Jumaat, 20 April 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Mana Hasan Jati?? Tolong Selamatkan Gadis Ini!!

Posted: 19 Apr 2012 11:39 PM PDT

GEMPAR : Lagi Melayu Nikah Di Gereja


Akhbar Telegraph mendedahkan seorang wanita melayu telah berkahwin di gereja. Nick Rudd, 25, anak bekas perdana menteri Australia, Kevin Rudd dan Zara Shafruddin seorang wanita melayu dikatakan bertukar-tukar ikrar di Gereja St James 'di King St, Sydney. Encik Rudd, Therese Rein isterinya dan anak perempuannya, Jessica mengumumkan berita gembira itu melalui twitter.


Perkahwinan itu telah dihadiri oleh kawan rapat dan keluarga pasangan itu. Gereja St James 'telah dipenuhi dengan bunga ros, lillies dan stephanotis yang dipilih oleh Cik Rein.





Masih Islamkah beliau?? Sama-samalah kita tunggu penjelasan dari tuan punya badan...

http://busuk.org/ping/view/166284


Pondok Panas - Apa Agenda Tersembunyi SPR?

Posted: 19 Apr 2012 09:31 PM PDT

Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali mengesyaki daftar pemilih yang diberikan kepada parti dan calon bertanding pada hari pengundian tidak selari dengan daftar pemilih asal yang dimiliki Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Kecurigaan beliau itu berdasarkan keengganan SPR membenarkan wakil Pakatan Rakyat berada di pondok panas SPR pada hari pengundiaan.

"Sebab itu SPR tidak mahu wakil parti duduk bersama mereka menyemak daftar pemilih. Kalau berani mengapa tidak membenarkan kami duduk di situ?


"Kami ada peranan di sana kerana daftar pemilih yang diberikan kepada calon berbeza dengan daftar pemilih yang digunakan pada hari pembuangan undi.

"Ini antara cara mereka untuk menutup penipuan yang ditaja Umno-Barisan Nasional (BN)," katanya pada perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Pilihanraya (Pindaan) 2012, pindaan Sub Seksyen 26.

Pindaan itu melarang ejen parti politik mendirikan pondok panas dalam lingkungan lebih 100 meter dan larangan wakil parti melakukan semakan daftar pemilih bersama wakil SPR.

Selain pindaan turut melarang mana-mana pihak menentukan identiti seseorang untuk mengundi di pusat pembuangan undi.

Menurut Azmin, dalam peraturan 26 (A) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, sebelum ini membenarkan dua wakil parti duduk bersama-sama dengan wakil SPR untuk menyemak daftar pemilih.

Bagaimanapun beliau berkata sangat menghairankan secara tiba-tiba kerajaan mahu meminda undang-undang tersebut dengan tergesa-gesa.

Beliau menggesa supaya kerajaan kerajaan menumpukamn isu-isu pokok iaitu pembersihan daftar pemilih yang dibangkitakan Pakatan Rakyat dalam PSC dan bukannya meminda Sub Seksyen 26,Akta Kesalahan Pilihanraya dalam usaha menambah baik pilihanraya di negara ini.S

Ahli Parlimen Gombak itu berkata Pakatan Rakyat sebulat suara menolak pindaan akta itu kerana ia tidak menepati kehendak rakyat yang diluahkan melalui pendengaran awam.

"Kita telah melakukan penjelajahan di seluruh negara, kita telah mengadakan pendengaran awam, kita juga telah menerima memorandum termasuk daripada gerakan Bersih. Bersih telah memberikan cadangan yang cukup komprehensif tetapi langsung tidak dipeduli dalam pindaan akta kesalahan pilihanraya yang dibentangkan pada hari ini," katanya.

http://paspb2.blogspot.com/2012/04/halang-pondok-panas-mudahkan-spr-menipu.html


Budaya samseng seolah-olah dibenarkan

Posted: 19 Apr 2012 05:49 PM PDT

Pakatan Rakyat mengecam tindakan sekumpulan samseng menyerang perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka awal pagi tadi yang disifatkan sebagai biadab. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun terdapat perbezaan pendapat yang ketara, budaya samseng tidak boleh diamalkan.

"Saya dan teman-teman mengutuk keras tindakan biadab gerombolan penjahat yang menyerbu dan menyerang anak-anak kita di Dataran Merdeka.

"Saya ingin mengingatkan beberapa perkakas mereka yang seolah-olah menyokong tindakan ini. Kita boleh bebeza pendapat, kita boleh menganggap anak-anak itu bersalah, kita mungkin tidak bersetuju keras dengan mereka tapi ingat, jangan guna kuasa rakus mereka untuk memukul anak-anak.


"Siapa yang beri hak kepada mereka? Apakah samseng boleh mengatasi undang-undang?" kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga mempersoal sikap berdiam diri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein walaupun sudah beberapa kali kejadian sedemikian berlaku.

"Ini bukan kali pertama. Ketika saya diserang cermin kereta dipecahkan, Nurul Izzah diserang dan sebelum ini di Lembah Pantai Adam Adli diserang.

"Apa negara ini (menerima) budaya samseng? Apa Datuk Najib tidak rasa bertanggungjawab sedikit? Bukankah dia seorang ayah? Apakah Menteri Dalam Negeri lepas tangan begitu sahaja? soalnya.

Justeru beliau meminta semua pihak menerima perbezaan pendapat tanpa menggunakan kekerasan.

"Apa kata kalau seorang penyokong Umno diserang begitu, terus jadi isu besar. Ini bukan soal politik. Ini soal jenayah.

"Kita harus belajar berbeza pendapat dan harus menghormati hak masing-masing," katanya yang juga Ketua Pembangkang.

Kira-kira jam 2.30 pagi tadi, sekumpulan lebih kurang 40 samseng berpakaian serba hitam menyerang perkhemahan mereka dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Samseng itu turut meroboh khemah, memukul mahasiwa dan orang ramai yang menyokong perkhemahan dengan menumpu sasaran terhadap mereka yang membawa kamera dan perakam video.

- Harakahdaily




Serang Mahasiswa - Menyanggah Kebebalan Dan Kebodohan Ahmad Maslan

Posted: 19 Apr 2012 06:48 AM PDT







Ko nampak tak apa yang aku nampak ahmad maslan?

1. Gambar pertama bagitau ko, aikk bukan kah neh budak yang pakai baju merah waris malaya yang pegang kapak tue?

2. Gambar kedua pula bagitau ko, aik dia pegang bendera bien pula?

3. Gambar ketiga pula bagitau ko, eh sama lah baju yang dia pakai ketika jumpa ezam dan ketika main gangster2 kat dataran..

Sampai sini ko clear tak ahmad maslan? Aku harap ko clear. Kita neh tak kesah lah tidur kat rumah ka, padang ka, tanah ka, apa ka yang penting iq kita tue. Kalau iq kita lembab, tak kira kat mana kita tidur tetaplah lembab.

kah kah kah

Baca seterunya di sini


Umno dicabar bertanggungjawab terhadap serangan terhadap pelajar di Dataran Merdeka.

Posted: 19 Apr 2012 05:23 AM PDT

Seperti yang dijangka Umno yang terdesak dengan sekumpulan pelajar yang membuat keputusan nekad untuk berkhemah di Dataran Merdeka dalam protes mereka terhadap PTPTN dan tuntutan pendidikan percuma telah bertindak diluar norma biasa. Regim takut menggunakan polis kerana pilihanraya yang terlalu hampir, kerana imej kekasaran polis terhadap kumpulan pelajar ini pasti akan memberi kesan besar terhadap undi rakyat. hanya DBKL digunakan malangnya DBKL tidak mampu berdepan semangat kental kumpulan pelajar ini yang walaupun beberapa kali 'diserbu' DBKL tetapi terus bertahan.

Kumpulan yang mulanya kecil mula membesar, ramai teman muda lain mula sama mendirikan khemah berkampung bersolidariti bersama menemani pelajar ini. Ramai yang tampil menyumbang. SAMM dalam kemampuan terhad turut hadir memberikan bantuan seperti tikar dan makanan sekadar termampu.



Sumbangan dari SAMM Utara; Tiga Penyelaras SAMM Negeri iaitu sdr Habib (Kedah), Aidil (P.Pinang) dan Asrul (Perlis). Sedang memberi taklimat ialah Pengarah Seketariat SAMM Pusat sdr Zulkifli Ibrahim

Kumpulan pelajar ini yang mula meraih perhatian dalam dan luar negara terus cuba diburukkan imej mereka sebagai alat politik pihak tertentu oleh media dan pemimpin regim. Namun mereka terus mendapat perhatian. Bukan sekadar itu pelajar ini juga telah berjaya menjawab kekeliruan yang cuba dibuat termasuk oleh Menteri, malah mereka sedia mencabar Menteri dan pimpinan parti politik penguasa regim untuk berdebat terbuka. Ini semua meletakkan regim dalam keadaan serba salah.

Mati akal dengan perkembangan ini semalam awal pagi tadi gangster telah digunakan oleh pihak yang tertekan untuk menyerang tapak perkhemahan pelajar tersebut. Dalam serangan itu ada yang cedera, barang - barang mereka dirosakkan dan diberitakan ada pelajar yang hilang diculik. Penggunaan gangster ini menjadi taktik yang semakin biasa digunakan setelah kalah berhujah dan seperti biasa juga polis akan terus lambat bertindak. Dalam serangan di Dataran Merdeka, Polis yang berada di tempat kejadian dilaporkan olek saksi hanya memerhatikan sahaja kejadian.


Ini penjenayah jalan kebun

Penjenayah yang melakukan serangan di Jalan Kebun ini terus bebas dan melakukan jenayah ini semula di Dataran Merdeka semalam



Siapakah yang sebenarnya bersekongkol dengan penjenayah?

Gemuk Jalan Kebun ini mengakui sebagai 'Panglima BN'

Yakinlah seperti peristiwa lain termasuk serangan gangster secara fizikal dan bersifat perkauman masih belum ada tindakan walaupun ditampilkan bukti bergambar jelas. Malah lebih malang lagi kumpulan penyerang di Jalan Kebun dapat pula berada dalam majlis bersama PM baru - baru ini.

Ini semua juga taktik sama dengan beberapa regim di hujung usia. Perhatikanlah regim Mubarak ketika hujung usianya juga menggunakan gangster memukul dan menyerang demonstran dan kemudian bersembunyi disebalik hujah kononya serangan dibuat oleh rakyat yang marah. Percaya dan yakinlah begitu juga di sini pasti media akan memainkan hujah serupa kononya serangan oleh rakyat yang marah.

SAMM mencabar Umno supaya jangan bacul dan tampil bertanggungjawab terhadap kejadian serangan terhadap pelajar ini. Sepatutnya Umno tampil berhujah dengan kumpulan pelajar ini bukan menjawab dengan keganasan fizikal.

Dengan perkembangan ini SAMM menyeru seluruh anak muda supaya membuat pertimbangan terhadap kejadian ini dan menolak Umno dan Barisan Nasional yangs emakin hilang rasional mereka.

SAMM juga menyeru rakyat untuk tampil sama memberikan bantuan kepada teman - teman pelajar yang berjuang ke arah pendidikan percuma dalam negara. SAMM juga tidak menolak kemungkinan dengan perkembangan ini akan menyemarakkan lagi semangat rakyat untuk turun bersama dalam Himpunan BERSIH 28 April ini yang kebetulan akan diadakan dilokasi yangs ama , Dataran Merdeka. SAMM juga tidak menolak kemungkinan akan turut sama 'berkampung' bersama para pelajar ini kemudianya.

Sekian.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

http://www.lidahrakyat.com/2012/04/umno-dicabar-bertanggungjawab-dalam.html


Serang Mahasiswa - Bersangka Baiklah.. Mereka Adalah Hero Dan Orang Baik-Baik..

Posted: 19 Apr 2012 03:10 AM PDT

Ayuh! cepat ke masjid !, mungkin itu yang dilaungkan oleh 40 pemuda kepada mahasiswa tersebut


Mereka yang datang ziarah pagi tadi adalah mereka dari golongan2 yang beriman bukan samseng seperti yang dikokokkan oleh pihak Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat begitu cepat menuduh tanpa usul periksa. Mahasiswa buta kayu ke tidak kenalkah mereka itu semuanya kelihatan makam tinggi2...dahi semua lebam2...


Mereka datang secara aman menziarah mahasiswa...Mungkin pada waktu ketika itu mereka yang seramai 40 orang yang dituduh samseng itu mahu mengajak mahasiswa buat qiamullai secara berjemaah di masjid. Pengelutan berlaku disebabkan angkara mahasiswa enggan bangun untuk solat berjemaah dan ada mahasiswa mengamuk kerana mengacau mereka tengah sedap tidur. Hati-hati tuduh mereka samseng...tak baek...



http://keretaburuk12.blogspot.com/2012/04/mereka-bukan-samseng-tuduhan-melampau.html


SPR enggan buang 40,000 pengundi meragukan

Posted: 19 Apr 2012 03:02 AM PDT

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata SPR enggan membuang lebih 40,000 nama meragukan dalam daftar pemilihnya atas alasan tidak dapat mengenalpasti status mereka.

"SPR enggan membuang kesemua nama meragukan atas alasan peguam mereka menasihatkan sedemikian dan suruhanjaya itu juga memberi alasan tidak dapat mengenal pasti status pengundi-pengundi itu samada sudah meninggal dunia atau masih hidup," katanya kepada KeadilanDaily.


"Saya melihat SPR tidak melakukan apa-apa pembaharuan berhubung desakan rakyat agar melakukan penambahbaikan termasuk tuntutan pembersihan daftar pemilih.

"Sebab itu himpunan Bersih yang dirancang 28 April ini semakin sangat relevan ekoran sikap SPR ini," tegasnya.

http://warkahdaily.blogspot.com/2012/04/spr-enggan-buang-40000-pengundi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FiHPhb+%28WarkahDaily+Online%29


Tiada ulasan: