Sabtu, 14 April 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Tanah Perkuburan 1Malaysia?.. Apa dah jadi ni?? (Video Inside)

Posted: 13 Apr 2012 08:30 PM PDT


Gara-garataksub dengan konsep "1Malaysia" yg diilhamkan oleh PerdanaMenteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak , akhirnya agama Islam itusendiri jadi carca merba di buatnya.

 Ini berita panas yang kami terpaksa bongkarkanuntuk memberi kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia tentang kenapa perlumereka menolak UMNO BN pada Pilihanraya Umum akan datang. 

Jika merekaterus membiarkan mereka berkuasa, maka akhirnya agama akan terus diperkotakkatikkan sesuka hati oleh mereka yang berkuasa. 

Terbaru, kamiberjaya membongkarkan sebuah kawasan tanah perkuburan "1Malaysia" diParlimen Pekan iaitu kawasan Najib itu sendiri. 

Sungguhmengejutkan apabila tanah perkuburan di Tanjung Agas itu menempatkan kuburIslam, Budha dan Kristian dalam satu kawasan tanah perkuburan, tanpa adaperasaan bersalah oleh pihak terbabit. 

Selama ini,ramai dikalangan mereka yang lalu lalang di sekitar kawasan terbabit tidakperasan dengan lokasi berkenaan. Memang banyak kawasan seperti itu terdapat disepanjang jalan dari Pekan ke Rompin, namun difahamkan ia melibatkan kuburorang Asli. 

Namun, apayang berlaku di Tanjung Agas ini agak menakjubkan, kerana ia bukan tanahperkuburan orang Asli tetapi juga menempatkan kubur orang Islam biasa. 

Soalnyasekarang, apakah Najib sedar dengan apa yang berlaku ini?. 

Tidak timbulpersoalan mereka (orang Islam) itu adalah orang Asli atau tidak. Apa yangpenting mereka telah memeluk agama Islam, malah terdapat nama pada batu nisahtertera "Kechik Binti Muda" (foto bawah) yang letakbersebelahan dengan jirat Cina (bukan Islam). 


Malahterdapat juga kubur-kubur orang Kristian lain di kawasan terbabit. Umummengetahui bahawa kawasan Tanjung Agas itu kini majoritinya didiami oleh wargaKemboja yang diimport sebagai "pengundi tetap" Najib diParlimen Pekan. 

Makanya,kemungkinan besar kubur Islam yang terdapat di situ ialah adalah orang MelayuIslam Kemboja. Anehnya, kenapa perkara ini terjadi?. 

Mana perginyaJabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Majlis Ugama Islam & AdatResam Melayu Pahang (MUIP) yang sepatutnya memantau kegiatan seperti ini

Ternyata apayang berlaku ini sungguh memalukan dan amatlah mengecewakan umat Islamsebenarnya. Tambahan pula ia terjadi dalam kawasan PM Najib Razak.


Kubur 1Malaysia Part 2 sila lihat di ( SINI )

Penyenaraian Felda: Kalau macam ni.. Durian Runtuh apanya Najib?

Posted: 13 Apr 2012 05:00 PM PDT


Itu antara janji-janji manis Najib kepada para Peneroka.. tapi kalau macam yang dinyatakan oleh Nurul Izzah di bawah ni pula.. Durian Runtuh apa bendanya Najib..
 
PenerokaFelda: Durian Runtuh atau Durian Reput?

KEADILAN memandang serius kenyataanPM Najib bahawasanya kesemua 112,634 peneroka di 317 tanah rancangan FELDA dan22,468 pekerja FELDA akan mendapat durian runtuh terbesar yang mereka tidakpernah impikan sehingga mereka akan "tersandar, rebah dalam kejutan" hasiltawaran awam permulaan atau "initial public offering" (IPO) FELDA GlobalVenture Holdings (FGVH) yang dijangka selesai penyenaraiannya di Bursa Malaysiapada lewat Mei atau awal Jun 2012.

2. Dengan "gula-gula" pilihanrayasemanis ini, kami menjangkakan para peneroka dan pekerja FELDA akan menerimasaham FGVH secara percuma di samping sejumlah wang tunai sagu hati insentifpenyenaraian tersebut.

3. Malangnya, jangkaan tersebutternyata meleset kerana menurut sumber yang boleh dipercayai, para peneroka dan pekerja FELDA tidak akan menerima saham percuma atau wang tunai insentif penyenaraian.

4. Sebaliknya, KEADILAN difahamkanbahawa:

4.1  Para peneroka dan pekerja FELDA diwajibkan membuat pinjaman denganbeberapa bank terpilih untuk membeli saham FGVH meskipun segelintirdaripada mereka mungkin mempunyai simpanan untuk membiayai permohonan membelisaham IPO tersebut

4.2 Walaupun margin pinjaman adalah 100%, tempoh pinjaman adalah untuk 6bulan sahaja yakni para peneroka dan pekerja terpaksa membayar balikkeseluruhan pinjaman dengan simpanan sendiri semasa menerima borang merahjambu/biru ATAUPUN menggunakan hasil jualan saham FGVH di pasaran terbuka nantiuntuk membiayai pembayaran balik pinjaman sebelum atau pada tamat tempoh 6bulan

4.3 Walaupun "stamping fee"diketepikan, para peneroka dan pekerjaFELDA masih perlu membayar kepada bank fi dan caj sebanyak RM200 apabilapinjaman dengan rasminya dikeluarkan atau RM100 sebagai rebat jika pinjamandilunaskan awal semasa borang merah jambu (bagi pekerja) atau biru (bagipeneroka) diterima

4.4 Kadar faedah "daily rest" pada paras 5% setahun yakni lebih 2.5kali ganda kadar faedah pinjaman mudah bagi National Feedlot Centre (NFC) padaparas 2%

5. Jelas sekali apa yang disifatkanoleh PM Najib sebagai "lonjakan berganda" ini sebenarnya lebih cenderung kearah membuka peluang niaga baharu dan memberi kesempatan kepada institusikewangan terbabit mendapat hasil atas titik-peluh dan keringat peneroka danpekerja FELDA, terutamanya 5 bank pelaburan yang dilantik menyelenggara kesemuaperkara berkaitan penyenaraian, 7 bank yang dipilih untuk memberi pinjamanmembiayai pembelian saham, dan beberapa syarikat pembrokeran saham yang dilantikuntuk menjalankan urusniaga jual-beli saham di pasaran terbuka. Yang paling ketara adalah bil yuran dan cajtinggi yang perlu ditanggung oleh FGVH atas khidmat nasihat dan pengurusangerak-kerja penyenaraian oleh 2 bank pelaburan domestik dan 3 asingiaitu Maybank Investment, CIMB Investment, Morgan Stanley, JP Morgan danDeutsche Bank ke atas FGVH.

6. Malah, pendekatan sebegini juga akan menyebabkan kecairan pada pegangan ekuitiBumiputera dalam FGVH seusai peneroka dan pekerja FELDA menjual sahammereka di pasaran terbuka untuk melunaskan hutang kepada bank. Walaupun KPFdijangka akan kekal sebagai pemegang saham terbesar di samping PermodalanNasional Berhad (PNB), Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)manakala syarikat asing hanya ditawarkan sebahagian kecil saham dalam IPO FGVH,tiada apa yang menghalang mana-mana pelabur (Bumiputera dan bukan Bumiputera)dari membeli saham FGVH di pasaran terbuka.

7. Lebih malang adalah nasib anakpeneroka daripada generasi kedua dan ketiga setelah harapan mereka untukmenjadi peneroka baharu dengan mengusahakan tanah ladang kelapa sawit seluas360,067 hektar tanpa peneroka milik FELDA Plantations Sdn Bhd berkecai keranatelah dicagar kepada FGVH selama 99 tahun bagi tujuan penyenaraian.

8. KEADILAN menggesa agar PM Najibmenghentikan "umpan undi" atau "rasuah politik" seumpama ini denganserta-merta, dan menerangkan kepada umum perangkap yang tersirat di sebalik'durian runtuh' ini. PM wajib menjawab kepada setiap satu mekanisme di atasbagi meleraikan kebimbangan ramai, lantas benar-benar memberi fokus yangsewajarnya atas hak dan kepentingan mereka yang kurang bernasib baik!

*Kenyataan Media oleh Nurul Izah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden KEADILAN*

Tiada ulasan: