Khamis, 19 April 2012

.

.


Firasat Terbuka

Posted: 18 Apr 2012 10:40 PM PDT

Dua Indiktor Untuk Pembubaran Palimen

Saya masih belum membuat ramalan berhubung bila parlimen bakal dibubarkan dan bila pula tarikh pilihan raya umum ke-13 akan dilaksanakan.

Sebelum ini sudah ada berbagai-bagai pihak membuat ramalan mengenai pilihan raya. Tarikh atau ketika popular ialah Mac. Ternyata Mac sudah pun berlalu pergi. Kini tarikh baru diberikan iaitu pada Jun. Apakah alasan Jun ini?

Menurut Tengku Razaleigh Hamzah dalam satu percakapan dengan saya, beliau yakin parlimen akan dibubarkan tidak selepas Jun. Alasan Tengku Razaleigh waktu terbaik ialah pada sebelum Jun sebab kalau selepas Jun Umno bermasalah. Masalah besar Umno menurutnya kerana Umno sudah ketiadaan wang.

Memang Umno sudah membahagi-bahagikan wang kepada rakyat dalam bentuk-bentuk yang disihirkan untuk tidak dilihat ianya rasuah politik. Tetapi semua pemberian itu termasuk BR1M bukan ikhlas melainkan ia rasuah politik. Kalau pun yang masih belum dibahagikan tetapi sudah dijanji ialah kepada peneroka Felda diramalkan setiap peneroka bakal menerima RM1,000 seorang.

Penjawat awam juga sudah mulai menerima habuan masing-masing. Bonos yang dijanjikan sudah dimaksukkan ke dalam akauan. Ada yang menerima di antara RM500 hingga RM1,000.

Berdasarkan itu Tengku Razalegih mengira Umno sudah kekeringan wang? Soalnya apakah semudah itu Umno akan kehilangan sumber? Untuk mendapat kuasa kemudian dengan kuasa boleh mendapatkan wang membayar balik perbelanjaan pilihan raya atau untuk berbelanja apa-apa saja termasuk membayar artis jutaan ringgit, banyak pelabor yang ingin menanam budi. Umno sebagai parti yang sudah ada banyak konteks kewangan mudah mendapat wang. Pelabor, korporat syarikat GLC dan sebagainya akan melempat duit kepada UBN.

Wang kali ini adalah kekuatan utama Umno. Kalau sebelum ini wang dikombinasi dengan wibawa Umno, tetapi bukan kali ini. Umno sudah tidak ada wibawa kini. Justeru parti itu akan menggunakan wang sebanyak mungkin. Kalau dalam pilihan raya lalu melibatkan perbelajaan ratusan billion kali ini mungkin ribuan billion. Selain wang Umno juga akan menggunakan kekerasan hatta nyawa demi kemenangan. Dalam keadaan terdesak dan perjuangan ini di antara hidup dan mati Umno akan membayar dengan darah.

Itu sebab Umno meletakkan syarat dan matlamatnya untuk bangsa. Najib pernah bersumpah akan mempertahankan Putrajaya hingga ke akhir hayat. Semua kata-kata dan slogan perjuangan itu menunjukkan Umno akan menjadi gila lebih gila dari gila-gila sebelum ini. Penggunaan kekerasan ini sudah pun bermula, beberapa siri menganggu majlis Pakatan Rakyat adalah buktinya. Dari sekecil perkara hingga sampai sebesar perkara dilakukan Umno. Sebelum ini mana ada idea Umno untuk mengibarkan bendera BN di setesen komuter tetapi kali ini dilakukan. Ini menunjukkan keterdesakan parti itu.

Mengenai keganasan yang berlaku di seluruh negara, kecuali Sabah dan Sarawak, ada orang cuba menafikan itu bukan atas arahan Umno. Saya hendak tanya secara logik kalau bukan Umno masakan para samseng bertindak sendiri, jauh sekali arahan beruk dan lotong.

Persoalan sekarang bila Parlimen akan dibubarkan dan bilakah tarikh PRU 13. Ada dua indikator yang saya lihat akan digunakan untuk membubar Parlimen. Indikator ini akan diguna pakai oleh Najib sebab beliau berkuasa dalam soal menentukan parlimen dibubarkan dan bila tarikh pilihan raya umum akan diadakan.

Pertama, ialah himpunan Bersih, Duduk dan Bantah yang akan diadakan pada 28 April ini. Peristiwa ini akan dijadikan penanda aras sejauh mana sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat. Umno beriya dan bersungguh benar mengagalkan himpunan ini. Sekiranya himpunan ini gagal mengundang lebih 100,000 demostran ia menggembirakan Umno.

Kerana itu Umno cuba tidak memberi publisiti kepada himpunan kali ini agar ia tidak diberikan saqmbutan ghairah. Provokasi seperti himpunan Bersih 2.0 sebelum ini tidak dilakukan. Hari ini mana adalah istilah himpunan Bersih sebagai haram. Mana ada lagi report polis oleh Ngo atau perrtubuhan-pertubuhan sengket. Begitu juga dengan polis tidak diam membisu dan tidak ada sepatah arang pun komen kepada himpunan Bersih.

Ada dua sebab kenapa ini wujud. Pertama kerana UBN (kerajaan) ingin menguji akta himpuan aman yang dilulus baru-baru ini apakah ia berkesan atau tidak. Umno tidak mengancau dan membuat provoikasi agar ia berlangsung dalam keadaan aman. Dengan itu ia akan mengesahkan bahawa akta itu berjaya.

Kedua, kerana pengalaman dialami pada Bersih 2.0 cukup memberi pengajaran. Disebabkan tindakan polis kelihatan nampak tegas dan menguar-uarkan kepada umum himpunan itu haram menyebabkan ia memberi suasana lain. Rakyat bingkas tidak mempedulikan amaran polis. Provokasi polis menyebabkan Bersih 2.0 berjaya.

Tindakan dan tektik polis itu sebagai reverse saikologi. Ia nampak berjaya hari ini bila mana mana mood rakyat kepada Bersih 3.0 kali ini nampak tidak begitu bersungguh. Sehingga ke hari ini suasana Bersih masih belum wujud di mana-mana. Wap Bersih belum memandikan tubuh rakyat. Kelanggoran polis kali ini nampak jelas sekali bila mana t shirt Bersih berwarna kuning boleh dijual di mana-mana tidak seperti dulu peniaga pun dikejar sampai ke dalam reban ayam.

Sekiranya Bersih 3.0 ini hangat dan lebih 100,000 apa lagi mencecah 500,000 seperti mana diharapkan kemungkinan pilihan raya ke 13 akan dilambatkan. Apa lagi kalau perayaan Umno pada 1 hingga 13 Mei lesu dan tidak bermaya kemungkinan ia akan dibawa hingga ke tahun depan.

Indikator kedua yang akan diguna pakai Umno ialah majlis sambutan Umno pada 11 Mei yang akan bermula pada 1 Mei. Umno akan mengadakan bermacam-macam majlis dan prgoram untuk menarik sokongan rakyat. Kemuncak sambutan ini ialah di stadium Bukit Jalil. Umno mensasarkan suku ahlinya (1 juta) hadir pada majlis berkenaan.

Sekiranya angka itu dapat dicapai dan angka di Bersih kurang 100,000 kemungkinan besar parlimen akan dibubarkan pada pertengah Mei dan pilihan raya akan diadakan pada Jun. Tarikh yang disebutkan pembubaran parlimen ialah antara 16 hingga 23 Mei manakala hari mengundi ialah pada 9 atau 18 Jun.

Sama-sama kita tunggu kepada kedua-dua majlis dan himpunan berkenaan. Kedua himpunan itu adalah perang saraf terakhir bagi kedua-dua pihak Pakatan Rakyat dan UBN. [wm.kl.4:51 19/04/12]

Ulasan Peristiwa

Posted: 18 Apr 2012 07:50 PM PDT

Tindakan Samseng Merugikan Umno

Daku kurang bersetuju dengan tindakan mahasiswa yang memprotes PTPTN kemudian berkhemah di Dataran Merdeka yang bersikap kurang sopan tempoh hari dengan mengarakkan gambar perdana menteri dan menteri pengajian tinggi. Bagi saya tindakan itu tidak bersopan langsung dan diluar darjat perilaku mahasiswa.

Alasan saya protes atau perkhemahan itu tetap juga mendapat perhatian umum kalau pun tanpa mengarak gambar Najib dan Khalid Nordin seperti gambar cina mampos di mana perbuatan itu agak mengilankan bagi orang Melayu. Sesiapa pun tidak boleh melarang tindakan mahasiswa itu kerana ia adalah satu saluran membela diri mereka sendiri.

Sewajarnya mereka bukan saja bersikap begitu atau berkhemah, tetapi mereka menyenaraikan beberapa masalah atau beban yang terpikul dari PTPTN biar masayarakat di luar yang jahil mengenainya akan tahu. Selain itu mereka juga mengemukakan jalan keluar bagi mengatasinya. Kerana itulah sebaik-baik penyelesaian. Isu PTPTN adalah isu rakyat yang bukan saja menjadi milik Pakatan Rakyat tetapi ia juga menjadi milik UBN.

Justeru cadangan untuk diadakan perdebatan di antara Pengarah Strategi PKR Rafizi dengan Ketua Pemuda Umno yang tidak ada kuasa, Khairy Jamaluddin dialu-alukan. Dari perdenbatan ilmiah itulah rakyat umum akan dapat melihat dan menilai sejauh mana relevansinya PTPTN diteruskan ataupun dihapuskan (hutang) dan diganti dengan skim baru bagi meringankan bebanan pelajar.

Pun begitu kandati saya kurang setuju dengan setengah tindakan mahasiswa itu, saya amat tidak setuju dengan tindakan sepuak samseng yang menyerang perkhemahan mahasiswa itu awal pagi tadi. Tindakan itu bukan saja jahat dan keji tetapi perbuatan manusia yang tidak bertamadun dan meletakkan otak di tumit kaki. Tidak kira siapa mereka dan atas arahan dan restu siapa mereka adalah banjingan yang perlu dikutuk.

Tindakan-tindakan tidak berhati perut dan meletakkan otak di kepala lutut itu sepatutnya tidak berlaku lagi. Cara serang hendap itu juga menunjukkan mereka tidak bertanggung jawab dan bacul. Kenapa kalau mereka merasa benar, dan tindakan pelajar itu salah mereka tidak mendatangi pelajar itu secara siang hari? Kenapa harus mendatangi di waktu malam? Hanya orang yang pengecut sahaja melakukan tikaman dari belakang dan mereka yang tidak ada otak saja menggunakan kekerasan fizikal.

Kepada saya tindakan itu tidak memberi untung kepada siapa juga yang menyuruhnya. Setakat ini tidak ada mana-mana pihak bertanggungjawab dengan kejadian itu. Samseng dan orang jahat di Malaysia ini masih jauh nilainya kalau dibandingkan dengan pengganas di luar negara seperti al Qaeda atau puak Tamil Elan di Seri Lanka di mana mereka akan mengaku kalau mereka berbuat sesuatu.

Namun begitu, implikasi atas perbuatan jahat itu kini akan terkena ke atas batang hidung Umno. Umno akan dilihat sebagai bertanggungjawab dan menjadi dalang di sebalik kejadian itu. Kenapa saya berandaian begitu, kerana beberapa kejadian serangan dan keganasan ala mafia bilis yang berlaku sebelum ini ada kaitan terus dengan Umno. Kejahatan dalam Umno juga penerusan daripada kejadian dan samseng lama sebelum ini yang pernah berlaku di Kelantan sekitar tahun 1959.

Misalnya yang menyerang masyakat India di Jalan Kebun, ianya diketuai oleh pemuda Umno. Serangan terhadap Anwar di Sembrong Johor ia dipayungi oleh pemuda Umno. Kibaran bendera Umno di tempat kejadian mengesahkan hakikat itu.

Begitu juga dengan kejadian cuba menampar Nurul Izzah di Pahang ia juga diketuai sendiri oleh seorang Adun Umno. Bukti-bukti itu jelas menunjukkan serangan dan kejahatan dilakukan ke atas program Pakatan Rakyat datangnya dari Umno, atau Umno yang melakukan sendiri dengan mengguna atau berselindung di sebalik gerakan dan pertubuhan tertentu.

Dalam hal ini saya rasa ia tidak menguntungkan Umno. Umno mendapat damage yang teruk. Umno harus segera membendung kejadian ini untuk mengelakkan parti itu dilihat terdesak dan sudah kehilangan punca. Umno sebagai tunggak kerajaan UBN boleh meminta polis agar bertindak tegas atau membendung kejadian seumpama itu yang langsung tidak memberi markah buatnya.

Saya merasakan polis juga bersubahat dan mengikut arahan Umno dalam beberapa siri-siri kejahatan ini. Kerana di sesetengah tempat kejadian polis seakan tidak bertindak dan membiarkan sahaja. Polis hanya bersikap tunggu dan lihat dan akan bertindak disaat-saat akhir apabila api sudah nyala dan membakar. Di manakah tugas dan tanggungjawab polis sebagai pencegahan kecelakaan dan mengawal keadaan?

Misalnya, perkhemahan pelajar itu tidak akan sempat diganggu kalau polis memberi kawalan kesemlataan dan memantau keadaan. Mustahil polis tidak dapat membuat ramalan yang perhimpunan itu akan diganggu. Menjadi tugas polis tidak kira siapa yang berhimpun mereka perlu memastikan kawalan dan menjamin keselamatan. Hal-hal atau kurang peka polis inilah menyebabkan kewujudan pasukan itu menjadi pertikaian kini.

Tetapi kalau polis juga sudah berpihak kepada mana-mana pihak maka fungsi mereka sebagai pasukan keselamatan sudah tidak ada lagi. Dan sekiranya polis tidak dapat meramalkan sesuatu akan berlaku setelah pelajar itu berhimpun beberapa hari dan gagal disuraikan oleh DBKL, maka adalah bodoh sangat polis dibahagian cawangan khas dan risikan.

Justeru saya percaya polis tahu dan memantau keadaan itu dengan meletakkan anggotanya sesuai dengan jumlah himpunan itu tidak sampai 100 orang pada malam saya mengujungi tempat itu. Malahan dua tiga orang muka ala-ala SB ikut sama berkeliran dalam kumpulan orang ramai yang mengujungi tempat itu menyamar menjadi jurugambar dan reporter.

Jadi adalah mustahil kalau polis tidak mengetahui dan membaca langkah para samseng itu. Kalaulah benar polis tidak mengetahui maka cetek sangatlah ilmu intelegent polis Malaysia. Negara menghabiskan wang berjuta-juta ringgit menghaantar polis ke luar negara untuk berkurus dalam bidang bereknaan ada sia-sia saja kalau polis gagal memanfaatkannya.

Sekali lagi saya tegaskan Umno khasnya Menteri Dalam Negeri yang mengawal polis harus memita polis menjalankan tugas dengan baik dan sepatutnya. Jangan sesekali menggunakan polis untuk kepentingan Umno kerana polis adalah hak rakyat, polis adalah Polis DiRaja bukan Polis Di Umno.

Bagi Umno pula setiap kali kejadian seumpama itu berlaku orang akan mengatakan Umno sudah desprate dan hilang kekuatan dan wibawannya. Umno semakin tidak mendapat kepercayaan golongan intlektual dan masyarakat umum lantaran itu polis menggunakan samseng liar dan cuba kontrol (peralatkan) polis agar memberi jalan untuk melakukan pengkhianatan seperti apa yang berlaklu ke atas perkhemahan pelajar itu. [wm.kl.11:09 am 19/04/12]

Tiada ulasan: