Anak Sungai Derhaka |
- PAS Parti Ajaran Sesat?.. kalau dah sesat, kenapa tak diharamkan?(Video Inside)
- Depa buat dahhhh....
- Gempa Bumi melanda Acheh, Indonesia keluar amaran tsunami (Video Inside)
- TV3 siar gambar adengan bogel Emile Hirsch..
- Ku Li sokong perhimpunan Bersih 3.0
- Dokumen yang membuktikan Ismail Sabri Yaacob salahguna kuasa..
- Kerana dicop nama Karpal Singh, The Star diharamkan edarannya di Sekolah..
PAS Parti Ajaran Sesat?.. kalau dah sesat, kenapa tak diharamkan?(Video Inside) Posted: 11 Apr 2012 08:14 AM PDT Alahai Mat Said.. Sanggup dia mengeluarkan belanja yang besar semata-mata mahu menjayakan Majlis Wacana PAS: Parti Ajaran Sesat ni.. Mainan politik jenis apa ni? Kalau dahbenar PAS itu Parti Ajaran Sesat kenapa kerajaan UMNO/BN masih biarkan..haramkan sajalah Parti PAS itu.. Kalau setakat mengkafirkan orang UMNO yang menolak hukumHudud itu PAS dilabel sebagai Parti Ajaran Sesat tu.. rasanya dah betul apayang dituduh PAS itu.. ***************************************** UMNO mahu perluas wacana PAS: Parti Ajaran Sesat KUALA TERENGGANU - Wacana 'Pas: Parti Ajaran Sesat' anjuran Umno Terengganu di sini hari ini akan menjadi tapak untuk diperluaskan ke negeri-negeri lain malah hingga ke peringkat kebangsaan, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu Datuk Yahya Khatib Mohamad. Beliau berkata, di peringkat awal, slogan itu akan menjadi gelombang dan program yang akan disusun ke setiap daerah di Terengganu. Program itu kemudian akan dibuat di negeri-negeri seperti Kedah dan Kelantan, kata Yahya. "Matlamat utama wacana ini adalah untuk memberi pendedahan khusus kepada jentera parti, badan-badan tertentu dan orang ramai bahawa perjuangan parti Pas selama ini setelah diteliti ada perkara-perkara boleh mencelarukan akidah umat Islam. "Kita mempunyai ramai ilmuan yang mahir tentang agama Islam dan politik Islam yang pada bila-bila masa boleh membantu rakan-rakan negeri lain untuk mengadakan program seumpama ini," kata Yahya kepada pemberita selepas mempengerusikan wacana berkenaan di Taman Tamadun Islam. Antara anggota panel ialah Ketua Pegawai Eksekutif Ilmuan Muda Malaysia, Fathul Bari Yahya; bekas Ketua Pemuda Pas Besut, Wan Mohamad Wan Ahmad; Prof Madya Dr Yusof Mohamad dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia; bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr Mohd Fairuz Khairuddin; dan bekas Ketua Pengarah Jasa Datuk Mustafa Taib. Yahya berkata, wacana itu adalah cetusan daripada kenyataan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said tidak lama dulu bahawa Pas boleh dianggap sebagai parti ajaran sesat. Wacana itu dihadiri kira-kira 2,500 orang yang terdiri daripada ketua-ketua masyarakat, parti politik dan orang ramai. – Bernama Videoclip ini memaparkan hujah Ustaz UMNO.. |
Posted: 11 Apr 2012 05:39 AM PDT Rasanya tak pernah lagi aku dengar berita 500 stesen minyak kehabisan Petrol RON95 dan juga Diesel sebelum ini.. Stesen minyak keputusan bekalan minyak itu adalah biasa tapi yang ini dikira luar biasa.. Luarbiasa kerana 500 Stesen Minyak kehabisan Petrol RON95 dan juga Diesel hampir serentak.. Mungkin ianya ada kaitan dengan tindakan Kerajaan UMNO/BN menaikkan Petrol RON97 baru-baru ini kot?? Hari ini Esso.. esok atau lusa mungkin Mobil kemudianya Shell, lepas tu Petronas pula kehabisan RON95.. akhirnya apa yang tinggal?? Fikir-fikirkan.... 500 Stesen Esso Hilang Bisnes Kuala Lumpur - Masalah ketiadaan bekalan minyak RON95 dan diesel yang dihadapi oleh pengusaha stesen minyak Esso di Lembah Klang rupa-rupanya menjadi isu besar memandangkan kes yang sama turut berlaku di kira-kira 500 stesen minyak jenama sama di seluruh negara sejak beberapa hari lalu. Kosmo! difahamkan, masalah tersebut menyebabkan setiap stesen minyak kerugian transaksi jualan RON95 dan diesel berjumlah RM110,000 sehari atau keseluruhannya RM55 juta jika membabitkan 500 stesen. Presiden Persatuan Peniaga Petroleum Esso Malaysia (EPDAM), Abd. Razak Harun berkata, keadaan tersebut menyebabkan para pengusaha stesen minyak semakin tertekan ekoran keuntungan perniagaan mereka banyak bergantung kepada hasil jualan minyak. Menurut beliau, isu tersebut perlu ditangani segera bagi mengelak tanggapan negatif pelanggan terhadap operasi syarikat minyak itu. "Kita akan mengadakan perbincangan dengan syarikat berkenaan, Petron Corp. esok (hari ini) bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi," katanya ketika dihubungi di sini semalam. Kosmo! semalam melaporkan rungutan beberapa pengusaha stesen minyak Esso di Lembah Klang yang mendakwa perniagaan mereka terjejas setelah tidak menerima bekalan RON95 dan diesel daripada pembekal syarikat petroleum tersebut sejak 1 April lepas. Pada masa ini terdapat lebih 3,200 buah stesen minyak di seluruh negara dengan kira-kira 500 buah di bawah jenama Esso. Kosmo! Online |
Gempa Bumi melanda Acheh, Indonesia keluar amaran tsunami (Video Inside) Posted: 11 Apr 2012 03:10 AM PDT Gempa bumi berukuran 8.9 magnitud menggegar Aceh pada jam 4.38 petang (Waktu Malaysia). Amaran tsunami turut dikeluarkan oleh Agensi Geofizikal Indonesia. Orang ramai diminta menjauhi kawasan pantai sehingga amaran Tsunami ditarik balik. Gegaran tersebut turut dirasai di Kelantan, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kuala Lumpur dan Selangor. Agensi Survei Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gegaran berpusat di kawasan laut 495 kilometer (km) ke barat daya Aceh, sedalam 33 kilometer. Gegaran juga dirasai di Singapura, Thailand dan selatan India, lapor Reuters. Gempa hari ini juga dilaporkan berhampiran dengan lokasi gegaran pada 2004 yang mengakibatkan sekitar 250,000 terbunuh di 13 buah negara. Seramai 170,000 orang terbunuh di Aceh sendiri. Magnitud gegaran lapan tahun lalu itu adalah 9.1 dan dikesan di kawasan laut sedalam 30 kilometer. Update: Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9.11pm dan Port Dickson pada 2.10am SEKIRANYA TSUNAMI BERLAKU. Jauhkan dari pantai. |
TV3 siar gambar adengan bogel Emile Hirsch.. Posted: 11 Apr 2012 12:15 AM PDT Inilah yang terjadi bila mereka tanpa segan silu sering menayangkan video lucah atau gambar lucah untuk tatapan umum dengan tujuan mengaibkan seseorang. Jika video lucah keluaran Dato 'T' itu boleh mereka siarkan ketika waktu perdana tanpa segan silu, apatah lagi adengan-adengan yang tersorok di dalam filem-filem.. Sama saja tarafnya dengan blogger Pencacai UMNO yang tak kisah untuk menyiarkan gambar lucah hanya kerana mahu menjatuhkan maruah seseorang. Bak kata pepatah.. alah bisa tegal biasa.. lepas buat minta maaf.. TV3 Mohon Maaf Kesilapan Penyiaran Adegan Bogel Emile Hirsch . PETALING JAYA: Stesen televisyen TV3 pada Selasa memohon maaf kepada penonton negara ini terhadap penyiaran adegan kurang sopan dalam filem Into The Wild yang disiarkan menerusi saluran itu pada 24 Mac lalu. TV3 dalam satu kenyataannya kepada mStar Online di sini Selasa berkata, pihaknya akur terhadap kesilapan yang berlaku sehingga menimbulkan bantahan beberapa pihak. "Pihak kami memandang serius insiden ini dan TV3 akan berusaha memastikan kandungan dan paparan yang disajikan kepada para penonton bukan sahaja sarat dengan elemen hiburan dan "infotainment" semata-mata, malah turut memastikan ia dapat memberi impak positif dan kesan moral bersesuaian dengan cita rasa penonton," kata kenyataan itu. Pertubuhan yang dikenali Allied Coorodinating Committee of Islamic NGO's (ACCIN) melalui Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Ab. Kadir dalam sebuah akhbar pada Selasa membantah tindakan TV3 kerana menyiarkan adegan bogel terlampau filem berkenaan sehingga menampakkan kemaluan pelakon Emile Hirsch. ACCIN turut kesal dengan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) kerana kegagalan menapis adegan seperti itu dan juga filem-filem lain dari luar negara. Sementara itu LPFM yang dihubungi mStar Online memberitahu pihaknya telah membuat 24 pemotongan adegan "panas" dalam filem berkenaan sebelum dibenarkan untuk disiarkan oleh stesen televisyen itu. Pengerusinya, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap berkata, TV3 sepatutnya perlu membuat penyuntingan semula lebih-lebih lagi pada adegan bogel yang dilakonkan oleh Emile Hirsch. "Selepas pemotongan dilakukan oleh LPFM, pihak kami telah meminta TV3 untuk membuat penyuntingan semula. Tak sangka ia boleh terlepas begitu sahaja," katanya. Dalam pada itu, tambah Raja Azhar, apabila sesebuah filem atau drama yang telah ditapis dan disiarkan itu mempunyai isu-isu sensitif, ia akan dilaporkan terus kepada Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM) untuk diselidik. "Pihak kami akan menghantar laporan tentang isu berkenaan kepada pihak SKMM untuk membuat tindakan lanjut dan berharap semua stesen televisyen di negara ini mengikut garis panduan yang telah ditetapkan," katanya. mStar |
Ku Li sokong perhimpunan Bersih 3.0 Posted: 10 Apr 2012 09:59 PM PDT KOTA BHARU, 11 April: Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan, Dr Zayadi Awang Noh secara terbuka menyatakan sokongan terhadap perhimpunan Bersih 3.0 bagi memastikan pilihan raya lebih adil dan telus. "Kita mahu peranan media lebih adil dan bebas. Begitu juga dengan penggunaan jentera dan kakitangan kerajaan ketika pilihan raya tidak boleh disalahgunakan. Kita mahu pilihan raya benar-benar adil dan bebas. "Malah ia selaras dengan tuntutan Angkatan Amanah Merdeka. Jadi saya serah kepada ahli-ahli Amanah untuk hadir pada perhimpunan tersebut pada 28 April ini," kata Tengku Razaleigh menjawab soalan penonton pada Bicara UT6 – PRU-13 Perjuangan dan Amanah di Kelantan Trade Centre malam tadi. Program itu anjuran bersama www.uttv.biz turut diadakan pelancaran Amanah peringkat negeri Kelantan. Dr Zayadi dilantik sebagai pengerusi Amanah Kelantan. Bekas veteran Umno Ketereh, Sabri Shafei bertindak sebagai moderator. Turut hadir veteran Umno, Datuk Mazlan Harun dan Tamrin Ghaffar. Dewan konvensyen penuh dengan gabungan antara penyokong Umno, PAS dan PKR. Malah ramai yang datang dari Gua Musang. Perhimpunan Bersih 3.0 akan diadakan pada 28 April ini ekoran banyak pihak tidak berpuas hati terhadap tuntutan Bersih 2.0 tak diterima kerajaan sepenuhnya biar pun Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen diwujudkan bagi tujuan tersebut. Seorang penonton tiba-tiba meneriakkan Tengku hendak pergi ke.. Tengku Razaleigh menjawab itu terpulang kepada ambo hendak pergi atau tidak pada perhimpunan tersebut. Program Biacara UT6 sendat dengan pelbagai isu menarik yang berlaku sekarang. Seorang anak muda mengajukan soalan agak panas dengan menanyakan bilakah Ku Li dan Dr Zayadi mahu meninggalkan Umno memandangkan parti itu didedah mereka sarat pelbagai penyelewengan. Dr Zayadi yang pernah dilucut jawatan sebagai Exco Umno Malaysia selepas penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyatakan sokongan padu terhadap usaha dilakukan Bersih 3.0. "Siapa yang takut kepada Bersih bermakna dia itu kotor. Begitu juga kalau ada orang takut kepada Amanah dia itu khianat. Jadi tidak ada sebab untuk tidak menyokong Bersih 3.0," ujarnya. Harakahdaily |
Dokumen yang membuktikan Ismail Sabri Yaacob salahguna kuasa.. Posted: 10 Apr 2012 07:00 PM PDT Jingga 13 mendedahkan wujud salah guna kuasa apabila Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob bertindak memberikan penangguhan 'khas' kepada Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad (KTKKK) untuk melaksanakan GP6 (Garis Panduan Mengenai Kemudahan Kredit Oleh Koperasi) dan GP7 (Garis Panduan Mengenai Pembiayaan Islam oleh Koperasi). Menurutnya, ekoran pelaksanaan itu, banyak koperasi yang belum bersedia yang majoriti koperasi milik Bumiputera dengan pelaksanaan itu dipaksa memberhentikan segala urusan pembiayaan melalui bank komersial hingga mengakibatkan kerugian besar. "Namun dalam susasa tersebut, menghairankan apabila KPDNKK dan SKM bersikap dwi-standard terhadap koperasi di bawah CIMB Bank, iaitu KTKKK apabila diberi keistimewaan dan pelanjutan khas. "Jingga 13 mendesak KPDNKK dan SKM menjelaskan alasan membenarkan Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu diberi penangguhan ini sedangkan pelaksanaan GP6 dan GP7 berkuatkuasa pada 1 Oktober 2010," katanya pada sidang media di lobi Parlimen. Menurut Fariz, siasatan Jingga 13 mendapati Pengerusi KTKKK adalah Datin Seri Panglima, Jouyah Md Yunin iaitu isteri kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin manakala Ketua Pagawai Eksekutifnya pula anak mereka iaitu Norazli Yahya. Menurutnya, surat penjelasan SKM kepada Setiausaha Jawatankuasa Portfolio Koperasi DPMM bertarikh 6 Mei 2009 menyatakan pelanjutan khas sehingga 31 Disember 2011 itu dibuat selepas rayuan kerajaan Sabah yang ditandatangani Yahya Hussin dan ia juga atas arahan daripada Ismail Sabri sendiri. "Jingga 13 turut mendedahkan sepucuk surat oleh SKM bertarikh 30 Jun 2011 kepada Pengerusi KTKKK, nombot rujukan SKM.IP. (UU)529A/1 bertajuk 'Permohonan Melanjutkan Tempoh Pelaksanaan Model 2 Garis Panduan Koperasi Kredit Bersama CIMB Bank Berhad Oleh Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu. "Dalam surat ini menyatakan SKM dengan persetujuan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bersetuju memberikan kelonggaran kepada KTKKK untuk penangguhan khas pelaksanaan GP6 dan GP7 sehingga konsep Hiwalah yang diluluskan Lembaga Pengarah SKM dalam mesyuaratnya pada 28 Jun 2011 dikuatkuasakan dalam masa terdekat," kata Fariz. Fariz menambah, KPDNKK dan SKM bersifat dwi-standard apabila ratusan koperasi Melayu Bumiputeralain terpaksa berdepan risiko gulung tikar ekoran pelaksanaan GP6 dan GP7 tidak membenarkan mereka menggunakan model tiga tetapi dalam masa sama hanya membenarkan KTKKK menggunakan model itu melalui pelanjutan khas. "Justeru Jingga 13 mendesak KPDNKK dan SKM menjelaskan isu ini kepada rakyat dan juga warga koperasi kredit yang ternyata wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa sehingga keistimewaan diberikan kepada koperasi milik keluarga Timbalan Ketua Menteri Sabah," ujarnya. |
Kerana dicop nama Karpal Singh, The Star diharamkan edarannya di Sekolah.. Posted: 10 Apr 2012 11:38 AM PDT Melalui e-mail yang diterima seorangpembaca menyatakan baru-baru ini tersapat beberapa buah Sekolah dalam NegeriPulau Pinang telah dibekalkan dengan akhbar yang dikuasai oleh MCA iaitu TheStar. Selain dari Kakitangan termasukGuru-Guru yang ada di Sekolah tersebut akhbar tersebut juga diedarkan kepadaMurid-murid untuk dibaca. Tujuan diedarkan kepada Murid-muridialah supaya mereka boleh membacanya untuk meningkatkan tahap penguasaan BahasaInggeris mereka. Malangnya atas arahan pihak PejabatPelajaran Daerah Timur Laut (PPD) edaran akhbar milik MCA tersebut telahdihentikan dengan alasan yang tidak masuk akal. Alasannya ialah di muka hadapansurat khabar tersebut telah dicop dengan " With Compliments From YB KarpalSingh Ahli Dewan Rakyat (MP) Bukit Gelugor". Tidakkah bengong namanya itu? Hanya kerana telah dicop " WithCompliments From YB Karpal Singh Ahli Dewan Rakyat (MP) Bukit Gelugor"pengedarannya diharamkan di Sekolah. Adakah dengan tertera cop tersebutianya boleh mempengaruhi para Kakitangan dan Guru-guru yang bertugas di Sekolahtersebut termasuk juga mempengaruhi para pelajar di Sekolah tersebut? Katanya kerjaya Guru di InstitusiPendidikan ini adalah kerjaya proffesional, takkan lah begitu mudah terpengaruhhanya dengan melihat cop " With Compliments From YB Karpal Singh Ahli Dewan Rakyat(MP) Bukit Gelugor" itu. Lainlah kalau diedarkan akhbar Roketmilik DAP, Harakah milik PAS ataupun Suara Kedilan milik Keadilan wajarlahianya diharamkan pengedarannya di Sekolah-sekolah kerana ianya Lidah RasmiParti. Tapi kenapa pula Lidah Rasmi UMNOiaitu Utusan Malaysia yang penuh dengan fitnah itu dibenarkan diedar diSekolah-sekolah pula? Apa nak jadi denganpencacai-pencacai UMNO di Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut itu agaknya? Kerana terlalu takut akan nama YBKarpal Singh dikenali mereka sanggup menyekat pendapatan sekutu mereka sendiriiaitu MCA yang menguasai akhbar tersebut. Adakah mereka takut para pelajar diSekolah tersebut boleh menguasai Bahasa Inggeris lebih baik dari mereka? Maklumlahbanyak info yang mendedahkan kepincangan UMNO/BN dalam Bahasa Inggeris ni.. Pesanan kepada pihak yang terbabitmengharamkan edaran The Star itu… Kalau hangpa dah bangang.. jangan jadikananak-anak bangsa juga bangang macam hangpa!! |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan