Anak Sungai Derhaka |
- Serang Mahasiswa: Khairy kata jangan kaitkan dengan UMNO.. Ibrahim Ali kata? korang bacalah...
- Serang Mahasiswa: Ada Video pun Hishamuddin tak percaya lagi?
- Samseng UMNO Mengganas lagi.. Kali ini Mahasiswa di Dataran Merdeka pula jadi mangsa.. (Video Inside).
- Isu YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang.. Pencacai UMNO kantoi lagi..
- Dulu ABAI, sekarang TIBAI.. esok mungkin CIB** pulak kot?
- Apa kejadahnya Kerajaan UMNO/BN bagi subsidi kepada Kilang Tepung nih?
Serang Mahasiswa: Khairy kata jangan kaitkan dengan UMNO.. Ibrahim Ali kata? korang bacalah... Posted: 19 Apr 2012 06:47 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin meminta orang ramai jangan menuding jari dan menuduh mana-mana pihak menyerang mahasiswa di Dataran Merdeka malam tadi. Katanya, Umno tidak terlibat dalam kumpulan penyerang terbabit seperti yang didakwa mahasiswa itu dan pembangkang. "Walaupun tak setuju dengan perjuangan mahasiswa tebabit, saya juga tak bersetuju dengan sebarang tindakan ganas. "Harap polis dapat siasat secara rapi dan bawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan bagi mengelakkan kejadian berulang," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. Beliau juga enggan mengulas spekulasi serangan itu sengaja diadakan hanya untuk menarik perhatian dan simpati orang ramai. "Pihak yang buat rumusan sebegini kita tak tau lagi, saya tak nak buat apa-apa andaian cuma mintak polis siasat secara rapi," katanya. Penting diri Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali menyifatkan perjuangan Pro-Mahasiswa menuntut pendidikan percuma sebagai memalukan dan pentingkan diri. "Mereka memalukan seluruh maruah kerana berjuang hanya untuk tak nak bayar hutang. "Jika pinjaman dihapuskan mereka mendapat faedah cukai rakyat walaupun mendapat keputusan ujian rendah…apapun ini semua permainan politik (Ketua Pembangkang) Anwar Ibrahim yang membuatkan semua rakyat jadi keliru," katanya. Presiden Perkasa itu berkata, pendidikan percuma hanya akan membuatkan pelajar jadi malas dan enggan bersaing, sekaligus mampu menggagalkan matlamat pemansuhan tersebut. "Kalau bagi percuma dari awal mereka tak belajar, tak lulus dan asyik tunjuk perasaan saja. "Kita sekarang sedang bermain dengan isu yang diputarbelitkan pembangkang untuk modal Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13)," katanya. Beliau turut mendakwa kumpulan mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka sejak enam hari lalu ditaja parti politik tertentu. "Saya pergi ke dataran malam kelmarin secara senyap bawa kereta kawan, saya nampak ada kereta berhenti hulur duit dan khemah makanannya ada dalang yang menyokong tindakan mereka," katanya. Free Malaysia Today | ||||||
Serang Mahasiswa: Ada Video pun Hishamuddin tak percaya lagi? Posted: 19 Apr 2012 05:11 AM PDT Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyeru orang ramai supaya berhati-hati dengan dakwaan bahawa pelajar yang berkhemah di Dataran Merdeka diserang. Tanpa mengutuk serangan tersebut, Hishammuddin berkata dakwaan itu boleh disebarkan melalui sistem SMS dan media dalam talian untuk membangkitkan kemarahan masyarakat umum. Katanya dakwaan seperti itu juga pernah digunakan sebelum ini untuk mebangkitkan emosi orang ramai dalam isu perkauman, agama dan kini melibatkan pelajar. Beliau juga menasihati anggota masyarakat supaya tidak bertindak balas dan membezakan di antara dakwaan betul dan palsu. Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Hishammuddin turut menyarankan supaya kes tersebut disiasat oleh agensi terbabit. Beliau mengulas insiden melibatkan sekumpulan individu tidak dikenali yang merosakkan khemah dan menyerang kumpulan pelajar yang berhimpun di satu sudut di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Seorang daripada pelajar berkenaan dibawa ke hospital ekoran kecederaan yang dialami akibat serangan tersebut - Malaysiakini | ||||||
Posted: 18 Apr 2012 08:21 PM PDT KUALA LUMPUR: Sekumpulan antara 40 hingga 80 samseng berkelakuan biadap apabila menyerang perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka, kira-kira jam 2.30 pagi. Berpakaian serba hitam, samseng itu turut meroboh khemah, memukul mahasiwa dan orang ramai yang menyokong perkhemahan dengan menumpu sasaran terhadap mereka yang membawa kamera dan perakam video. Kejadian itu menyebabkan seorang lelaki terpaksa dihantar menaiki ambulans ke hospital manakala beberapa orang termasuk mahasiswa, ditendang, ditampar dan ditumbuk.
Beliau yang turut kehilangan telefon bimbit akibat insiden itu berkata demikian ketika berkongsi detik cemas itu bersama mahasiswa dan orang ramai. Kebanyakan mereka kesal kerana kumpulan samseng itu dibiar bermaharaja lela walaupun balai polis bergerak terletak hanya 10 meter dari lokasi perkhemahan. Seorang saksi lain kesal kerana polis enggan memberi bantuan walaupun beliau merayu bantuan tetapi anggota pihak berkuasa itu memberi alasan 'bimbang keselamatan mereka terancam'. Dalam kejadian itu, samseng turut melontar kata-kata kesat dan mencampakkan cermin mata aktivis sosial, Fahmi Reza manakala rakannya, Boon Kia Meng, seorang pensyarah institusi pengajian tinggi swasta, ditumbuk.
Kamera Nurul Haniza Mohamad, 24, pula rosak selepas ia dirampas ketika dikerumuni lima atau enam samseng. "Mereka tarik baju dan beg saya. Ada seorang tunjal kepala saya sambil menghambur kata-kata kesat," katanya yang berasal dari Batu Arang, Selangor Seorang ahli Unit Amal PAS Batu, Mohd Kassim Abdullah, 24, pula ditampar dua kali, malah disiram air oleh sekumpulan samseng berkenaan. Sungguhpun berdepan kekasaran samseng itu, semua mahasiswa dan kumpulan penyokong tetap bersemangat, malah membuat ketetapan untuk terus kekal berada di situ.
| ||||||
Isu YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang.. Pencacai UMNO kantoi lagi.. Posted: 18 Apr 2012 05:00 PM PDT Berbagai cerita yang tak tahu dari mana sumbernya dihasilkan oleh Blogger pencacai UMNO dalam isu perlantikan YDP MAIPP ini.. Kebanyakkannya cuba melaga-lagakan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Ada yang melemparkan fitnah kononnya Guan Eng mahukah Abdul Malik Abdul Kassim sebagai YDP sedangkan Guan Eng telah mengatakan beliau tidak mahu campur tangan dalam isu perlantikan YDP tersebut. Kerana bagi Guan Eng beliau bukan lah seorang pemimpin Islam dan tidak sesuai baginya untuk mengulas isu-isu Islam. Untuk menjadikan isu ini semakin panas ada yang mengatakan Dato Mansor selaku Timbalan Ketua Menteri 1 sendiri telah mengesahkan dan mengakui pihak Istana Negara telah melantik Malik Kasim sebagai YDP MAIPP atas cadangan Kerajaan Negeri sendiri.. Pemimpin-pemimpin UMNO turut mengapi-apikan suasana.. antaranya ialah Mamak di bawah ini.. dengar apa kata Mamak ini.. Dan juga tidak ketinggalan si Mamak Tua ini… Hakikatnya… baca penjelasan dari TKM1 Pulau Pinang dibawah ini… Isu perlantikan Yang diPertua danAhli-ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) seharusnya tidak perludijadikan modal politik oleh pihak-pihak tertentu. Walaupun kini dalam musimpilihanraya, adalah tidak wajar bagi pihak-pihak tertentu mensensasikan isu inisehingga menimbulkan suasana ketidaktentuan dan syak wasangka bekenaan isuagama. Kedudukan sebenarnya ialah pada 20Januari 2012, pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengutus surat ke IstanaNegara memaklumkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) yangmemperakukan YB Dato' Haji Salleh Man sebagai Yang diPertua MAINPP selamatempoh dua (2) tahun mengikut Seksyen 11 (1) Enakmen Pertadbiran Agama IslamPulau Pinang 2004. Kekeliruan ini berbangkit apabila watikahperlantikan daripada Istana Negara telah melantik YB Tuan Haji Abdul Malik binAbul Kassim sebagai Yang diPertua MAINPP. Namun begitu pihak kerajaan negerimasih membuat rayuan kepada Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong mengenaiperkara ini. Justeru sepucuk surat telah diutus ke Istana Negara bagi memohonmengadap. Pihak Istana Negara memaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda YangDi Pertuan Agong tidak dapat menerima memohon mengadap kerana mungkin mempunyaiurusan-urusan rasmi yang lebih mendesak seperti Pertabalan Seri PadukaBaginda Yang Di Pertuan Agong. Dalam masa yang sama, pihak kerajaannegeri sedar bahawa pihak MAINPP perlu menjalankan mesyuarat pertama dalamtempoh 3 bulan dari watikah perlantikan dikeluarkan. Oleh kerana itu, MAINPP akan mengadakan mesyuarat pertama yang dijadualkan pada esok bersamaan 19April 2012. Sementara menunggu rayuan kepadaSeri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong YB Dato' Salleh Man akanmempengerusikan mesyuarat ini seperti mana janji Pakatan Rakyat dalam dalamPilihanraya Kecil Permatang Pasir pada Ogos 2009. Sekian, Y.B.DATO' MANSOR BIN HJ OTHMAN Timbalan KetuaMenteri (1) Pulau Pinang | ||||||
Dulu ABAI, sekarang TIBAI.. esok mungkin CIB** pulak kot? Posted: 18 Apr 2012 10:23 AM PDT Hanya kerana seorang insan bernama Anwar Ibrahim berbagai akronim difikirkan oleh pencacai-pencacai UMNO, ada yang menghasilkan Brother Anwar Bin Ibrahim (BABI) kemudiannya muncul pula ABAI singkatan kepada Asal Bukan Anwar Ibrahim.. Kini muncul pula TIBAI iaitu Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim… hmmm.. mungkin lepas ni CIBAI pulak kot?? Kah..kah..kah... TIBAI Mahu nyahkan Anwar KUALA LUMPUR: Sebuah kelab terbaru, Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) yang disertai oleh bekas pemimpin tertinggi PKR ditubuhkan khusus untuk berjuang habis-habisan menolak Ketua Pembangkang itu dari arus politik perdana. TIBAI kini dianggotai 28 Ahli Majlis Syura yang juga terdiri daripada bekas rakan karib Anwar dan penasihat kelab ini adalah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan Senator Mohd Ezam Mohd Noor. Menurut Mursyidul Am TIBAI, Muhammad Zahid Md Arip, matlamat kelab ini ialah untuk membangkitkan kesedaran maksimum di kalangan rakyat untuk terus menolak Anwar dan sekutunya pada pilihan raya umum akan datang. Beliau berkata, TIBAI juga menumpukan Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah untuk melaksanakan pelbagai program untuk melestarikan agenda besar menolak habis-habisan Anwar. Katanya, pelancaran akan diadakan pada 22 April (Ahad) jam 8.00 malam di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru. Majlis pelancaran itu juga akan disempurnakan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali. Antara penampilan istimewa dalam majlis pelancaran itu nanti termasuklah Umi Hafilda, Datuk Shazril Eskay Abdullah, Wee Choo Keong, Datuk Seri Zahrain Hashim dan Anuar Shaari. "Orang ramai boleh menyertai kelab ini secara bai'ah (nyatakan ketaatan dan kesetiaan). Kita tubuhkan kelab ini agar rakyat sedar dan terus menolak Anwar habis-habisan. "Kita sedar Anwar akan kata tindakan ini tidak menguntungkan dan ia kerja Umno. Tapi kita bekas anggota pemimpin PKR akan turun sebagai task force baru dalam bentuk program seperti gerakan sumpah keramat," katanya. Antara yang hadir dalam sidang media itu termasuklah bekas-bekas rakan karib Anwar antaranya, Ng Lum Yong (bekas pengasas PKR), Senator Datuk Nallakaruppan, Abd Ghani Haroon (Exco Pemuda Keadilan Nasional), Wan Indera Putera (Setiausaha PKR Selangor) dan Mohd Nazmi Rosli (Setiausaha Perhubungan PKR Selangor). Free Malaysia Today . | ||||||
Apa kejadahnya Kerajaan UMNO/BN bagi subsidi kepada Kilang Tepung nih? Posted: 18 Apr 2012 09:29 AM PDT Menurut Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM), KerajaanUMNO/BN telah menghabiskan sekitar RM50Juta setahun untuk memberikan subsidi TepungGandum Kegunaan Am Bungkusan 25kg kepada Pengusaha dan Pengimpot Tepung. Ini kerana subsidi tepung gandum kegunaan am bungkusan 25kilogram kepada pengguna sudah tidak lagi relavan memandangkan kebanyakkanpengguna kini memilih untuk membeli tepung gandum dalam pek 1 kilogram. Berikut adalah e-mail dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia tentang perkara ini.. Assalamualaikum WBT & SalamSejahtera Sebentar tadi, Persatuan PenggunaIslam Malaysia(PPIM) & gabungan NGO-NGO bersekutu telah menyerahkanMemorandum kepada YB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri PerdaganganDalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan berhubung Desakan Kepada Kerajaan AgarMenghapuskan Subsidi Bagi Tepung Gandum Kegunaan Am Bungkusan 25kg YangDiberikan Kepada Pengusaha & Pengimpot Tepung. Perkara ini dituntut sesuai kepadabeberapa asas pertimbangan dan rasional seperti berikut: 1. Pemberian subsidi ini dilihattidak menepati matlamat asalnya untuk meringankan bebanan rakyat sebaliknyamenguntungkan pengusaha & pengimpot tepung terutamanya syarikat seperti FFMBerhad yang menerima lebih dari 50% keseluruhan subsidi yang bernilai RM137,000,000. 2. Subsidi tepung gandum kegunaan ambungkusan 25 kilogram kepada pengguna sudah tidak lagi relavan memandangkankebanyakkan pengguna kini memilih untuk membeli tepung gandum dalam pek 1kilogram. Bermakna, subsidi yang bernilai kira-kira RM 82,000,000 ini dimanipulasioleh pengusaha & pengimpot. 3. Pemberian subsidi sia-siaini membebankan Kerajaan dan menunjukkan tiadanya ketelusan & etikasebahagian pengusaha & pengimpot tepung. Perkara ini telahberlanjutan sejak bertahun lamanya. Kerugian dianggarkan bernilai ratusan jutaringgit bagi pemberian subsidi yang tidak memberi manfaat kepada rakyat. 4. Adanya pengusaha &pengimpot tepung seperti FFM Berhad yang memiliki kilang roti dan bakeri, inimembolehkan pihak FFM Berhad secara mudah memanipulasi subsidi ini danmembolehkan mereka menekan pesaing industri roti & bakeri dengan menawarkanharga yang lebih murah kepada pengguna. 5. Menggesa agar kerajaan melihatserta mengkaji semula subsidi yang disyaki disalahgunakan oleh pengusaha danpengimpot tepung yang telah mengakibatkan kerugian Kerajaan. Jika desakan ini dilaksanakan,kerajaan akan menjimatkan kira-kira RM 50,000,000 setahun daripada terusdisalahgunakan oleh pengusaha & penimpot yang tidak bertanggungjawab.Penjimatan subsidi ini juga membolehkan jumlah tersebut disalurkan kepadasektor lain untuk manfaat rakyat secara keseluruhannya. Kami berharap agar perkara ini dapatdisebar serta dikongsikan dengan para pengguna. Turut disertakan kenyataanakhbar, memorandum yang diserahkan serta gambar-gambar sekitar majlis. Sekian. Terima kasih "Bersama Kembalikan Hak DanMaruah Dengan Bijaksana" |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan