Anak Sungai Derhaka |
- Alahai Utusan... Wajah Anwar pun boleh dijadikan rencana..
- Najib tamatkan sidang Media bila isu Scorpone ditanya?
- TAHNIAH!! Najib lantik Melayu? sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang yang baru
- Dua ditahan, DBKL rampas khemah di Dataran (Video Inside)
- UMNO Penang serah Tanah Wakaf kepada bukan Islam?
- 1,000 Tolak Anwar di KL?.. 5,000 Sokong Anwar di Permatang Pauh (Gambar)
Alahai Utusan... Wajah Anwar pun boleh dijadikan rencana.. Posted: 22 Apr 2012 08:54 AM PDT Sesiapa yang membaca Mingguan Malaysia hari ini pasti akan terbaca satu rencana yang ditulis oleh Awang Selamat yang mengulas tentang wajah-wajah Anwar kebelakangan ini. Aku tulis kat atas tu BACA bukannya BELI.. harap korang faham.. Dengan meletakkan beberapa keping gambar Anwar Ibrahim yang tak hensem langsung, penulis tersebut menulis ... Sejak tahun lalu, nampak perubahan yang ketara pada wajah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Ramai yang bertanyakan mengapa wajah Anwar keruh dan seakan hilang seri?Dah diletakkannya gambar-gambar Anwar yang tak hensem tudikatanya pula wajah Anwar keruh dan seakan hilang seri.. Cuba tengok wajah-wajah Anwar di bawah ni.. sama tak dengangambar yang Utusan siarkan tu… |
Najib tamatkan sidang Media bila isu Scorpone ditanya? Posted: 22 Apr 2012 05:54 AM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan mengulas apabila ditanya mengenai kes di mahkamah Perancis berhubung dakwaan bayaran kepada pegawai tinggi Malaysia berhubung pembelian kapal selam Scorpene. "Saya tak mahu komen... Saya tak perlu komen, terima kasih," katanya ketika ditanya hari ini dalam sidang media di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang hari ini. Najib ditanya sama ada beliau akan memberi keterangan di mahkamah Perancis memandangkan namanya dikemukakan sebagai saksi oleh Suaram ke mahkamah itu. Suaram mengemukakan namanya memandangkan beliau merupakan menteri pertahanan yang terlibat dalam perolehan kapal selam tersebut. Sidang media ringkas itu, tidak sampai selama sepuluh minit, juga segera ditamatkan. Malaysiakini |
TAHNIAH!! Najib lantik Melayu? sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang yang baru Posted: 22 Apr 2012 01:50 AM PDT Sempena dengan lawatannya ke Pulau Pinang hari ini, Najibtelah mengumumkan Pengerusi Barisan Nasional yang baru bagi menggantikan KohTsu Koon.. Perlu kita ketahui secara tradisinya dalam Barisan Nasional,Pengerusi Barisan Nasional akan secara automatik dilantik sebagai Ketua Menterijika UMNO/BN berjaya menguasai Pulau Pinang selepas PRU13 nanti. Seperti Koh Tsu Koon yang kebanyakkan pencacai UMNO anggapsebagai Melayu kerana mereka melabel Guan Eng sebagai seorang Cina, aku percayaPengerusi BN Pulau Pinang yang baru ini juga dianggap sebagai Melayu olehmereka. Ini kerana selepas PRU12 yang lalu apabila Kerajaan Negeribertukar tangan ramai pencacai-pencacai UMNO yang sedih berkata "Baguihla..hangpa dah bagi Negeri ni kat Cina..". Dari ayat yang aku dengar itu maka bolehlah aku tafsirkankerana bebal Koh Tsu Koon itu telah dianggap sebagai Melayu oleh pencacaiUMNO.. Perlantikan oleh Najib ini juga menjelaskan kepada kitabahawa di Pulau Pinang ini UMNO hanya layak untuk dipimpin bukannya menjadipemimpin.. sesuai dengan kata-kata Tun Mahathir yang mengatakan "hanya yangbodoh menyertai UMNO kini".. tak percaya baca kat ( SINI ) Oleh itu… Tahniah Najib!! Kerana telah melantik Melayu? SebagaiPengerusi BN Pulau Pinang.. HIDUP MELAYU!!! Err.. hairan jugak aku bagaimana pemimpin dari Parti yanghidup segan mati tak mahu ini boleh diterima untuk memimpin sebuah parti yangmendakwa mereka kuat di Pulau Pinang? SU Agung Gerakan Pengerusi BN Pulau Pinang baru Beliau berkata, pelantikan bekas Exco Kerajaan Negeri itu, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar berkuat kuasa hari ini. "Saya umumkan pelantikan Teng Chang Yeow sebagai pengerusi BN Pulau Pinang yang baharu dan beliau akan ambil alih dan memikul tanggungjawab itu mulai hari ini. "Terima kasih saya ucapkan kepada Pengerusi Gerakan Negeri Datuk Dr Teng Hock Nan kerana faham bahawa inilah realiti politik, walaupun beliau sendiri telah banyak memberi sumbangan dan tenaga kepada parti selama ini," katanya. Najib membuat pengumuman itu dalam ucapan pada majlis perjumpaan dengan anggota jentera pilihan raya pusat daerah mengundi (PDM) di Bukit Jawi Golf Resort di sini hari ini. Pada majlis itu, Perdana Menteri turut melancarkan 345 PDM di seluruh Pulau Pinang. Pada November lalu, Tsu Koon yang juga Presiden Gerakan mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 dan dengan itu dirumuskan bahawa beliau pada prinsipnya membuat keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai pengerusi BN Pulau Pinang. Sinar Harian |
Dua ditahan, DBKL rampas khemah di Dataran (Video Inside) Posted: 21 Apr 2012 08:39 PM PDT Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan polis pagi ini menahan dua orang lelaki yang sedang berkhemah di Dataran Merdeka. Dianggarkan 40 pegawai DBKL dan polis itu mengepung tapak perkhemahan berkenaan dan merampas khemah tersebut pada kira-kira jam 8 pagi ini, menurut seorang saksi, Wong Tay Sy, 27. Wanita muda itu berkata, pasukan berkenaan menunggu sehingga peserta perkhemahan tersebut bangkit tidur dan merampas serta memunggah sebanyak 61 daripada 61 khemah itu ke dalam trak DBKL. Wong yang berkhemah di lokasi tersebut sejak Jumaat lalu berkata, dua orang berkenaan – aktivis Fahmi Reza dan siswa bernama Umar Mohd Azmi – ditahan dan dibawa ke sebuah kenderaan tidak bertanda. "Fahmi terus bertanya sekiranya beliau ditahan namun mereka tidak menjawab. Sekarang beliau berada di balai polis Dang Wangi," katanya lagi. Hari kelapan demo siswa Kumpulan siswa berkenaan berkhemah di Dataran Merdeka sejak lebih seminggu lalu dengan mesej tuntutan untuk menghapus pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan juga tuntutan untuk pendidikan tinggi percuma. Kumpulan yang berkhemah bersama aktivis Occupy Dataran memberi ruang kepada konsert diraja untuk diadakan di Dataran namun kembali berkhemah selepas konsert itu berakhir malam tadi. Ketika dihubungi, Fahmi berkata beliau ditahan oleh anggota polis ketika pegawai DBKL sedang menurunkan khemah yang didirikan mereka. Katanya, polis berkenaan mahu bercakap dengannya namun Fahmi berkata beliau ingin berbincang dengan rakannya terlebih dahulu. Fahmi berkata beliau ditahan polis selepas ditanya sekiranya benar beliau ditahan, manakala seorang lagi ditahan apabila mendekati polis dan bertanya sebab penahanan Fahmi - Malaysiakini |
UMNO Penang serah Tanah Wakaf kepada bukan Islam? Posted: 21 Apr 2012 06:30 PM PDT Banner di atas telahdigantung oleh AJK Bertindak Persatuan Penduduk Taman Sejahtera, Teluk AyerTawar, Butterworth. Ianya digantung sebagai membantah akan pemberian secara percuma 18 buah rumah yang bernilailebihkurang RM4 Juta kepada 9 keluarga penduduk Kampung Buah Pala yang tidakmahu menerima tawaran dari Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Mereka membantah kerana menurut mereka hampir dua belastahun mereka berjuang menuntut agar rumah yang dibeli mereka di situ disiapkansetelah terbengkalai sekian lama tapi kini demi merealisasikan janji-janji MICdengan mudah Kerajaan Pusat memberikan rumah-rumah tersebut kepada pendudukKampung Buah Pala. Biarpun bantahan demi bantahan telah dibuat, memorandum demimemorandum telah diserahkan kepada Ahli Parlimen kawasan mereka namun ianyadipandang sepi.. Menurut penduduk yang membantah pemberian itu, tanah tapakkawasan Perumahan tersebut adalah tanah wakaf dan projek perumahan yang adadisitu ialah milik MAINPP. Tujuan perumahan dibangunkan disitu asalnya ialah bagimembantu masyarakat Islam memiliki rumah sendiri dengan harga yang berpatutan. Majlis penyerahan kunci rumah tersebut akan dilakukan olehNajib di USM Pulau Pinang hari ini. Sikap Hipokrit pemimpin UMNO dalam hal tanah wakaf di PulauPinang sekali lagi terserlah di sini. Kerana jika mereka sendiri memberikan secara percuma tanahwakaf tapak rumah tersebut kepada bukan Islam ianya tidak mengapa.. Tetapi apabila Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menjualtanah yang dalamnya pernah dirancangkan untuk dibina Masjid mereka cuba menipurakyat Pulau Pinang dengan mengatakan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinangmenjual tanah tapak Masjid dan minta tanah tersebut diwakafkan.. Memang pelarx depa ni!! |
1,000 Tolak Anwar di KL?.. 5,000 Sokong Anwar di Permatang Pauh (Gambar) Posted: 21 Apr 2012 09:26 AM PDT Malaysiakini telah melaporkan dalam Kira-kira 1,000 penyokong daripada lebih 18 NGO hari ini berhimpun di membantah amalan seks bebas dan anti Gerakan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT). Di kesempatan itu juga, mereka juga menyelar Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Majlis Peguam yang didakwa mereka turut menyokong gerakan itu atas nama hak asasi manusia. Berucap dalam majlis itu, Mursyidul AM NGO TIBAI Zahid Mat Arip berkata perhimpunan mereka sebagai membantah LGBT kerana ia "sangat jijik dan meloyakan" dan tidak mahu negara ditimpa bencana sekiranya amalan itu berleluasa. "Kalau kita sayangkan kepada negara kita, kita tolak Ambiga dan Anwar Ibrahim."Kalau kita nak selamatkan negara kita daripada bencana, kita kena tolak Anwar Ibrahim pada bila-bila masa, khususnya dalam pilihan raya," katanya sambil diiringi dengan laungan "Tolak Anwar, Tolak Ambiga - Malaysiakini Kalau di KL 1,000 berhimpun kerana nak tolak Anwar.. aku rasa tu adalah perhimpunan yang sekadar membuang masa kerana 1,000 yang hadir itu bukanlah pengundi dari Permatang Pauh.. Lihat gambar-gambar dibawah,, lebih dari 5,000 orang hadir dalam Pelancaran Jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat Parlimen Permatang Pauh semalam… 5,000 yang hampir keseluruhannya pengundi di Parlimen Permatang Pauh… Lagi gambar-gambar sila lihat di ( SINI ) |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan