Sabtu, 28 April 2012

.

.


Susupan Petang

Posted: 28 Apr 2012 03:25 AM PDT

Penunjuk Perasaan Sudah Mengganas?

Himpunan ini rupanya tidak berakhir dengan kegilaan polis di hujung himpunan dengan menyembur para himpunan dengan air gatal dan memukul mereka sampai cedera tetapi berlaku sesuatu yang lebih dahsyat dari itu. Sebuah kereta polis telah diterbalikkan oleh para himpunan.

Kejadian itu berlaku di hadapan Sogo apabila para himpunan marah dan berang apabila kereta polis dikatakan melanggar tiga orang anggota himpunan hingga cedera. Gara-gara itu peserta yang berada berdekatan termasuk rakan mangsa bertindak ramai-ramai menterbalikkan kereta polis berkenaan.

Belum dipasti apakah anggotas polis yang dikatakan melanggar peserta himpunan itu cedera atau tidak. Bagaimana pun yang pasti mangsa yang dikatakan dilanggar itu cedera dan dihantar ke hospital.

Polis perlu menyiasat kejadian itu dan perlu telus. Jangan sesekali cuba hendak bertindak anggotanya seperti mana sering berlaku di mana polis akan berpihak kepada polis walaupun jelas anggotanya berbuat jahat. Nampaknya apa yang berlaku ke atas Mohamad Sabu pada Bersih 2.0 berulang di mana Mat yang dilanggar polis dituduh Mat yang sengaja menendang kereta polis.

Sudah pasti malam ini tv dan media penjilat buntut akan memutar belitkan cerita itu kononnya himpunan ini ganas dan liar. Sudah pasti juga kereta yang diterbalikkan itu dijadikan replika dan diletakkan di Dataran Merdeka sebagai lambang kejahatan para himpunan Bersih.

Saya sedang mendapatkan gambar kereta berkenaan dan laporan sebenar di sebalik kejadian itu. [wm.kl.6:24 pm 28/04/12]

Ulasan 1 Bersih 3.0

Posted: 28 Apr 2012 02:38 AM PDT

 Bersih 3.0 Duduk & Bantah
Beri Singal Jelas BN Bakal Tumbang Dalam PRU-13

Di mana saya hendak mulakan ulasan mengenai himpunan Bersih 3.0 yang baru usai sekejap tadi? Apakah harus dimulakan menjelang tengah malam tadi di mana rakyat sudah memenuhi dataran merdeka dan mabit di sana. Ataupun sesusai Asar nanti di mana saya pasti himpunan itu sudsah habis total apabila ada ladunan darah di bumi Kuala Lumpur yang permai dan damai dari malam tadi hingga ke solat Duha hari ini.

Banyak sangat intro yang ada dalam kepala saya ketika ini untuk dijadikan muqadimah ulasan terhadap himpunan Bersih 3.0? Mungkin kerana terlalu excited dengan himpunan yang pada saya amat berjaya berbanding dengan siri-siri himpunan sebelum ini termasuk bersih 1.0 dan Bersih 2.0 menyebabkan saya jadi jam untuk mmulakan catatan.

Seawal pagi lagi polis sudah bersiap sedia.
Biarlah mungkin boleh saya mulakan ketika perasaan saya dilandak sebabk apabila melihat rakyat berbagai kaum berganding bahu dan berarak memenuhi seluruh jalan-jalan menuju ke Dataran Meredeka sambil menyanyi lagi Bersih...Bersih.. dengan irama dan gaya tersendiri. Sambil itu mereka melaungkan slogan kebencian mengecam Najib dan Rsomah yang tidak peka dengan rintihan dan kehendak rakyat.

Dalam memerhatian bersendirian setelah terputus kawan itu dengan kudrat yang tidak sekuat zaman muda saya tersudut beberapa kali terpencil dari keriuhan untuk mencatat ke dalam Fb. Saya ingin meluahklan perasaan bangga dan hiba melihat kesungguhan rakyat memperjuangkan hak mereka.

Anggota tambahan.
Hati dan jiwa menjadi kelam apabila melihat semangat yang terpancar dari seluruh para himpunan. Mereka bersatu kekuatan dan laungan menandakan mereka sudah amat cemuh dan muak dengan kerajaan UBN.Anak-anak muda Cina yang mendominasi ketumbukan Cina kalai ini dilihat mesra dan erat berganding bahu dengan anak remaja Melayu. Di celah-celah pula ada sekelompok remaja India.

Ternyata himpunan sekejap tadi dimonopoli oleh orang Cina. Kalai ini orang Cina sudah tidak ada kompromi lagi dengan UBN. Mereka seakan telah menolak UBN secara total dan mahu mengangkat Pakatan Rakyat sebagai kerajaan.

Di sudut terpencil saya bertanya dari mana mereka datang? Di celah itu juga perasaan jahat saya terbetik penuh kebimbangan bahawa demonstrasi kali ini sudah dimonopoli oleh remaja Cina. Mereka sudah bangkit mengambil ruang untuk memperjuangkan nasib rakyat negara ini. Timbul juga perasaan sketikal saya ketika itu.

Tetapi tidak mengapa. Dengan menerima niat mereka suci dan ikhlas untuk menumbahkan kerajaan yang telah lama menganiyaan rakyat berlakuy zalim. Saya membujuk hati saya agar tidak bersangka buruk kepada mereka. Biarlah kandati merreka orang Cina tetapi mereka ternyata lebih baik dari orang Umno.

Jam 10:00 pagi orang sudah memenuhi Jln Raja.
Politik negara ini harus berpijak di bumi nyata. Realiti bahawa semua kaum harus bersama membangun negara tidak dapat dielakkan. Hakikat itu bahawa orang Melayu memilik beberapa hak keistimewaan sebagai menjamin masa depan mereka juga perlu dihormati oleh orang Cina. Rasanya mereka memahami hakikat itu dan anak remaja Cina juga bergerak atas satu nawaitu untuk melenyapkan kebejatan umno lebih 55 tahun lalu.

Perhimpunan kali ini berjaya dan memberi kepuasan kepada semua pihak kecuali dihujungnya apabila polis tetap khianat dengan melepaskan gas pemedih mata dan memukul para himpunan. Untuk apa polis memukul himpunan lagi. Sepanjang pemerhatian saya himpunan hari ini adalah paling bersih, paling sopan dan tidak ada provokasi terhadap polis.

seorang pemimpin mahasiswa memulakan gerakan.
Selama lebih empat jam mereka menanti geloing dawai dibuka untuk mereka bermukim di Dataran Merdeka, mereka tidak berbuat apa-apa. Saya percaya kalau para himpunan hendak bermain jahat mereka boleh lakukan. Polis hanya baru melengkapkan peralatan dan anggota mereka selepas pukul 12:00 tengah hari. Sebelum itu pertahanan polis mengawal Dataran Merdeka hanya dengan anggota polis bertindak menjadi pagar dengan pistol di pinggang yang tidak mungkin mereka gunakan.

Nah waktu ini kalau himpunan jahat mereka boleh bertindak agresif. Mereka boleh menarik gelong dawai meskipun tangan mereka robek dan carik untuk masuk ke Dataran Merdeka. Tetapi mereka tidak lakukan kerana mereka ingin tunjukkan mereka menghormati polis dan menerima polis sebagai pengawal keselamatan.

Jadi apabila polis mengganas dan mengulang perbuatan yang dibenci oleh rakyat, maka himpunan yang aman, harmoni hari ini bertukar menjadi kejam. Polis perlu bertanggungjawab dan menerima kecaman badan-badan bebas dan juga hak asasi manusia atas apa yang mereka lakukan.

Penuh sesak.
Iya, DBKL dan polis berjaya mempertahankan Dataran Merdeka dari 'dicerobohi' oleh para himpunan. namun kejayaan itu tidak memberi apa-apa makna pun untuk Najib dan UBN. Dengan kehadiran hampir mencapai sasaran 500,000 tetapi sudah memandai apabila jumlah kehadirian kali ini lebih besar dari dua himpunan Bersih sebelum ini.

Saya meramalkan mereka yang berhimpun hari ini mencecah ke angka 250,000. Angka itu mungkin tidak besar bagi Umno yang memiliki keahlian 3.5 juta tetapi semangat dan komitmen mereka tidak boleh diperkecilkan. Kehadiran lebih 70 peratus golongan muda memberi isyarat dan signal jelas kepada UBN parti itu akan ghuyub di dalam pilihan raya akan datang.

Sdr Rusdhan Mustapa memimpin himpunan.
Kemuncul anak-anak muda itu berbeza dengan kemunculan mereka tahun 1998 dulu di mana mereka hanya ikut angin dan belum bersedia. Tetapi kali ini rata-rata mereka telah mendaftar sebagai pengundi dan siap siaga untuk menumbangkan UBN. Situasi ini menyebabkan saya tidak begitu gerun dengan pemanipulasian daftar atau pengundi oleh Umno. Anak-anak muda yang komited ini boleh mengatasinya.

Mengenang himpunan pada hari ini sesuatu yang sedikit menyebabkan saya rasa kurang selesa ialah kedatangan masyarakat India tidak begitu menyerlah. Dalam hitungan saya tidak sampai 20,000 masyarakat India yang hadir.

Sementara dari kalangan orang Melayu pula Melayu dari dua negeri nampak begitu menonjol iaitu Terengganu dan Kelantan. Manakala orang Melayu Kedah tidak begitu mendominasi himpunan kali ini. Ini berbeza dengan himpunan Bersih 2.0 di mana ramai orang Kedah yang saya jumpai.

Notis sinis kawasan Dataran Merdeka dianggap Tel Aviv.
Apakah pimpinan Pakatan Rakyat di negeri-negeri lain tidak seserius pemimpin Pas di Kelantan dan Terengganu yang membuat kerahan secara langsung? Saya percaya kalau penyokong dan ahli Pakatan Rakyat dari Melaka, Pahang, Johor, Selangor dan Negeri Sembilan membuat kerahan bersungguhan mungkin jumlahnya bertambah ramai.

Dalam hal ini terima kasih kepada Ngo yang memperjuangkan Lyas. Lantaran habungan dengan Ngo itulah jumlah hari ini mencecah sebanyak itu di mana satu jumlah yang memungkinkan Najib untuk tidak mengerakan mengadakan pilihan raya.

Kekuatan Unit Amal lawan kekuatan polis.
Saya juga tidak faham apakah himpunan hari ini tidak disusun sebagaik mungkin sehinggakan kurang pemimpin yang turun untuk memberi sokongan dan suntikan semangat kepada para himpunan. Antara pemimpin yang saya nampak awal-awal turun berucap dan bersalaman dengan rakyat Mohamed Azmin Ali. Sekiranya tidak ada pemimpin-pemimpin yang hadir secara bidan terjun memimpin kelompok-kelompok himpunan dengan ucapan mereka, mungkin himpunan ini akan menjadi hambar.

Nasib baillah ada mereka ini yang sudah terlatih sejak di zaman roformis lagi muncul di tengah khayal memberi ucapan dan membimbang kelompok himpunan. Antara yang semnpat saya lihat kuat melaung memberi semangat dan menghidupkan suasana ialah bekas Ketua Penerangan Pas Rantau Panjang sdr Rushdan Mustafa.

Gelong dawai berduri yang tak sempat diragup.
Sepatutnya ruang himpunan seperti itulah patut digunakan oleh para bakal-bakal pemimpin mengasah bakal untuk menjadi pengganti di masa akan datang.

Sekali lagi saya merakam ucapan syabas kepada semua para himpunan, Ngo Bersih 3.0 dan juga pihak polis dan DBKL kerana berjaya menghidupkan suasana himpunan hari ini dalam keadaan baik. Sudah pasti kalau polis tidak menjadi iseng dan gila di hujung himpunan ia boleh dirakam sebagai perhimpunan bebas yang aman dan menyeronokkan. [wm.kl.28/04/12]

Selamat Pagi Bersih 3.0

Posted: 27 Apr 2012 11:44 AM PDT

Hampir 5,000 Sedang Mabit Di Dataran Merdeka

Malam ini saya menjadi lebih tidak mengantuk dari malam-malam sebelumnya. Hairan kaki juga yang terhinjuk-hinjuk kerana diserang hendap gaout itu sejak tiga minggu lalu sembuh dengan tiba-tiba. Seakan ada malaikat dari langit turun menyimbah ke rumah saya membuang segala sengal dan bisa gout. Apakah itu dinamakan semangat?

Warga emas ini juga turut sama mabit.
Tadi saya sudah cuba untuk melelapkan mati awal  bagi merihat tubuh kerana seharian menguruskan perjalanan ke Dataran Merdeka esok. Berjumpa anak buah yang sampai dari segenap penjuru, bagi keperluan dan makan minum kepada mereka. Ingat untuk berihat sejam dua untuk bangun esok dengan lebih sumringah dan gagah.
Simpang jalan berhampiran Dataran Merdeka sesak.

Kenderaan sukar untuk melalui jalan ini tetapi dikawal dengan baik.
Cuba untuk tidur dan membiarkan apa yang berlaku di luar. Saya tahu di kedai-kedai kopi dan warung mamak dipenuhi manusia Bersih yang baru sampai dari segenap penjuru. Lagipun rasanya perjuangan hari ini sudah berbaloi. Tetapi setelah membuka Fb dan meneliti gambar-gambar dan perkembangan di Dataran Merdeka, melihat buakan manusia yang berhimpun di simpang Jalan Raja dan Jalan Tuanku Abdul Rahman, segera letih yang menguasai diri tiba-tiba hilang melayang. Jeritan dan sorakan seakan memanggil-manggil untuk segera mendatangi Dataran Merdeka melihat apa yang berlaku di sana dan untuk menggabungkan diri sama.

Setiap kereta yang melalui jalan ini membunyikan hon tanda sokong.
Di sudut hati kecil rasa bersalah kalau diri ini tidur dan rihat sedangkan insan lain sedang menapak ke arah Dataran Merdeka. Mereka ke sana bukan untuk duduk dan bantah lagi, tetapi untuk memerhati dan mengintai lubang mana mereka harus bolos untuk bertapak di situ esok. Justeru rasa bersalah itu maka menyebabkan saya memaksa diri menampak juga ke Dataran Merdeka untuk melihat rombongan manusia yang sedang 'mabit' di situ.

Lebih 90 yang hadir anak-anak muda bersemangat waja.
Sesampai di simpang jalan Tuanku Abdul Rahman kira-kira 60 meter dari Dataran Merdeka penat dan lelah yang mengelilingi diri tiba-tiba terus hilang. Sakit di hujung jari kaki dan tumit kanan juga ghaib entah ke mana. Sorakan dan laungan Bersih... Bersih... yang berkecamukan dengan pelbagai nada dan butiran sorakan menghilangkan rasa letih. Tiba-tiba setongkol semangat menggupal dalam diri menjadi kuat dan terasa muda 25 tahun.

Polis berada dalam pagar kawat duri mengawal dataran yang kosong. Kan Bengong.
Pada masa saya mengujungi Dataran Merdeka lebih 5,000 berhimpun di situ membuat berbagai aksi. Ada yang duduk, berdiri dan beralun ke sana ke mari tanpa haluan yang jelas. Tepai masing-masing melonjak-lonjak kegembiraan sambil ditangan memegang berbagai banner dan juga sepanduk yang mereka bawa khas. Ada juga bersalaman sesama sendiri menyatakan keseronokan.

Angka ini esok akan meningkat 20 kali ganda.
Sepanduk Stop Lynas dan Bersih bergabung menjadi satu. Melayang-layang diudara dengan penuh kemegahan. Ada juga sehelai dua bendera Pas yang menerawan di dalam gelap, tetapi jelas kecerahannya kerana ia ada bulan purnama. Tidak ada rasa takut dan bimbang di kalanagn para himpunan. Seakan ada jaminan dari pihak polis dan juga DBKL. Semacam ada suara yang melaung dari atas puncak bendera tertinggi di dataran itu, berhimpunlah, berjuanglah menuntut hak anda dan jangan takut kepada cabaran dan merasa hina kepada cacian.

Mereka menjerit-jerit seakan kemenangan sudah berada ditangan. Sepasukan polis dengan kekuataan 200 anggota tidak berbuat apa-apa dan melihat dengan mata terkebil-kebil persis cicak tertelan kapur dari dalam Dataran Merdeka yang dikurung. Keadaan polis tidak ubah seperti haiwan yang diletak di dalam zoo menjadi tontotan orang ramai. Bagusnya tidak ada provokasi dan ejekan orang ramai kepada polis yang memantau mereka.
Sorakan akan bergemuruh setiap kali kereta yang lalu membunyikan hon.
Paling mengejutkan saya lebih 90 peratus yang hadir adalah anak-anak muda yang terdiri dari golongan mahasiswa berbilang kaum. Diwajah masing-masing terpancasr keyakinan atas apa yang mereka usahakan. Bukan sahaja orang Melayu yang dikatakan menjadi alat dan suka berdemo tetapi anak-anak muda Cina, India juga kali ini mendomonasi himpunan. Inilah perubahan yang digeruni oleh pihak tertentu.

Kesian polis hanya mampu melihat gelagat himpunan dengan penuh hormat.
Mereka pula bergerak seiringan, melaung kata-kata Hancur Umno dan BN serentak. Tidak ada perpisahan jarak langkah dan nada dalam melaungkan slogan semangat mahu berubah. Di celah-celah laungan Bersih, Hancur Umno bergema berderai panjang langan kalimah Allahuakbar. Setiap kali kalimah itu bergema, roma saya merinding dan merasakan bahawa kemenangan sudah di hujung jari. Entah... saya sendiri merasakan berada di waktu malam di sebuah dataran begitu seperti sedang mabit di Muzalifah untuk mengutip batu untuk melontar syaitan yang durjana.

Apakah yang akan berlaku esok? Manusia yang berhimpun dan berkumpul di situ esok tentu lebih ramai. Kalau malam ini jumlah lebih 5,000 sudah tentu esok jumlah itu akan mengembangkan menjadi 100,000, 200,000 ataupun 300,000? Saya jamin keadaan itu akan berlalu. Tanpa ada gangguan dan sekatan jalan raya, tindakan polis dan DBKL mempermudahkan untuk himpunan masuk, pasti jumlah himpunan itu esok terbesar berbanding dengan dua Bersih sebelum ini. Jumlah himpunan besok boleh menyebabkan Rosmah Mansor akan terkencing 16 kali sehari!

Setengah mereka tidak akan balik dan akan bermalam di atas jalan.
Alhamudlilah himpunan malam ini sebagai pembetul urat dan muqadimah menunjukkan kewarasan para himpunan. Mereka membuat latihan dengan penuh profesional tanpa menunjuk sikap rakus atau tanda-tanda mereka akan melakukan kekacauan.  Kecualilah menjelang Subuh nanti kalau polis dan DBKL gtiba-tiba menjadi iseng tentu keadaan berubah.

Bergambar kenang-kenangan sambil menunjukkan solidariti.
Selalunya keadaan tegang berlaku bila polis membuat provokasi. Malam ini tanpa provokasi dan sikap polis terkebil-kebil melihat telatah himpunan yang penuh bersemangat, tidak ada apa-apa yang tidak baik berlaku. Walaupun mereka agak menganggu lalu lintas tetapi mereka memberi kawalan baik kepada trafik. Setiap kereta yang lalu dijalan itu pula memberi hon bertalu-talu menandakan mereka sokong himpunan, sokong UBN dihancurkan. Tiada pegawai polis trafik yang mengurus lalu lintas di sutu kecuali SB yang berkeliaran di celah-celah himpun mendengar apakah risik dan riak yang mencurigakan.

Seperti dikatakan tadi dengan jumlah malam ini akan menjadi 10 atau 20 kali ganda, menyebabkan himpunan itu lebih besar dan lebih bersemangat lagi. Apakah esok sesudah jumlah rampai sehingga banjir kilat manusia berlaku di situ, gelong-gelong dawai yang dipasang akan direntak dan ditarik ke belakang akhirnya mereka akan bermukim di Dataran Merdeka?

Tenguklah esok apa akan berlaku. Cuma saya berharap dan berdoa polis tidak mengubah sikap dan pemikiran untuk menjadi gila pada esoknya. Layanlah para himpunan dengan baik nescaya mereka tidak akan sesekali menimbulkan ketegangan dan kekacauan yang mana polis juga akhirnya akan dipersalahkan.

Semoga mentari esok lekas terbit dan membawa bahagia dan rahmat kepada kita semua. Yakin dan percayalah himpunan itu bukan untuk menyusahkan sesiapa tetapi demi membawa kebaikan untuk semua. Siapa di antara kita yang sukakan kepada perbalahan, ketegangan ataupun permusuhan? Hanya golongan bernama musuh saja yang akan melakukan semua itu kerana mereka jahat untuk mengekalkan kuasa secara busuk. [wm.kl.2:20 pagi 28/04/12]

Susupan Tengahmalam

Posted: 27 Apr 2012 08:16 AM PDT

Ramai Melawat Dataran Merdeka Sejak Petang Tadi

Sedikit maklumat mengenai himpunan Bersih esok. Dataran Merdeka yang sekarang ini dilingkungi dengan kawat duri dari semua penjuru menjadi tumpuan orang ramai sejak awal malam tadi. Mereka masing-masing datang untuk meninjau suasana di dataran berkenaan.

Para peserta himpunan dari seluruh negara kebanyakan sudah sampai di ibu kota Kuala Lumpur. Sekumpulan anak muda dari Terengganu memberi tahu perjalanan mereka dari Kuala Terengganu ke Kuala lumpur lancar. tidak ada sekatan jalan raya di sepanjang perjalanan.

Pada masa ini ceramah Bersih sedang berlangsung di Taman Melawar, Gombak. Khabarnya lebih 3,000 sedang mendengar suntikan semangat diberikan beberapa pemimpin.

Sehingga catatan ini ditulis tidak ada apa-apa tangkapan dilakukan oleh polis. Bersih kali ini berbeza dengan Bersih 2.0 yang belum apa-apa sudah memakan beberapa mangsa yang ditangkap kerana menjual barangan dan peralatan himpunan.

T shirt Bersih 3.0 dijual di mana-mana dan mendapat sambutan hangat. Seorang penjual memberi tahu setakat ini dia sudah menjual lebih 10,000 helai t shirat sejak beberapa hari lalu dan me ningkat mendadak dua hari ke belakangan ini.

Sesetengah peniaga pula sudah kehabisan stok sejak semalam lagi. Tunggu laporan selanjutnya esok. [*** 11:15 pm 27/04/12]

Tiada ulasan: