Jumaat, 27 April 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


DBKL buat lawak bodoh..

Posted: 27 Apr 2012 09:02 AM PDT


Kata orang.. kalau kita berkawan dengan orang bodoh, sikit sebanyak kita akan terpengaruh atau terikut-ikut perangai orang yang bodoh itu..

Mungkin ada benarnya perkara itu.. ini kerana sejak akhir-akhir ini kita banyak membaca kenyataan-kenyataan bodoh yang dikeluarkan oleh pemimpin UMNO.

Ini adalah kerana menurut Mahathir, orang cerdik dan pandai teah dihalang dari menyertai UMNO oleh orang-orang yang bodoh di dalam UMNO.. oleh itu UMNO kini dikuasai oleh orang-orang bodoh..

Apabila pemimpin bodoh itu merasakan dirinya pandai, maka idea-idea yang dicadangkannya kebanyakkannya adalah idea-idea bodoh belaka.

Contohnya adalah seperti banner yang direntangkan oleh pihak DBKL di atas itu, sudah pasti ideanya datang dari pemimpin bodoh yang mersakan dirinya pandai.

Tak perlulah kita pertikaikan kenapa mereka boleh mengeluarkan idea sebodoh itu.. kerana mereka sememangnya bodoh kerana dipengaruhi oleh pemimpin bodoh dari UMNO.

Tujuan banner tersebut ialah untuk menipu peserta BERSIH 3.0 dengan mengatakan tiada perhimpunan akan diadakan..

Ada sesiapa yang percaya dengan banner bodoh DBKL tu?

Menjelang BERSIH 3.0 : Malaysiakini diserang DDOS!!

Posted: 27 Apr 2012 06:22 AM PDT


Server Malaysiakini diserang lagi menjelang berlangsungnya perhimpunan duduk bantah BERSIH 3.0 di ibunegara esok.

Pembaca dan pelanggan, terutama mereka yang menggunakan laluan antarabangsa seperti telefon Blackberries, tidak dapat mengakses Malaysiakini sejak jam 5:30 petang ini.

Serangan tersebut yang dikenali sebagai serangan penafian perkhidmatan (DDOS) - melibatkan penggunaan sejumlah besar komputer untuk membanjiri server Malaysiakini dengan trafik 'sampah', mengakibatkan kesesakan laluan yang menafikan akses kepada pengguna yang sah.

Serangan tersebut biasanya dilakukan oleh sindiket antarabangsa yang dibayar untuk mengganggu lamanweb yang disasar.

Malaysiakini berdepan dengan serangan yang sama April dan Julai tahun lepas, masing-masing semasa pilihan raya negeri Sarawak dan perhimpunan BERSIH 2.0.

Pasukan teknologi Malaysiakini sedang mengkaji corak serangan dan akan mengambil langkah-langkah untuk menanganinya.

Pengguna tempatan yang terjejas dengan perubahan tersebut juga boleh melayari www1.malaysiakini.com dan www2.malaysiakini.com jika kehilangan akses dengan lamanweb utama Malaysiakini.

Pengguna juga boleh melayari www.facebook.com/malaysiakini untuk maklumat terkini mengenai serangan DDOS tersebut.



Malaysiakini

Rakyat Malaysia dilarang memijak kesemua permukaan tanah dijalan-jalan ini esok!!

Posted: 27 Apr 2012 02:29 AM PDT


Semakin hairan aku dengan Kerajaan Malaysia ini, rakyat yang mahu berhimpun dengan duduk di Dataran Merdeka dihalang dari melakukan perkara tersebut dengan berbagai-bagai halangan..


Apa yang ditakutkan sangat entahlah, lainlah kalau BERSIH 3.0 yang akan diadakan ini bertujuan untuk mengorek padang tersebut dan mencetuskan huru hara..

Jika semasa BERSIH 2.0, 91 nama telah diharamkan dari memasuki Ibu Negara, BERSIH 3.0 pula menyaksikan Polis mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang seluruh rakyat Malaysia daripada terlibat dengan perhimpunan ini..

Fahamkan betul-betul apa yang tertulis.. 'Kesemua permukaan tanah.. permukaan tanah dengan permukaan 'tar' tu dua benda yang berbezakan?

******************************************

Polis perolehi perintah mahkamah tutup Dataran Merdeka 4 hari
Ketua Polis Daerah Dang Wangi telah memperolehi perintah mahkamah dari Majistret semalam, untuk menghalang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka dari 28 April hingga 1 Mei 2012.

Perintah mahkamah ini dikeluarkan majistret bernama Zaki Asyraf bin Zubir, diserahkan kepada Pengerusi BERSIH, Ambiga Sreenevasan pada hari ini.  

Ambiga dan penganjur BERSIH dirujuk sebagai "Responden" dalam perintah mahkamah yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur ini. Berbeza dengan perintah mahkamah untuk berdepan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011, yang menyenaraikan 91 nama orang yang dilarang masuk ke kawasan pusat bandar, perintah mahkamah kali ini menghalang semua orang awam daripada terlibat dalam perhimpunan.

Pada bahagian akhir perintah mahkamah tersebut menulis, "... sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka iaitu kesemua permukaan tanah yang disempadani Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab kecuali kawasan yang diduduki oleh Kelab Diraja Selangor di bawah hak milik tanah No C.T. (R) 4366 seksyen 59, adalah dengan ini dilarang, dan orang awam diberi amaran agar tidak hadir, berada atau mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa perhimpunan dari 28 April 2012 hingga 1 Mei 2012."

Semalam, laporan MerdekaReview memetik Wong Chin Huat, Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH bahawa polis telah mengulangi langkah memohon perintah mahkamah untuk menghalang perhimpunan BERSIH 3.0, yang bakal berlangsung pada 28 April 2012.

Elak gangguan ketenteraman awam

Majistret memberi alasan bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 tidak diluluskan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di bawah Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992.

"DAN BAHAWASANYA, ia telah didapati oleh Mahkamah ini bahawa BERSIH 3.0 akan meneruskan Perhimpunan tersebut waïaupun tiada kelulusan dari pihak DBKL atau dimaklurnkan kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi. 

DAN BAHAWASANYA, ia telah didapati oleh Mahkamah ini bahawa adalah  perlu bagi suatu tíndakan segera diambil bagi mengelakkan suatu perbuatan yang mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau  keselamatan manusia atau rusuhan atau gaduh gèmparjika Perhimpunan tersebut diadakan.  

DAN BAHAWASANYA, ia telah didapati oleh Mahkamah ini bahawa suatu perintah Iarangan adalah amat diperlukan dan dikeluarkan secara Idengan segera atas kesuntukan masa memandangkan Perhimpunan tersebut akan  diadakan pada 28.4.2012."

Perhimpunan BERSIH 3.0 tetap akan dijalankan

Dalam satu sidang media tadi, Ambiga Sreenevasan bertegas bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 tetap akan dijalankan pada hari esok, bermula dengan nyanyian lagu Negaraku pada jam 2 petang.  Ambiga berkata bahawa mereka akan menghampiri Dataran Merdeka, dengan berkumpul di enam lokasi, iaitu Masjid Negara, Jalan Sultan, Pasar Seni, Masjid India, Brickfiled dan KLCC.

Ambiga berkata, pihaknya tidak akan menembusi sekatan, malah tidak akan melanggar order (break the order).  Bagaimanapun, BERSIH berharap kerajaan dan DBKL menunjukkan niat baik agar membuka Dataran Merdeka untuk digunakan pihak BERSIH.

No. Ahli UMNO Pengerusi SPR dan Timbalannya untuk ingatkan bahawa mereka adalah Ahli UMNO!

Posted: 26 Apr 2012 11:00 PM PDT


Oleh kerana kedua-duanya iaitu Pengerusi SPR dan Timbalannya telah mengakui mereka adalah Ahli UMNO tetapi 'tidak ingat' bila mereka menjadi Ahli UMNO..

Dalam kenyataan Media dari Saifuddin Nasution di bawah disenaraikan No KP, No Ahli UMNO, Kod Cawangan dan negeri mereka untuk membantu mereka mengingatinya..

Jawapan mereka kononnya mereka 'tak ingat' mereka adalah Ahli UMNO sila baca di ( SINI )


Ini laporan dari Malaysiakini..

PKR dedah keahlian Umno bos SPR


PKR hari ini mendedahkan butiran keahlian Umno dua pemimpin paling penting dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melibatkan Pengerusi Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
 
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa, Abdul Aziz menjadi anggota cawangan Sri Ampang Baru (bahagian Ampang) manakala Wan Ahmad pula di cawangan Kubang Bunggor (Pasir Mas) di Kelantan.
 
Nombor keahlian keanggotaan turut disertakan dalam kenyataannya yang dikeluarkan hari ini.
 
"Seorang yang diamanahkan menduduki jawatan sebagai anggota SPR hendaklah diyakini bebas, tidak berpihak dan 'non-partisan'.
 
"Ternyata pengerusi dan timbalan pengerusi SPR gagal dalam ujian asas ini apakala terbukti mereka berdua sah menjadi ahli Umno...," kata Saifuddin.
 
Saifuddin semalam dilaporkan mencabar kedua-dua orang kuat SPR itu supaya menafikan menganggotai parti Umno atau beliau akan mendedahkan butiran keanggotaan mereka hari ini.
 
Katanya, anggota panel SPR tidak sepatutnya condong kepada mana-mana parti politik agar dilihat berkecuali dan bertindak dengan tidak memihak.
 
Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang juga menegaskan bahawa kepercayaan awam syarat tonggak dalam kriteria pelantikan seseorang anggota dalam SPR.
 
"Kita berpendapat jalan terbaik untuk kedua-dua mereka membantu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan institusi SPR lebih-lebih lagi pada ketika Malaysia akan menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang ialah segera meletak jawatan," kata Saifuddin - Malaysiakini
 
 
Berikut adalah Kenyataan Media tersebut..
 
Parti Keadilan Rakyat memandang serius perkara keterlibatan Pengerusi SPR Tan Sri Abd Aziz Yusof dan Timbalan Pengerusi SPR Dato Wan Ahmad Wan Omar yang sah menjadi ahli Umno sementara masih memegang jawatan di dalam SPR.
 
Parti Keadilan Rakyat berpegang kepada prinsip bahawa kepercayaan awam adalah syarat tonggak dalam kriteria perlantikan seseorang sebagai anggota di dalam SPR.
 
Seorang yang diamanahkan menduduki jawatan sebagai anggota SPR hendaklah diyakini bebas, tidak berpihak dan 'non-partisan'. Ternyata Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR gagal dalam ujian asas ini apakala terbukti mereka berdua sah menjadi ahli UMNO sepertimana maklumat berikut:

Nama ABDUL AZIZ BIN MOHD YUSOF
No KP 500124105279
No KP Lama 2698922
No Keahlian UMNO 113804
Kod Cawangan 09920036=SRI AMPANG BARU
Kod DUN 09920=LEMBAH JAYA
Kod Bahagian 099 = AMPANG
Negeri SELANGOR

Nama WAN AHMAD BIN WAN OMAR
No KP 490101035179
No KP Lama 2756290
No Keahlian UMNO 2374564
Kod Cawangan 02213049=KUBANG BUNGGOR
Kod DUN 02213= CHETOK
Kod Bahagian 022 = PASIR MAS
Negeri KELANTAN

Kita berpendapat jalan terbaik untuk kedua-dua mereka membantu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan institusi SPR lebih-lebih lagi pada ketika Malaysia akan menghadapi pilihanraya umum ke 13 akan datang ialah segera meletak jawatan.



Sekian, terima kasih.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT

Pengerusi SPR dan Timbalannya mengaku sebagai Ahli UMNO.. dan kedua-duanya tak ingat bila..

Posted: 26 Apr 2012 08:29 PM PDT


Akhirnya tanpa perlu didedahkan bukti Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya dan juga Timbalannya mengakui mereka adalah Ahli UMNO.

Yang menariknya jawapan mereka juga adalah sama iaitu tidak ingat bila, dimana dan sejak bila menjadi Ahli UMNO.. kononnya keahlian mereka didaftarkan oleh orang lain..
Ini jawapan Pilihan Raya Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof..

"Saya tidak ingat langsung bila dan di mana saya pernah menjadi ahli Umno, boleh jadi ada mana-mana pihak memasukkan nama saya selepas tamat universiti, awal 70-an dulu.

"Itu pun saya tidak dapat pastikan di kawasan mana sebab lepas tamat belajar saya tinggal di beberapa tempat, antaranya Segambut, Selayang dan Ampang. Jadi kalau ada pun yang menamakan saya, memang saya tidak tahu di mana," katanya.

Berikut pula adalah jawapan dari TimbalannyaDatuk Wan Ahmad Wan Omar mengakui beliau pernah menjadi ahli Umno sambil menegaskan.

Bagaimanapun Wan Ahmad tidak ingat bila dan cawangan mana beliau didaftarkan sebagai ahli kerana pendaftaran itu dilakukan orang lain.

"Mungkin saya didaftarkan pada penghujung 70-an atau awal 80-an di cawangan Gombak, Damansara atau Subang Jaya," kata beliau.

Satu koordinasi untuk memperbodohkan rakyat yang baik.. jawapan yang sama diberikan iaitu 'TIDAK INGAT'..
Jadi… bila dah diingatkan tu letaklah jawatan…




 
Berkenaan dengan Wan Ahmad ini pula.. ada seorang ADUN BN dari Bukit Chandan, Perak yang punya rupa iras Wan Ahmad dan bapanya juga bernama Wan Ahmad, siapa tahu adakah ADUN UMNO/BN itu anak Wan Ahmad ini?

Laporan Berita yang tidak akan disiarkan oleh RTM, Astro dan TV3

Posted: 26 Apr 2012 05:00 PM PDT


Berikut adalah satu laporan dari sebuah agensi berita luar negara tentang satu peristiwa yang akan berlaku dan akan kekal dalam lipatan sejarah Malaysia yang tidak disiarkan oleh media elektronik negara iaitu RTM, TV3 dan juga ASTRO.

Ini kerana laporan tentang perkara ini sudah pasti telah diarahkan digelapkan dari pengetahuan masyarakat Malaysia yang tak punya capaian internet oleh sang penguasa yang gila untuk mengekalkan kuasa..


 Bersih rally set to go ahead

KUALA LUMPUR, Malaysia: Malaysia's electoral reform group, Bersih 3.0, is pushing ahead with a planned rally to be held this Saturday. Organisers are expecting 100,000 people to turn up, calling for free and fair elections.

They added there will be no change in venue. The protest will still be held at the iconic Merdeka Square, even though their application to use the site was rejected by the police and the Kuala Lumpur City Hall.

The coalition of 84 NGOs is prepared to push ahead with a peaceful sit-in this Saturday, at the historic Merdeka Square at 2pm local time, despite failing to obtain the green light from the city mayor and the cooperation of the city police.

Bersih co-chair Ambiga Sreenevasan said there is no turning back now. "It's a bit late now," she said.

"There has to be a guarantee that the demands of Bersih will be met before the 13th GE. "If there's any sincerity in meeting what we are asking for, that guarantee would have come by now."

The former bar council president added that the slew of law reforms pushed through by Prime Minister Najib Razak in parliament in the past weeks would have meant nothing without free and fair elections.

Apart from cleaning up the electoral roll, said to be full of dubious voters, Bersih also wants the election commission to step down and international observers be allowed in to monitor the coming polls.

They have also refused to change the venue last minute adding that the Merdeka Square is the perfect place for the rally.

Bersih steering committee member Hishamuddin Rais said: "In English, it means Freedom Square. In Arabic, it means Tahrir Square."

Said Ms Ambiga: "This is not going to be Tahrir square, and we believe actually that if at all there are to be changes in government etc, it will be done through the ballot box.

"That's how we want to do it. That's why we want clean and fair elections." Bersih 2.0 last year saw more than a thousand protesters arrested and scores injured during crackdown by riot police.

This time round, the organisers said they are well prepared for Bersih 3.0. More than 6,000 security personnel, including 100 doctors, will be on duty this Saturday.

The Bersih 3.0 rally will be held simultaneously in 11 cities nationwide, while similar protests will be held across 72 cities around the world.


- CNA/wk

Tiada ulasan: