Anak Sungai Derhaka |
- APA?? 'Pinggan Pertabalan' berharga RM6000 sebiji??
- Pemimpin UMNO mana dapat Projek Jejambat RM108 Juta ni?
- Pekeliling yang membuktikan Imam dibayar RM50 untuk ke Majlis Najib..
- Apa Ku Li kata macam ni?.. tak lenalah tidur Zambry..
- Eh? Betullah Najib pakai rantai.. tengok nih!
APA?? 'Pinggan Pertabalan' berharga RM6000 sebiji?? Posted: 12 Apr 2012 07:08 AM PDT Surat yang mendedahkan penyalahgunaan kuasa dan amalan 'kickback money' yang semakin manjadi-jadi olehpegawai Kerajan pusat yang berkhidmat di Istana Negara akucopy n paste dari FB Dr. Maza.. bacalah.. Mukadimmah oleh Dr. Maza Saya berada di UK. Satu email telah dihantar kepada saya. Saya berharap jika ada dalam kalangan yang terlibat dengan SPRM di Malaysia, tolong siasat sejauh manakah kebenaran surat ini. Ia membabitkan harta awam. Nama-nama yang terlibat dipadamkan. Berikut adalah surat tersebut; Salam Dr,
|
Pemimpin UMNO mana dapat Projek Jejambat RM108 Juta ni? Posted: 12 Apr 2012 05:07 AM PDT BELUM pun reda isu tanah Bayan Mutiara, Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) meledakkan pula isu kerajaan pusat didakwa menganugerahkan projek jejantas bernilai RM108 juta berhampiran Bangunan Umno Bukit Mertajam kepada seorang ahli politik Umno Pulau Pinang. Presidennya, Rahmad Isahak berkata, pihaknya hairan mengenai kebolehupayaan pemaju Gold Bridge Engineering and Construction kerana mampu mendapatkan projek mega tersebut. "Jika projek itu salah satu daripada (komponen) projek kereta api berkembar MMC-Gamuda, saya hairan, bagaimana syarikat ini dipilih sedangkan tiada kedengaran proses tender terbuka dilakukan oleh (kerajaan) pusat. "Tender terbuka dalam jual beli tanah Bayan Mutiara dipertikai (oleh Umno) kerana (dianggap) tak telus. Saya nak tanya, adakah mana-mana ahli politik Umno Pulau Pinang mempengaruhi (kerajaan pusat) pusat untuk dapat 'anugerah' projek ini kerana tidak kedengaran (proses) tender terbuka dilakukan," ujarnya selepas melawat tapak projek itu di Bukit Mertajam. Pun begitu, beliau berkata, hasrat kerajaan pusat membina jejantas ini bagi mengurangkan kesesakan trafik adalah murni. Pembinaan jejambat itu menghubungkan Jalan Nangka dengan Jalan Perda Timur merentasi Jalan Padang Lalang (serta landasan kereta api) dan Jalan Permatang Rawa. PenangInsight.com difahamkan, amalan lazim di mana-mana negeri, termasuk di Pulau Pinang antaranya membenarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) hanya menguruskan tender di bawah RM10 juta sahaja. Projek yang menelan kos lebih dari jumlah RM10 juta diuruskan oleh Kementerian Kerja Raya sendiri di bawah Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor. PenangInsight.com cuba mendapatkan maklum balas di Bangunan Umno Bukit Mertajam, namun gagal. Sumber dalaman Umno yang dihubungi kemudian memberitahu, penganugerahan projek mega tersebut mempunyai kaitan dengan kelantangan 'suara Umno Bukit Mertajam' pada Perhimpunan Agung Umno lepas. "Pusat mesti memberi perhatian kepada pemimpin Bahagian (Bukit Mertajam) kami sebab dia lantang mendesak peneraju utama UDA letak jawatan kerana asyik memberi projek kepada syarikat kontraktor dari China sahaja." Beliau bagaimanapun enggan menyebut nama pemimpin yang dimaksudkannya itu - PenangInsight.com * Untuk makuman semua.. Gold Bridge Engineering and Construction adalah syarikatyang dimiliki oleh keluarga Pengerusi Umno Bahagian Bukit Mertajam yang jugamerupakan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir * |
Pekeliling yang membuktikan Imam dibayar RM50 untuk ke Majlis Najib.. Posted: 12 Apr 2012 02:02 AM PDT Kata survey popularity Najib meningkat dan Najib juga dikatakan lebih popular dari Anwar Ibrahim, tapi kenapa perlu dipaksa Masjid menghantar wakil dan membayar upah kepada wakil mereka itu? Kerana mahu menunjukkan bahawa kehadiran Najib dalam 'Majlis Pemimpin Bersama Rakyat' di Batu Pahat baru-baru ini mendapat sambutan rakyat, pihak Masjid telah dikerah membayar RM50 kepada setiap orang yang dihantarnya.. Menurut pekeliling dari Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat ini setiap Masjid perlu menghantar sekurang-kurangnya 5 orang wakil ke Majlis itu. 5 orang wakil tersebut ialah Imam 1, Imam 2, Bilal dan Noja ataupun 5 orang wakil dari kariah Masjid diwajibkan hadir (dipaksa). Majlis Pemimpin Bersama Rakyat itu telah berlangsung pada 7 April 2012 di Stadium Pengaram Jalan Ampuan Batu Pahat, Johor. Selain dari setiap Masjid dipaksa menghantar 5 orang wakil, pihak Masjid juga dikehendaki memberikan wang sebanyak RM50 kepada setiap individu yang mewakili Masjid masing-masing. Dan wakil Masjid-masjid tersebut dikehendaki melaporkan diri dihadapan Pejabat JKR Batu Pahat.. Ini dah jadi kes menipu diri sendiri ni.. takut tak ramai yang sudi hadir ke majlis Njib itu.. habis dikerah semua Imam untuk hadir ke majlis Najib.. Sudahlah begitu dibelasah pula duit Masjid yang disumbangkan oleh orang ramai kepada Masjid untuk kegunaan Masjid sebagai upah kepada wakil yang dipaksa itu.. Terdesaknya UMNO Johor ya... |
Apa Ku Li kata macam ni?.. tak lenalah tidur Zambry.. Posted: 11 Apr 2012 09:47 PM PDT SHAH ALAM, 12 April — Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini berkata, pihaknya telah disarankan olehTengku Razaleigh Hamzah untuk bersiap sedia untuk kembali mengambil alih Perak memandangkan Umno di negeri itu berkemungkinan tewas ketika pilihan raya umum akan datang. Adun Pasir Panjang itu menjelaskan, dalam pertemuan dengan Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) itu di Hotel Syuen di Ipoh pada 1 April lalu, veteran Umno itu menasihatkan Pakatan Rakyat (PR) Perak supaya bersedia untuk perubahan kuasa di negeri tersebut. "Terdapat khabar angin Umno Barisan Nasional (BN) mungkin hanya mampu mengekalkan tiga negeri sahaja dalam pilihan raya kali ini," katanya merujuk kepada Tengku Razaleigh Hamzah. "Ku Li pernah memberitahu saya untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlakunya peralihan kuasa di Perak dalam perjumpaan kami pada 1 April di Ipoh." Jelas Nizar, situasi itu dibuktikan dengan kekerapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Perak berbanding negeri-negeri lain. Menurutnya, masyarakat di kawasan pedalaman sudah menolak Umno BN kerana mereka melihat Umno BN sudah tidak lagi mampu membawa suara mereka berhubung skandal Pusat Fidlot Nasional dan juga isu pembelian cincin isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor. "Masyarakat di kawasan pedalaman sudah menolak Umno. Mereka terkesan dengan isu penternakan lembu Pusat Fidlot Nasional (NFC), dan juga cincin (Datin Seri) Rosmah Mansor," katanya ketika memberikan ucapan sewaktu pidato bertajuk "Pendidikan Percuma: Apakan Sekadar Mimpi" anjuran Malaysia Bangkit di sini. "Kita dapat lihat perdana menteri lebih kerap berjunjung ke Perak berbanding negeri lain." Jelas pemimpin PAS ini, kedua-dua isu tersebut bakal mengalih undi masyarakat pedalaman dan PR berkemungkinan bakal mengambil alih Perak. "Kita akan terus gunakan isu-isu tersebut sebagai kempen pilihan raya. Rakyat peka dengan isu-isu seperti ini. "Mungkin kita akan buat dua poster berkenaan isu-isu itu dan edarkan di Perak sebagai salah satu strategi kempen kami," katanya lagi. The Malaysian Insider |
Eh? Betullah Najib pakai rantai.. tengok nih! Posted: 11 Apr 2012 05:00 PM PDT Beberapa harilalu apabila tersebar gambar-gambar yang menunjukkan Najib memakai rantai dalamsatu majlis, aku tak berapa kisah sangat kerana gambar tersebut blur sangatsusah nak dipastikan. Dan apa yangdisiarkan dalam YouTube ini hanyalah sekilas pandang saja.. tapi memang nampakrantai itu.. Tapi gambar-gambar yang ada ini memang jelas menunjukkan Najib sememangnya memakai rantai.. Aku kurang pasti samada Najib ini memakai rantai emas atau perak biarpun kilauannya seperti emas hanya Najib sendiri dan Rosmah yang boleh jelaskan. Mungkin Najib memakai rantai tersebut bagi menyesuaikan diri dengan jawatan Menteri Wanita yang dia pangku sekarang.. Atau mungkin jugaNajib memakai "rantaikesihatan" berteknologi Nano dan Quantum Physic memang jaditrend bagi lelaki hari ini apatahlagi yang kaya raya demi menjaga kesihatan. Pemakaianrantai yang bukan bertujuan untuk perhiasan diri tapi lebih kearah menjaga kesihatan(aku tak pasti pulak fatwa Ulamak untuk hal ini...sengaja malas nak research). Kebanyakan hukum atau fatwaMENGHARAMKAN pemakaian perhiasan wanita oleh lelaki walaupun ada yangmengharuskan nya dari segi kesihatan.DENGAN SYARAT rantai atau gelangitu dibuktikan secara saintifik oleh saintis Islam sebagai berupayamenyembuh. Tapi hingga kini tiada satu pun yang boleh dibuktikan sebagaiberupaya mengubati atau menyembuh...jadi faham faham sendirilah… Dari Ibnu Abbas r.a., dia berkata: Rasulullah saw telah melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan menyerupai lelaki. Dan dalam riwayat lain, Rasulullah telah melaknati orang-orang yang menyerupai perempuan dari kaum lelaki dan orang-orang yang menyerupai lelaki dari kaum perempuan. (riwayat Bukhari] |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan