Ahad, 29 April 2012

.

.


Rencana Khas

Posted: 29 Apr 2012 02:43 AM PDT

Ismail Omar, Aziz Yusuf & Hishamuddin
Perlu Letak Jawatan

Memerhati kepada kolaborasi pihak polis dengan BN khasnya Umno dalam mengagal dan menyekatkan desakan dan tuntutan rakyat agar membersihkan pilihan raya demi mensucikan demokrasi di negara ini menerusi himpunan Bersih: Duduk dan Bantah semalam sudah sampai masanya kalau Jabatan 
Perkhidmatan Awam mencadangkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu membuat semakan untuk menilai sejauh manakah relevannya perkataan Polis Di Raja Malaysia digunakan.

Kita tahu perkataan itu (Polis Diraja) tidak bererti polis hanya perlu melindungi dan menjamin keselamatan Raja-Raja Melayu tetapi slogan itu adalah simbol kepada kerajaan dan rakyat. Raja adalah kerajaan, raja adalah rakyat. Justeru tugas dan tanggungjawab pasukan polis ialah menjaga keselamatan negara dan menjamin keselamatan bangsa tanpa mengira individu itu apa warna mereka, anutan agama dan fahaman siasahnya.

Hishamuddin Hussein
Tugas polis menjamin keselamatan dan tugas itu adalah aset dan integriti mereka. Kalau polis gagal apa lagi bersekongkol dengan kejahatan itu bukan polis DiRaja lagi, itu polis DiUmno?  Atau polis yang memakai uniform suci untuk menjadi jahat bagi memenuhi tembolok bodoh mereka.

Polis tidak boleh (haram) melanggar sumpah dan janji perkhidmatan mereka. Mereka tidak boleh berpihak atau menjadi agen yang boleh menerima upah atau tidak, kepada mana-mana puak dan juga kumpulan. Hakikat ini termasuk juga polis tidak boleh menjadi 'barua' kepada mana-mana kumpulan siasah termasuk Umno serta mana-mana  individu politik hatta dia adalah seorang perdana menteri seperti Ha Najib Razak. Najib dan jawatan perdana menteri dua perkara berbeza, begitu juga Umno dengan kerajaan dua perkara berlainan.

Ismail Omar
Yang boleh polis jaga, kawal ialah perdana menteri, dan keseluruhan kerajaan. Hatta isteri perdana menteri dan anak-anaknya tidak berhak mendapat kawalan langsung polis.  Manakala individu rakyat berhak menerima perlindungan polis atas dasar dia warganegara dan atas dasar prinsip kemanusiaan yang dijunjung oleh polis.

Malangnya tanggungjawab dan amanah itu sudah mungkir dan melencung jauh. Ia bukan amalan dan kewajiban lagi.  Polis di Raja Malaysia bukan lagi menjaga hak dan kepentingan serta keselamatan rakyat menurut prinsipnya, tetapi adalah menjadi musuh apabila mereka sedia menjadi Pandir dan 'kooli" kepada kumpulan politik tertentu ataupun individu yang memiliki kuasa politik. Lebih dahsyat dari itu polis menjadi samseng kepada orang dan segelintir puak tertentu.

Peristiwa demi peristiwa yang membabitkan polis dan orang politik yang didedah sepanjang masa di negara ini menunjukkan hakikat ini. Polis tidak boleh menafikan akan berlakunya perkara ini. Sebab sejarah dan masa akan datang menceritakan segala-galanya. Saya tidak tahu sampai ke tahap mana Ketua Polis Negara, Ismail Omar) dan timbalannya dan lain-lain pangkat perlu menundukkan kepala kepada penguasa (politikus) yang memperalatkan mereka atau membayar mereka dengan pelbagai fasalitis termasuk menaikkan pangkat atau pun menawarkan jawatan kontrak selepas pencen.  Apakah sampai dahi mencecah ke bumi dan ekor bernajis melayang ke atas? Sampai ke situkah?

Dalam sepanjang hayat saya 52 tahun saya tidak pernah dengar ada orang-orang besar polis mengambil tindakan berani meletakan jawatan lantaran mengambil risiko dan tanggungjawab kerana bersubahat dengan mana-mana individu politikus.

Yang ada dan berhenti dari jawatan itu kerana mati ditembak dan mati dilanggar lori treler.
Sesuatu yang malang kerana sejarah ini tidak berlaku. Sudah berapa banyak peristiwa dan tragedi hitam yang diragui kononnya ada penglibatan polis dan penggunaan polis secara salah, tetapi ketua atau orang bertanggungjawab itu tidak mengambil tanggungjawab meletak jawatan.

Abdul Aziz Yusuf
Di Malaysia bukan saja orang politik lenyap rasa tanggungjawab (responsilibiti) kepada tugas dan amanah, polis juga... orang yang berada dalam pasukan yang kononnya tinggi tahap disiplinnya. Tagline perkhidmatannya Tepat dan Betulmelambangkan integriti mereka. Soalnya sejauh manakah mereka menjaga dan mengawal integriti itu?  

Peristiwa-peritiwa berdarah, comot dan maut yang dianggap ada sangkut paut polis seperti Memali, peristiwa Ketua Polis Negara menumbuk Anwar Ibrahim dalam lokap, peristiwa pembunuhan politikus Pas Abdul Samad Ahmad Miangi, pengerudian terhadap Al Arqam, al Maunah dan macam-macam lagi semuanya boleh dipersoalkan akan kredibiliti polis. Meskipun kejadian itu tidak berkait langsung dengan polis tetapi umum akan persoal tindakan polis.

Dan peristiwa semalam yang masih hangat di hidung dan mata kita juga boleh dibahukan kepada polis.
Semua peristiwa itu ada kena mengena dengan penglibatan dan kolaborasi polis dengan pihak tertentu. 

Ramli Yusuf
Di sini terus terang dengan agak keras saya katakan atas apa yang berlaku semalam ketegangan di hujung himpunan Bersih di mana jelas dan nyata polis bersubahat menyebabkan Ketua Polis Negara Aziz Omar perlu meletak jawatan. Beliau kena mengambil tanggungjawab dan tidak perlu berhelah seribu madah lagi dengan apa yang berlaku.

Beliau juga tidak perlu merasa sayang dengan keuntungan jawatan sebaliknya perlu menjaga maruah dan moralnya dulu sebagai anggota polis. Ismail akan meminta jawatankuasa disiplin polis membuat atau menmgambil tindakan ke atas anggota kecilnya yang melakukan kesalahan yang boleh menjejaskan pasukan. Tetapi bagaimana dengan Ismail. Tindakan polis yang rakus dan bersalahan dengan tatacara manusia dan agama itu sebenarnya lebih teruk dari kesalahan anggota kecil menjatuhkan imej pasukan. 

Jadi apabila tidak ada orang yang berani untuk menilai kesalahan moral polis itu maka Ismail selaku ketuanya perlu mengambil tindakan. Itulah tugas dan amanah seorang ketua.

Untuk mengetahui sejauh mana keterlanjuran anak buahnya beliau boleh menyiasat sendiri dengan menyaksikan laporan bebas dan juga rakaman video kekejaman dan kerakusan polis kepada orang awam. Bukalah blog dan Fb berlambak-lambak rakaman demikian. Ismail tidak boleh hanya melihat rakaman yang disediakan oleh anak buahnya saja, kerana sudah tentu anak buahnya akan menyediakan video yang baik untuk polis. Sebagai ketua yang adil Ismail kena tengok semua rakaman dan menerima semua pengaduan.

Usaha menyembuyikan kejadian sebenar termasuk kekejaman polis tidak ubah seperti cuba hendak menyembunyikan speaker yang bervoltan dan bervolume tinggi dalam guni. Ia sia-sia saja sebab bunyi itu akan dapat didengar oleh orang ramai. Bahkan bunyi itu kini sudah melangkau ke seantero dunia.

Persoalan juga timbul bagi saya apakah kejadian ini satu sabotaj? Ada kemungkinannya. Polis sengaja dibiarkan ganas ataupun disuntik pil ganas sebelum itu agar mereka boleh menjadi seperti anjing. Gunanya untuk memberi damge kepada Ismail. 

Kemungkinan ini tidak boleh dinafikan begitu saja. Politiking, rebut kuasa jatuh menjatuh juga berlaku dalam pasukan polis. Nasib malang menimpa bekas Pengarah Siasatan Jenayah Komersial Ramli Yusuf adalah bukti jelas dan sejarah paling busuk dan hanyir dalam pasukan polis. 
 
Sehubungan itu juga Aziz Yusuf Pengerusi SPR perlu juga melepas jawatan untuk memikul tanggungjawab apabila himpunan mencecah 250,000 itu. Himpunan Bersih itu diadakan berpunca dari kedegilan dan kebebalan beliau untuk tidak menerima beberapa tuntutan Bersih. Pasti kalau SPR sedia menerima tuntutan itu himpunan seperti itu tidak akan berlaku.

Iya beliau adalah orang yang diminta oleh perdana meteri untuk tidak memenuhi tuntutan rakyat demi Umno. Atau pun atas kedudukannya dia sebagai ahli Umno juga pasti dia mahu berkhidmat kepada parti. Namun dia tidak sepatutnya menggunakan kedudukan sebagai pengerusi sebuah suruhanjaya bebas boleh bertindak demikian. Kalau Aziz hendak membela Umno beliau perlu bertanding jawatan tertinggi parti dan masa itu baru boleh dipulihkan Umno.

Kalau Aziz ada maruah dia perlu melepas jawatan selepas himpunan itu berjaya. Jika tidak dunia akan mempersoalkan dimanakah maruah beliau sebagai pengerusi sebuah suruhanjaya yang seharusnya bebas, adil, telus dari segala penjawat jawatan lain. Implikasi dari Bersih itu sebenarnya sudah tidak ada guna Aziz terus memegang jawatan itu kerana beliau akan disumpah sepanjang jalan beliau menuju ke pejabat SPR. Kalau beliau ada integriti beliau kena melepas jawatan itu sesegera mungkin.

Selain dari Ismail Omar dan Aziz Yusuf seorang lagi perlu mengambil tanggung jawatan dan maruah itu dia dimaksudkan itu Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein. Hishamuddin juga perlu meletask jawatan. Dia kena bertanggungjawab sebagai seorang penguasa politik.

Sekiranya mereka tetap diam membisu dan memakan wang rakyat setelah menganiaya rakyat dengan jawatan dan bidang kuasa mereka miliki, mereka akan dikecam dan disumpah sepanjang hayat. Mahukah mereka? Kalau mereka seorang berintegritri seperti bangsa Jepun, Korea hatta India, mereka akan melepaskan jawatan. Kalau mereka seorang beriman dengan agama (Islam) mereka juga kena melepasnya kerana agama tidak mengajar mereka bertindak begitu dan mereka perlu bertaubat. [wm.kl.5:39 pm 29/04/12]

Foto Kejahatan

Posted: 28 Apr 2012 09:52 PM PDT

Menilai Siapa Yang Kejam

Bersih 3.0 ini tidak memberi peluang banyak untuk saya menyaksi dan merakam aksi sadis kedua-dua pihak kerana keuzuran tidak dapat bergerak lincah. Di sini saya cuplik beberapa foto menarik menunjukkan keganasan dan kekejaman polis terhadap para himpunan. Gambar-gambar ini dapat menjadi bukti dan saksi kejadian sebenarnya. Mungkin caption saya tidak tepat tetapi inilah tafsiran saya.  Terima kasih kepadsa blog Pinkturtle.

Polis memulakan serangan dengan kelengkapan penuh.

Serangan dimulakan, bedil kemudian serang...
Rakyat merempuh hanya menggunakan tangan.

Yang mampu dilakukan tenguk dan lari.
Polis menembak para himpunan macam tembak gagak.
Kabur dan pening dalam tembakan polis. Hanya jiwa berani saja bisa menghadapinya.
Ditangkap dan dibelasah.
Digereng ke lokap....
Kesadisan yang kontroversi, siapa yang memula dan melakukannya/
Jadikan gambar ini sebagai bukti perjuangan ayah...
Cara pengamanan yang kolot....
Bertemperian melarikan diri dari tembakan gas.
Inilah jagoh Berih 3.0 peluru yang dihala kepadanya ditangkap dan dilontar kembali kepada polis.


Sesiapa yang memiliki atau merakam gambar Bersih yang menarik kirimlah untuk dikongsikan dalam blong Merah Tinta. [wm.kl.12:49 t/hari 29/04/12]

Rencana Garang

Posted: 28 Apr 2012 07:17 PM PDT

Utusan: Tali Hayat Yang Bakal Putus

Pagi-pagi lagi saya telah menerima PM - personal mesej meminta saya mengulas laporan akhbar penjilat buntut Mingguan Malaysia hari ini. "Tuan buatlah ulasan mengenai kejahatan Utusan Malaysia yang melapor tentang bersih itu.." katanya. Walaupun saya belum membaca akhbar berkenaan tetapi saya sudah boleh agak apa yang dilaporkan oleh akhbar lidah hitam Umno itu. Laporannya pasti jahat punya.

Perhatinkan siapa yang menterbalikkan kereta polis itu.
Saya bukan anti media massa sebenarnya, saya orang media. Saya cuba melendikkan pemikiran saya dan membina persepsi baik kepada apa-apa juga pemikiran akhbar. Saya bukan marah dan tidak setuju kepada Utusan, Berita Harian dan seracunnya dengannya tetapi saya juga tidak suka Harakah atau Suara Keadilan kerana bentuk pemberitaan mereka gagal menjadikan akhbar itu sebagai pembentuk fikiran sihat dan bergerak ke arah perpaduan.

Saya marah semua sekali. Tetapi cara Utusan sudah melampau. Utusan bukan lagi menjadi Pencetus Hati Nurani Rakyat yang menjadi taglinenya. tetapi Utusan menjadi pencetus perbalahan dan persengketaan sesama sendiri. Utusan telah menjadi pencetus api perkauman, pemfitnah dan segala macam keburukan dan kebusukan di gendung akhbar usang itu. Saking jahatnya Utusan menyebabkan orang melihat seluruh organisasi itu hitam melegam. Bukan saja pak-pak pengarang tetapi despatch pun turut dijeluakkan.

Kejahatan dan kuasa fitnah akhbar ini semakin meluas dan melebar. Mereka yang menduduki jabatan pengarang sudah hilang kewarasan. Doktrin Yahudi sudah meresapi ke saraf otak mereka.  Sebenarnya akhbar berkenaan tidak layak lagi untuk disebut dan dibicarakan sebagai sebuah media pembangun nusa dan bangsa negara ini.

Semalam lagi saya sudah mengagakkan apa yang akan diterbitkan hari ini. Malahan saya sudah memberi beberapa gambaran tajuk yang akan dipakai oleh akhbar berkenaan berhubung Bersih. Mesti spin punya... kalau tidak spin pengarang dan penasihat di Utusan tidak layak untuk meminum darah syaitan. Mereka dibayar gaji dan segala macam elaun untuk membeli tikit ke Neraka.

Tulisa saya di Fb semalam:

Besok akhbar PB akan menyiarkan laporan buruk terhadap bersih 3.0 dengan tajuk muka depan, Himpunan Bersih Kotor, ataupun Para himpunan ganas, atau pun Bersih 3.0 tidak hormati undang-undang, ataupun Bersih 3.0 menimbulkan huruhara. Surat khabar PB juga akan merekodkan jumlah yg berhimpun tadi hanya 10,000 orang sahaja. Saya membuat prediction ini untuk tidak merujakan hati para penyokong bersih yang telah lama berita mengenai kegiatan mereka dispin oleh akhbar berkenaan. Kepada saya biarlah apa yang media hendak kata dan berapa jumlah yang akan dikreditkan bahawa keadaan nyanya UBN waktu ini tidak ubah seperti telor dihujung tanduk yang akan jatuh dan berkecai bila-bila masa saja.

Saya sudah beri tajuk-tajuk untuk Utusan.
Ternyata apa yang saya prediction itu betul 100%. Saya sudah dapat membaca kejahatan bertradisi akhbar berkenaan terhadap oposisi. Cuba bazirkan wang M2.50 hari ini dan belikan akhbar berkenaan kemudian teliti tajuk-tajuk dan isinya.

Di sini saya tidak mahu mengulasnya panjang lebar mengenai itu kerana membazir air liur. Bercerita mengenai Utusan memberi dosa kering kerana mengecerkan kejahatan. Apa yang hendak saya paparkan dan perkatakan di sini yang saya sudah boleh membaca apa yang ada dalam kepala orang Utusan. jadi jangan 'adik kakak' merasa hairan dengan kejahatan dan kebejatannya.

Sebelum ini pun saya sudah memberi formula atau petua bagaimana untuk mempercayai apa-apa dilaporkan akhbar berkenaan. Asas berita yang menjadi amalan akhbar itu hanyalah 6.25 sahaja. Maksudnya nilai kebolehpercayaan hanya 6.25 peratus saja.

Formulanya begini, sesebuah berita spekulasi, rencana beragenda, apa-apa juga berita mengenai oposisi anda hendaklah membahaginya kepada dua. Misalnya kepercayaan asas anda mulanya 100 peratus ia hendaklah dibahagi dua, jadinya 50. Itu asas yang benar tetapi belum pasti sahih.

50 peratus itu hendaklah dibahagi dua, jadi 25 peratus kemudian yang 25 peratus dibahagi dua lagi maka jadilah 12 setengah. Yang 12 setengah ini pun tidak boleh dipercayai terus ia hendaklah dibahagi dua iaitu jadi 6.25 peratus. Angka akhir inilah yang boleh difikirkan sebagai benar.

Manakala mengenai angka yang diberikan akhbar berkenaan juga ada formula tersendiri. Kalau angka kehadiran di pihak pembangkang biasanya akhbar itu menolak angka sebenar dengan 20 hingga 60 kali ganda. Misalnya kalau himpunan bersih semalam mencecah 250,000 Utusan akan mengurangkan menjadi hanya 25,000 sahaja atau kurang daripada itu, mungkin 15,000.

Sebaliknya kalau kehadiran di pihak Umno atau BN akhbar itu akan menambah angka itu sampai ratusan kali ganda. Kalau kehadiran 5,000 akan ditambah angka satu atau dua dihadapan menjadi 15,000 atau 25,000 adakanya mencecah 35,000.

Permainan angka-angka inilah menjadikan nawaitu akhbar itu untuk membantu UBN khasnya Umno menjadi senjata makan tuan. Angka-angka ini menyebabkan Umno syok sendiri seperti mana tahun 2008 parti itu dibaham tsunami teruk setelah merasa selesa berada di atas rumah di puncak gunung.

Berbalik kepada Utusan tadi kejahatannya sangat jelas. Kejahatan yang disebut dan diulang-ulangi dalam Quran. Kebusukannya tidak boleh ditusuk selindung lagi. Kerana terlampau jahat menyebabkan kebatilan yang mereka lakukan dibalas dengan dengan kebenaran pada saat itu juga. Cuba perhatikan sekeping gambar Bersih keadaan bagaimana sebuah kereta polis yang diterbalikkan. Utusan cuba memberi gambaran dan cuba mencetakkan dalam minda umum yang para himpunan Bersih ganas, kejam dan jahat. Saya rasa dalam hal ini Utusan sudah merancang dan berkerjasama erat dengan pihak polis. Mungkin perbincangan rapi diadakan beberapa hari sebelum Bersih diadakan.

Bagi Utusan yang menterbalikkan kereta polis itu ialah peserta Bersih. Kejadian itu berlaku selepas kereta itu merempuh pembahagi jalan, bukan rempuh orang... kata Utusan. Tidak disebut langsung yang kereta berkenaan sengaja merempuh peserta Bersih. Kenapa? Inilah kejahatan nyata oleh akhbar berkenaan yang telah mengklonkan lidahnya dengan lidah syaitan. Di sinilah saya katakan akhbar ini telah menyimpulkan fakta dalam kilas yang carik dan cuba mencetuskan nafsu amarah umum dengan cetusan itu. Utusan pencetus kejahatan.

Perhatikan juga baik-baik orang yang sedang memterbalikkan kereta berkenaan. Apakah warna baju yang mereka pakai? Bukankah baju atau uniform peserta Bersih berwarna kuning atau hijau? Apakah pula baju dua tiga orang yang sedang memterbalikkan kereta itu. Bukankah ianya berwarna hitam? Jadi siapa mereka? Jelas mereka bukan perserta Bersih atau Lynas kerana mereka memakai baju Bersih dan Lynas berwarna kuning dan hijau.

Di sni kerana terlalu ghairah hendak membuat jahat dan fitnah Utusan terlupa untuk menukar warna baju mereka. Atau pun penjahat itu terlupa menanggal dan menukar baju? Polis juga sudah sebati dengan warna kejahatan mereka iaitu hitam. Polis kalau hendak serbu orang secara gelap, hendak tangkap dan tembak orang akan pakai sarung muka berwarna gelap.

Saya rasa dengan penjelasan ini orang ramai tahu akan peranan, tanggungjawab dan juga kesilapan akhbar itu dalam memburukkan pihak lain dan cuba menjadikan Umno sebagai telor emas. Benarlah bagai di kata kalau kita melampau didalam sesuatu perkara itu, kemelampauan akan memakan diri kita akhirnya.

Kerana apa yang berlaku itu adalah provokatif yang dicipta untuk melahirkan insiden-insiden menyayat yang akhirnya menatijahkan kejadian yang buruk bagi digunakan sebagai modal pilihan raya, saya yakin insiden semalam termasuk juga kejadian pistol polis dirampas dan hilang sekejap itu akan digunakan sebagai modal untuk memburukkan Bersih dan Pakatan Rakyat. Perkara inilah akan ditanam di kepala umum selepas wang (BR1M) ternyata gagal mempedayakan rakyat.

Mengabadikan foto semasa menjalankan tugas.
Bagi saya oposisi tidak perlu risau dan rungsing kerana rakyat sudah tahu segala kerja akhbar PB dan persepakatan di antara media dengan pihak berkuasa seperti polis itu. Rakyat yang sudah dibasuh mindanya tidak akan percaya sementara yang sikit-sikit hendak percaya juga akan mengoyak seluruh saraf akarnya untuk menilai semula kebolehpercayaan akhbar berkenaan kerana ianya sudah melampau. Saya sarankan Utusan boleh dibaca tetapi tidak boleh dipercayai.

Utusan juga kini senasib dan segelisah dengan Umno. Utusan bolehlah dianggap tembuni kepada Umno. Sekiranya Umno sudah hancur atau rosak maka ia juga akan rosak dan akan menjadi gemulah. Kepada penjengok blog MT akan faham dengan penjelasan ini serta mengenali bagaimana peranaan akhbar berkenaan yang ternyata ia lebih buruk dan busuk dari kertas penyapu tahi di dalam jamban. [wm.kl.9:49 am 29/04/12]

Foto Bersih 3.0

Posted: 28 Apr 2012 10:21 AM PDT

 Di sini dipaparkan beberapa keping gambar di sekitar himpun Bersih 3.0 yang sempat saya rakam dengan lensa kemera saya. Maaflah gambar kali ini kurang bermutu dan kurang tragis kerana pergerakan saya agak terhad. Atas permintaan dan untuk tidak menghampakan saya paparkan juga walaupun terasa malu dengan gambar-gambar sebegini. Salam.

Sedangkan kemaskan sesuatu sebelum bermula...
Gelong kawat berduri yang tidak dikawal...

Se kepala merah siap sedia untuk bertindak.

Tenguklaqh sendiri anggota polis ini...

Mohamed Azmin Ali bersalaman dengan orang ramai.

Menjaga aurat di tengah ramai.

Badan polis ini yang paling besar.


Karpal Singh ditolak masuk ke tengah himpunan.

Gadis-gadis kuning.

Payung bersih 3.0

Mereka mula dikerah ke tempat strategik.

Antara banner yang diangkat oleh orang Cina.

Wanita ini datang dari Pengerang, Johor.

Membaca risilah yang diedarkan.
wm.kl.1:20 am 29/04/12

Foto Bersih 3.0

Posted: 28 Apr 2012 05:02 AM PDT

Gambar Sekitar Bersih Dari Rakaman Lensa MSO (Album 10) Khas Untuk Penjenguk Merah Tinta.


Benteng manusia polis di Jalan Raja laut.

Benteng manusia polis di hadapan Sogo.

Duduk sementara "pintu" dibuka.

Tiada apa ganggu kepada pekedai surat khabar ini.

Polis makan nasi setelah lengguh bertugas.

Warga emas ini ikut ke perhimpunan.

Taukeh Kopi Janda juga ada...

Anak mudah pas ke Bersih.

Peserta bersih di hadapan benteng politi.

Rihat sebelum meneruskan desakan dan bantahan.

Seorang pemimpin pelajar sedang berdoa.

Beginilah pemandangan di Jalan Raja penuh sesak.


Fesyen Bersih 3.0

Pejuang rakyat Suhaimi Said.

Pemimpin masa depoan Pas Rantau Panjang.

Bekas orang Cuepacs pun hadir.

Banner dari anak muda AAM Kelantan.

Stop Lynas.

Tiada ulasan: