Isnin, 16 April 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Isu hina raja helah 'kubur' isu penting

Posted: 15 Apr 2012 09:51 PM PDT

ALOR SETAR - Pas menyifatkan dakwaan kononnya pemimpin pembangkang menghina Raja-raja Melayu sebagai helah menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi menenggelamkan isu yang lebih penting yang dibangkitkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, isu terbabit sengaja ditimbulkan di saat PRU13 semakin hampir bagi menutup isu sebenar.

"Saya anggap itu berita PRU13. Isu ini sengaja dibangkitkan untuk menutup isu sebenar yang kita bangkitkan, antaranya pendedahan kewujudan 'task force' memberi kerakyatan kepada warga asing dan penipuan dalam proses mengundi," katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan Badan Perhubungan Pas Negeri Kedah, di Kompleks Pas Kedah di sini sempena lawatan kerja sehari ke Kedah, semalam.


Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, pendedahan beliau berhubung wujudnya pasukan khas yang bertanggungjawab memberi kerakyatan kepada warga asing di negara ini adalah isu yang lebih penting untuk diberi perhatian berbanding isu remeh yang dibangkitkan kononnya pemimpin pembangkang mempersenda Raja-Raja Melayu.

"Yang menjadi ancaman lebih besar kepada institusi diraja dan kedaulatan negara adalah kes babitkan warga asing, bukannya isu remeh seperti itu. Kes berkenaan yang sebenarnya akan menghakis institusi Raja-Raja Melayu dalam tempoh tertentu," katanya.Menurutnya, sekiranya berlarutan, tidak mustahil ia turut mengancam keselamatan negara.

"Warga asing ini berada di luar budaya perlembagan diraja, negara mereka tidak amalkan sistem beraja. Apabila mereka diberi kerakyatan dan mengundi, kesannya amat besar termasuk boleh menjejaskan kedaulatan institusi diraja," katanya.

Baru-baru ini, seorang pengamal perubatan, Dr Rahman Kadir dalam blognya mendedahkan beberapa pemimpin pembangkang didakwa bersikap biadap dengan mempersenda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu pada Majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Rabu lalu.

Mahfuz berkata, gerakan Anti Pemalsuan IC (API) dibentuk untuk merangka tindakan bersesuaian bagi membolehkan dakwaan itu disiasat.

"Langkah pertama ialah menghantar memorandum tuntutan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja untuk tubuhkan Suruhanjaya Diraja menyiasat pendedahan itu," katanya.

Mahfuz yang juga Pengerusi API berkata, semua maklumat yang diperolehnya hanya akan diserahkan kepada suruhanjaya terbabit bagi menjamin keselamatan sumber maklumat.

"Buat masa ini saya tidak dapat dedahkan maklumat. Saya berani katakan, gerakan pasukan khas itu beroperasi dari Pejabat Perdana Menteri," katanya.

Menurutnya, berdasarkan laporan interim Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bersetuju dengan cadangan penubuhan suruhanjaya itu untuk menyiasat pemberian kerakyatan warga asing di Sabah.

"Secara tidak langsung, PSC mengakui perkara seperti itu berlaku di Sabah, tetapi saya cadangkan untuk semua negeri kerana difahamkan gerakan itu menyeluruh di setiap negeri," katanya.

Mahfuz sebelum ini mendedahkan wujudnya pasukan khas ini, diketuai Penasihat Khas Perdana Menteri, Datuk Osman Razak; Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Tajuddin Wahab dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

- Sinar Harian



Otak Ali Rustam Macam Budak Tadika

Posted: 15 Apr 2012 07:11 PM PDT

Ali Rustam Takut Berdebat Ganggu Ceramah Cikgu Mala

Dek Kerana tidak berani bersemuka dan berdebat dengan pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Haji Adly Zahari di MITC Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bersama konco-konconya telah mengadakan ceramah dan majlis cabutan bertuah berhampiran dengan program ceramah penerangan yang dianjurkan oleh PAS Cawangan Bukit Baru.

Semasa program ceramah berlangsung yang dihadiri oleh penceramah undangan, Cikgu Normala Sudirman , UMNO kawasan Bukit Katil telah mengupah beberapa orang pemuda untuk mengganggu program ceramah berkenaan dengan membakar mercun dan mengadakan majlis cabutan nombor bertuah.


Gangguan ini menggambarkan bahawa UMNO Melaka jelas sudah semakin hilang arah dan penyakit yang dihidapi selama ini semakin kronik. Ini jelas ditunjukkan melalui gangguan yang dilakukan bagi menghalang rakyat negeri Melaka mendapatkan maklumat yang jelas.



http://jasindaily.blogspot.com/2012/04/ali-rustam-takut-berdebat-ganggu.html


Puluhan ribu sertai ceramah Kadir Sheikh Fadzil malam tadi

Posted: 15 Apr 2012 04:33 PM PDT

BALING, 16 April: Puluhan ribu telah menyertai majlis ceramah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil malam tadi di Kupang, dekat sini.

Turut serta di majlis itu adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak.

Ini adalah majlis ceramah pertama yang dibuat oleh Tan Sri Kadir di atas pentas PAS selepas mengisytiharkan keluar dari Umno.


Kadir ketika bertemu dengan Presiden dan pimpinan PAS yang lain di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut baru-baru ini telah bersetuju untuk berceramah di atas pentas PAS.

Sebelum ini, Kadir telah mengumumkan keluar dari Umno ekoran tindakan pimpinan Umno mempertikaikan beberapa kenyataannya sebelum ini.

Namun sehingga kini beliau belum mengisytiharkan untuk menyertai mana-mana parti.



Ceramah yang sertainya malam tadi adalah sempena dengan kunjungan pimpinan PAS yang diketuai Ustaz Abdul Hadi ke Kedah.

14 April lepas, Abdul Hadi berkunjung ke Perlis sebelum berlepas ke Kedah dalam dalam siri kunjungan pimpinan PAS ke negeri-negeri.

Sebelum ini, Abdul Hadi telah mengunjungi Johor, Terengganu dan Pahang.

Ia diatur oleh Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

Satu lagi pasukan diketuai oleh Timbalan Presiden PAS, Haji MOhamad Sabu.

Semalam, kumpulan yang diketuai Mohamad Sabu melawat Perak dalam siri mempersiapkan jentera PAS sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya ke 13.

http://razali01.blogspot.com/2012/04/puluhan-ribu-sertai-ceramah-kadir.html



Video : Mahasiswa - PTPTN - DBKL

Posted: 15 Apr 2012 02:43 PM PDT


Sketsa terakhir buat Hassan Ali

Posted: 15 Apr 2012 09:09 AM PDT

Hassan Ali, wakil rakyat Gombak Setia yang mengidamkan jawatan Menteri Besar Selangor pada tahun 2008 masih lagi ingin menarik perhatian orang ramai dengan kenyataan-kenyataan beliau walaupun kini jelas beliau sudah kehilangan taring dan sering dikritik oleh orang ramai. Beliau telahpun ditendang keluar daripada PAS dan kini sedang meraba-raba mencari parti politik lain untuk bernaung seraya menyambung kerjaya politik beliau.

Sejak Mac 2008, Hassan sudah pun mula memperlekehkan kepimpinan MB Selangor Khalid Ibrahim dan memperkecilkan-kecilkan Pakatan Rakyat. Motif beliau pada masa itu sangat jelas. Beliau sememangnya menginginkan jawatan MB Selangor akan tetapi usaha beliau menemui kegagalan. Sekarang beliau sedang meraba-raba dalam dunia politik tetapi disebabkan beliau mendapat sokongan UMNO dan Perkasa, beliau masih boleh hidup.


Slogan Kosong

Beliau telah kehilangan kawan daripada parti PAS. Yang beliau gusarkan adalah walaupun mempunyai latarbelakang keagamaan, beliau telah jatuh ke satu tahap yang begitu rendah apabila cuba memalukan bekas rakan PAS yang dipilih untuk menggantikan beliau- seorang doktor perubatan. Beliau menyeru agar si doktor itu pergi untuk mendapat rawatan psikiatri. Ada dikalangan bekas penyokong beliau yang berpendapat bahawa Hassan mengalami masalah psikologi. Beliau dikatakan mempunyai mood yang impulsif dan meroskakkan- trait dan simptom ini dimiliki oleh mereka yang tidak dapat menyesuaikan diri dalam keadaan di mana mereka perlu berkongsi dan melibatkan orang lain.

Hassan juga dikatakan mempunyai tabiat di mana beliau sukar untuk menyimpan perasaan beliau. Ada juga yang mengatakan beliau mempunyai personaliti kacau apabila beliau berhadapan dengan kebimbangan, kesedihan dan perasaan rendah diri. Beliau sekarang kelihatan penat; mental dan fizikal.

Sehingga kini, Hassan sebenarnya masih belum dapat menerima hakikat bahawa beliau telah dibuang daripada PAS, bukan lagi ahli Exco dan impiannya untuk menjadi MB Selangor juga sudah berkecai. Setelah Hassan dibuang daripada PAS, beliau telah diangkat sebagai wira yang memperjuangkan orang Melayu, Islam dan Raja oleh Perkasa dan Umno. Media pro-kerajaan telah menyelamatkan beliau – sentiasa menyiarkan kenyataan-kenyataan beliau yang memburuk-burukkan pembangkang dan Kerajaan Negeri Selangor. Pihak media jelas tidak sedar bahawa isu-isu yang dibangkitkan Hassan adalah isu basi bagi rakyat.

Orang Melayu, Islam dan institusi Raja tidak memerlukan Hassan untuk memperjuangkan mereka. Negara ini mempunyai Perlembagaan dan hak orang Melayu juga bukan Melayu ada termaktub di dalamnya. Islam adalah agama rasmi dan orang bukan Islam pula bebas mengamalkan agama masing-masing. Perlembagaan juga ada menyebut kedudukkan pemerintah. Maka, tidak perlulah Hassan menggembar-gemburkannya kepada orang ramai.

Gimik semata

Beliau yang sekarang bergerak atas platform JATI tidak memberi sebarang impak kepada rakyat. Kewujudannya tidak menjadikan sokongan terhadap PAS berbelah bagi. Setelah dipulaukan penyokong, siri jelajah beliau hanyalah gimik buat beliau melarikan diri daripada realiti- inilah senjata beliau untuk menutup rasa rendah diri. Malah, tuduhan beliau bahawa orang Melayu telah semakin banyak murtad tidak diendahkan oleh orang Melayu. Kunjungan beliau yang ditanggung ke beberapa tempat-tempat di Malaysia tidak berjaya menarik perhatian orang ramai. Ada pun yang datang adalah orang-orang Umno dan berkemungkinan juga yang datang itu cuma ingin tahu semata. Akan tetapi, tidak semua ahli Umno yang mempunyai pandangan yang sama seperti beliau mengenai isu murtad. Pandangan dan kenyataan yang beliau buat mengenai isu murtad pun tidak dapat diambil serius. Ini kerana ia cuma stan politik daripada seorang ahli politik yang sudah jatuh.

Umno dan Perkasa sangat teruja dalam usaha menyokong Hassan memburuk-burukkan pihak pembangkang. Mereka gagal menyedari bahawa Hassan telah menjadikan UMNO sebagai target untuk dikritik dan bukannya pihak pembangkang. Mengetengahkan isu murtad hanya akan menjatuhkan Umno kerana Umno yang mendakwa mereka mempunyai ahli berbangsa Melayu paling ramai dan, kerajaan kita kini merupakan kerajaan yang dipimpin oleh Umno menerusi BN. Umno pula sedang dipertanggungjawabkan untuk menjaga hal ehwal keagamaan orang Melayu, kesucian agama Islam dan kedudukan Raja.

Tetapi Umno sendiri tidak ikhlas dan dilihat sebagai parti politik yang hanya menggunakan entiti-entiti ini untuk kepentingan politik mereka. Kepada orang Malaysia biasa, tidak satu pun entiti-entiti ini sedang digugat. Persepsi mereka adalah Hassan sedang mengeksploitasi isu-isu ini untuk kepentingan politik beliau dan atas sebab ini jugalah Umno sama-sama menumpang beliau untuk misi ini.

Orang Kristian bukanlah ancaman

Disebabkan usaha Hassan yang sia-sia itu, siri jelajah beliau juga telah memburukkan keadaan bagi Umno. Ini tetap berlaku walaupun media pro-Umno cuba untuk memaparkan Hassan sebagai wira yang melindungi Islam, orang Melayu dan institusi Raja. Media di Negara ini cuba untuk mempropagandakan bahawa kesemua entiti ini sedang mengalami ancaman disebabkan system 2 parti di Negara ini. Persoalannya, bolehkah orang Kristian yang membentuk 9.2% rakyat Negara ini menjadi ancaman kepada rakyat Negara ini yang majoriti adalah orang Melayu Islam? Ini adalah analisis lemah dipihak mereka dan rakyat biasa sudah semestinya tidak akan jatuh dalam perangkap bodoh Umno dan Hassan. Populariti Umno dikalangan orang Melayu sedang merudum dan ia perlu bertahan kepada apa jua yang boleh mengekalkannya di arena politik Negara. Hassan malangnya adalah harapan yang mereka sandarkan!

Fokus Hassan terhadap dunia Melayu tidak hanya mengenai Islam dan isu murtad. Taktik beliau sangat difahami oleh orang ramai. Orang ramai tahu apabila beliau memainkan sentimen perkauman dan agama, beliau akan berjaya meyakinkan orang Melayu luar bandar untuk membenci orang bukan Melayu. Umno juga adalah dalang dalam hal ini. Akan tetapi, penyokong pendalaman tidak tertarik dengan apa yang diperkatakan Hassan kerana beliau tidak mengetengahkan isu itu kepada Umno tetapi kepada PAS dan Pakatan. Semua orang sedar bahawa di bawah pakatan, hanya dua negeri yang diterajui oleh PAS iaitu Kedah dan Kelantan. PKR pula satu, iaitu Selangor manakala DAP di Pulau Pinang. Umno yang menerajui BN pulalah yang mengetuai negeri-negeri lain.

Atas sebab ini, jika isu murtad itu benar-benar sesuatu yang meruncingkan dalam negara, Hassan seharusnya membawa ini kepada perhatian Najib Razak yang juga Perdana Menteri dan juga ada seorang menteri yang menjaga hal ehwal Islam berada di bawah beliau. Mengapa harus PAS dan pembangkang yang dipersalahkan sedangkan mereka mempunyai bidang kuasa hanya pada kerajaan negeri? Jelas Hassan salah langkah dan segala tindak-tanduk beliau membuatkan beliau seolah-olah seorang ahli politik yang sudah tidak diterima dan cuma melakukan ini untuk meraih perhatian.

Jika Hassan bermain politik untuk kemabali menjadi wira orang Melayu, Islam dan Institusi Raja di Selangor, mungkin beliau patut bertanding dibawah tiket Umno di Selangor dan kawasan lamanya Gombak Setia pada pilihanraya yang akan datang. Mana tahu, beliau boleh mencapai impiannya untuk menjadi Menteri Besar dengan restu Umno. Memandangkan Umno menyokong penuh usaha Hassan untuk memburukkan pembangkang, tiada masalah untuk mereka menyokong Hassan untuk menjadi MB Selangor kelak jika BN Berjaya menawan balik Selangor.

Kuat berbelanja

Hassan bukanlah seorang ahli politik yang bijak mahupun seorang yang bijak pandai. Beliau gagal sebagai seorang ahli politik dan ini boleh dimaafkan kerana beliau tidaklah dididik untuk menjadi ahli politik dari mulanya. Mungkin kata hati dan semangat kepimpinan yang tinggi yang membawa beliau ke arena politik. Beliau sentiasa mahu sesuatu dengan pantas dan bukan pula seorang ahli politik yang matang. Banyak yang dilakukannya semasa menjadi ahli Exco yang menyakitkan Exco lain dalam Pakatan. Walaupun mempunyai kelayakkan akademik yang tinggi, beliau tidak tahu apa yang sepatutnya dalam politik. Ramai sebenarnya dikalangan ahli politik yang tidak berpendidikan tinggi tetapi kerana bakat dalam politik, mereka berjaya. Malangnya ini tidak terjadi kepada Hassan.

Hassan, bekas pesuruhjaya PAS di Selangor juga mempunyai nafsu berbelanja yang besar. Difahami bahawa dengan membelanjakan RM329 000 untuk kerja pengubahsuaian pejabat Exconya, beliau mahu rakyat sedar bahawa beliau boleh menjadi seorang MB yang terbilang. Sepatutnya, Hassan berkhutbah kepada dirinya sendiri dan juga UMNO bahawa kemewahan itu tidak selari dengan Islam. Selain itu, beliau juga haruslah menyeru Umno agar menghapuskan kemiskinan, rasuah dan membawa keadilan sosial kepada semua orang Islam dan bukan Islam yang menjadi perkara pokok dalam Islam. Jika semua ini dijaga, mungkin juga masalah murtad itu tidak timbul.

Hassan seharusnya sedar bahawa satu-satunya agama yang dipromosikan media Umno baik di televisyen atau radio adalah Islam. Agama lain tidak mempunyai ruang dan tidak mungkin mendapat tempat di media. Jika Hassan mendakwa bahawa orang Islam menjadi murtad kerana mahu memeluk Kristian, tidakkah ia aneh memandangkan ia berlaku dalam negara di mana media massa nya dikawal ketat oleh kerajaan? Jika dibandingkan dengan 9.2 % rakyat beragama Kristian dari 28.3 juta populasi rakyat Malaysia; adakah logik jika kita katakan orang Islam tidak dapat menahan pengaruh untuk tukar agama Islam kepada Kristian?

Tiada bukti sahih

Video murtad yang ditunggu-tunggu daripada Hassan tidak dapat menjadi bukti sahih mengenai perbuatan memurtadkan orang Islam secara beramai-ramai di negara ini. Video yang memaparkan 2-3 orang yang mengaku dihadapan kamera bahawa mereka telah dimurtadkan itu tidak cukup kukuh untuk dianalisis secara saintifik kepada hipotesis Hassan. Sampel itu tidak mewakili populasi yang dimurtadkan di Malaysia. Kenyataannya, Hassan telah gagal dalam tesis beliau dan ianya tidak lebih daripada cerita sahaja.

Mufti Perak, Harussani Zakaria meletakkan angka murtad sebagai 260 000, Ridhuan Tee Abdullah pula mengganggarkan 135 kes manakala Hassan tidak dapat meletakkan sebarang anggaran dan mereka ini semuanya tidak mempunyai bukti emperikal bagi kenyataan mereka. Malang bagi negara ini, kita tidak mempunyai pemikir Islam yang tahu mengenai kaedah saintifik dan empirikal dalam kajian. Mereka hanya bertindak berasaskan kata hati, motif dan emosi yang jelas mementingkan diri.

Yang akhirnya menjatuhkan Hassan adalah hipotesis beliau mengenai isu murtad dikalangan orang Melayu Islam. Hassan mungkin memegang PhD dalam bidang berkaitan Islam. Beliau semestinya tahu apa itu kajian empirik dan kaedahnya dalam menjalankan kajian saintifik. Tesis PhD ditulis berdasarkan kajian yang dilakukan dalam satu bidang. Teknik membuat kajian yang betul adalah suatu yang paling asas dalam penulisan sebuah tesis. Jika tesis itu tidak menggunakan kaedah kajian yang betul dan tidak mempunyai bukti empirik, ia pasti akan ditolak. Tanpa elemen-elemen yang penting ini, sebuah tesis itu hanyalah buku cerita.

Dalam video testimoni 16 minit yang mamaparkan 3 orang Melayu yang mendakwa diri mereka telah dimurtadkan dan kini sudah kembali kepada Islam – ia tidal dapat diterima sebagai sampel yang adil buat populasi orang Islam di Negara ini. Ia juga bukanlah bukti kukuh kepada perbuatan memurtadkan yang boleh menarik siasatan dan sebagainya. Ini hanya menimbulkan rasa marah dikalangan orang Kristian dan Islam.

Kenyataan-kenyataan yang dibuat Hassan tidak akan mengubah pandangan orang ramai atau menjadi penyebab kepada orang Melayu mencurigai orang Kristian. Orang Melayu sendiri memperlekehkan para "pemikir" Islam ini dan gimik politik mereka. Orang Melayu percaya bahawa tiada ancaman pengkristianan di Negara ini. Mereka tidak akan panik hanya kerana seorang pemberontak dan beberapa orang ahli Umno menggunakan taktik ini untuk menakut-nakutkan orang Melayu. Secara hipotikalnya, jika Umno membuat seminar mengenai ancaman pengkristianan dan menyakitkan golongan minoriti yang cintakan keamanan, apa pula reaksi majoriti Melayu sekiranya diadakan satu seminar membincangkan ancaman Islam kepada orang bukan Islam?

UMNO tidak mempromosikan kesederhanaan

PAS melihat Hassan sebagai ahli politik yang boleh mencetuskan ketakutan dan beliau sekarang sudah menjadi liabiliti untuk UMNO. Hassan sebenarnya semata menggunakan taktik menakut-nakutkan dan cuba menyebarkan rasa syak orang ramai terhadap kredibiliti PAS. Plot UMNO jelas: "Orang Islam menjadi murtad dan PAS tidak mengambil serius hal itu kerana ia menjadi sekutu DAP". Tetapi, adakah UMNO ikhlas dalam menangani isu-isu lain yang lebih serius melanda umat Islam di negara ini?

Rasuah, kemiskinan, ketagihan dadah, kadar penceraian yang tinggi, ibu tunggal, jagaan anak, pendidikan yang lemah adalah antara masalah yang sering dihadapi orang Islam di negara ini yang sudah lama tidak dihiraukan UMNO. Orang Melayu yang berpendidikan pula menolak UMNO disebabkan oleh perkara ini dan bukan sebab murtad atau ancaman orang Kristian kepada komuniti mereka.

UMNO tidak mempromosikan kesederhanaan dalam negara. Kaum dan agama adalah senjata yang digunakan UMNO untuk menakut-nakutkan orang Melayu supaya mereka terus mengundi UMNO seraya mengekalkan kuasa mereka. Tetapi, jika pandangan Hassan bahawa hedonism adalah sebab mengapa orang Islam menjadi saranan orang Kristian, maka, mereka harus menyalahkan UMNO yang telahpun berkuasa selama 6 dekad. Hedonism- keinginan mengecapi kebahagian yang tiada had bukanlah ajaran mana-mana agama sekalipun. Ia juga bukan cara hidup yang dibawa oleh PAS mahupun orang Kristian.

Jika Hassa boleh menuduh orang Kristian memurtadkan orang Islam dengan dana mereka yang boleh mempengaruhi orang Islam miskin disebabkan desakan hidup, apa yang telah dilakukan oleh Hassan dan Umno untuk membantu orang Islam yang miskin demi mencegah mereka daripada mendapakan bantuan daripada komuniti lain? Orang Islam yang miskin diseluruh dunia ada menerima bantuan daripada mana-mana negara lain termasuk negara Kristian? Tetapi, adakah orang Acheh, Pakistan dan Arab terus menjadi murtad hanya kerana mereka mendapat bantuan orang Kristian?

Tabik kepada PAS

Apabila Hassan dan ahli politik UMNO berpendapat agama Kristian itu adalah ancaman kepada orang Islam untuk mengganggu emosi orang Melayu dan mendapatkan undian mereka, PAS tidak mempolitikkan isu itu. Ini hanya menunjukkan ketinggian minda dan akhlak ahli politik PAS dalam negara ini berbanding UMNO.

Helah Hassan dan UMNO tidak akan memberi kesan kepada pandangan orang Islam terhadap PAS atau Kristian. Mereka tahu bahawa orang Islam lain adalah lebih rasional dalam pemikiran mereka dan tindakan mereka serta lebih bertolak ansur. Orang Melayu yang berpendidikan juga tidak mungkin akan dipengaruhi oleh ahli politik ektrimis. Sekarang sudah tiba masanya pengundi melihat diri Hassan yang sebenarnya- seorang ahli politik yang memerlukan pentas untuk melakonkan drama beliau dan mungkin juga sedang cuba untuk membuatkan Umno kagum dengannya. Umno mungkin merasakan bahawa Hassan adalah calon yang paling layak untuk melawan Khalid Ibrahim, MB Selangor yang popular sekarang ini. Ada cakap-cakap mengatakan UMNO tiada calon yang sesuai untuk diletakkan sebagai MB Selangor sekarang. Hassan mungkin mahu cuba nasib.

Rakyat Malaysia seharusnya tabik kepada PAS kerana sepatutnya, mereka boleh sahaja mengekalkan Hassan tetapi, mereka tidak melakukan yang demikian malah telah membuang Hassan kerana terlalu besar cita-citanya, memberontak dan menjadi duri dalam daging.

Malaysia Chronicle


Memalukan.. Adun Umno P. Pinang Curi Elektrik

Posted: 15 Apr 2012 07:27 AM PDT



Kecuh pasal ada Adun BN sudah kena tangkap kerana curi elektrik di Pulau Pinang! Ada 11 Adun BN di Pulau Pinang dan kesemuanya mereka adalah dari Umno – Orang Melayu!

Bikin malu dengan orang Cina dan India! Nak buat macam mana? Umno sudah busuk dari kepala lagi hingga ke usus!

Najib tak boleh marah.Muhyiddin pun tak boleh marah. Apatah lagi Mahathir! Kerana mereka semua adalah sifu kepada orang yang mencuri elektrik ini.

Kalau mereka marah pun adalah kerana pencuri leterik ini buat kerja ala kadar sahaja.

"Apasal tak buat kerja betul-betul macam Kak Fidah atau Kak Ijat?" sergah mereka kepadanya.

Siapakah Adun BN yang curi letrik di Pulau Pinang Itu? 11 Adun BN itu adalah kesemuanya adalah dari Umno – Orang Melayu!

Nak tahu Melayu Umno mana yang curi elekterik itu? Melarat dan bangsat sangatkah sampai jadi penyangak macam ini? Jom kita tengok rumah mereka :






Jadi, bukanlah Melayu miskin macam kebanyakan kita ini yang buat kerja bangsat tersebut.Dia hanya mahu meneruskan tradisi warisan perjuangan partinya yang konon mahu membela Melayu. (photo rumah kredit to BUJANG SUSAH

http://www.kedahlanie.info/2012/04/apa-punya-lahanat-punya-adun-bn-umno.html


PANAS - Mahasiswa Berdemo Ditumbuk Penguatkuasa DBKL

Posted: 15 Apr 2012 05:01 AM PDT

(Alif Ashraf [baju merah] dikasari oleh anggota penguatkuasa DBKL apabila cuba mempertahankan khemah mereka)

KUALA LUMPUR, 15 April: 20 mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka terus bertembung dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mahu meroboh dan merampas khemah mereka.

Tengahari tadi, dua dari enam khemah yang mereka bina berjaya dirampas oleh DBKL.


Jam 5 petang petang ini, sekali lagi penguatkuasa DBKL bertindak merampas khemah mereka.

Dua pelajar, Alif Hafiz dan Alif Ashraf ditumbuk oleh peguatkuasa DBKL.

(Pelajar bertindak membuat benteng manusia bagi mempertahankan khemah mereka dari dirampas oleh DBKL)

Peguam N. Surendran yang berada di tempat kejadian berkata mahasiswa boleh buat laporan polis kerana DBKL berkasar.

Kali ini dua khemah mereka berjaya dirampas. Dua lagi khemah yang ada mereka pasang kembali.

Kesemua mereka berusaha untuk berkhemah di Dataran Merdeka sehinggalah 28 April ini apabila pehimpunan Bersih 3.0 akan diadakan di situ.


SPRM Siasat Adun Sg. Rapat Atas Tuduhan Rasuah

Posted: 15 Apr 2012 04:47 AM PDT

Hamidah disiasat SPRM lagi?

Baru-baru ini Hamidah Osman telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) buat kesekian kalinya.

Menurut maklumat yang diterima, siasatan SPRM kali ini tertumpu kepada kes tuntutan palsu jamuan makan tengahari oleh Hamidah melalui
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) pada tahun 2008.

Suatu yang menarik menurut maklumat itu lagi adalah tuntutan jamuan makan tengahari tersebut adalah di dalam bulan Ramadhan, bulan di mana umat Islam diwajibkan berpuasa.


Sebelum ini, Hamidah dikatakan mempunyai 7-8 kes di SPRM yang melibatkan rasuah. Tetapi sehingga kini kes-kes tersebut masih tersimpan rapi daripada pengetahuan umum. Mungkin kerana kedudukannya di dalam kerajaan negeri Perak yang masih menyelamatkannya daripada di ambil sebarang tindakan.

Adalah menjadi tanggungjawab para pengundi di Dun Sg Rapat untuk mengalahkan Hamidah di dalam pilihanraya umum ke-13 nanti agar kes-kesnya dapat dibongkar dan dikenakan tindakan yang sewajarnya.

http://ajijoi.blogspot.com/2012/04/hamidah-disiasat-sprm-lagi.html


Tiada ulasan: