Jumaat, 27 April 2012

.

.


Malumat Petang

Posted: 27 Apr 2012 02:01 AM PDT

Perkembangan Terakhir Bersih: Tetap Di Dataran Merdeka

Pihak DBKL dengan kerjasama polis telah mengambil berbagai langkah untuk melindungi Dataran Merdeka dari dijadikan tempat duduk dan bantah dalam himpunan Bersih 3.0 esok. Sejak awal jam 3 pagi tadi DBKL bertindak memagar seluruh kawasan Dataran Merdeka, dan ia diistyharkan kawasan larangan.

Pagi ini pula polis mendapat perintah mahkamah mewartakan kawasan Dataran Merdeka sebagai kawasan larangan. Polis walaupun tidak menunjuk kekerasan mereka tetapi menerusi Polis Kuala Lumpur memberi amaran mana-mana pihak melanggar - memasuki Dataran Merdeka akan ditangkap. Sebenarnya perintah mahkamah itu tidak memberi apa-apa impak dan ia sama sekali tidak menakutkan para peserta.

Dalam pada itu pihak penganjur Bersih tetap bertekad akan memasuki dataran itu duduk dan bantah di situ seperti mana yang dirancangkan awal-awal. Sebelum mereka berarak ke Dataran Merdeka, para peserta dibahagikan kepada beberapa ketumbukan.

Ketumbukan itu akan terbentuk apabila penganjur menetapkan enam kawasan sebagai lokasi perhimpunan awal. Tempat itu ialah di Jalan Brickfield, Masjid Negara, Masjid Jamek, Sogo, Pasar Seni dan KLCC. Para peserta bebas untuk memilih ketumbukan mana dan setiap ketumbukan akan diketuai komandan.

Perhimpunan awal akan diadakan di kawasan berkenaan. Dijangka perhimpunan akan bermula jam 10:00 pagi dan sebaik ianya penuh ketumbukan dari semua arah itu akan bergerak ke Dataran Merdeka. Para peserta dijangka tidak menghadapi masalah untuk sampai ke lokasi awal tetapi akan berhadapan dengan halangan besar apabila mendekati Dataran Merdeka.

DBK bersama polis akan meletakkan kelengkapan perang mereka di situ seperti track water cannon dan ratusan anggota penembak gas pemedih mata di samping ratusan SB yang akan menyamar sebagai jurugambar untuk merakam gambar peserta.

Dikira sukar untuk para himpunan untuk memasuki ke kawasan berkenaan, namun sekiranya anggota himpunan di setiap lokasi itu mencecah 20,000 diyakini mereka akan berjaya menawan Dataran Merdeka. Perintah mahkamah diperolehi polis agar menutupi Dataran Merdeka tidak akan memberi apa-apa kesan sebaliknya ia akan menyebabkan peseran menjadi semakin bersemangat dan ghairah.

Sementara itu menuruk risik bebas, beberapa jalan utama menuju masuk ke Pusat Bandaraya dari semua arah Selatan, Timur dan Utara sudah pun disekat dan road block akan diadakan menjelang tengah malam ini. Apapun sehingga kini tidak ada apa-apa laporan sesuatu yang buruk berlaku.

Para peserta juga sudah mulai tiba di Pusat Bandar dan jumlahnya akan bertambah lewat malam ini. Satu ceramah besar sebagai penerangan dan suntikan semangat kepada peserta diadakan di Taman Melawar malam ini. 

Seorang teman yang rakannya pegawai DBKL memberi tahu anggota penguat kuasa DBKL sdendiri serba salah untuk mematuhi arahan ketua mereka. "AKu serba salah untuk ikut arahan, apa yang membimbangkan aku ayah aku dari Kedah juga sudah turun untuk berhimpun duduk dan bantah. [wm.kl.4:45 pm 27/04/12]

Sesudah Subuh

Posted: 26 Apr 2012 05:41 PM PDT

Sejak Awal Lagi Anwar
Disenarai Sebagai Pemimpin Masa Depan

Malam tadi para tetamu yang hadir di rumah Anwar Ibrahimn untuk bertahlil dan bermunjak setiap malam Jumaat berpeluang mendengar luahan rasa Sasterawan Negara A Samad Said kenapa beliau tiba-tiba menjadi berani turun ke tengah gelanggang dan bergabung dengan para ahli politik untuk membela nusa dan bangsa.

Pak Samad ketika meluah perasaan dan hatinya malam tadi.
Iya.. saya sebelum ini juga tertanya-tanya apakah sebab musabab memungkinkan Pak Samad jadi demikian. Apakah yang tidak kena untuk dia menyusahkan diri ke hulur ke hilir menggendung perjuangan rakyat marhain secara realistik (politik) sehingga disoal kawan dan lawan serta ada yang menghina tindak tanduknya konon merosokkan gelaran berprastaj Sasterawan Negara yang dirangkulnya.

Kesediaanaya untuk menjadi kepala himpunan Bersih : Duduk dan Bantah esok diianggap perjalanannya ke kemuncak keberanian yang dia tidak akan turun-turun ke bawah lagi. Keputusan Pak Samad menerjunkan diri ke dalam gelanggang bersama politician adalah keberanian dan satu pengorbanan besar yang patut dicontohi.

Malam tadi segala-galanya terdedah apa yang menjadi misteri selama ini. Menurutnya timbul kesedaran baru dalam jiwanya bahawa penulis atau sasterawan bukan saja kena merakam, mencatat peristiwa tetapi ikut turun ke gelanggang bergelumang dengan rakyat.

Mencerita bagaimana beliau terbuka hati untuk berjuang, katanya; sebenarnya rakan-rakan penulis juga yang telah pun turun bersama rakyat yang mengajak dan membuka hati saya. Mereka bertanya dan memberi tahu saya bahawa penulis bukan saja setakat merakam dan mencatat tetapi perlu bersama rakyat.

Bertolak dari situlah Pak Samad dari seorang sasterawan yang mencatat di dalam bilik, menjadi sasterawan yang menggembara melihat suka duka rakyat.

Sudah pasti apa yang mendorongnya ialah kerana berleluasanya ketidakadilan dan disusuli sama dengan penyelewengan pihak pemegang kuasa dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab terhadap rakyat. Sebagai seorang berjiwa seni tentunya beliau tidak dapat melihat begitu saja, membiarkan akan kebobrakan itu berlalu di hadapan mata kecuali bangkit membela.

Atas dasar dan menyedari betapa besarnya peranan para penulis dan wartawan, Pak Samad menyeru agar mereka (para penulis) turun ke gelanggang berjuang bersama rakyat dan menjadi agen perubahan.Tekannya tidak cukup setakat merakam peristiwa tetapi perlu bersama bergabung dengan peristiwa. Wartawan atau penulis perlu lebih sensitif.

Sememangnya kita mempunyai ramai wartawan katanya, tetapi mereka bukan berkawan dengan rakyat tetapi berkawan dengan kerajaan.

Dari kesedaran inilah dirasakan Pak Samad mula mengubah haluannya menjadi penulis yang berani dan meninggalkan jauh rakan-rakan lain yang masih hanya merakam penderitaan rakyat, bernostalgia dengan bahasa tetapi tidak berani turun ke tengah masyarakat menjadi pejuang dan agen penggerakan rakyat yang nyata.

Sesuatu yang menarik perhatian saya, (sebenaarnya menakjubkan saya) malam tadi bila mana Pak Samad membongkar rahsia diri dan hidupnya khsnya penglibatannya dalam berperanan memantau bakat-bakat pemimpin negara. Selama ini saya fikir Pak Samad seratus peratus hanya mempedulikan kesusteraan dan tidak sedikit pun terlibat dalam mencambahkan tokoh pimpinan negara menerusi kalamnya.

Menurut ceritanya di awal tahun 70-an beliau sudah diberi tugas agar memerhati dan memberi ruang khusus kepada beberapa pemimpin dalam usaha untuk menjana bakat mereka dan memastikan mereka menjadi pemimpin negara. Katanya ketikan itu semasa berkerja di bawah A Samad Ismail (Allahyarham) beliau diarah untuk menjaga dan memerhati perjalanan jihad Anwar Ibrahim, Sanusi Junid, Hamid Tuah dan Rais Yatim.

"Pak Samad meminta saya memerhati orang-orang ini tanpa dibertahu apakah tujuannya," katanya. Maka tegasnya dia telah memberi ruang cukup baik dalam akhbar Berita Harian menerusi ruangan di bawah kelolaannya ketika itu. Tanpa menyebut kenapa beliau diberi tugas itu dapat dirasakan bahawa mereka adalah antara orang yang telah dipilih oleh Samad Ismail dengan restui atasan lain untuk mengangkat orang-orang ini menjadi pemimpin masa depan.

Dari cerita dan pendedahan Pak Samad itu apa yang boleh disimpulkan bahawa Anwar adalah calon pemimpin awal-awal lagi sudah dipilih dan dikenal pasti akan bakat serta idealismenya. Kerana waktu itu orang berkuasa ialah Allahyaraham Tun Razak dapat difahamkan juga bahawa Tun Razaklah mungkin telah memilih Anwar untuk menjadi pemimpin masa depan atau pun atas tunjukan Samad Ismail sendiri bahawa nama-nama itu berpotensi menjadi pemimpin.

"Saya tidak tahu kenapa ada juga nama-nama seperti Rais Yatim dalam senarai yang diberikan itu saya tidak tahu, kenapa?" ujar Pak Samad mengakui mungkin baginya Rais bukan seorang berbakat dan bersih untuk menjadi pemimpin.

Kenapa Pak Samad memberanikan diri melakukan pengorbanan dan jihad hari ini, kepada saya sebagai merealisasikan amanah yang telah diberikan kepadanya iaitu menjaga atau bersama Anwar agar Anwar menjadi pemimpin negara. [wm.kl.8:24 am 27/04/12]

Susupan Tengahmalam

Posted: 26 Apr 2012 09:21 AM PDT

Dataran Merdeka Ditutup, 
Esok Ada Pengumuman Penting


Seperti mana yang telah dijangkakan kawasan Dataran Merdeka akan ditutup seluruhnya mulai jam 6:00 petang esok, 12 jam lebih awal dari dijangkakan. Saya sudah menjangkakan tindakan itu akan diambil memandangkan ada cadangan untuk berhimpun dan bersolat serta munajak di tempat itu malam esok yang kemudian akan bersambung sampai ke petang Sabtu.

Satu arahan telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah DBKL lewat petang ini memaklumkan dataran itu ditutup mulai esok (27 April) dan akan dibuka semula kepada umum pada 29 April.

Penutupan itu mengesahkan bahawa DBKL berkeras untuk tidak membenarkan lokasi awam yang dibawah bidang kuasanya itu digunakan untuk himpunan Bersih - Duduk dan Bantah.

Sehubungan itu belum ada penjelasan dari pihak Bersih ekoran susulan DBKL itu. Apakah pihak penganjur akan menerima temnpat berhimnpun lain seperti mana yang ditawarkan DBKL dan dijanjikan oleh polis atau tetap akan berkumpul di situ dan sedia menghadapi apa-apa juga risiko.

Pihak Bersih sebelum ini tetap berkeras untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka. Sekiranya tidak ada tolak ansur ini ia bakal menyaksikan pertempuran sengit di antara pihak penguasa DBK yang berkembar dengan polis dengan para peserta himpunan. Sudah pasti kombinasi DBKL dengan polis agak menyukarkan para peserta untuk bergerak.

Besar kemungkinan juga mula malam esok juga jalan-jalan untuk menuju ke pusat bandar ditutup dan pengakutan awam seperti LRT dan komuter ditutup buah sementara waktu.  Begitu juga jalan-jalan utama menuju ke Kuala Lumpur ditutup dan kenderaan diragui membawa peserta Bersih akan diperiksa dan dihalau pulang.

Sekiranya ini berlaku maka jelaslah kata-kata mans Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin tidak boleh dipercayai langsung. Kata-kata dan janji itu untuk memberi kebenaran dan berhelah di sebalik keselamatan hanya helah dan lelocon sahaja. Tindakan sedemikian tidak menguntungkan kerajaan sebaliknya menjadikan orang ramai marah dan makin tidak mempercayai kerajaan.

Masih belum dapat digambarkan apakah yang akan berlaku pada tengah hari lusa (28 April) apabila para peserta akan mula menyusuk masuk ke pusat bandar. Apakah mereka akan dikepong, dan ditangkap kemudian ditempatkan di satu kawasan seperti mana Bersih 2.0.  Sehingga ini tidak ada maklumat yang pihak polis dan DBKL menyediakan mana-mana kawasan untuk dijadikan kem tahanan Bersih.

Sementara dalam siasatan dengan bantuan pihak tertentu tidak dapat diketahui apakah plan atau strategi polis untuk menghalang Bersih kali ini. Sehingga ke saat ini belum ada apa-apa persiapan dari pihak polis seperti sebelum ini. Tetapi saya yakin mulai esok, sebaik langit cerah segala tektik dan juga strategi akan dibongkar dan semua orang akan tahu mengenai nasib Bersih kali ini.

Demi menjaga wibawanya pihak UBN akan akan menggunakan apa saja kekuatan untuk mengagalkan himpunan Bersih yang bajal menjadi penyuntik semangat kepada Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya.

Dalam hal ini juga tidak diketahui apakah tektik dan muslihat pengajur kali ini. Strategi pihak pengajur juga tudak boleh dipandang rengan kerana mereka juga bergerak dengan penuh tektikal dan sistemetik.

Malam esok pasti media massa penjilat buntut akan riuh randah menyiarkan berbagai pengumuman kemungkinan juga pengumuman oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong agar himpunan Bersih dibatalkan? [wm.kl.12:11 t/malam 27/04/12]

Tiada ulasan: