Biaqpila |
- INI AHSO LAGI MULIA DARI SAMSENG UMNGOK
- 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW
- MAHASISWA KOSONGKAN DATARAN HORMATI AGONG
- Sedangkan beruk pun takut memanjat pokok tua yang tinggi, takkanlah .......
INI AHSO LAGI MULIA DARI SAMSENG UMNGOK Posted: 20 Apr 2012 06:56 AM PDT |
Posted: 19 Apr 2012 09:00 PM PDT Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........" 1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA. 2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA. 3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah. 4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu. 5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas. 6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku. 7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang. 8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya. 9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut. BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT" Kredit to : Mohamad Asyraff KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
MAHASISWA KOSONGKAN DATARAN HORMATI AGONG Posted: 19 Apr 2012 07:30 PM PDT KUALA LUMPUR - Selepas tujuh hari berhimpun, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengosongkan tapak khemah di Dataran Merdeka buat sementara waktu, mulai hari ini, bersempena Konsert Diraja yang akan berlangsung esok. Tindakan itu akan diambil pada jam 3 petang ini. Langkah itu diambil bagi menghormati Yang di-Pertuan Agong dan konsert yang diadakan sempena istiadat pertabalan baginda. Setiausaha SMM, Haziq Abdul Aziz dan Setiausaha Aksi, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham juga berkata, pihaknya juga memutuskan untuk membatalkan rancangan menghantar memorandum kepada Agong esok. Sebelum ini, laporan media memetik SMM berkata satu memorandum akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong berkenaan tuntutan dimansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). "Cadangan untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong ditarik balik," kata Haziq. "(Jadi) individu yang ingin berkumpul di Dataran Merdeka adalah tanggungjawab mereka sendiri," kata beliau kepada Sinar Harian Online. Kata beliau, mereka akan berhimpun semula dan akan mendirikan khemah pada Ahad ini, mulai jam 2 petang dan ia akan berterusan sehingga 28 April - pada hari Bersih 3.0 mahu mengadakan perhimpunan. "Dan, kelas-kelas ceramah dan sidang rakyat waktu malam tetap akan berlangsung seperti biasa," kata beliau lagi. Dalam perkembangan lain, Haziq bersama mahsiswa lain hargai bantuan Pemuda Pas Pusat yang mengarahkan Unit Amalnya untuk mengawal keselamatan aktivis mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka pada waktu malam ekoran insiden serangan awal pagi semalam. "Kami juga akan membentuk satu pasukan untuk membantu Unit Amal untuk berjaga pada waktu malam," katanya. Setiausaha Pemuda Pas Pusat Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, langkah ini diambil berikutan kejadian 40 orang aktivis terbabit didakwa diserang 60 gengster ketika sedang berkhemah. KRONOLOGI PERKEMBANGAN DI DATARAN MERDEKA 10 malam: Tujuh khemah didirikan semula dan menjadikannya sebanyak 12 buah khemah 10.30 malam: Seramai 300 aktivis mahasiswa termasuk orang ramai berkumpul dan menanti kehadiran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim 10.45 malam: Anwar tiba di Dataran Merdeka dan memberi ucapan 11 malam: Aktivis Fahmi Reza membentangkan tuntutan yang diperjuangkan kepada peserta yang hadir dan disediakan sesi soal jawab 12.45 tengah malam: Lim Kit Siang muncul di Dataran Merdeka untuk menyokong tuntutan yang diperjuangkan oleh aktivis mahasiswa 3 pagi: Taklimat disampaikan oleh salah seorang aktivis mengenai penjagaan keselamatan ketika berada di kawasan perkhemah ekoran insiden awal pagi semalam SH KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Sedangkan beruk pun takut memanjat pokok tua yang tinggi, takkanlah ....... Posted: 19 Apr 2012 05:36 PM PDT Secara peribadi, saya menyokong tuntutan mahasiswa supaya PTPTN dimansuhkan. Saya telah menulis tentang isu ini sejak dua tahun yang lalu apabila kita semua nampak PTPTN ini sebenarnya merupakan satu perkara yang boleh membantutkan pembentukan 'human capital' seperti yang disebut-sebut oleh pemimpin kita. Setakat ini seramai 130,000 orang graduan telah disenaraihitamkan oleh PTPTN kerana gagal membayar balik pinjaman yang mereka terima dari PTPTN ini Hari-hari saya terbaca pemimpin-pemimpin kita, baik menteri-menteri atau pun penyokong UMNO yang seperti biasa sentiasa menyebelahi pemimpin yang tidak prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh graduan-graduan muda kita yang bermasalah ini. Setengah daripada penyokong membuta tuli dan pengampu UMNO sekarang ini menyokong kata-kata pemimpin untuk mendapat 'point' untuk termasuk ke dalam senarai 'winnable candidate' dalam pilihanraya yang semakin hampir ini. Menjadi calon adalah perkara yang 'ultimate' bagi ramai pemimpin UMNO sekarang ini. . Walaupun saya menyokong sepenuhnya tuntutan pelajar-pelajar ini, saya begitu 'pessimistic' tentang kejayaan tuntutan ini kerana PTPTN ini bukan setakat membiayai pelajar dengan memberikan pinjaman pembiayaan pelajaran. PTPTN ini wujud kerana 'business' besar kepada kroni-kroni besar dalam 'industry' pelajaran ini. Ratusan IPTS wujud di negara ini dan lesen IPTS-IPTS ini diperolehi oleh kroni-kroni besar dari IPTS-IPTS ini bergantung kepada PTPTN untuk mendapat sumber kewangan melalui pelajar-pelajar yang kehausan pendidikan ini. Untuk memendekkan cerita yang panjang, PTPTN ini hanya memberikan keuntungan besar kepada pengusaha-pengusaha bidang pendidikan swasta negara kita sahaja. Ramai di antara yang berada di dalam Lembaga Pengarah IPTS ini merupakan kroni-kroni dan yang memegang kepentingan peribadi mereka. Budaya berniaga secara senang ini memang sudah sebati didalam pemikiran rakyat. Kebanyakkan daripada IPTS-IPTS ini tidak mencari keuntungan yang berpatutan tetapi mereka merupakan kumpulan 'profiteers' gergasi yang mengambil kesempatan atas keperluan asas rakyat ini. Banyak kali blog ini menulis tentang pelajaran percuma untuk rakyat dan ini bukannya cadangan yang ganjil atau pandangan yang 'isolated'. Banyak negara memberikan pendidikan kepada rakyatnya secara percuma. Negara-negara itu bukan pun negara pengeluar minyak seperti negara kita. Malahan pelajaran percuma ini bukannya tidak pernah berlaku di negara ini. Dari awal kemerdekaan sehingga ke tahun tujuh puluhan, mahasiswa kita diberikan biasiswa di peringkat universiti dan mereka telah ditanggung oleh kerajaan. Semasa itu wujud 'state scholarship' dari setiap negeri-negeri dalam Persekutuan ini dan ada juga 'federal scholarship' yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan. Petronas dan Bank Bumiputra telah memperuntukkan banyak biasiswa semasa itu. Ribuan biasiswa telah disediakan oleh Petronas dan BBMB kerana Tengku Razaleigh Hamzah yang mengetuai kedua-dua syrikat GLCs ini telah bertegas untuk menjadikan pelajaran sebagai 'ingredient' penting untuk pembangunan negara kita. Jika dahulu sebelum negara kita melalui zaman kemajuannya, kerajaan telah memberikan biasiswa kepada semua mahasiswa, kenapa pula sekarang negara yang dikatakan oeh pemimpin kita sebagai negara hampir maju ini memberhentikan pemberian biasiswa kepada rakyatnya? Pada zaman itu tidak pernah kita mendengar pelajar memohon pinjaman untuk belajar di peringkat universiti. Sekarang rakyat yang masih muda telah menerima padahnya kerana disenaraihitamkan oleh kerajaan kerana tidak mampu untuk membayar balik pinjaman yang kesemuanya telah pergi kepada IPTS-IPTS dan kapitalis kroni-kroni pemimpin-pemimpin kita. Kerajaan kita telah mengambil kesempatan atas keperluan yang terdesak rakyat untuk belajar dengan menjadikan pinjaman PTPTN sebagai syarat utama sebelum menerima pelajar masuk ke kampus-kampus mereka. Kerajaan sepatutnya membayar segala kos pembelajaran rakyat di peringkat universiti ini. PTPTN telah menjadikan graduan-graduan kita tidak 'marketable' lagi di dalam pasaran pekerjaan kerana telah disenaraihitamkan oleh PTPTN. Bagaimana graduan- graduan muda ini hendak memajukan diri mereka jika mereka masih terbelenggu dengan hutang seperti menghadapi 'along-along berlesen' seperti PTPTN ini. Saya begitu teruja untuk memberikan pandangan terhadap komen Dr Mahathir yang meminta semua yang tidak bersetuju dengan PTPTN supaya tidak mengambilnya dan meminta supaya mereka memulangkan kembali pinjaman yang telah diambil mereka itu. Ini merupakan komen yang amat menyakitkan yang datang dari seorang pemimpin besar sedangkan mereka yang berdemonstrasi itu adalah mereka yang bakal menghadapi masalah seperti yang sedang dihadapi oleh mereka yang telah keluar dan mendapat ijazah mereka itu. Dr Mahathir tidak boleh menjawab secara begitu kepada mereka yang sedang memperjuangkan hak mereka untuk mendapatkan pelajaran secara percuma seperti rakyat di kebanyakan negara di dunia ini. Jika kita ambil 'equation' yang saya anggap sebagai 'silly' ini, saya juga ingin mencadangkan kepada Mirzan, anak beliau yang telah menggunakan pengaruh bapa beliau mengambil wang rakyat sebanyak RM1.8 billion yang telah digunakannya untuk menyelamatkan perniagaannya pada 1998 dahulu. Tidak ada sebab Mirzan mengambil wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaannya selain daripada sebab dia anak Dr Mahathir Mohamad. Kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohamad sehingga ke pentadbiran Najib ini telah membazirkan wang rakyat sehingga bertrillion ringgit tetapi pinjaman anak-anak muda yang sedang memulakan kehidupan mereka dikejar dan dipintas oleh undang-undang yang menekan seperti tekanan PTPTN ini. Anak-anak muda hanya inginkan pendidikan percuma, bukannya hendak menyelamatkan perniagaan mereka seperti yang dilakukan oleh Mahathir dalam isu menyelamatkan anaknya daripada tersadai dalam perniagaannya. Slogan 'rakyat didahulukan' itu nampaknya hanyalah satu lagi slogan karangan pimpinan UMNO yang tidak mempunyai daya perjuangan yang kuat. Alasan negara akan bangkrap jika PTPTN dimansuhkan itu adalah alasan hingusan yang sepatutnya ditolak oleh rakyat. Jika ketirisan yang begitu besar yang berlaku di dalam kerajaan dapat dibendung, tidak ada masalah untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat kerana pendidikan percuma itu merupakan perkara yang biasa di kebanyakan negara yang tidak menghadapi ketirisan dalam kerajaan mereka. Apabila pihak pembangkang menjanjikan pelajaran percuma, pimpinan UMNO memekik-mekik dan terlolong dan menuduh pembangkang tidak akan dapat mengotakan janji-janji itu dan itu merupakan janji-janji kosong semata-mata. Pemimpin-pemimpin UMNO termasuk Dr Mahathir Mohamad menganggapkan pembangkang tidak mempunyai daya pentadbir yang baik seperti mereka. Kerana mereka (BN) tidak mampu menyelesaikannya mereka anggap orang lain pun tidak akan mampu melakukannya. Pemimpin-opemimpin UMNO begitu kenyang dengan rasuah dan ketirisan yang berlaku di dalam kerajaan pimpinan mereka, maka mereka mengambil pandangan yang pembangkang juga akan melakukan perkara yang sama jika diberikan mandat mentadbir negara ini. Sekarang rakyat setidak-tidaknya mempunyai harapan untuk mendapatkan tuntutan mereka itu dengan memberikan sokongan kepada kerajaan alternatif. Jangan hiraukan kutukan pihak UMNO itu kerana kita tidak boleh mengharapkan orang yang terlalu kenyang untuk bekerja keras untuk kita. UMNO dan BN telah memerintah kita selama 54 tahun dan nampaknya perkara-perkara yang karut marut tetap berlaku dengan percambahan yang begitu ketara. Sekarang BN sudah kita lihat mempunyai ketidakmampuan untuk melakukan perkara yang penting untuk masa depan rakyat ini maka kita berikanlah kepercayaan ini kepada pihak PR untuk melakukannya. Untuk mendapatkan penghapusan PTPTN ini rakyat terpaksa mengambilalih Putrajaya melalui Pakatan Rakyat. Itu sahaja yang boleh dilakukan oleh mahasiswa dan ibu bapa kepada mahasiswa-mahasiswa ini untuk mencapai apa yang mereka tuntut pada hari ini. Kita lupakan dan ketepikan sahaja BN kali ini. BN sudah jelas tidak mampu mentadbir dengan baik lagi kerana pemimpin-pemimpin yang rasuah tidak mungkin mampu untuk membuat keputusan dengan baik dan saksama. 54 tahun itu sudah terlalu lama untuk sesuatu parti memerintah sesebuah negara. Pokok kelapa yang berumur 54 tahun itu sudah terlalu tinggi dan merbahaya untuk dikekalkan. Bak kata seorang sahabat saya, "beruk pun takut untuk memanjat pokok kelapa yang terlalu tinggi dan tua itu." http://aspanaliasnet.blogspot.com/ DD KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan