Biaqpila |
- GAMBAR DAN VIDEO: CARA BIKIN PORSCHE SENDIRI
- 18 Sebab Jin Merasuk Manusia
- BERITA PANAS!!! Siapa Arahkan Jabatan Imigresen Keluarkan Pasport/Visa Altantuya Atas Nama Amina Abdullah?
GAMBAR DAN VIDEO: CARA BIKIN PORSCHE SENDIRI Posted: 13 Apr 2012 04:48 AM PDT Tak semua orang mampu untuk beli sebuah Porsche yang hebat. Tetapi dengan daya kretiviti tidak berpenghujung, lelaki ini mampu mencipta kereta Porsche’nya sendiri. Cipta sendiri?!! Agak-agak macamana ya? Inilah dia, Ferdinand GT3 RS – The World’s Slowest Porsche. Biar gambar berikut menceritakan segalanya. Tengok gambar saja mungking tak puas. Ini video’nya! scaniaz KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 12 Apr 2012 09:00 PM PDT WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat. Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka. Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin. Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat," katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini. Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat. "Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,?tambahnya. Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat. "Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin," tambahnya. Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain. Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu: 1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah. 2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah 3. Meninggikan suara dalam bilik air 4. Menangis dan merintih sebelum tidur 5. Membuang air panas ke dalam bilik air 6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah 7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan 8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan 9. Selalu bertengkar suami isteri 10. Terlampau marah 11. Mengikut hawa nafsu 12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah 13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir 14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah 15. Perempuan suka bersolek 16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir 17. Jin jatuh cinta pada manusia 18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir. Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu. Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin. Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat,?katanya. Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor. Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu. sumber fb KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 12 Apr 2012 08:11 PM PDT [HD] KUALA LUMPUR, 13 April: Pilihan raya akan datang akan bergema dengan isu visa yang diberikan di negara ini kepada Altantuya Shaariibuu untuk memasuki Perancis, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar). "Bapa Altantuya mendedahkan bahawa anaknya itu telah memberitahunya bahawa Abdul Razak Baginda telah meminta bantuan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, dan Altantuya akhirnya diberikan visa untuk pergi ke Perancis dengan menggunakan nama Amina Abdullah," katanya. Malaysiakini melaporkan, bapa Altantuya, Setev Shaariibuu mendedahkan kesemua itu berlaku antara 2004 dan 2005, sebelum Altantuya dibunuh dan mayatnya diletupkan dengan bom C4 pada tahun 2006. Mahfuz menegaskan, sekadar penjelasan semata-mata mengenai pendedahan itu adalah tidak memadai dan tidak boleh diterima. "Kalau penjelasan semata-mata, tentulah Perdana Menteri akan memberikan penjelasan yang menyebelahi dirinya. "Kalau penjelasannya meragukan sekalipun, media-media di bawah kawalannya tentu akan mencanang-canangkan kononnya itu adalah penjelasan tanpa sebarang keraguan," katanya. Sebab itulah, kata Mahfuz, pendedahan Setev itu memerlukan tidak kurang dari siasatan sebuah badan bebas yang tidak boleh dipengaruhi atau ditakut-takutkan oleh Perdana Menteri dan kerajaannya. "Persoalannya, banyak perkara yang berbangkit dari tuduhan itu termasuk elemen jenayah. "Bila Altantuya diberikan visa dengan menggunakan nama Amina Abdullah, tentulah wujud pasport antarabangsa atas nama tersebut. "Siapa arahkan pemberian pasport atas nama tersebut kerana Jabatan Imigresen Malaysia tidak mungkin bertindak sendirian tanpa sebarang sebab dan suka-suka memberikan pasport kepada Altantuta dengan menggunakan nama Amina," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Orang yang mengarahkan kesemua itu dan memaksa perkara itu dilakukan, kata Mahfuz, telah melakukan jenayah. "Kita mahu percaya bahawa Najib tidak terlibat dengan apa jua proses dalam pemberian visa kepada Altantuya atas nama Amina Abdullah. "Hanya satu cara sahaja untuk kita mempercayainya iaitu dengan menubuhkan badan siasatan bebas untuk menyiasat perkara itu," katanya. Jika tidak, kata Mahfuz, perkara tersebut akan menjadi salah satu isu utama yang mesti dijawab oleh Najib, terutama dalam pilihan raya akan datang. "Jika beliau enggan menubuhkan badan bebas untuk membersihkan namanya dari dikaitkan dengan pemberian visa itu, ia boleh mengakibatkan Najib dilihat telah melakukan jenayah. "Kita lihat sahaja nanti apa terjadi apabila Najib yang dilihat telah melakukan jenayah memimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya akan datang," katanya. Malaysiakini melaporkan, pegawai kementerian luar Mongolia hairan bagaimana Altantuya mendapatkan visa itu ketika berada di Malaysia. Beliau memberitahu, warganegara Mongolia tidak boleh mendapatkan visa untuk memasuki Perancis ketika berada di Malaysia. Pegawai itu, yang berada di Malaysia bersama bapanya Setev berkata, setiap warganegara Mongolia mesti memohon dan mendapatkan visa asing di negara mereka sendiri. "Tiada cara untuk sesiapa pun daripada kami mendapatkan visa ketika berada di negara lain. DCM KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan