Isnin, 30 April 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


50,000 Hadir perhimpunan 'Raja Berdaulat, Kasih Dijunjung' PERKASA.. tak percaya tengok video ni...

Posted: 30 Apr 2012 09:26 AM PDT


Timbalan Presiden PERKASA Datuk Abdul Rahman Abu Bakar berkata berdasarkan maklum balas yang diterima, perhimpunan 'Raja Berdaulat, Kasih Dijunjung' di Padang Kelab Sultan Sulaiman yang diadakan hari Ahad (29 April) lalu dijangka disertai 5,000 orang.

Perhimpunan tersebut diadakan sebagai tanda sokongan kepada Yang di-Pertuan Agong serta Raja-raja Melayu dan acara ini dibuka kepada semua kaum dan lapisan masyarakat," katanya pada sidang media pelancaran perhimpunan itu..

Sebelum korang tengok jumlah hadirin yang cukup menggerunkan dalam Himpunan anjuran PERKASA diakhir entry ni.. baca dulu temuramah eksklusif bersama Ibrahim Ali ini..

UTUSAN: Kenapa Perkasa mengadakan perhimpunan ini?

IBRAHIM: Ia ada kaitan dengan latar belakang Perkasa sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang antara matlamat perjuangannya adalah untuk memperkasakan institusi raja sebagai sebahagian daripada asas Perlembagaan negara di bawah Perkara 153 dan 151.

Ini kerana, kita mendapati mutakhir ini terdapat segolongan rakyat terutamanya di kalangan generasi muda yang tidak sedar bahawa institusi raja adalah sebahagian daripada sistem pentadbiran negara kita.

Mereka tidak mengetahui fungsi penting raja sebagai payung negara, lambang perpaduan dan penyumbang kepada kelangsungan kemajuan, keselamatan dan keamanan negara kita.

Golongan ini termasuk sebahagian orang Melayu sendiri sudah tidak mengetahui sejarah dan tidak menghayati lagi pentingnya institusi raja yang sudah wujud sebelum ditubuhkan Persekutuan Tanah Melayu. Malah ia telah wujud sejak zaman Hang Tuah lagi.

Orang Melayu sepatutnya menjadi contoh dan teladan bagi memperkasa, menghormati dan memuliakan institusi raja ini, tetapi ada segelintir Melayu yang berperangai tidak senonoh dengan mempersendakan institusi ini kerana kepentingan politik.

Contohnya, kalau kita ada orang Melayu namanya Azmin. Saya bukan merujuk nama ini kepada sesiapa. Kalau Azmin ini tidak reti dan tiada adab untuk menunjukkan teladan yang baik, jadi bagaimana Tian Chua ataupun Muthusamy boleh menghormatinya (institusi raja)

UTUSAN: Bukankah kedudukan raja sudah dijamin dalam Perlembagaan?

IBRAHIM:Walaupun sudah termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan dan tidak boleh diusik oleh sesiapa tetapi yang mendukacitakan ada segelintir kumpulan yang bukan sahaja mempersenda raja-raja malah mereka mempersendakan Islam sebagai agama rasmi. Mereka juga mempersendakan hak keistimewaan Melayu dan kedudukan bahasa Melayu.

Perhimpunan ini memberikan fokus kepada raja-raja kerana institusi ini yang banyak disasarkan, sejak wujudnya media baru.

Kita kena juga ingat bahawa apabila mereka menghina raja, ia bermakna menghina orang Melayu dan Islam kerana ketiga-tiganya tidak boleh dipisahkan ibarat aur dengan tebing dan ibarat daging dengan darah.

UTUSAN: Adakah perhimpunan ada kaitan dengan dakwaan pemimpin pembangkang telah mencerca raja-raja Melayu?

IBRAHIM:Memang kita buat ini ada kena-mengena dengan apa yang berlaku semasa istiadat pertabalan di Istana Negara baru-baru ini dan juga rentetan daripada apa yang berlaku sebelum ini.

Kita tahu banyak perkara sensitif telah disentuh oleh pihak-pihak tertentu dan saya sendiri tidak jemu dan serik untuk berucap waktu perbahasan belanjawan ataupun titah diraja di Parlimen berkaitan Perkara 153 ini.

Kalau korang nak baca temuramah eksklusif itu sepenuhnya bacalah di Lidah Rasmi UMNO.

Sekarang saksikan.. adakah benar sasaran PERKASA iaitu 5,000 dijangka hadir tercapai??



5,000 orang?? kah..kah..kah.. itulah.. BERSIH berhimpun.. Ibrahim Ali pun nak berhimpun.. sasaran kononnya 5,000 orang tapi yang hadir.. aku rasa 500 orangpun tak ada..

Terbuka kepada semua kaum?? aku nampak hanya Melayu saja tu..

Itupun hanya Melayu yang dah selamat menjalani proses pembodohan oleh UMNO..

Laporan BBC News tentang BERSIH 3.0 di'sensor' Astro.. tengoklah.. (Video Inside)

Posted: 30 Apr 2012 07:40 AM PDT


Awal tahun ini sekitar dipenghujung Januari, kedudukan negara kita dalam rangking Indeks Kebebasan Media di dunia dilaporkan telah meningkat.

Malah ada yang berbangga kerana kedudukan Malaysia pada tahun ini adalah antara terbaik di Asia Tenggara berbanding Singapura, Thailand dan Indonesia.

Kononnya Najib telah berjaya membebaskan media dibawah program Transformasinya..

Tertanya-tanya juga aku apa yang Najib dah lakukan untuk membolehkan kedudukan negara kita dalam rangking Indeks Kebebasan Media di dunia meningkat..

Dua videoclip yang telah dimuat naik kedalam YouTube ini adalah rakaman laporan BBC tentang Himpunan BERSIH 3.0 yang baru berlalu.

Laporan yang disiarkan oleh Astro yang selama ini dikatakan bebas dari cengkaman Najib telah dipotong beberapa bahagian yang antaranya menunjukkan tindakan Polis terhadap peserta Himpunan BERSIH 3.0.

Siaran laporan oleh BBC sebenarnya telah ditunda antara 5 hingga ke 7 minit, oleh itu kakitangan Astro yang terlibat mempunyai masa bagi melakukannya. Perhatikan BBC News yang disiarkan oleh Astro di bawah ini..

  

Mungkin agak sukar mengesannya jika diperhatikan sekali imbas.. jadi korang tengok videoclip di bawah ni..

  

Timbul persoalan disini bagaimana rangking negara dalam Indeks Kebebasan Media di dunia boleh meningkat sedangkan laporan berita dari luar negarapun dipotong-potong…

Patutlah Najib tak melawat Makcik yang dipijak Polis ni.. dia takut dibaling selipar rupanya..

Posted: 30 Apr 2012 04:31 AM PDT


Semalam bagi meredakan kemarahan rakyat, Najib telah dilaporkan menemui beberapa orang yang menjadi mangsa keganasan anggota Polis yang bertugas ketika Himpunan BERSIH 3.0.

Antara yang dilawatinya ialah seorang wartawan dari The Sun (gambar atas) yang mendakwa telah dibelasah oleh tujuh orang anggota Polis.

Dalam lawatannya itu Najib telah meminta maaf akan insiden tersebut dengan nada berbisik dari wartawan The Sun itu.

Tetapi bukan semua yang menjadi mangsa keganasan anggota Polis itu boleh ditemui atau membenarkan Najib menemui mereka..

Ada juga yang tak mahu Najib datang menemuinya dan memberikan amaran kalau Najib datang akan dibalingnya dengan selipar...

Baca ni..

'Kalau Najib datang, saya baling selipar' – Mangsa keganasan polis

KUALA LUMPUR 30 April: "Jangan benarkan Datuk Seri Najib Razak datang ke sini, kalau dia datang juga, saya akan baling (dia) dengan selipar," kata Faridah Abdul, 50, mangsa keganasan polis.

Demikian respon Faridah ekoran tindakan Najib meredakan kemarahan rakyat ekoran tindakan ganas polis terhadap peserta Bersih 3.0  Sabtu lalu.

"Semalam, Najib dan beberapa Menteri Kabinet mahu datang melawat dan saya beritahu, saya tidak mahu dia datang ke sini, kalau datang juga, saya akan baling selipar padanya.

"Kalau dia pemimpin rakyat, mengapa nak lawat saya sahaja, lawatlah juga pesakit lain, nampak sangat tujuan Najib untuk kepentingan politik, saya tidak akan maafkan Najib dan kerajaan Umno BN akibat tindakan ganas ini," katanya geram.


Menceritakan detik-detik cemas itu, Faridah berkata, sebelum beliau terjatuh, sekumpulan polis berpakaian preman menjerit 'Anwar arah baling pada polis' yang disifatkannya bertujuan provokasi kepada peserta himpunan.

"Saya juga hairan kenapa ada sekumpulan berbaju Bersih dari atas bangunan yang membaling asap kepada peserta dan ini pastinya adalah SB (Pegawai Cawangan Khas) yang menyamar.

"Begitu juga yang memijak saya, anak saya melihat mereka bukan orang biasa kerana kasut yang dipakai berwarna hitam dan jarang-jarang dilihat," katanya yang cedera di kedua belah tangan dan menerima jahitan di kening kanan semasa ditemui di Hospital Kuala Lumpur hari ini.

Hadir dalam lawatan itu, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, N Surendran dan Datuk Chua Jui Meng yang juga bekas Menteri Kesihatan. Turut serta, Pengarah Guaman, Latheefa Koya.

Menurut Faridah, beliau akan berbincang mengenai perkara itu bersama keluarganya sebelum menyaman kerajaan Malaysia.

"Semasa Datuk Seri Shahrizat Jalil datang semalam, saya juga beritahu padanya yang saya akan saman dan beliau beri respon akan siasat.

"Saya jawab balik, siasat apa kalau Hakim pun kamu punya, saya nak panggil dia 'Lembu' tak sampai hati, tapi saya layan dia sebagai tetamu," kata Faridah lagi.


http://www.keadilandaily.com/?p=29728

Betulkah Anwar arahkan pagar dirempuh?.. cuba tengok video ni..

Posted: 30 Apr 2012 02:24 AM PDT


Sekali lagi Blogger-blogger pro UMNO mempamirkan mereka mempunyai daya imaginasi yang tinggi dalam menterjemahkan sesuatu perkara yang tidak pasti.


Jika sebelum ini seorang Blogger Pro UMNO telah menterjemahkan gerak bibir pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir semasa pertabalan DYMM SPB Yang DiPertuan Agong dengan menterjemahkannya sebagai menghina atau mempermainkan Sultan-sultan yang sedang berangkat masuk ke dewan.

Kali ini mereka menterjemahkan bahasa isyarat antara Azmin dan Anwar pula..

Berbekalkan sebuah videoclip (lihat video di bawah) yang memaparkan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali berkomunikasi dengan menggunakan isyarat tangan, Blog-blog pencacai UMNO melemparkan tuduhan mengatakan Anwar mengarahkan supaya sekatan atau pagar di Dataran Merdeka dirempuh.

Dari video ini juga pencacai-pencacai UMNO itu menggunakan daya imaginasi mereka untuk menterjemahkan apa maksud isyarat tangan Anwar kepada Azmin itu.




Hasilnya terjemahan mereka sudah tentu akan mengatakan bahawa Anwar telah memberikan arahan kepada Azmin supaya sekatan atau pagar di Dataran Merdeka itu dirempuh.

Bagaimanapun laporan Blog pencacai-pencacai UMNO itu dinafikan Anwar dalam satu siding Media hari ini..

Baca sebahagian dari laporan oleh The Malaysian Insider ini..

PETALING JAYA, April 30 — Datuk Seri Anwar Ibrahim and Azmin Ali denied today exchanging signals to break a police barrier in front of Dataran Merdeka during Saturday's Bersih rally, insisting that the opposition leader had asked the PKR deputy president to negotiate with police.

PKR de facto leader Anwar told a press conference the rolling motion he made with his hands directed at the Gombak MP meant to "nego, nego."

Azmin said he then jerked his thumb over his shoulder and nodded to the former deputy prime minister to say "I had already negotiated with police."

"Nego, nego. Make sure you start talking to the police officer behind you," Anwar said, repeating the rolling gesture before adding "break means break" and thrusting an open palm in front of him.

The Permatang Pauh MP pointed out that he had earlier told the crowd to "turn right into Jalan Tuanku Abdul Rahman, not left into Dataran Merdeka" and insisted at no point did he call for people to enter the historic square – The Malaysian Insider

Ok.. Dengar apa yang Anwar Ibrahim sebut diawal video di bawah ini pula..




Anwar sebut.. bergerak ke kanan, kanan makna ke arah Jalan Tuanku Abdul Rahman... bukannya ke kiri yang menghala ke Dataran Merdeka tu..

Laporan berkaitan..

Bersih 3.0: Anwar arah ke jalan TAR, bukan Dataran

PETALING JAYA, 30 April: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak agar tidak terpengaruh dengan mainan media Umno BN yang cuba mengalihkan isu sebenar mengenai perhimpunan Bersih 3.0.

Beliau berkata, lapan tuntutan rakyat ke arah pilihan raya bersih dan adil harus diutamakan dan semua pihak harus menghormati kebebasan rakyat untuk berhimpun dan bersuara.

"Semalam hari merdeka rakyat apabila 300,000 rakyat keluar menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

"Semua orang datang dengan harapan untuk berhimpun di Dataran (Merdeka) jadi jangan masuk dalam mainan media Umno BN untuk alih isu sebenar," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, Tropicana, hari ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu seterusnya menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau dan timbalannya, Azmin Ali memberi arahan kepada peserta himpunan agar merempuh kawat berduri yang dipasang di sekeliling Dataran Merdeka.

Beliau sebaliknya menjelaskan, arahan dikeluarkan agar peserta bergerak ke kanan iaitu ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), bukan ke Dataran Merdeka seperti yang ditulis dalam blog-bloh pro Umno.

"Saya sebut dan merayu kepada peserta, tolong bergerak ke kanan, kanan makna ke arah Jalan Tuanku Abdul Rahman.

"Tapi saya tidak menyalahkan peserta yang bergerak ke arah Dataran Merdeka kerana mereka datang bukan kerana Anwar, bukan kerana (Datuk S) Ambiga tapi kerana menuntut pilihan raya yang bersih dan mahu berhimpun secara aman di Dataran.

"Nak kata kita hilang kawalan, memang tidak benar," katanya yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen.

Azmin pula menjelaskan, isyarat tangan kepada Anwar bukan bermaksud beliau mahu peserta merempuh Dataran Merdeka sebaliknya menunjukkan bahawa beliau mahu berunding dengan polis.

"Saya bertemu dengan polis di hadapan halangan polis. Saya memberi isyarat kepada Anwar bahawa saya berbincang dengan polis dan bukannya menghasut penyokong untuk merempuh masuk ke Dataran Merdeka.

"Namun, seorang anggota polis memberitahu saya bahawa dia belum mendapat sebarang arahan. Selepas itu, saya arahkan semua penyokong supaya duduk dan bertenang," jelasnya.

Beliau juga mempersoal polis yang bertindak melepaskan gas pemedih mata kepada semua peserta sedangkan tindakan boleh diambil ke atas sekumpulan yang didakwa merempuh penghadang.

"Kalau isu masuk ke Dataran satu kesalahan, kenapa sembur air kimia dan gas pemedih ata kepada semua orang?

"Ambil sahaja tindakan kepada mereka yang merempuh masuk itu," katanya.

Himpunan BERSIH 3.0 di Sabah juga aman... kenapa?

Posted: 29 Apr 2012 11:59 PM PDT


Selain dari Pulau Pinang, Himpunan BERSIH 3.0 di Sabah juga berjalan dengan lancar dan aman tanpa sebarang provokasi dari pihak berkuasa.

Biarpun kehadiran sekitar hanya 3000 orang namun ini satu perkara yang boleh dibanggakan kerana peningkatan kesedaran rakyat Sabah sendiri dalam mahukan satu pilihanraya yang lebih bersih dan adil.

Penyertaan kebanyakkannya datang dari kawasan Bandar di Sabah, ini kerana majority kawasan luar Bandar di Sabah tidak punya capaian internet.

Oleh itu mereka tidak tahu tentang adanya himpunan ini..


Menurut laporan sahabat yang mengirimkan gambar-gambar ini, himpunan ini turut disertai oleh penyokong-penyokong Barisan Nasional yang mula menunjukkan penentangan terhadap Barisan Nasional sendiri.



Ianya kerana mereka tidak berpuashati dengan tiadanya tindakan yang diambil oleh Kerajaan Pusat terhadap laporan-laporan yang telah pemimpin mereka (BN Sabah) kemukakan tentang project IC dan juga Skandal Kayu Balak.

Perlu kita ketahui Project IC yang telah lama berjalan di Sabah kini telah menjadikan warganegara Malaysia di Sabah merasakan diri mereka pula sebagai pendatang kerana kebanyakkan entity perniagaan kini dikuasai oleh pendatang yang mempunyai IC.

Dalam artikel yang aku siarkan sebelum ini 'Kenapa Himpunan BERSIH 3.0 di Pulau Pinang aman tetapi di Dataran Merdeka tidak?' .. ada pencacai UMNO kata aku bodoh..

Kerana katanya BERSIH di Pulau Pinang anjuran Kerajaan Negeri ataupun disokong oleh Kerajaan Negeri jadi ianya aman..
Lagi katanya.. "Jangan cakap kosonglah kerajaan dap korang nanti akan bagi kebebasan bersuara,tengok k'jaan pap(abg dap korang) singapork sudahlah."

Bagaimanapula Himpunan BERSIH 3.0 yang berlangsung di Sabah ini juga aman? Sedangkan Sabah adalah sebuah negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional?

Sepertimana Ketua Polis Pulau Pinang yang menerima arahan dari Ketua Polis Negara, aku yakin Ketua Polis Sabah juga menerima arahan yang sama, begitu juga Ketua Polis Kuala Lumpur..

Di Pulau Pinang, Polis memberikan kerjasama sebaik mungkin.. di Sabah juga begitu.. tetapi di Kuala Lumpur sebaliknya pula..

Sedangkan Kuala Lumpur berada di mata dunia ketika Himpunan ini berlangsung.. Imej Najib terletak ditangan pihak Polis Kuala Lumpur ketika itu..

Tetapi kenapa tindakan mereka berbeza??

Sedikit gambar yang dikirimkan oleh Firdaus Rahim dari Kota Kinabalu, Sabah untuk dikongsi bersama..



Alasan Bodoh dari Najib.. Sebab Kerajaan tak benarkan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka..

Posted: 29 Apr 2012 09:37 PM PDT



Dengan menggunakan alasan kononnya ada saksi yang mengatakan MUNGKIN penganjur akan gunakan Dataran Merdeka untuk tujuan politik dan menguasai Dataran secara berterusan.. Najib cuba menghalalkan tindakan Kerajaan UMNO/BN terhadap peserta..


MUNGKIN adalah sesuatu yang belum pasti.. tapi yang dah kena belasah itu pasti...

Perhimpunan BERSIH 3.0 tidak dibenarkan untuk menggunakan Dataran Merdeka, Sabtu lalu kerana dikhuatiri pihak yang tidak bertanggungjawab akan menguasai tempat tersebut secara berterusan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, penolakan permohonan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) untuk menggunakan Dataran Merdeka juga adalah disebabkan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.


"Kerajaan tidak benarkan Dataran Merdeka digunakan atas beberapa sebab. Antaranya ia merupakan satu tapak yang ikonik dan bersejarah dalam konteks perjuangan kemerdekaan. Kemudian, ada saksi (kata) mungkin penganjur akan gunakan (Dataran Merdeka) untuk tujuan politik mereka dan ada perancangan untuk kuasai Dataran secara berterusan. Dan akhir sekali, saya ingin mengelak demonstrasi jalanan yang akan beri kesan buruk," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Agung Umno, di Kuala Lumpur, malam tadi.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Sehubungan itu, Najib berkata, cadangan kerajaan sebelum ini yang menawarkan beberapa tempat seperti Stadium Merdeka adalah bertujuan bagi mengawal situasi yang tidak diingini daripda berlaku.

"Kalau niat untuk himpun dan nyatakan pendirian mereka, stadium sesuai untuk suarakan pendapat mereka. Sesuai dengan pendirian kita iaitu 'benarkan suara bebas di negara kita' dan senang juga untuk dikawal," katanya.

Dalam pada itu, Najib yang juga presiden Umno berkata, kemudahan menggunakan meriam air dan gas pemedih mata oleh pihak berkuasa merupakan salah satu pilihan yang dibenarkan dan tidak memudaratkan kesihatan.

Jelasnya lagi, penggunaan air kimia dan gas itu adalah jauh lebih baik berbanding berlakunya pertempuran fizikal yang mampu mengakibatkan jumlah kecederaan lebih ramai.

"Pada hakikatnya, terdapat pihak yang mengatakan dari segi kesihatan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air ialah pilihan yang tidak memudaratkan keselamatan dan (ia) lebih baik daripada berlaku pertempuran fizikal.

"Seandainya tidak bersurai, kes-kes fizikal dari segi kecederaan tentu jauh lebih besar dan parah dengan apa yang berlaku semalam (Sabtu)," katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali yang mengatakan Najib tidak perlu takut untuk membubar Dewan Rakyat selepas perhimpunan BERSIH dijalankan, Najib berkata:

"Tak ragu-ragu. Saya memang tak ragu. Kenapa saya perlu (ragu-ragu)? Saya perlu fikir masa yang lebih susuai," katanya.

Ketika ditanya lagi, adakah dengan himpunan BERSIH membuatkan pengumuman bila pilihan raya akan dilakukan semakin lambat, Najib berkata:

" Tak tahulah. Tengoklah dulu. Tunggu dan lihat," katanya.

Sementara itu Bernama melaporkan Najib berkata pihak polis akan memaparkan rakaman video mengenai apa sebenarnya berlaku semasa perhimpunan di ibu negara semalam.

Katanya, langkah itu bagi mengelak insiden itu daripada dieksploitasi oleh pihak tertentu yang cuba mempengaruhi pendapat awam berhubung perhimpunan itu yang mana kebanyakannya dipaparkan melalui media sosial.

"Penting bagi polis untuk paparkan apa sebenarnya berlaku. Polis tidak akan tutup ada apa-apa termasuk jika ada salah laku yang dilakukan oleh anggota polis sendiri," katanya.

Beliau berkata seramai 130 anggota perubatan termasuk 30 doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah ditugaskan untuk memberi rawatan segera kepada yang terlibat dalam perhimpunan itu tanpa mengira fahaman politik.

Perdana menteri turut memaklumkan bahawa perhimpunan tersebut merupakan ujian pertama bagi anggota polis menterjemahkan tindakan mengikut undang-undang baru selepas kerajaan melaksakan transformasi politik termasuk pemansuhan Ordinan Darurat 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 selain memperkenalkan Akta Perhimpunan Aman baru-baru ini.

Dalam pada itu, ditanya sama ada kerajaan akan mewujudkan satu lagi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi memenuhi tuntutan perhimpunan kali ini, Najib berkata tiada sebab untuk mewujudkannya kerana semuanya telah dijawab semasa PSC membentangkan laporan mereka di Parlimen baru-baru ini.


Malaysiakini

Kenapa himpunan BERSIH 3.0 di Pulau Pinang aman tetapi di Dataran Merdeka tidak?

Posted: 29 Apr 2012 05:30 PM PDT


Gambar seorang wanita yang kelihatan sarat mengandung di atas bukanlah dirakamkan di Himpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka tetapi ianya telah dirakamkan oleh seorang sahabat yang turut bersama dalam Himpunan BERSIH 3.0 Pulau Pinang.

Jika wanita tersebut berada di Himpunan BERSIH 3.0 Dataran Merdeka mungkin beliau telah dikejarkan ke Hospital atau keguguran begitu saja dengan suasana yang berlaku di Dataran Merdeka.

Oleh kerana tiada Provokasi atau huru hara yang dicetuskan oleh Anggota Polis yang bertugas di Pulau Pinang, wanita tersebut telah pulang dengan selamatnya..

 
Dalam Himpunan BERSIH 3.0 yang telah berlangsung di Padang Kota Lama itu kehadiran dilaporkan telah mencecah hampir 10,000 orang.




Biarpun malam sebelum Himpunan berlangsung, hujan telah turun menyebabkan keadaan padang sedikit becak namun ianya tidak menjadi halangan buat warga Pulau Pinang yang berhimpun di sini..

Apa yang dituntut dalam himpunan di Pulau Pinang ini juga adalah sama dengan apa yang dituntut dalam Himpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur.

Di Dataran Merdeka 8 tuntutan dikemukakan, 8 tuntutan yang sama juga dikemukakan disini iaitu:

1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor

Namun begitu kita seolah-oleh menyaksikan Himpunan BERSIH 3.0 ini dilakukan di dua buah negara yang berbeza kerana layanan yang diterima adalah amat berbeza sekali.



Di Pulau Pinang segalanya berjalan dengan lancar cuma masa berhimpun lebih pendek kerana hujan renyai-renyai mula turun ketika Ketua Menteri Pulau Pinang mula berucap..

Dan kerjasama yang ditunjukkan oleh anggota Polis yang diketuai oleh Dato' Wira Ayub hj. Yaakob Ketua Polis Pulau Pinang jelas amat proffesional sekali.

Mereka membantu mengawal lalu lintas yang sesak kerana ramai yang hadir, paling menarik ialah anggota mereka juga telah mengawal dan mengiringi Guan Eng keluar dan masuk ke kereta rasminya.


Berbeza dengan di Dataran Merdeka perhimpunan yang asalnya berjalan dengan aman bertukar kecoh apabila polis bertindak menembak gas pemedih mata di tengah-tengah orang ramai.

Begitu juga dengan pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), tiada halangan dari mereka buat rakyat Pulau Pinang untuk menggunakan Padang milik rakyat itu..


Pihak mereka tidak mengarahkan kakitangan mereka untuk memasang pagar mengelilingi Padang Kota Lama itu bagi menghalang rakyat berkumpul di atasnya seperti yang dilakukan oleh DBKL keatas Dataran Merdeka.


Sehingga menjadikan seolah-olah Dataran Merdeka itu tanah jajahan negara asing di dalam negara kita..

Mereka telah membantu melancarkan himpunan BERSIH 3.0 itu dengan menyediakan segala kemudahan yang sepatutnya ada..

Tindakan pihak MPPP juga jauh lebih proffesional dari pihak DBKL dalam membantu menguruskan hal ini..

Kenapa DBKL perlu menghalang rakyat dari berhimpun diatas Dataran Merdeka sedangkan ianya adalah milik rakyat dan pihak DBKL adalah pihak yang diamanahkan oleh rakyat untuk menjaganya.

Adakah pihak DBKL merasakan gaji mereka dibayar oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang memperkudakan mereka?

Begitu juga dengan Ketua Polis KL, kenapa perlu membiarkan anggotanya bertindak sebegitu ganas hingga menyebabkan imej Najib tercalar dimata dunia?

Arahan buat mereka iaitu Ketua Polis Pulau Pinang dan Ketua Polis KL datang dari satu pihak yang sama.. tetapi kenapa tindakan mereka berbeza?

Dalam hal ini dari apa yang telah berlaku, sewajarnyalah Ketua Polis KL berjumpa dengan Ketua Polis Pulau Pinang untuk belajar bagaimana untuk mengawal sesebuah himpunan dengan baik.

Begitu juga Datuk Bandar yang menguasai DBKL.. dicadangkan buat beliau sepaya datang belajar dari YDP MPPP bagaimana untuk menghormati hak rakyat.. atau letak jawatan sajalah..

Bagaimanapun sekalung Tahniah buat PDRM Pulau Pinang dan pihak MPPP kerana telah membuktikan kepada seluruh rakyat Pulau Pinang bahawa mereka adalah proffesional dalam menjalankan tugas mereka!!

Tiada ulasan: