Selasa, 10 April 2012

.

.


Merentang Senja

Posted: 09 Apr 2012 08:34 PM PDT

Misi Najib Bujuk Tengku Razaleigh

Khabarnya
Ha Najib Razak akan turun ke Gua Musang awal bulan depan. Pemergian beliau ke Gua Musang adalah dalam rangka mengejapkan kedudukan parti bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Berapa pula peruntukan yang akan diumumkan di Gua Musang nanti? Tunggu sajalah.

Sudah pasti Umno Kelantan akan melipat gandakan usaha untuk memastikan orang ramai hadir beramai-ramai. Punggah memunggah akan dilakukan. Sejumlah wang diperuntukan untuk tujuan itu. Pada tarikh itu orang Gua Musang akan kekenyanganlah. Jangan lepas peluang ada sapu... wang yang diberikan Najib adalah juga wang kita - rakyat.

Kunjungan itu mempunyai signifiken tersendiri. Bagi hemat saya Najib tidak akan begitu gembira kalau ianya dihadiri 10,000 termasuk 4,000 Orang Asli yang diangkut dengan lori atau bas. Tetapi Najib akan merasa teralat kalau sempena kunjungan itu Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak berada dalam kawasan.

Ketiadaan Tengku Razaleigh semasa kunjungan Najib akan ditafsir dengan berbagai tafsiran oleh musuh politiknya.

Apa pun sebelum pergi ke Gua Musang, beramah mesra dengan orang kampung ataupun belajar main sumpit, Umno dan Najib kena pastikan Tengku Razaleigh ada sama. Kalau ribuan yang hadir tetapi tanpa Tengku Razaleigh tidak membawa apa-apa erti. Batang tubuh Tengku Razaleigh tidak sama dengan 10,000 jemputan lain.

Ha Najib kini sedang pening kepala dengan Tengku Razaleigh Hamzah. Satu sisi Najib mengharap Tengku Razaleigh terus bertanding atas tikit Dacing, manakala satu sisi lain dia merasa tidak perlukan Tengku RAzaleigh lagi. Keadaan Najib dalam berdepan dengan Tengku Razalkeigh macam ciciak tersempit di pintu. Tidak gelepar sakit, kalau gelepar putus ekor.

Tengku Razaleigh kini menjadi satu ancaman kepadanya. Itulah yang terdampar di minda Najib. Apa digerumi Najib ialah bimbang Tengku Razaleigh akan mencabar kedudukannya sebagai presiden kelak. Bayang ini sudah diberikan ramai pemerhati politik termasuk bekas pemimpin Umno sendiri. Najib perlu mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya nanti.

Kalau kemenangan hanya setakat cukup makan sudah pasti Najib akan ditentang. Saya meramalkan sebelum ini Najib adalah perdana paling pendek berbanding dengan PM sebelum ini. Nasib Najib lebih malang daripada Abdullah Badawi.

Apa tidak membimbangkan Najib. Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) yang dipimpin Tengku Razaleigh kini semakin mendapat perhatian. Cara NGO itu bergerak semacam sedang membuat persiapan untuk ikut serta dalam pilihan raya. Kebetulan pula sambutan orang ramai kepada Amanah menggalakan.

Rakyat hari ini khasnya di kalangan anak-anak muda sudah mulai mengenali siapa Tengku Razaleigh Hamzah. Track record kepimpinan Tengku Razaleigh selama ini mereka sudah mengetahuinya. Maklumat-maklumat mengenai kecemerlangan Tengku Razaleigh semasa berada dalam kabinet sudah mulai dibaca. Mereka juga menyedari bahawa keperibadian Tengku berbanding dengan kepimpinan lain.

Begitu juga sebahagian mereka yang dulu membenci dan menentang Tengku hari ini sudah mulai sedar. Bahawa mereka bertahun-tahun bergelumang dalam najis yang dibikin Mahathir untuk memburukkan Tengku. Hari ini Tengku boleh rileks sambil mengekalkan rekodnya sebagai pemimpin yang berprinsip, bersih dan tidak mempunyai dosa besar terhadap rakyat.

Hakikat sambutan terhadap Amanah ini dapat dilihat semasa majlis ramah mesra Amanah Selangor di perkarangan rumah Mazlan Harun Sabtu lepas. Hampir seribu rakyat berbagai kaum hadir untuk beramah mesra dengan Tengku dan mendengar seidkit pesanan dan amanah. Kehadirian yang dianggap luar biasa memberi petunjuk bahawa rakyat yang bosan dengan parti politik kini mula beralih angin kepada Ngo.

Berbalik kepada kunjungan Najib ke Gua Musang nanti ia menjadi tanda tanya. Apakah kunjungan akan berhasil mencapai misinya untuk membujuk atau memperbetulkan semuala kompas Tengku Razaleigh dalam Umno atau sebaliknya. Bagi Najib dan Umno melihat Tengku kini sudah agak lari dari perjuangan Umno bila mana Tengku bercakap senada dengan pembangkang dalam isu-isu berhubung kepentingan rakyat dan juga keperluan rakyat Kelantan seperti royalti minyak.

Sekurang-kurangnya itu yang mereka (Umno) rasai tetapi sebenarnya tidak salah bagi Tengku. Beliau bercakap bagi pihak rakyat dan tugas sebagai pemimpin. Mengenai isu mendapatkan royalti minyak yang dinafikan oleh Mahathir diteruskan Abdullah kemudian dilanjutkan Najib, Tengku Razaleigh tidak boleh berkompromi kerana itu adalah hak rakyat Kelantan yang mutlak. Beliau tidak akan munafik dalam menyatakan kebenaran.

Sikap tegas Tengku Razaleigh inilah menyebabkan Najib pening kepala. Najib pula tidak ada kekuatan untuk menegur dan menghalang Tengku. Najib sedar dan insaf bahawa orang yang mengasuhnya dalam politik di peringkat Tadika adalah Tengku Razaleigh. Tengku baginya adalah bapak guru dalam politik.

Justeru apabila Tengku Razaleigh bercakap lain nada dengannya Najib tidak dapat berbuat apa. Misi kedatangan Najib ialah untuk memujuk Tengku atau mendapat kepastian apakah Tengku akan bersama Umno atau sebaliknya. Kebimbangan Najib itu timbul kerana situasi tadi walaupun dia tidak patut ragu kerana Tengku menyatakan berkali-kali dia masih setia dengan perjuangan Umno. Untuk dia berundur begitu sahaja tidak mungkin.

Namun bagi Najib pula Tengku Razaleigh atas sifat seorang politikus tidak boleh dipercayai, kerana falsafat dalam politik tidak ada kawan yang kekal dan tidak ada musuh yang abadi. Hari ini menjadi kawan esok menjadi lawan dan sebaliknya.

Suka saya mengatakan di sini kehadirian Najib ke Gua Musang adalah kedatangan berdatang sembah untuk memaklumkan bahawa Umno terus menawarkan kerusi Gua Musang kepada Tengku. Soalnya apakah Tengku akan menerimanya? [wm.kl.6:03 09/04/12]

Huraian Isu

Posted: 09 Apr 2012 07:08 AM PDT

Penghapusan PTPTN Ancaman Baru Buat UBN

Janji Pakatan Rakyat untuk menghapuskan hutang PTPTN sekiranya gabungan itu menang telah memeningkan kepada UBN. Janji itu menarik perhatian anak-anak muda khasnya mereka yang berhutang dengan Tabung Pendidikan Tinggi. Janji itu memberi jalan dan harapan baru kepada mereka khasnya yang masih belum bekerja tetapi diburui surat lawyer yang akan mengheret mereka ke mahkamah.

Betapa sebelum ini wang itu telah mengekang kehidupan mereka. Hutang itu menjadi musuh yang mengejar mereka sepanjang hari. Ibu bapa yang tidak arif dengan undang-undang pula akan menggeletar apabila mendengar anaknya akan diheret ke mahkamah kerana hutang itu.

Ada yang tidak boleh ke luar negara kerana ditahan dan passport tidak dikeluarkan gara-gara hutang belajar itu. Yang 'bagero'nya hutang bukan ratusan juta, cuma RM43 pun disekat untuk ke luar negara. Ironisnya yang hutang berbillion bebas berfoya-foya dan makan angin di luar negara.

Ha Najib Razak dan Udin anak Yassin nampaknya terkial-kial untuk menjawab dan melepas isu ini. Kata Udin anak Yssin mereka yang hendak hapuskan hutang tabung itu tidak bertanggungjawab. Dalam bahasa 'slangka'nya, hendak menjahamkan negara. Anihnya yang bagi wang RM250 juta dan beli lembu tidak dikategorikan jahat murakab.

Kata Najib pula hutang PTPTN sebanyak RM43 billion. Sedangkan angka sebenarnya ialah sekitar RM28 billion sahaja. Mengapa Najib besarkan kerak nasi? Macam mana Najib boleh jadi PM kalau matemetik pun tidak lulus. PM seperti ini sikat dan kira bulu betis bini bolehlah.

Selagi rakyat mendengar hitungan (metametik) seperti ini, maka selama itulah rakyat akan jadi pendek akal dan kecil lubang hidung serta menjadi sesak nafas dengan tiba-tiba.

Kenapa sampai begitu sekali perdana menteri dan timbalan resah dan gelisah mengenai isu berkenaan. Semua pemimpin UBN juga berkokok kononnya negara akan bankrup jika cadangan Pakatan Rakyat itu dilaksanakan. Mereka yang mencanangkan demikian tenryata yang otak pendek tidak tahu untuk mengatasinya. Atau mereka sengaja canang begitu untuk gelapkan pemikiran rakyat.

Ada juga yang dulu beriya agar wang PTPTN ditukar status kepada biasiaswa kini beriya pula agar wang itu dipunggut balik. Orang seperti ini gila kerana dia boleh berjalan undur ke belakang dan mengiring ke kiri dan kanan. Hasilnya semua kata-kata dan ucapannya tidak boleh dipercayai.

Sama ada bankrup atau tidak cubalah beri peluang kepada PR memimpin sekali. Apakah negara bankrup atau pun tidak. Kalau tidak cuba tidak tahu. Anwar Ibrahim kata negara tidak akan jadi bankrup dengan wang itu malahan wang itu akan dapat terus diberikan kalau ada penjimatan kerajaan. Kenapa wang itu mahu dipunggut balik dan tidak boleh dihapuskan kerana banyak berlaku ketirisan dan ketembusan tabung wang negara.

Apa yang berlaku sekarang ini kerana berlaku ketirisan menyebabkan perbelanjaan untuk pembangunan, pendidikan dan sebagainya tidak mencukupi. Apa yang berlaku dalam projek lembu gemuk (NFC) menunjukkan berlakunya ketirisan itu.

Apa tidak bertanggungjawsabnya duhai Udin anak Yassin. Pemimpin Pakatan Rakyat berani untuk menghapuskannya tentulah mereka ada jalan dan kaedah untuk mengatasinya. Ada perkiraan bagaimana hendak gantikan wang itu untuk pembangunan negara. Inilah dikatakan kemampuan dan wibawa pemimpin.

Udin anak Yassin dan Najib tidak sewajarnya merasakan mereka saja yang merasakan mereka yang bijak. Usahlah tiru perangai dan stail cakap Mat Maslan itu. Jenis pemimpin mendabik dada begitu jenis hidung tinggi tetapi jambul berselerak.

Kita tidak tahu sejauh mana kemampuan dan kebolehan seseorang. Baik Najib atau Udin anak Yassin mereka tidak wajar mempertikaikan cadangan PR itu tetapi sebaliknya berusaha untuk mengatasi. Jangan malu untuk menciplat formula orang lain demi untuk kebaikan rakyat. Tirulah kalau demi rakyat tidak mengapa.

Yang ternyata UBN panik dalam isu wang PTPTN ini. Mereka sudah tidak tahu bagaimana formula untuk mengatasinya lantaran itu mereka mudah menghukum negara akan bankrup kalau wang PTPTN itu dilupuskan. Kalau kita bodoh janganlah pula cuba memperbodohkan orang lain. Itu namanya dua kali bodoh. Takkan keldai pun kita nak jadi, himar pun kita nak jadi juga. [wm.kl.10:26 pm 09/04/12]

Susupan Malam

Posted: 09 Apr 2012 06:08 AM PDT

Ramai Yang Menanti Untuk Dengar Tangisan Awang Adek

Posting dibawah tajuk Awang Adek Akan Menangis Tak Berlaku mendapat perhatian ramai. Ke mana saya pergi akan ada yang bertanya apakah maksud posting itu. Tidak cukup dengan mengirim pertanyaan menerusi PM, dan sms ada yang memberanikan diri menelefon saya secara langsung.

Di sini saya tidak mahu buka lagi cerita yang menyebabkan Awang Adek akan menangis tidak berlaku ini. Biarlah Awang Adek mengumpulkan air mata sebanyak mungkin. Cerita ini pasti menyebabkan Timbalan Pengerusi Umno Kelantan itu akan menangis tidak berlagu.

Dia ingat apa yang diselindungnya akan tidak diketahui orang. Hari ini mungkin ia, tetapi esok lusa akan terhidu dan diketahui juga. Benda yang diselindungi kini bersifat benda yang seperti buah bacang akau buah kuini bila ia sudah masak. Bila masak ia akan mengeluarkan aroma menyengitkan hidung.

Untuk sementara Awang Adek boleh merasa lega kerana kouta senatornya untuk tiga tahun lagi sudah disambung semula. Bernasib baiklah Awang Adek. Dan kepada mereka yang bertanya mengenai sebab musabab kenapa Awang Adek akan menangis tidak berlagu, tunggulah.

Atau kalau tidak boleh sabar tanya setiausahanya bernama Nik Yahya Nik Hasan. Kalau nasib baik Nik Yahya akan bercerita. [wm.kl.9:12 pm 09/04/12]

Tiada ulasan: