi air kepada Puncak Niaga sedangkan seluruh negara tahu keputusan ini dibuat oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri ketika itu. "Noh Omar tidak perlu berdolah-dalih dalam isu ini. Jika beliau jujur untuk membantu rakyat Selangor, beliau perlu mendesak kerajaan pusat menyalurkan segera peruntukan RM1 biliion kepada JPS supaya masalah banjir dapat diatasi segera," tambah Ronnie. | ||
Posted: 03 Apr 2012 01:22 AM PDT MALAYSIA KINI Dalam Jawapan pada 29 Mac itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, 14 orang mati dalam tahanan pada tahun 2009. Tetapi 14 orang itu "terdiri daripada tiga orang yang mati dalam penjara, tujuh dalam tahanan polis dan 17 di depot tahanan Imigresen". "Saya benar-benar keliru selepas membaca jawapan bertulis itu: 14 = 3 + 7 + 17?" soal Teo (kanan) di halaman Facebooknya, di mana jawapan bertulis itu turut dimuatkan. Kekeliruan aritmetik itu berterusan dengan menteri berkenaan mencatatkan bahawa 13 orang mati dalam penjara pada 2010 - iaitu, "seorang di penjara, sembilan dalam tahanan polis dan 18 di depot tahanan Imigresen." Manakala pada tahun 2011, kesnya adalah "17 mati dalam tahanan polis dan 18 di depot tahanan Imigresen" menjadikan jumlah besarnya "21 kematian". Punca kematian ialah "HIV/AIDS dan penyakit lain seperti batuk kering, Hepatitis C, asma dan sakit jantung." | ||
Dakwaan cabul: MP pohon saksi tampil Posted: 03 Apr 2012 01:20 AM PDT Ahli parlimen Seputeh Teresa hari ini menggesa lebih ramai pihak tampil membantu siasatan dalam isu dakwaan seorang ahli perniagaan wanita dikasari dan dicabul di balai polis Sri Petaling. "Saya berharap ada ramai lagi saksi, tampil ke hadapan untuk membantu polis menjalankan penyiasatan," katanya ketika mengiringi pengadu Lim Hui Hui membuat aduan tatatertib di Bukit Aman hari ini. Lim hari ini membuat mengadu kepada bahagian tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dakwaan seorang ibu kepada empat orang anak itu dikasari dan mengalami gangguan seksual ketika disoalsiasat polis Sri Petaling pada pagi 24 Mac lalu. Selain Teresa, beliau yang ditemani peguam Eric Tan kelihatan memasuki ibu pejabat polis itu kira-kira jam 9.55 pagi ini. Bercakap kepada media sebelum membuat aduan tersebut, Teresa berkata apa yang dilalui Lim adalah "satu pembulian" terhadapnya. "Sepatutnya polis mesra rakyat. Tetapi apa yang kita lihat, keganasan dilakukan terhadap seorang mangsa wanita (Lim). Tidak sepatutnya perkara itu berlaku dalam balai polis," katanya. Lim sebelum ini dilaporkan membuat laporan polis kerana mendakwa dikasari dan mengalami gangguan seksual ketika disoalsiasat di Balai Polis Sri Petaling pada pagi 24 Mac lalu. Lim mendakwa anggota polis wanita yang bertugas di balai berkenaan memintanya kencing dalam botol untuk ujian air kencing, tetapi tanggannya digari ke belakang. Dakwa payudara dipicit polis Tambahnya, apabila beliau membangkitkan perkara itu, payudaranya dipicit dan beliau diberitahu ia mesti tetap dibuat. Selepas pertemuan dengan mangsa dan pembantu ahli parlimen itu sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Aida Abdul Hamid dilapor berkata pihaknya akan menyiasat aduan yang dibuat oleh Lim. Dalam sidang media selepas aduan itu dibuat, peguam Lim berkata pengadu telah memberi keterangan serta butir-butir terperinci berhubung insiden yang menimpanya pada hari tersebut. Katanya, aduan itu dibuat bagi membolehkan polis menyiasat dan mengambil tindakan tatatertib anggota polis yang didakwa melakukan kesalahan terhadap anak guamnya. "Apa yang telah dilakukan (terhadap mangsa) akan disiasat," katanya selepas lebih dua jam menemani anak guamnya memberikan keterangan. Eric berkata pegawai bahagian tatatertib ASP Karishna Sharma memberitahunya, aduan pengadu akan dikendalikan oleh Timbalan Ketua Urusetia Bahagian Tatatertib Datuk Hashim Abdul Jalil. Lim yang ditemui juga menyatakan keyakinan bahawa polis akan menyiasat aduan mereka. | ||
Ketua wira PERKASA nafi tendang jurukamera k'jaan P Pinang Posted: 03 Apr 2012 01:18 AM PDT MALAYSIA KINI Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Pulau Pinang hari ini menyangkal dakwaan ada anggotanya menendang kaki seorang jurukamera kerajaan negeri pada satu perhimpunan Jumaat lepas. Ketua Wira PERKASA Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin berkata pertubuhan itu juga menimbang kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap jurukamera terbabit dan portal berita Malaysiakini yang menyiarkan laporan berhubung dakwaan tersebut. "Saya menafikan dakwaan itu sekeras-kerasnya. Ini ternyata ada pihak ketiga cuba menjatuhkan reputasi saya. Kenapa menuduh saya dan Perkasa," katanya yang ditemui pemberita di George Town. Mohd Rizuad sebelum itu membuat laporan polis berhubung dakwaan yang dibuat Lilian Chan dan dilapor Malaysiakini bahawa beliau ditendang dua kali pada bahagian kaki oleh seorang anggota PERKASA di perhimpunan anjuran pertubuhan tersebut di George Town Jumaat lepas. "Adakah dia (Lilian) pasti saya atau ahli PERKASA yang menendang dia?," kata Mohd Rizuad. Bernama | ||
Pengosongan flat lama PKNS Kerinchi ditangguh seminggu Posted: 03 Apr 2012 01:16 AM PDT Penduduk flat lama PKNS Kampung Kerinchi dekat Kuala Lumpur diberi masa seminggu lagi oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengosongkan perumahan itu yang bakal dirobohkan untuk projek pembangunan baru. | ||
Tiada ID, tapi nama anggota keselamatan dalam daftar pemilih Posted: 03 Apr 2012 01:14 AM PDT LAPORAN PSC Laporan jawatankuasa pilihan parlimen (PSC) mengenai reformasi sistem pilihan raya mendedahkan bahawa daftar pemilih mengandungi nama 1,136 anggota polis dan tentera yang masih belum memohon MyKad. Sehingga 20 Mac, mereka tidak mempunyai sama ada MyKad atau MyTentera, iaitu kad pengenalan khas untuk anggota tentera. Usaha untuk membersihkan daftar pemilih yang telah dipertikaikan, menjadi sebahagian penting laporan tersebut. Audit Mimos tidak mengesan pendaftaran berganda pengundi yang menggunakan nombor pengenalan Mykad 12-digit yang sama. Bagaimanapun, 324 alamat yang setiap satu mendaftar lebih daripada 100 pengundi, serta 938 alamat dengan 51 hingga 100 pengundi setiap satu. | ||
PSC cadang bubar parlimen lepas cukup 4 tahun Posted: 03 Apr 2012 01:13 AM PDT MALAYSIA KINI Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) mencadangkan peruntukan undang-undang pembubaran Parlimen hanya dibuat selepas empat tahun pilihan raya umum sebelumnya. PSC turut mengesyorkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ditubuh untuk mengawasi dan meneliti semua usaha penyemakan dan pembersihan daftar pemilih serta melaksanakan tugas-tugas lain yang dirujuk kepada jawatankuasa itu. Laporan akhir PSC yang dibentang pada persidangan Dewan Rakyat itu juga mencadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempamerkan senarai pemilih yang alamatnya diragui berdasarkan dakwaan terdapat lebih 50 pengundi di satu alamat yang sama, dalam tempoh 45 hari daripada tarikh laporan PSC dibentang. Ini adalah untuk memberi ruang pemilih yang terlibat memaklumkan kepada SPR bagi membolehkan suruhanjaya itu mengemas kini dan membersihkan senarai pemilih berkenaan, kata laporan itu yang dibentang hari ini. Mengenai cadangan pendaftaran pemilih secara automatik bagi warganegara yang mencapai umur 21 tahun, SPR disaran mengambil tindakan untuk melaksanakannya dalam tempoh 12 bulan bagi membolehkan cadangan ini dilaksana pada masa hadapan. Jawatankuasa itu turut mencadangkan agar SPR mengkaji cadangan untuk membenarkan prapendaftaran bagi warganegara yang mencapai umur 20 tahun untuk didaftarkan sebagai pemilih. Laporan PSC itu mengandungi 22 syor dan cadangan yang meliputi lima isu utama iaitu perundangan dan pindaan peraturan, menambah baik proses pilihan raya, meningkatkan mutu daftar pemilih, memperkukuh kedudukan SPR dan persempadanan, pembiayaan politik dan sistem alternatif. Syor-syor dan cadangan itu diperoleh PSC daripada sesi pendengaran awam, maklum balas daripada anggota jawatankuasa, rumusan hasil penelitian semula jawatankuasa kecil serta pemerhatian semasa lawatan kerja yang dilakukan sejak jawatankuasa itu diluluskan pada Oktober tahun lepas. Jawatankuasa itu telah mengadakan 13 mesyuarat sejak 12 Okt tahun lepas hingga 28 Mac tahun ini, selain menubuhkan lima jawatankuasa kecil yang diketuai anggota jawatankuasa PSC untuk memperhalusi isu-isu yang berbangkit dalam pendengaran awam yang telah diadakan. Selain itu, sebanyak enam siri pendengaran awam juga telah diadakan di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching, Pulau Pinang, Kota Baharu dan berakhir di Johor Baharu sejak November tahun lepas hingga Januari. Daripada siri pendengaran awam itu, sebanyak 106 persatuan, pertubuhan berdaftar serta individu telah membentangkan pandangan dan cadangan di hadapan jawatankuasa itu. Laporan PSC itu juga mencadangkan SPR mengkaji kaedah pengundian terbaik untuk warganegara Malaysia di luar negara, termasuk menimbangkan kaedah pengundian awal tertakluk kepada pindaan undang-undang yang berkenaan. Jawatankuasa itu juga mencadangkan SPR melantik lebih petugas pilihan raya daripada tempat mereka mengundi supaya dapat mengurangkan bilangan petugas yang perlu mengundi secara pos. Manakala bagi petugas media, SPR disyor memberi kemudahan mengundi secara pos menurut Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003. Jawatankuasa itu turut mencadangkan SPR distruktur semula dengan diberi kuasa yang sewajarnya bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang pilihan raya dijalankan oleh badan penguatkuasaan SPR sendiri dan mengurangkan kebergantungan kepada pihak-pihak lain. Menyentuh mengenai persempadanan semula, PSC mengesyorkan SPR supaya menentukan satu formula yang adil dan saksama berdasarkan satu prinsip yang tetap dalam menentukan jumlah pengundi di sesuatu bahagian pilihan raya dalam satu negeri tidak berbeza dengan ketara. "Jawatankuasa mengesyorkan SPR menyemak semula Jadual Ketigabelas Perlembagaan Persekutuan bertujuan memberi makna sepenuhnya kepada prinsip 'Satu Orang, Satu Undi' dan mengembalikan wajaran kawasan luar bandar," kata laporan itu. Laporan itu turut meminta SPR meneliti cadangan untuk menambah baik Sistem Majoriti Mudah sedia ada ataupun mengkaji apa-apa sistem pilihan raya lain seperti campuran atau Sistem Perwakilan Berkadaran. "Perkara ini perlu diteliti kerana ia melibatkan dasar yang perlu dipertimbang oleh kerajaan, dan melaporkan semula kepada jawatankuasa itu," kata laporan itu. Menyentuh mengenai peruntukan dana kepada parti politik, jawatankuasa itu mencadangkan kerajaan mengadakan peruntukan dana kepada parti politik mengikut jumlah kerusi yang diperoleh dalam pilihan raya dalam usaha menyuburkan sistem demokrasi di negara ini, serta membendung gejala rasuah di kalangan anggota politik. "Justeru itu, kerajaan disaran mengadakan peruntukan dana dan menggubal formula yang sesuai bagi parti politik dan calon yang menang mengikut jumlah yang sesuai dengan kerusi dan undi yang dimenangi dalam pilihan raya mengikut agihan 50 peratus untuk kerusi dimenangi dan 50 peratus untuk jumlah undi yang diperoleh," kata laporan itu. Bernama | ||
22 syor PSC untuk tambahbaik sistem p'raya Posted: 03 Apr 2012 01:10 AM PDT MALAYSIA KINI Syor-syor itu dibuat setelah PSC mendengar cadangan dan maklum balas daripada individu/persatuan/pertubuhan berdaftar serta cadangan dan maklum balas ahli Jawatankuasa serta mengambilkira perbincangan dalam jawatankuasa-jawatankuasa Kecil dan pemerhatian daripada lawatan kerja. 9. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN SAKSAMA 11. PENELITIAN DAFTAR PEMILIH BAGI ALAMAT-ALAMAT YANG MEMPUNYAI RAMAI PEMILIH BERDAFTAR (IV) MEMPERKUKUHKAN KEDUDUKAN SPR
| ||
Tak wujud 'minority report', kata speaker Posted: 03 Apr 2012 01:09 AM PDT Dewan Rakyat hari ini menolak usul Pakatan Rakyat untuk melampirkan laporan minoriti kepada jawatankuasa khas parlimen (PSC) untuk penambahbaikan sistem pilihan raya yang dibentangkan hari ini. Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul yang difailkan semalam atas alasan tiada peruntukan bawah Perintah Tetap yang memberikannya kuasa untuk mengubah laporan itu. Tiada perkara seumpamanya, kata Pandikar memetik amalan berparlimen di New Zealand. Penolakan itu, menyebabkan ahli parlimen pembangkang bangun mendakwa terdapat duluan berhubung laporan minoriti dikepilkan bersama laporan-laporan lain, di Parlimen negara Komanwel lain. Laporan minoriti atau minority report merujuk kepada laporan bertulis oleh sekurang-kurangnya dua anggota jawatankuasa untuk mengesahkan pandangan mereka yang bertentangan dengan pendapat majoriti. | ||
Bersih 3.0 dijangka berlaku bulan ini, kata sumber Posted: 02 Apr 2012 05:23 PM PDT Salah seorang jawatankuasa pemandu Bersih yang enggan mendedahkan identitinya berkata kepada The Malaysian Insider butiran berkenaan "Bersih 3.0" akan didedahkan sewaktu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur (KLSCAH) di sini. Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran walaupun laporan di Internet menyebut 28 April ini sebagai tarikh untuk perhimpunan berikutnya, dan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan tersebut. Sumber lain yang dihubungi juga tidak mengesahkan dan menidakkan khabar angin tersebut, namun mengakui semalam bahawa kumpulan tersebut telah bergerak untuk menuntut perubahan pilihan raya yang lebih besar. Perkara itu jelas sumber tersebut, berlaku akibat daripada kegagalan Jawatankuasa Khas Parlimen berkaitan pilihan raya (PSC) menyelesaikan isu pokok dan menunaikan tuntutan Bersih sebelum ini di samping pilihan raya yang bakal berlaku. Sumber itu menambah, lebih banyak bukti penipuan sistem pilihan raya akan didedahkan, yang akan membuktikan PSC adalah sekadar hiasan pentadbiran Najib untuk menunjukkan keikhlasannya melaksanakan pembaharuan sistem pilihan raya. "Kami telah menemui bukti penipuan sistem pilihan raya yang lebih banyak dan menimbulkan tanda tanya sama ada keseluruhan PSC itu hanyalah sekadar satu penipuan," kata sumber berkenaan. "Melalui perhimpunan, kamu boleh sebut saya tidak mengesahkan, atau menafikan perkara itu. "Tapi apa yang saya boleh katakan adalah bukti penipuan tersebut adalah sangat jelas." Sembilan ahli bipartisan PSC telah diumumkan Datuk Seri Najib Razak tahun lalu setelah berbulan lamanya pentadbiran beliau menerima kritikan ketika menguruskan perhimpunan Bersih kedua pada 9 Julai. Selepas enam bulan perbincangan, panel berkenaan telah menyiapkan 22 hasil laporan akhir dan akan diserahkan kepada wakil rakyat di Parlimen semalam. Perbahasan berkenaan laporan itu dijadualkan berlangsung 11.30 pagi hari ini namun, Pakatan Rakyat (PR) telah menyatakan kekecewaan mereka terhadap hasil laporan tersebut. Selain itu, tiga ahli PR dalam PSC sejak minggu lalu sering mengkritik panel kerana dikatakan gagal menyelesaikan isu utama bagi membersihkan pilihan raya, terutamanya dakwaan kurangnya komitmen Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membersihkan sistem pilihan raya. SPR, yang mana ahli PR telah berulangkali mendedahkan terdapatnya kehadiran 42,000 pengundi hantu di dalam daftar sistem mereka, namun mereka tidak bertindak untuk menyelesaikan masalah tersebut. Tambahan lagi, mereka menyatakan suruhanjaya berkenaan gagal mengemukakan kaedah yang sesuai untuk membenarkan rakyat Malaysia di luar negara untuk turut mengundi, walaupun telah didesak untuk dikemukakan dalam laporan interim PSC Disember lalu. Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga, pada 18 Mac telah memberi amaran kepada Putrajaya kemungkinan berlakunya Bersih3.0, ekoran penambahbaikan pilihan raya sengaja dilambat-lambatkan dan penambahan pengundi secara mendadak di sesetengah kawasan Parlimen. "Melihatkan kepada keadaan sekarang, kami tiada pilihan lain. Selain Bersih 3.0," kata Ambiga kepada The Malaysian Insider. "Sekiranya kerajaan tidak serius berkenaan penambahbaikan pilihan raya, biar rakyat jadikan perkara itu didengari," tambahnya. Pemimpin PR turut menyatakan sokongan mereka terhadap perhimpunan berkenaan kerana kerajaan gagal memenuhi tuntutan untuk pilihan raya yang lebih adil. Ribuan rakyat Malaysia telah menyertai perhimpunan 9 Julai Bersih 2.0 yang kemudiannya menjadi ganas apabila polis melancarkan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan. Situasi berkenaan menyaksikan 1,000 orang telah ditangkap termasuk sebelum perhimpunan berlangsung, dan Najib menerima kritikan daripada media antarabangsa. Berdasarkan tekanan tersebut, kerajaan telah menjanjikan reformasi, yang mana turut melibatkan pembentukan PSC dan enakmen yang menerima kritikan hebat, Akta Perhimpunan Aman tahun lalu. | ||
Lagi Umno Rampas Tanah; Generasi Kedua Felda Jadi Mangsa Posted: 02 Apr 2012 05:20 PM PDT Editor Butetin Tanah Generasi ke-2 Felda yang bertempat di Felda Ketengah Jaya, Mukim Paka kini dirampas oleh agensi KETENGAH sebagai sebuah institusi kerajaan yang ditubuhkan di wilayah Terengganu tengah. Hasrat sebenar penubuhan Ketengah adalah untuk membantu dan memajukan negeri Terengganu. Sudah berjuta peruntukan dilaburkan di Ketengah tetapi sehingga kini ianya tidak dapat dibanggakan. Bahkan kerugian, kegagalan mau pun salah urus serta penyelewengan dan pecah amanah diketahui umum oleh rakyat. Ianya menjadi institusi yang diambil kesempatan oleh para pemimpin Umno-BN sendiri. | ||
DUN Air Putih Bukan Lagi Kawasan Hitam Posted: 02 Apr 2012 05:18 PM PDT Wartawan Buletin KEMAMAN – Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih dalam Parlimen Kemaman tidak lagi boleh dianggap sebagai kubu kuat Umno dan satu 'kawasan hitam' bagi PAS bahkan, ia adalah antara DUN yang pernah dimenangi PAS pada tahun 1999. Menurut Pengerusi Lujnah Kebajikan dan Kemasayarakatan PAS Kawasan Kemaman (LKK), Haji Zulkifli Md Yakim, pelbagai pendekatan memasyarakatkan PAS telah diambil dan hasilnya begitu meyakinkan. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan