Blog-list Malaysia |
- Wan Ahmad Dan Tajuddin Wahab Dalang Bawa masuk Warga Asing Sebagai Pengundi
- Selanggor tubuh jawatankuasa khas siasat isu murtad
- Hasan Ali Yang Bangang Bercakap Tentang Semangat Ukhwah..
- Kami masih menunggu video murtad Hasan Ali, kata pengerusi MAIS
- Pandikar Amin 'Speaker Kampung Cap Ayam'
- Dewan Kecoh Bila 'Speaker Kampung Yang Bodoh' Tak Ikut Peraturan
- Seandainya PKR Diharamkan Menjelang PRU13
- SPR sewenangnya mengotorkan daftar pemilih
- Harga Minyak RON97 Naik Tengah Malam Ini
- Video Pukida Pukul Adam Adli
Wan Ahmad Dan Tajuddin Wahab Dalang Bawa masuk Warga Asing Sebagai Pengundi Posted: 04 Apr 2012 01:22 AM PDT Menurut Mahfuz 'task force' tersebut diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, dan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar. Bukan itu sahaja, Mahfuz turut mendedahkan beberapa pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dikatakan terlibat sama antaranya, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Jariah, Nik Norashikin Nik Mansur, Rashid Basiron, dan Shahrul Anwar Ahmad Zahidi, Jelas Mahfuz, isu ini amat serius seolah-olah memperlihatkan kerajaan mahu menjual negara kepada rakyat asing. Baca seterusnya di sini |
Selanggor tubuh jawatankuasa khas siasat isu murtad Posted: 04 Apr 2012 01:16 AM PDT Kerajaan Selangor hari ini menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantap peranan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam, terutama bagi menghadapi cakap-cakap berlakunya usaha memurtadkan umat Islam. Mengumumkan perkara itu, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, jawatankuasa itu akan dianggotai Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Khusrin Munawi, Pengarah JAIS Datuk Marzuki Husin, ADUN Meru Rani Osman serta pegawai daripada JAIS dan Pejabat Undang-undang negeri. "Kerajaan negeri berpendapat jawatankuasa ini akan memberi penambahbaikan kepada JAIS dalam peranannya untuk mengangkat martabat agama Islam terutama wujudnya 'cakap-cakap' wujudnya cubaan memurtadkan umat Islam melalui pendedahan video," katanya merujuk pendedahan bekas exco agama negeri Datuk Hasan Ali. Jawatankuasa itu akan melaporkan terus kepada mesyuarat exco dan dijangka melengkapkan kajiannya dalam tempoh tiga minggu, kata Khalid. |
Hasan Ali Yang Bangang Bercakap Tentang Semangat Ukhwah.. Posted: 03 Apr 2012 10:53 PM PDT Hasan Ali sedih dapat layanan buruk dari orang PAS Parit Buntar Program roadshow saya di Parit Buntar di adakan di Pekan Batu 5, Jalan Baharu Parit Buntar. Kehadiran amat memuaskan - sekitar 5 ribu orang. Ust Hafiz Nordin menjadi penceramah pertama. Agak sedih kerana ada di kalangan yang hadir yang saya percaya merupakan teman-teman PAS/PR telah cuba mengganggu ceramah beliau apabila Ust Hafiz mula menceritakan isu yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang. Parit Buntar banyak meninggalkan kenangan buat saya. Disinilah saya memulakan karier politik saya sebagai ahli parlimen. Namun agak menyedihkan apabila ada teman-teman akrab saya di Parit Buntar ini terpaksa mengenepikan semangat ukhuwwah Islamiyah hanya kerana saya bukan lagi ahli dan pimpinan PAS. Saya masih berharap agar tali silaturrahim tidak akan terputus hanya kerana kita mempunyai pandangan yang mungkin agak berbeza.- fb Hassan Ali Kasihan bila membaca keluhan Hasan Ali dalam FB mengulas ceramahnya di Parit Buntar. Kasihan kerana Hasan Ali tidak dilayan macam dulu oleh orang PAS. Kasihan , mungkin pertama kali ceramahnya diganggu sepanjang ceramahnya ke seluruh negara. Pulak tu di Parit Buntar, tempat dia pernah jadi Ahli Parlimen. Wahai Hasan Ali, siapa yang ketepikan semangat ukhuwwah? orang PAS atau Hasan Ali. Setakat mari ceramah Selamatkan Akidah orang PAS Parit Buntar tak akan marah, tapi isu akidah digunakan untuk hentam PAS di kubu PAS. Siapa yang tak marah? Nak ceramah Selamat Akidah , ceramah la orang PAS Parit Buntar tak kisah. Sebab PAS dah lama perjuangkan akidah orang Islam. Masalahnya, bila ceramah bab akidah salahkan PAS, salahkan Pakatan Rakyat. Apa cite, orang PAS Parit Buntar bukannya bodo, bukan tak tak tahu isu murtad. Ukhuwwah la dengan UMNO kerana ceramah itu pun Ketua Pemuda UMNO Bagan Serai guna atas nama Majlis Belia Daerah Kerian. MDK pun baik punya bagi kemudahan, lepas tolong sediakan kemudahan untuk ceramah. MDK nak turun pula bendera PAS sepanjang jalan di Parit Buntar , sebab UMNO sakit mata. Memang orang PAS Parit Buntar dan Bagan Serai yang meramaikan ceramah itu, bukan kerana nak sokong Hasan Ali dan bukan juga nak ganggu ceramah. Cuma nak dengar penampilan baru Hasan Ali lepas dipecat oleh PAS. Bila orang PAS dah mai, ceramah la bab Selamatkan Akidah , ini tidak dok belasah PAS , dok belasah pimpinan Pakatan Rakyat. Bukan semua orang PAS boleh tahan sabar. Itu pun pimpinan PAS Parit Buntar minta orang PAS bertenang. Tak la sampai baling batu, maki, sepak terajang macam Samseng UMNO ganggu ceramah PR. Baru sikit orang PAS bising dah minta polis tolong, yang samseng UMNO bermaharaja lela ganggu ceramah PAS di kawasan lain. Polis buat dek , macam tak berlaku apa-apa. Sampai Samseng UMNO baling batu melayang atas kepala polis pun , polis tak ambil tindakan. Cukup la Hasan Ali nak bersandiwara. Kalau nak berjuang akidah , berjuang betul-betul. Ramai orang PAS akan sokong. Tapi berjuang isu akidah kerana ada maksud lain. Tak payah la nak gebang kat orang PAS Parit Buntar. UMNO dah jaja merata kononnya, orang PAS dah kalih buktinya ramai yang pi ceramah Hasan Ali. Simpan la angan-angan tu. Orang PAS Parit Buntar bukan mudah kalih hanya dengan satu ceramah macam tu. Tahniah la kepada Ketua Pemuda UMNO Bagan Serai kerana berjaya bawa Hasan Ali ceramah di Parit Buntar setelah lama dia mengidam nak ceramah di Parit Buntar.Tapi kenapa UMNO Bagan Serai, mana UMNO Parit Buntar? ~paspb Akibat Menyampah, Ceramah Hassan Ali Di Parit Buntar Kena Ejek Dengan Orang Kampung http://www.tranungkite.net/ |
Kami masih menunggu video murtad Hasan Ali, kata pengerusi MAIS Posted: 03 Apr 2012 10:13 PM PDT KUALA LUMPUR, 4 April — Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) masih menunggu video bukti kegiatan murtad yang dimiliki Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebelum mengambil tindakan selanjutnya. Bagaimanapun Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata Hasan yang juga ahli jawatankuasa agensi itu telah menjelaskan tentang perkara itu pada mesyuarat yang diadakan semalam. Jelas beliau, tindakan selanjut tidak boleh dilakukan sekiranya Hasan tidak menyerahkan video tersebut. "Mais bersedia menerima video berkaitan kegiatan murtad untuk kita buat siasatan lanjut...kita akan terima apa-apa bukti lain termasuk video. "Beliau (Hasan) telah memaklumkan perkara ini kepada kita, beliau sudah jelaskan apa yang beliau lakukan dan kita akan ambil tindakan selanjutnya jika menerima video itu," katanya kepada The Malaysian Insider. Kelmarin Hasan membuat pendedahan tentang kegiatan murtad yang berlaku selain mempunyai tiga versi video berkenaan. Pada sesi pendedahan itu, Hasan hanya mendedahkan dua daripada tiga video tersebut dengan durasi 16 dan 42 minit yang menayangkan pengakuan sepasang suami isteri yang telah kembali kepada Islam selepas murtad. Kata Hasan, beliau tidak menolak untuk menyerahkan video bukti gejala murtad itu kepada JAIS sekiranya agensi agama itu memerlukannya. Menurut Mohamad Adzib, pihaknya melalui Jawatankuasa Pengurusan Aduan dan Penguatkuasaan akan menerima serta memantau aduan berhubung usaha memurtadkan umat Islam dan ajaran sesat di Selangor termasuk mengambil tindakan penguatkuasaan sewajar. Selain itu, jawatankuasa tetap itu juga akan memantau serta menangani isu murtad dan ajaran sesat di Selangor. "Kita ada jawatankuasa yang akan meneliti setiap aduan atau laporan yang dikemukakan, serahkan sahaja video itu kepada Mais atau Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). "Setakat ini kita masih menunggu (video daripada Hasan)," kata Mohamad Adzib. Jelas beliau, pihaknya sentiasa membuat pemerhatian dan mengumpul maklumat mengenai kegiatan murtad. "Kita juga ada pelan tindakan yang akan diambil untuk menyelesaikan masalah. Kita akan kumpul maklumat dulu kemudian baru ambil tindakan sesuai," katanya. Mohamad Adzib juga mengingatkan gerakan yang terlibat dalam kegiatan Kristianisasi agar menghormati peruntukan-peruntukan yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan. "Kita ada undang-undang untuk mencegah, tindakan akan diambil jika terdapat bukti ia (kegiatan murtad) berlaku. "Kita ada jawatankuasa yang akan pantau perkara ini," katanya. |
Pandikar Amin 'Speaker Kampung Cap Ayam' Posted: 03 Apr 2012 02:47 PM PDT PSC: Tindakan Speaker pemangkin Bersih 3.0 KUALA LUMPUR, 3 April: Penolakkan usul berkenaan laporan minoriti dan juga meluluskan cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya tanpa perbahasan merupakan pemangkin kepada perlaksanaan himpunan Bersih 3.0. Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar), Pakatan Rakyat mempunyai hujah serta bukti apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta mereka mengemukakan bukti amalan laporan minoriti yang dilakukan di mana-mana negara Komanwel. "Bila Speaker meminta kita kemukakan bukti amalan mana-mana negara komanwel yang melaksanakan laporan minoriti dalam Parlimen mereka. "Kita mempunyai hujah serta fakta berasaskan apa yang berlaku dalam Parlimen di New Zealand, Australia mahupun negara-negara kecil seperti Jamaica yang ada keutamaan tentang laporan minoriti dimasukkan atau dibahaskan bersama dengan laporan yang dikemukakan," jelasnya. Tambahnya lagi, adalah tidak munasabah Pakatan Rakyat dilayan sedemikian, yang mana hujah-hujah mereka langsung tidak mahu didengari di Parlimen. "Saya merasakan dengan penolakkan ini rakyat diluar sana dapat melihat bagaimana proses penyuburan demokrasi di dalam negara ini tidak dapat diletakkan di tempat yang adil. "Walaupun kita menyertai PSC serta memberi kerjasama sepenuh demi penanbahbaikan proses pilihanraya namun apa yang berlaku hari ini telah menguburkan demokrasi negara," sambung beliau lagi. Salahuddin ketika ditanya berkenaan pembaziran yang dilakukan sepanjang tempoh enam bulan dan akhirnya laporan tersebut diluluskan tanpa dibahas. "Saya tidak melihat ia sebagai satu pembaziran kerana kita telah beri kerjasama selama ini, tetapi pada hari ini kita dapat melihat bagaimana wujudnya campurtangan pihak eksekutif mahupun Umno itu sendiri dalam keputusan yang dibuat. "Kita melihat bagaimana laporan minoriti itu ditolak sedangkan ia tidak sepatutnya berlaku sebab kita boleh buktikan dengan amalan yang dilakukan di parlimen-parlimen di luar negara terutamanya negara komanwel," sambung beliau lagi. Sebelum itu, Pandikar Amin menolak usul yang difailkan semalam atas alasan tiada peruntukan bawah Perintah Tetap yang memberikannya kuasa untuk mengubah laporan itu. Tiada perkara seumpamanya, kata Pandikar memetik amalan berparlimen di New Zealand. Penolakan itu, menyebabkan ahli parlimen pembangkang bangun mendakwa terdapat duluan berhubung laporan minoriti dikepilkan bersama laporan-laporan lain, di Parlimen negara Komanwel lain. Malah beliau juga turut mengarahkan Azmin Ali (Gombak), R.Sivarasa (Subang) dan juga Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) keluar dari Dewan Rakyat atas tindakkan ketiga-tiga mereka mengemukakan bukti serta hujah terhadap amalan tersebut. Pandikar Amin telah mengambil keputusan untuk memutuskan usul tersebut diluluskan tanpa ada perbahasan. http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/9306-psc-tindakan-speaker-pemangkin-bersih-30?device=xhtml |
Dewan Kecoh Bila 'Speaker Kampung Yang Bodoh' Tak Ikut Peraturan Posted: 03 Apr 2012 08:08 AM PDT Keputusan paling ganjil sepanjang sejarah Parlimen Malaysia.Ahli parlimen pembangkang diketuai oleh Permatang Pauh bantah.. Speaker dewan Tan Sri Pandikar mengarahkan Gombak, Kuala Selangor Subang keluar dewan. Sedangkan bukan beliau yang mempengerusikan mesyuarat dewan ketika itu |
Seandainya PKR Diharamkan Menjelang PRU13 Posted: 03 Apr 2012 06:19 AM PDT Setelah berbagai cara, fitnah dan tipudaya dilakukan oleh puak UMNO untuk mempengaruhi rakyat supaya menolak atau jangan menyokong Pakatan Rakyat khususnya Parti Keadilan Rakyat gagal, kini ada desas desus yang belum pasti yang akan dilakukan oleh UMNO sebagai jalan terakhir yang kononya untuk menguburkan Parti Keadilan Rakyat menjelang PRU13 nanti. Jalan terakhir yang akan diambil ialah dengan cara mengharamkan PKR menjelang PRU13 nanti, dengan itu UMNO berharap tidak akan ada calun dari PKR yang akan bertanding nanti. Namun begitu, UMNO pasti sedar bahawa Pakatan Rakyat sudah membuat persediaan awal sekiranya berlaku perkara ini kerana PKR sudah sedia maklum akan kezaliman, penipuan yang bakal dilakukan oleh UMNO kelak. UMNO mengangkakan dengan cara itu nanti rakyat tidak akan mengundi Pakatan Rakyat dan sebagai pilihan undi akan diberikan kepada UMNO. Mungkin inilah perancangan jahat yang akan dilakukan oleh UMNO nanti. Bagi manusia yang tidak punya pegangan agama, tidak punya iman, mereka sanggup lakukan apa sahaja hatta dengan memaksa rakyat supaya mesti menyokong mereka juga walaupun mereka sedar bahawa kezaliman, penyelewengan dan penindasan serta penipuan mereka selama inilah puncanya rakyat terutamanya orang Melayu tidak mahu lagi mengundi UMNO. Tetapi UMNO tidak peduli semua itu, bagi mereka, apa yang mereka sudah buat dan akan buat, itu bukan urusan rakyat dan rakyat tidak ada hak untuk mempertikaikanya kerana mereka adalah raja, sultan dan UMNO juga adalah segala-galanya dan tiada siapa yang boleh menghalang apa yang UMNO hendak buat. Setelah berjuta wang rakyat UMNO gunakan untuk memancing undi, tetapi masih juga tidak berjaya, maka cara terakhir UMNO ialah menggunakan segala kekotoran semata-mata untuk mengekalkan kuasa. UMNO ingat iman dan aqidah boleh dibeli dengan wang dan bantuan serta projek kecuali manusia yang telah Allah butakan hati dan pemikiranya sahaja yang akan terpengaruh dengan permainan kotor UMNO ini. Kita lihat sahaja kes-kes besar yang berlaku dalam negara kita samada berkaitan dengan rasuah, salahguna kuasa, penyelewengan, merampas tanah rakyat, kes khalwat, zina, arak, bunuh, samseng, menipu dan berbagai lagi, semuanya angkara Melayu yang bernama UMNO. Kalau ada yang melibatkan bangsa lain dari parti komponen BN pun, hanyalah tak sampai 10% sahaja, yang selebihnya semuanya adalah melibatkan pemimpin UMNO samada di Pusat atau pun di negeri. Jadi, adakah manusia seperti ini yang hendak disokong dan diberikan kuasa untuk memerintah negara lagi? Apakah orang melayu yang menjadi penyokong dan pengundi UMNO ini sudah tidak punya rasa malu, tidak punya maruah dan tidak punya iman lagi sehinggakan sudah begini jijik dan teruk akhlak pemimpin UMNO, mereka masih lagi ingin mempertahankan dan mengundi UMNO? Suruga dan neraka adalah hak Allah, kata jamil Khir. Betullah tu, dan adalah hak Allah juga jika Allah ingin mencampakan semua orang UMNO dalam neraka jahannam kelak kerana kedegilan, kesombongan, ketakburan dan kezaliman mereka selama berkuasa. Berbalik kepada isu jika PKR diharamkan menjelang PRU13 kelak. Cadangan penulis mudah sahaja. Jika benar diharamkan, kerusi PKR bagi calun yang beragaman Islam, gunakan sahaja logo PAS dan yang bukan beragama Islam, guna sahaja logo DAP. Seandainya Pakatan Rakyat menang sehingga berjaya menguasai Putrajaya kelak, hidupkan semula PKR dan sebagai balasan dan pengajaranya, selepas menubuhkan kerajaan, perkara pertama yang wajib dan perlu dibuat ialah MENGHARAMKAN PARTI UMNO untuk selama-lamanya. Jangan biarkan lagi pasti sampah seperti UMNO itu wujud lagi di bumi Malaysia ini hingga kiamat. Walaubagaimana pun semua perkara ini hanya tertakluk kepada apakan benar PKR akan diharamkan menjelang PRU13 kelak. Dan tindakan untuk mengharamkan UMNO akan direalisasikan seandainya Pakatan Rakyat berjaya menumbangkan UMNO dalam PRU13 nanti. Namun perlu diingat, tidak mustahil UMNO akan melakukanya nanti. Jika Al Quran pun mereka pernah minta ditafsirkan semula dan janggut Nabi pun pernah mereka pertikaikan inikan pula untuk untuk mengharamkan PKR, lagi mudahlah bagi mereka. Namun begitu, jika kemenangan UMNO/BN kelak atas penipuan yang mereka lakukan dengan kerjasama JPN dan SPR, maka wajarlah JPN dan SPR diseret ke mahkamah kelak. Ini adalah kerana kedua-dua agensi ini sanggup tunduk kepada UMNO walaupun tahu tindakan mereka memberikan hak mengundi kepada warga asing itu menggadaikan maruah negara untuk jangka panjang. Mungkin penyokong UMNO ingin sangat melihat suatu hari nanti Perdana Menteri atau Menteri Besar mereka ialah warga Bangla atau warga Indon.Wallahualam. http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=13437 |
SPR sewenangnya mengotorkan daftar pemilih Posted: 03 Apr 2012 05:51 AM PDT |
Harga Minyak RON97 Naik Tengah Malam Ini Posted: 03 Apr 2012 05:39 AM PDT Harga petrol RON97 gred akan naik sebanyak 3.5 peratus dari tengah malam ini, menaikkan harga daripada RM2.80 seliter kepada RM2.90. Harga baru ini sepadan dengan harga rekod yang ditetapkan pada Mei tahun lepas. Walau bagaimanapun, harga jatuh sebanyak RM0.10 setiap bulan liter berikut. Persatuan Peniaga Petrol Malaysia rasmi mengesahkan ini ketika dihubungi. http://www.facebook.com/mkinibm/posts/361153840594288 |
Posted: 03 Apr 2012 05:19 AM PDT Insiden Kg Kerinchi kecoh, 3 mahasiswa dipukul KUALA LUMPUR: Proses pengosongan flat PKNS Kampung Kerinchi awal pagi ini dicemari insiden pergaduhan apabila tiga aktivis mahasiswa terbabit bersama anggota yang didakwa dari Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida). Tiga aktivitis mahasiswa yang terlibat ialah Adam Adli Abd Halim, Safwan Anang dan Ekhsan Bukharee Badarul Hisham. Adam Adli menjadi sasaran utama kumpulan terbabit sehingga mengalami cedera ringan apabila ditumbuk di mata kiri dan mulut. Kehadiran Adam dan dua rakannya yang lain kurang disenangi sebahagian penduduk dan kumpulan berkenaan. Insiden pergaduhan bermula apabila ketiga-tiga mahasiswa berkenaan berada di salah sebuah flat yang akan dirobohkan. Keadaan mulai tegang apabila kumpulan berkenaan menjerit mengarahkan Adam turun dan tidak mencampuri urusan pengosongan flat tersebut. Ketika Adam dan dua rakan lain turun, mereka diserbu dan pergaduhan tercetus sehingga dileraikan oleh anggota polis. Beberapa minit kemudian, seramai lapan anggota FRU mulai mengawal keadaan manakala Ekhsan Bukharee dibawa ke balai polis Lembah Pantai dan dilepaskan setelah seejam ditahan. Detik cemas FMT menemui Adam dan Ekhsan Bukharee kemudian menceritakan detik cemas yang menimpa mereka. Menurut Adam kehadiran mereka sekadar memberi sokongan kepada ahli keluarga yang terlibat dalam proses pengosongan flat terbabit. "Orang kampung minta tolong agar kami (mahasiswa) memberi sokongan. Ketika kami naik ke flat itu ada ahli keluarga yang menangis jadi kami memberi sokongan dari sudut moral. Saya faham kami tidak boleh masuk campur dalam hal ini. "Ketika kami mula naik ke tingkat tiga flat itu, provokasi telah pun bermula. Apabila saya turun ada dua orang datang tumbuk saya," kata Adam. Ekhsan Bukharee pula berkata beliau dibawa ke balai polis atas alasan keselamatan terhadap dirinya. "Saya ditahan selama sejam dibalai dan kemudian dilepaskan. Mereka (polis) bawa saya untuk elak saya dari diserang," jelasnya. Proses pengosongan flat Kerinchi ini dijadualkan dibuat awal pagi tadi, namun masih mendapat bantahan daripada 34 penduduk yang enggan berpindah atas sebab tertentu. Mereka memohon menangguhkan tarikh mengosongkan flat berkenaan sehingga 1 Julai agar dapat membuat persediaan untuk berpindah. http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/04/03/insiden-kg-kerinchi-3-mahasiswa-dipukul/ |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan