Ahad, 29 April 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Peguam dakwa diserang polis

Posted: 29 Apr 2012 12:55 AM PDT

Seorang peguam yang bertindak sebagai pemerhati dalam perhimpunan BERSIH 3.0 semalam mendakwa diserang anggota polis yang bertindak memukul dirinya walaupun selepas ditahan.

Mohd Haijan Omar berkata beliau dalam perjalanan ke Reggae Mansion Hostel di Jalan Tun HS Lee ketika beliau melihat beberapa orang polis sedang mengejar peserta perhimpunan dalam kejadian pada sekitar jam 7 petang.

Ketika kejadian itu, Mohd Haijan berkata beliau ditegur oleh seorang anggota polis berkenaan dan kemudiannya meminta anggota berkenaan mengulangi perkara tersebut.


Beliau kemudiannya terkejut apabila anggota polis itu bertindak mengejar dirnya.

Mohd Haijan berkata beliau memakai baju berwarna kuning dan selapis baju berwarna putih ketika perhimpunan itu berlangsung.

Bagaimanapun, beliau membuka helaian baju putih kerana beliau telahpun dalam perjalanan pulang ke rumah dan perkara itu mungkin menyebabkan beliau dipukul polis, katanya.

Peguam yang bertindak untuk Lawyers for Liberty itu menambah, dua anggota polis tersebut terus memukulnya walau selepas menyatakan bahawa beliau seorang peguam.

Kemudian, tiga orang anggota polis lagi tiba dan memukul dirinya walau selepas beliau ditahan, katanya.

Mohd Haijan berkata beliau turut dipukul dua lagi anggota polis ketika dibawa ke Dataran Merdeka selepas itu.

Katanya beliau telah bertanya sebab penahanan beliau namun tidak mendapat jawapan.

Katanya lagi, beliau kini mengalami luka di bahagian bahawa mata kirinya, bengkak di rahang dan juga lebam di bagian lain badannya.

http://malaysiakini.com/news/196410


Peserta Demo Mengganas - Siapakah Mereka Ini??

Posted: 28 Apr 2012 09:03 PM PDT

Kenapa Mereka Tidak Memakai Baju BERSIH? Kenapa Mereka Nampak Teruja Sangat Memecahkan Sekatan Polis? Siapa Kenal Mereka2 Ini??


KUALA LUMPUR 28 April - Seperti mana dijangka, perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara hari ini berakhir dengan keganasan.

Ia berikutan tindakan peserta perhimpunan itu yang bertindak ganas dan biadab bukan sahaja dengan merempuh sekatan polis malahan turut menyerang serta memukul sehingga menyebabkan 11 anggota pasukan keselamatan cedera.

Tidak cukup dengan itu, peserta-peserta demonstrasi juga bertindak liar apabila mereka menyerang dan menterbalikkan sebuah kereta polis yang terbabas.

Mereka juga turut memusnahkan kawat besi dan penghalang yang dipasang di laluan masuk ke Dataran Merdeka, penyokong Bersih sanggup melakukan apa sahaja keganasan termasuk mencederakan petugas media sehingga parah.

Utusek Malaysia


TAHNIAH GENERASI 428!

Posted: 28 Apr 2012 08:42 PM PDT

Bagi pihak pimpinan PAS, saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh ahli dan penyokong yang telah berjaya mengikut arahan pimpinan sehingga Bersih 3.0 berjaya diadakan dengan jayanya.

Ahli-ahli PAS telah menunjukkan komitmen bersungguh, sehingga jumlah yang ramai berjaya hadir dan bertugas dengan baik khususnya anggota Unit Amal. Begitu juga rakyat yang datang daripada pelbagai latar belakang politik dan tidak berparti juga turut menjayakan.


Saya sempat berjalan bersama rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat dari Masjid Negara hingga ke tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya bersyukur kepada Allah SWT dan moga semua yang menjayakan diberi ganjaran oleh Allah. Dalam masa yang sama saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada rakan Pakatan Rakyat yang ikut serta dan NGO-NGO yang memulakan himpunan sehingga tercapai kejayaan lebih besar daripada Bersih 2.0.

Kepada pihak kerajaan, saya mengingatkan supaya segera melakukan perubahan dalam demokrasi di negara kita. Segera bersihkan daftar pemilih, bebaskan media dan lain-lain amalan demokrasi. Jangan tulikan telinga dengan protes besar rakyat kelmarin.

Jika sekiranya tuntutan rakyat kekal tidak didengari, kita sedia menganjurkan perhimpunan lebih besar dengan jumlah berganda daripada Bersih 3.0 sehingga protes kita terhadap kekotoran pilihanraya diterima. Kita mahukan perubahan kerajaan dalam keadaan aman dan matang sebagaimana amalan negara-negara maju yang telah matang amalan demokrasinya.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Oleh: Nik Abdul Aziz Nik Mat


BERSIH 3.0 - Lagi Peserta Dibelasah Polis

Posted: 28 Apr 2012 05:26 PM PDT


BERS✔H 3.0: HOT...!!! VIDEO KEKEJAMAN POLIS YANG MELAMPAU

Posted: 28 Apr 2012 04:54 PM PDT


KEJADIAN KERETA POLIS REMPUH ORANG AWAM -OLEH SAKSI

Posted: 28 Apr 2012 06:44 AM PDT




Aktivis Terengganu

Ambe petang jadi saksi kejadian polis rempuh pendemo. YA! Memang ade provokasi tapi setelah check-check, rupanya yang start lempar botol air mineral kat kereta polis tu adalah Sahabat Bodoh (SB)...!

Maner tak mengamuk polis tu sampaikan sanggup rempuh dengan laju orang awam di hadapan SOGO. Berita yang menyatakan ada meninggal tidak benar sama sekali, tiga yang dilanggar parah, seorang wanita cina terperosok bawah kereta polis, sebab tu orang ramai terbalikkan kereta polis, sebab nak selamatkan wanita tu. Polis pun tak dak yang meninggal, walaupun dibelasah dengan agak teruk orang ramai yang tidak puas hati mereka langgar pendemo.

Persoalannya sekarang kenapa polis tu sanggup rempuh orang ramai dengan laju, sampai retak dinding tangga SOGO tu. Suasana pilu, tangisan kedengaran melihat insiden itu. Ya, memang ada yang mulakan provokasi, dah kejar orang tu tapi tak sempat sebab dia naik motor lari.

Ambe sempat tengok 10 anggota polis tangkap seorang pendemo dan belasah dia kat tepi SOGO tak lama selepas rempuhan kereta tu. Allah... Malaysiaku....... Ya Rahman ya Rahim, dengarlah rintihan hamba-hambaMU ini.

SUMBER : http://www.facebook.com/photo.php?bid=370450143007314&set=a.146537958731868.38057.100001269934038&type=1&theater

Dipetik dari - http://pkrl.blogspot.com/2012/04/kejadian-kereta-polis-rempuh-orang-awam.html


Saya Mengaku Gagal Kawal Penyokong BERSIH 3.0 - Ambiga

Posted: 28 Apr 2012 06:20 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Apr - Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga mengakui gagal mengawal emosi peserta demonstrasi Bersih 3.0 hingga memaksa polis mengambil tindakan menembak meriam air dan gas pemedih mata.

Sambil melahirkan rasa kecewa, Ambiga bagaimanapun menegaskan tindakan provokasi sebilangan penyokong Bersih hingga bertindak merempuh penghadang polis di Dataran Merdeka bertentangan dengan arahan yang dikeluarkan pihaknya.

"Tindakan merempuh dan melanggar penghadang polis di Dataran Merdeka bukan sesuatu yang kita sokong.

"Sejak daripada awal kita sudah berjanji untuk tidak melanggar sekatan. Saya percaya akibat daripada itulah pihak polis mengambil tindakan menembak meriam air dan gas pemedih mata," katanya pada sidang media di KL Sentral sebentar tadi.

BERSIH 3.0 - Foto Paling Menarik

Posted: 28 Apr 2012 05:59 AM PDT


Jurufoto ditahan rakam dakwaan kekerasan polis

Posted: 28 Apr 2012 05:30 AM PDT

Beberapa orang jurugambar akhbar ditahan ketika mengambil gambar yang didakwa membabitkan tindakan kekerasan polis.

Tidak jelas berapa ramai jurugambar yang ditahan. Seorang daripadanya adalah wartawan-jurufoto Malaysiakini Koh Jun Lin.

"Kamera saya dan kad memori telah dirampas," kata Koh.

"Mereka berkata mereka mahukannya sebagai bukti."


Satu jurugambar memberitahu Malaysiakini bahawa selepas dia enggan memadam gambar mengenainya, seorang anggota polis mengeluarkan kad memori dan memusnahkannya.

Ia telah disahkan oleh akhbar Guang Ming Daily bahawa salah seorang jurugambarnya telah ditangkap ketika mengambil gambar satu proses penangkapan dan dakwaan kekerasan polis.

http://malaysiakini.com/news/196353


Tian Chua, Chegu Bard antara lebih 200 ditahan

Posted: 28 Apr 2012 04:56 AM PDT

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Tian Chua, Ketua PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharim dan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Abdul Aziz Bari ditahan dalam perhimpunan Bersih 3.0.

Mereka dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di Kuala Lumpur.

Kumpulan peguam Bersih juga sudah berada di sana.

Mereka bertiga dinaikkan dalam satu trak ke Pulapol.


Bagaimanapun, Badrul Hisham atau lebih dikenali dengan panggian CheguBard difahamkan naik sambil bertengkar dengan polis kerana beliau ditangkap dengan kasar.

Manakala Ketua Kordinator NGO Jingga 13. Faris Musa memberitahu, beliau sempat bersembunyi disebuah hotel semasa polis membuat tangkapan di Jalan Tun Perak lewat petang tadi.

Tetapi, kata beliau empat ahli Jingga berjaya ditahan dan dibawa ke Pulapol.

Difahamkan lebih 200 orang ditahan dalam perhimpunan Bersih 3 ini.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/frontpage/2012/04/28/tian-chua-chegu-bard-antara-300-ditahan/


Terkini 6.50 Petang - Datuk Bandar Lari Lintang Pukang

Posted: 28 Apr 2012 03:54 AM PDT

6.22pm: Jln Sultan Abdul Samad - Kereta membawa Datuk Bandar dalam rombongan polis terpaksa membuat pusingan-U berhampiran Masjid Jamek apabila bertembung dengan penyokong BERSIH yang melemparkan kasut dan objek ke arahnya.

6.10pm Jalan dari SOGO ke Dataran dibuka. Bagaimanapun kira-kira 600 peserta masih berlegar di sekitar.

6pm Jalan TAR - Beratus anggota polis berada di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), yang sesak kerana sekatan jalan raya. Para pemandu membunyikan hon tanpa henti, memaksa polis bersurai dan berkumpul semula di persimpangan Jalan Tun Perak. Mereka mula membenarkan lalulintas di situ.


5.50pm: Naib Presiden PKR Tian Chua dakwa melalui Twitter, beliau ditahan polis bersama Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari. Tian juga dakwa ramai dipukul ketika ditahan.

5.45pm Masjid Jamek - Sesetengah peserta masih mahu masuk ke Dataran Merdeka, tetapi polis datang balik dan mengejar mereka. Beberapa peserta ditahan. Ada di antara mereka yang membaling kasut dan botol ke arah polis.

5.30pm: JLN TAR Wartawan Malaysiakini antara 200 ditahan bersama 200 peserta dan wartawan lain. Mereka ditempatkan sementara di Kelab Diraja Selangor. Barangan dirampas dan ditumbuk polis.

http://malaysiakini.com/bm/


Bersih 3.0: Lautan manusia banjiri Kuala Lumpur

Posted: 28 Apr 2012 03:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hampir ratusan ribu manusia sudah memenuhi ibukota terutama di perkarangan Dataran Merdeka di samping enam lagi lokasi berkumpul sebelum bergerak ke sana.

Jumlah kali ini jauh lebih banyak berbanding Bersih 2.0 yang diadakan sebelum ini.



http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=HgH0OUE7btc

Peserta Bersurai.. Pistol Polis Dijumpai Semula..

Posted: 28 Apr 2012 02:42 AM PDT


5.21pm Dua anggota polis tercedera dan pistol yang hilang dijumpai semula, kata menteri dalam negeri melalui Twitter.

5.20pm Simpang Jalan Tun HS Lee-Jalan Tun Tan Cheng Lock (berhampiran Pasar Seni) - Anggota polis FRU kelihatan mula berehat-rehat selepas Unit Amal PAS membuat pengumuman mengerahkan peserta BERSIH bersurai.

https://picasaweb.google.com/114255707155530008408/Bersih3RallyEvent#5736360189508428658

Video Kereta Polis Diterbalikkan

Posted: 28 Apr 2012 02:11 AM PDT



5:01pm JLN TAR Kelihatan 4 trak polis menuju Jln Chow Kit. Peserta tidak tunjukkan tanda-tanda mahu bersurai.

5.03pm JLN TAR Seorang gadis pengsan dan dibawa mendapatkan rawatan oleh St John Ambulance.

455pm JALAN TAR Tapak pasar malam, sekumpulan peserta BERSIH dan polis bertumbuk.

4.45pm Pistol polis dirampas peserta BERSIH di hadapan SOGO, menurut tweet polis.

4.19pm Jalan TAR - Sekumpulan orang ramai yang marah bertindak menterbalikkan kereta polis selepas ia didakwa melanggar peserta di situ.

Terkini - Orang Ramai Terbalikkan Kereta Polis

Posted: 28 Apr 2012 01:49 AM PDT

4.19pm Jalan TAR - Sekumpulan orang ramai yang marah bertindak menterbalikkan kereta polis selepas ia didakwa melanggar peserta di situ.

4.10pm - Jalan TAR - Sekumpulan peserta duduk di sepanjang jalan TAR yang ditutup. Seorang penjual ais-krim laris perniagaannya apabila menjadi tumpuan peserta untuk menghilangkan dahaga mereka.

FRU melepas tembakan air bercampur kimia ke arah mereka di depan kedai Kamdar di Jalan TAR.


4.04pm Sebelum itu, beberapa wartawan yang berdiri di belakang FRU turut tertolak polis ke arah peserta ketika gas pemedih mata ditembak, mendedahkan mereka kepada gas yang memedihkan mata.

3.58pm Seorang lelaki berusia 35 tahun mengalami kesukaran bernafas berhampiran Dataran Maybank akibat gas pemedih mata. Dia pulih selepas diberi rawatan oleh pasukan perubatan.

3.58pm Masjid Jamek - Beratus-ratus peserta sedang berehat di taman di belakang Masjid Jamek untuk pulih daripada serangan meriam air dan gas pemedih mata.

3:49pm - JALAN RAJA LAUT Kira-kira 35 peserta BERSIH ditangkap dan dikumpulkan di hadapan bangunan DBKL.

Turut ditahan ialah seorang wartawan akhbar Cina Oriental Daily kerana disangka salah seorang penyokong.

Bagaimanapun, dia dilepaskan selepas polis mendapat dia sebenarnya wartawan akhbar berkenaan.

3:49pm Seorang peserta perhimpunan cedera di depan bangunan DBKL dan dibawa mendapatkan rawatan oleh St John Ambulance.


Tiada ulasan: